Pulau Pinang: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 517: Baris 517:
*The Summit Bukit Mertajam Plaza
*The Summit Bukit Mertajam Plaza
*Aeon Seberang Perai City
*Aeon Seberang Perai City
*Megamal Perai
*Megamal Penang
*Carrefour Bukit Tengah

*Carrefour Seberang Jaya
*Tesco Seberang Jaya
*Tesco Bukit Mertajam


==Kebudayaan Dan Pelancongan==
==Kebudayaan Dan Pelancongan==

Semakan pada 07:58, 12 Disember 2011

5°24′N 100°14′E / 5.400°N 100.233°E / 5.400; 100.233

Negeri di Malaysia
نڬري دمليسيا
ڤولاو ڤينڠ
Pulau Pinang Pulau Mutiara
Bendera Penang Lambang Penang
Bendera Lambang
Cogan kata: Bersatu dan Setia
Lagu negeri: Untuk Negeri Kita
Lokasi Penang
Lokasi Penang
Ibu negeri George Town
Bahasa utama {{{loghat bahasa}}}
Parti memerintah Pakatan Rakyat
 - Yang Di-Pertua Negeri Tuan Yang Terutama Abdul Rahman bin Haji Abbas
 - Ketua Menteri Lim Guan Eng
 - Timbalan Ketua Menteri I Mansor Othman
 - Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy
Sejarah  
 - Penyerahan dari Kedah kepada British 11 Ogos 1786 
 - Penjajahan Jepun 1942 
 - Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 
Keluasan
 - Jumlah 1,046.3 km²
Populasi
 - Anggaran 2010 1,561,383
 - Kepadatan 2,031.74 1/km²
IPM  (2000) 0.828 (tinggi)
Kod panggilan kebangsaan 04
Poskod kebangsaan 10000 - 19500
Huruf pertama plat kenderaan P
Laman sesawang: http://www.penang.gov.my

Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka (lihat peta). Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia.Negeri Pulau Pinang merupakan negeri paling maju di Malaysia selepas Negeri Selangor dan negeri yang memiliki tahap urbanisasi yang tertinggi di Malaysia.Kepadatan penduduk Negeri Pulau Pinang adalah terbesar di Malaysia.


Geografi

Pulau Pinang adalah negeri kedua terkecil di Malaysia selepas Perlis dan mempunyai bilangan penduduk seramai 1.5 juta orang. Dari segi geografi Pulau Pinang terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

  • Pulau Pinang, sebuah pulau dengan keluasan 293 km persegi.
  • Seberang Perai, sejalur tanah seluas 760 km persegi yang bersempadan dengan Kedah di utara serta di timur dan selatan Perak.


Ibu Negeri

George Town (Tamil: ஜார்ஜ் டவுன்) adalah ibu negeri Pulau Pinang, Malaysia. Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light, Georgetown adalah bandaraya yang ketiga terbesar di Malaysia dengan bilangan penduduk melebihi 700,000 orang. Bandar-bandar satelit Georgetown adalah seperti Air Itam, Gelugor, Jelutong, Sungai Dua, Sungai Nibong, Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah . Zon Metropolitan Georgetown yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang ; Butterworth ,Kepala Batas , Bukit Mertajam , dan Batu Kawan di Seberang Perai ; Sungai Petani dan Kulim di Kedah, serta bandar-bandar di utara negeri Perak dengan penduduk melebihi 2,500,000 orang menjadikan meroplitan kedua terbesr di Malaysia Selepas Lembah Klang.Georgetown pernah menjadi bandaraya terpenting di Semenanjung Malaysia dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan Kuala Lumpur. Georgetown adalah bandaraya tertua di Malaysia selepas Ratu Elizabeth II memberikan status bandaraya pada 1 Januari 1957.Pihak berkuasa tempatan bagi Bandaraya Georgetown adalah Majlis Perbandaran Pulau Pinang.Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah ditubuhkan pada 15 Disember, 1976, di bawah Akta Kerajaan Tempatan, 1976. Majlis adalah organisasi yang menyediakan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan untuk kawasan Bandaraya Georgetown.Aktiviti dan operasi Majlis mempengaruhi mutu hidup harian orang ramai secara langsung.

