Johor Bahru: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 33: Baris 33:
|population_total = 1,463,800 ([[Senarai bandar di Malaysia mengikut populasi|Ke-2]])
|population_total = 1,463,800 ([[Senarai bandar di Malaysia mengikut populasi|Ke-2]])
|population_metro = 1,800,000
|population_metro = 1,800,000
|population_density_sq_mi = 18,967
|population_density_sq_mi = 1,000
|population_density_km2 = 7,409
|population_density_km2 = 7,409
|timezone = [[Waktu Piawai Malaysia|MST]]
|timezone = [[Waktu Piawai Malaysia|MST]]

Semakan pada 09:06, 12 Disember 2011

Johor Bahru
جوهر بهارو
Bandar raya
Dari kiri atas: Pemandangan di waktu malam di Johor Bahru, Bangunan Sultan Ibrahim, Lebuhraya Tebrau, Tambak Johor
Dari kiri atas: Pemandangan di waktu malam di Johor Bahru, Bangunan Sultan Ibrahim, Lebuhraya Tebrau, Tambak Johor
Nama panggilan: JB, Bandar Raya Selatan
Cogan kata: 'Berkhidmat, Berbudaya, Berwawasan'
(برخدمت٬ بربوداي٬ برواواسن)
NegaraMalaysia
NegeriJohor Darul Ta'zim
Diasaskan pada1855
Status bandar raya1994
Pentadbiran
 • Datuk bandarHaji Mohd Jaffar Bin Awang
Keluasan
 • Bandar raya185 km2 (72.27 batu persegi)
Aras
36.88 m (121 ft)
Penduduk
 (2009)
 • Bandar raya1,463,800 (Ke−2)
 • Kepadatan7,409/km2 (1,000/batu persegi)
 • Metro
1,800,000
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak mengamalkan
Laman sesawanghttp://www.johordt.gov.my/

Johor Bahru (juga dieja sebagai Johor Baru dan biasanya disingkatkan menjadi JB) ialah nama ibu negeri Johor dan juga nama daerah metropolitan yang terletaknya di selatan Semenanjung Malaysia. Johor Bahru merupakan bandar raya kedua terbesar di dalam negara Malaysia selepas Kuala Lumpur.

Dengan jumlah penduduk melebihi sejuta orang di kawasan bandaraya dan lebih kurang 1.6 juta di daerah metropolitan, Johor Bahru merupakan satu pusat perindustrian, perdagangan, dan pelancongan yang utama. Pelancongan adalah penyumbang yang besar dalam ekonomi Johor Bahru yang mana 60% daripada pelancong-pelancong yang melawati Malaysia setiap tahun berkunjung melalui negara Singapura. Walau bagaimanapun, perkembangan perindustrian di Johor Bahru yang begitu pesat telah menjadikannya sebagai salah satu pusat perindustrian yang terbesar di negara.

Geografi

Terletak di koordinat 1°29'U 103°44'T, bandaraya Johor Bahru bertempat di pinggir Selat Tebrau yang memisahkan Malaysia dari Singapura. Keluasan sebanyak 185 km², daerah metropolitan Johor Bahru dikelilingi tanah pantai yang mengandungi paya dan sistem sungai yang penting seperti Sungai Johor, Sungai Pulai dan Sungai Tebrau.

Sejarah

Muzium Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

Tanjung Puteri, nama asal Johor Bahru diasaskan pada tahun 1855 oleh Temenggong Daeng Ibrahim (Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim), bapa kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, seorang Sultan yang amat dikenangi. Pada permulaannya, ia merupakan sebuah kampung perikanan Melayu. Sultan Abu Bakar menamakannya sebagai "Johor Bahru" sewaktu baginda mengisytiharkannya sebagai ibu kota kerajaan pada tahun 1866, susulan daripada peralihan pusat kerajaannya dari Teluk Belanga di Singapura.

Sultan Abu Bakar yang berketurunan daripada Temenggong Abdul Rahman merupakan