Pemandangan Georgetown

Senarai Daerah dan Ibu Daerah

  1. Barat Daya Pulau Pinang iaitu Balik Pulau
  2. Seberang Perai Selatan iaitu Sungai Jawi
  3. Seberang Perai Tengah iaitu Bukit Mertajam
  4. Seberang Perai Utara iaitu Butterworth
  5. Timur Laut Pulau Pinang iaitu George Town

Senarai Pihak Berkuasa Tempatan

Negeri Pulau Pinang mempunyai dua Pihak Berkuasa Tempatan.Pihak Berkuasa Tempatan bagi kawasan Georgetown dan pulau adalah Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan bagi kawasan Seberang Perai adalah Majlis Perbandaran Seberang Perai.Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Pulau Pinang terletak di Bandarraya Georgetown manakala ibu pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai Terletak di Bandar Perda,Bukit Mertajam.

Dewan Bandarraya dan Pejabat MPPP
Fail:MPSP.jpg
Ibu pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai
Bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Bangunan Bank Standard Charted Di Lebuh Pantai Georgetown
Makhamah Tinggi Georgetown

Senarai Bandar-bandar utama lain

Pemandangan Bandar Tanjung Tokong
Pemandangan Bandar Bayan Baru
Persiaran Gurney di Georgetown
Pemandangan Bandarraya Georgetown

Sejarah

Pulau Pinang yang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, dipajak kepada Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company) pada 1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light, yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales untuk menghormatkan Raja Muda Britain. Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya di hujung timur laut pulau dinamakannya "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain.

Kapten Francis Light: Pengasas Negeri Pulau Pinang
Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Lim Chong Eu: Arkitek Pulau Pinang Moden

Kedudukan pulau di permulaan Selat Melaka telah membangkit minat Syarikat Hindia-Timur British untuk menggunakannya sebagai sebuah pelabuhan untuk kapal-kapal perdagangannya dan juga sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk menentang cita-cita orang Perancis di wilayah.

Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Light telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British. Apabila syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil kembali pulau pada 1790. Malangnya, pencubaan itu gagal dan Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000 dolar Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian, dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Sehingga hari ini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat pembayaran kepada negeri Kedah.Pada 1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura, menjadi sebahagian Kawasan Penempatan Selat (Straits Settlements) di bawah pentadbiran British di India. Negeri ini menjadi tanah jajahan pemerintahan British pada tahun 1867. Pada 1946, Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union, sebelum menjadi sebuah negeri di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan Pulau Pinang menjadi salah satu daripada 13 negeri di dalam Persekutuan Malaysia sewaktu penubuhannya pada tahun 1963.


Ketua Menteri

Ketua Menteri Pulau Pinang merupakan ketua badan eksekutif bagi kerajaan negeri Pulau Pinang. Ketua Menteri dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri, dipilih daripada Dewan Undangan Negeri. Sebagai tradisi, Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berbangsa Cina untuk membayangkan kaum majoriti di negeri ini.

  • Senarai Ketua Menteri Pulau Pinang
Nama Tempoh perkhidmatan Parti
Tan Sri Wong Pow Nee 1957 - 1969 MCA
Tun Dato' Seri Dr. Lim Chong Eu 1969 - 1990 Gerakan
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon 1990 - 2008 Gerakan
Lim Guan Eng 2008 - sekarang DAP
Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang ke-4


Ahli Parlimen Negeri Pulau Pinang

No. Kawasan Parlimen Menjadi Wakil Rakyat (Ahli Parlimen) Mewakili Parti
P41 Kepala Batas Abdullah Ahmad Badawi Barisan Nasional BN
P42 Tasek Gelugor Nor Mohamed Yakcop Barisan Nasional BN
P43 Bagan Lim Guan Eng Parti Tindakan Demokratik Pakatan Rakyat
P44 Permatang Pauh Anwar Ibrahim[1] Parti KeADILan Rakyat Pakatan Rakyat
P45 Bukit Mertajam Chong Eng Parti Tindakan Demokratik Pakatan Rakyat
P46 Batu Kawan P. Ramasamy Parti Tindakan Demokratik Pakatan Rakyat
P47 Nibong Tebal Tan Tee Beng Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air KITA[2]
P48 Bukit Bendera Liew Chin Tong Parti Tindakan Demokratik Pakatan Rakyat
P49 Tanjong Chow Kon Yeow Parti Tindakan Demokratik Pakatan Rakyat
P50 Jelutong Ooi Chuan Aun Parti Tindakan Demokratik Pakatan Rakyat
P51 Bukit Gelugor Karpal Singh Parti Tindakan Demokratik Pakatan Rakyat
P52 Bayan Baru Zahrain Mohamed Hashim Bebas Bebas
P53 Balik Pulau Mohd Yusmadi Mohd Yusuff Parti KeADILan Rakyat Pakatan Rakyat

Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

Negeri Pulau Pinang mempunyai Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) sendiri, akan tetapi kuasanya terhad apabila dibandingkan dengan pihak berkuasa kerajaan pusat.Sebagaimana dengan negeri-negeri Malaysia yang lain, Majlis Mesyuarat Kerajaan mengandungi ahli-ahli yang dilantik daripada parti politik yang menjadi kerajaan. Ketua Majlis Mesyuarat Kerajaan ialah Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

No. Kawasan Dun Ahli Dun Mewakili Parti
BN 11 | Pakatan Rakyat 29
N1 Penaga Azhar Ibrahim BN
N2 Bertam Zabariah Abdul Wahab BN
N3 Pinang Tunggal Roslan Saidin BN
N4 Permatang Berangan Shabudin Yahaya BN
N5 Sungai Dua Jasmin Mohamed BN
N6 Telok Ayer Tawar Jahara Hamid BN
N7 Sungai Puyu Phee Boon Poh Pakatan Rakyat
N8 Bagan Jermal Lim Hock Seng Pakatan Rakyat
N9 Bagan Dalam Tanasekharan Autherapady Pakatan Rakyat
N10 Seberang Jaya Datuk Arif Shah Omar Shah BN
N11 Permatang Pasir Salleh Man Pakatan Rakyat
N12 Penanti Mansor Othman(Timbalan Ketua Menteri) Pakatan Rakyat
N13 Berapit Ong Kok Fooi Pakatan Rakyat
N14 Machang Bubok Tan Hock Leong Pakatan Rakyat
N15 Padang Lalang Tan Cheong Heng Pakatan Rakyat
N16 Perai Prof. Dr. Ramasamy Palanisamy(Timbalan Ketua Menteri) Pakatan Rakyat
N17 Bukit Tengah Ong Chin Wen Pakatan Rakyat
N18 Bukit Tambun Law Choo Kiang Pakatan Rakyat
N19 Jawi Tan Beng Huat Pakatan Rakyat
N20 Sungai Bakap Maktar Shapee Pakatan Rakyat
N21 Sungai Acheh Mahmud Zakaria BN
N22 Tanjung Bungah Teh Yee Cheu Pakatan Rakyat
N23 Air Putih Lim Guan Eng(Ketua Menteri) Pakatan Rakyat
N24 Kebun Bunga Jason Ong Khan Lee Pakatan Rakyat
N25 Pulau Tikus Koay Teng Hai Pakatan Rakyat
N26 Padang Kota Chow Kon Yeow Pakatan Rakyat
N27 Pengkalan Kota Lau Keng Ee Pakatan Rakyat
N28 Komtar Ng Wei Aik Pakatan Rakyat
N29 Datuk Keramat Jagdeep Singh Deo Pakatan Rakyat
N30 Sungai Pinang Koid Teng Guan Pakatan Rakyat
N31 Batu Lancang Law Heng Kiang Pakatan Rakyat
N32 Seri Delima Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji Pakatan Rakyat
N33 Air Itam Wong Hon Wai Pakatan Rakyat
N34 Paya Terubong Yeoh Soon Hin Pakatan Rakyat
N35 Batu Uban S Raveenthran Pakatan Rakyat
N36 Pantai Jerejak Sim Tze Szin Pakatan Rakyat
N37 Batu Maung Abdul Malik Kassim Pakatan Rakyat
N38 Bayan Lepas Syed Amerruddin Syed Ahmad BN
N39 Pulau Betong Muhammad Farid Saad BN
N40 Teluk Bahang Hilmi Yahya BN

Pengangkutan

Udara

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ,16 km dari selatan bandaraya Georgetown memberi kemudahan penerbangan antarabangsa ke London, Hong Kong, Singapura, Medan, Taipei, Bangkok, Seoul, Riau, Xiamen, dan Guangzhou.Kemudahan-kemudahan yang di disediakan adalah :

  • Kaunter Daftar Masuk (32)
  • 14 Pintu Berlepas
  • 8 Titi Udara
  • 3 Kaunter Tuntutan Bagasi
  • 808 lot letak kereta
  • Travel Agensi
  • Kaunter Penerangan
  • Ruang Istirehat VIP
  • Mesin ATM
  • Pertukaran Wang Asing
  • Penempahan Hotel
  • Khidmat teksi
  • Kuarantin haiwan

Syarikat penerbangan dan destinasi

PenerbanganDestinasi
AirAsia Hong Kong, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuching, Macau, Singapura
Cathay Pacific Hong Kong1
China Airlines Taipei-Taoyuan
China Southern Airlines Guangzhou, Xiamen
Firefly Banda Aceh, Langkawi, Medan, Phuket, Subang
Indonesia AirAsia Jakarta, Medan, Surabaya
Jetstar Asia Singapura
Kartika Airlines Medan, Banda Aceh
Lion Air Medan
Malaysia Airlines Kuala Lumpur, Langkawi, Singapura
Silkair Singapore
Sriwijaya Air Batam, Medan
Thai AirAsia Bangkok-Suvarnabhumi
Thai Airways International Bangkok-Suvarnabhumi
Tiger Airways Singapura
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
Fail:RapidPGShenLong.jpg
Bas Rapid Penang
Pemandangan Georgetown dengan berlatarbelakangkan pemandangan Seberang Perai

Darat

  • Bandaraya Georgetown dihubungkan dengan dengan tanah besar Semenanjung Malaysia melalui Jambatan Pulau Pinang yang disiapkan pada tahun 1985. Dengan panjangnya sebanyak 13.5 kilometer, jambatan ini merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di wilayah Asia.
  • Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menghubungkan bandar raya George Town dengan bandar-bandar lain di Pulau. Lebuh raya sepanjang 17.84 km (11.09 batu) ini terletak di sepanjang pantai timur Pulau Pinang, terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Lebuh raya ini dinamakan semula pada 7 Disember 2010 [1] sempena menghormati bekas Ketua Menteri kedua Pulau Pinang yang juga merupakan 'Arkitek Pulau Pinang Moden', Tun Dr Lim Chong Eu yang meninggal dunia pada 24 November 2010.
  • Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara
  • Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth
  • Jambatan Kedua Pulau Pinang dalam pembinaan
  • Lebuhraya Lingkaran Luar Pulau Pinang dalam perancnagan


Laut

Perkhidmatan feri masih disediakan di antara:

  • Georgetown dan Butterworth
  • Georgetown dan Pulau Langkawi, sebuah pulau peranginan di utara.

Perkhidmatan Pelabuhan Pulau Pinang

Jambatan Pulau Pinang
Feri
Pelabuhan Pulau Pinang
Pemandangan Pantai Batu Feringgi
Quensbay Mall
Hospital Pakar Loh Guan Lye


Pengangkutan Awam

  • Terminal Bas Ekspres Utama George Town terletak di Sungai Nibong
  • Terminal Bas Ekspress Utama Penang Sentral,terletak di Butterworth
  • Kiosk Bas Ekspress di Menara Komtar,Georgetown
  • Terminal Bas Weld Quay,Georgetown Rapid Penang CAT, 11,201,202,203,204,206,301,302,303,307,401,401E & 502
  • Terminal Bas 2 Weld Quay,Georgetown Rapid Penang 10,101,103 & 104
  • Terminal Bas Komtar,Georgetown Rapid Penang CAT, 10,11,101,102,103,104,201,202,203,204,206,301,302,303,304,307,401,401E & 502
  • Terminal Bas Sungai Nibong Rapid Penang 102,303,304,305,308 & 401
  • Terminal Bas Balik Pulau Rapid Penang 401,401E,403,404,501 & 502
  • Terminal Bas Penang Sentral,Butterworth Rapid Penang 601,602,603,604,605,608,701,702,703,709 & 801
  • Terminal Bas Megamal,Perai Rapid Penang 701,702,703 & 801
  • Terminal Bas Bukit Mertajam Rapid Penang 606,701,702,709 & 802
  • Stesen keretapi Butterworth menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar
  • Stesen keretapi Bukit Mertajam menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar
  • Perkhidmatan Beca disediakan di kawasan bandarraya Georgetown
  • Penang Monorail dalam perancangan


Ekonomi Dan Perindustrian

  • Kawasan Perindustrian Pulau Pinang,Bayan Lepas
  • Kawasan Perusahan Perai,Perai

Pulau pinang merupakan negeri paling maju selepas Negeri Selangor dan negeri memiliki tahap urbanisasi yang tertinggi di Malaysia.Pada hari ini, negeri Pulau Pinang merupakan ekonomi yang kedua terbesar di antara negeri-negeri Malaysia, iaitu selepas Selangor.Sektor pembuatan merupakan sektor terutama dalam ekonomi negeri dengan sumbangan sebanyak 45.9% kepada keluaran negeri kasar pada tahun 2000. Perkembangan industrialisasi di bahagian selatan pulau amat pesat, dengan banyak kilang semikonduktor dan elektronik (seperti Intel, AMD, Motorola, Sony,Pensonic,Agilent, Hitachi,Osram,Bosch dan Seagate) yang terletaknya di Kawasan Perindustrian Pulau Pinang,di Bayan Lepas dan Kawasan Perusahan Perai.Sektor-sektor utama yang lain dalam ekonomi Pulau Pinang termasuk sektor pelancongan, kewangan dan perkhidmatan.

Peluang Perkerjaan di Negeri Pulau Pinang, 2008–2009 (Q3)[3]
Indusri
2008
2009
Perhutanan dan Pertanian 1.4 1.3
Perikanan 1.0 1.0
Perlombongan Dan Kuari 0.1 0.2
Pembuatan 34.7 29.9
Tenaga,Air dan Gas 0.6 0.4
pembinaan 7.8 6.4
Penjualan Pukal 14.0 17.6
Hotel Dan Restoran 9.4 8.7
Pengangkutan Dan Perhubungan 5.1 7.2
Kewangan 2.2 3.0
Harta Tanah dan Sewa 5.5 6.7
Perkhidmatan Awam 4.2 3.8
pendidikan 4.9 5.1
Kesihatan dan Sosial 3.5 2.8
Other KOmuniti Dan Sosial 2.9 2.6
Pendapatan Serumah 2.8 3.4
Jumlah 100.0 100.0

Penduduk

Negeri Pulau Pinang mempunyai kepadatan penduduk yang paling tinggi di Malaysia, dengan 2,031.74 penduduk sekilometer persegi di pulau, dan 865.99 penduduk sekilometer persegi di Seberang Perai.

Komposisi kaum mengikut bangsa pada 2010 ialah:

  • Cina: 670,400
  • Melayu: 636,146
  • India: 153,472
  • Lain-Lain: 5,365
  • Bukan Warganegara : 89,860

Komposisi kaum mengikut kawasan pada 2010 ialah:

Pulau

  • Cina : 383,357
  • Melayu : 225,394
  • India : 64,892

Seberang Prai

  • Cina : 288,043
  • Melayu : 206,000
  • India : 88,610


Kaum Cina merupakan majoriti kaum di Negeri Pulau Pinang diikuti Kaum Melayu dan Kaum India.Negeri Pulau Pinang adalah negeri yang mempunyai peratusan etnik Melayu dan penganut Islam terendah di Semenanjung Malaysia.Jumlah penduduk kaum India di Negeri Pulau Pinang adlah keempat tertinggi di Malaysia selepas Selangor,Perak,Negeri Sembilan.Negeri Pulau Pinang mempunyai golongan ekspatriat yang besar, kebanyakkannya berasal dari United Kingdom, Australia, negara-negara Eropah, dan Jepun.

Menara Komtar

Pendikan

  • Universiti Sains Malaysia Di Georgetown
  • Kampus Kejuruteraan University Sains Malaysia Di Nibong Tebal
  • Universiti Teknologi MARA Di Permatang Pauh
  • University Terbuka Wawasan Di Georgetown
  • Penang Medical College di Butterworth
  • Allianze University College of Medical Sciences di Kepala Batas
  • Kolej Kdu Di Georgetown
  • Kolej Inti Di Bayan Lepas
  • Kolej Stamford
  • Kolej Tunku Tungku Abdul Rahman di Georgetown
  • Kolej Han Chiang College
  • Kolej Olympia
University Terbuka Wawasan Georgetown


Kesihatan

Hospital Kerajaan

Georgetown dan Pulau

Seberang Perai

  • Hospital Seberang Jaya
  • Hospital Bukit Mertajam
  • Hospital Sungai Bakap
  • Hospital Kepala Batas


Hospital Pakar

Georgetown dan Pulau

  • Island Hospital
  • Hospital Pakar Gleneagles
  • Hospital Pantai Mutiara
  • Hospital Pakar Loh Guan Lye
  • Hospital Pakar Lam Wah Eee
  • Hospital Pakar Adventist
  • Tanjung Medical Centre
  • Hospital Mt Miriam
  • Tropicana Medical Centre Penang

Seberang Perai

  • Hospital Pakar Bukit Mertajam
  • Hospital Pakar Bagan


Pusat membeli Belah

Georgetown dan Pulau

  • 1st Avenue
  • Komplex Bukit Jambul
  • Plaza Gurney
  • Plaza Island
  • KOMTAR
  • Plaza Midlands Park Centre
  • Times Square Penang
  • Prangin Mall
  • Queensbay Mall
  • Sunshine Farlim Hypermarket
  • Sunshine Square

Seberang Perai

  • Sunway Carnival Mall
  • The Summit Bukit Mertajam Plaza
  • Aeon Seberang Perai City
  • Megamal Penang
  • Carrefour Bukit Tengah
  • Carrefour Seberang Jaya
  • Tesco Seberang Jaya
  • Tesco Bukit Mertajam

Kebudayaan Dan Pelancongan

Pulau Pinang, yang juga digelarkan sebagai "Mutiara Timur" (Pearl of the Orient), merupakan sebuah syurga bagi pencinta-pencinta makanan yang datang dari seluruh Malaysia dan Singapura untuk menikmati gaya masakan yang istimewa. Makanan Pulau Pinang yang membayangkan pergaulan di antara kaum Cina, Melayu dan India, juga dipengaruhi kuat oleh makanan Thailand. Pulau Pinang adalah termashyur dalam makanan penjaja yang dijual dan dimakan di tepi jalan, terutamanya makanan mi dan makanan laut.

Batu Ferringhi, yang terletaknya di pantai utara Pulau Pinang, mempunyai banyak hotel yang moden dan merupakan pantai peranginan yang amat popular. Ramai pelancong juga melawati bandarraya Georgetown, sebuah bandarraya yang bersejarah dan yang mengandungi rumah-rumah pelbagai kaum, termasuk orang Cina Selat, Melayu dan India, yang dibina pada abad kesembilan belas. Bangunan-bangunan kolonial British boleh juga didapati diantara kuil-kuil Cina dan kuil-kuil Tamil , dan masjid orang Melayu Islam. Kuil Kek Lok Si di Air Itam, Rumah Besar Cheong Fatt Tze di bandar, dan Kuil Ular di Bayan Lepas merupakan destinasi pelancong yang masyhur. Salah satu daripada mercu tanda yang utama ialah bangunan KOMTAR, bangunan yang tertinggi di negeri Pulau Pinang dan Utara Semananjung Malaysia.


Tokoh Dan Pemimpin Kelahiran Pulau Pinang

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman (lahir 10 Ogos 1947) adalah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu, bertindak sebagai ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia, di atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Di peringkat akar umbi, Datuk Seri Anwar merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua umum Pakatan Rakyat.

Karpal Singh Ram Singh atau Karpal Singh (Lahir 28 Jun 1940), ialah seorang ahli politik dan peguam di Malaysia. Beliau sekarang ialah Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan juga sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, George Town, Pulau Pinang.

Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.

Tan Sri Dato' Loh Boon Siew 1915-1995 juga dikenali sebagai “Mr Honda” merupakan jutawan Pulau Pinang dan pengasas Boon Siew Honda.

Datuk Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional wanita berbangsa Malaysia yang menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.

Datuk Lee Chong Wei lahir pada 21 Oktober 1982 di George Town, Pulau Pinang[1]) ialah seorang pemain badminton professional dari Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam.[2] Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996.


Iklim

Suhu (siang) 27°C-30°C
Suhu (malam) 22°C-24°C
Curahan hujan 2670 mm
Kelembapan 70%-90%
Data iklim untuk Pulau Pinang
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 31.6
(88.9)
32.2
(90.0)
32.2
(90.0)
31.9
(89.4)
31.6
(88.9)
31.4
(88.5)
31.0
(87.8)
30.9
(87.6)
30.4
(86.7)
30.4
(86.7)
30.4
(86.7)
30.7
(87.3)
31.2
(88.2)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 23.2
(73.8)
23.5
(74.3)
23.7
(74.7)
24.1
(75.4)
24.2
(75.6)
23.8
(74.8)
23.4
(74.1)
23.4
(74.1)
23.2
(73.8)
23.3
(73.9)
23.3
(73.9)
23.4
(74.1)
23.5
(74.3)
Purata curahan hujan, mm (inci) 68.7
(2.70)
71.7
(2.82)
146.4
(5.76)
220.5
(8.68)
203.4
(8.01)
178.0
(7.01)
192.1
(7.56)
242.4
(9.54)
356.1
(14.02)
383.0
(15.08)
231.8
(9.13)
113.5
(4.47)
2,407.6
(94.78)
Purata bilangan hari hujan (≥ 1.0 mm) 5 6 9 14 14 11 12 14 18 19 15 9 146
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 248.0 234.5 235.6 225.0 204.6 201.0 204.6 189.1 162.0 170.5 183.0 207.7 2,465.6
Sumber 1: National Environment Agency
Sumber 2: Hong Kong Observatory[4]


Galeri


Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Meletak jawatan pada 31 Julai 2008, Anwar Ibrahim (PKR) terpilih menggantikan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh 2008.
  2. ^ Bertanding atas tiket PKR, kemudian keluar menjadi calon bebas pada 1 Mac 2010, menyertai Parti KITA pada 24 Februari 2011.
  3. ^ Laporan Statistik Malaysia (2010)
  4. ^ "Climatological Information for Penang, Malaysia". Hong Kong Observatory. Dicapai pada 2010-10-30.
  • The Penang Tourism Action Council. "The 'Light' Years and Beyond" (2005).


Pautan luar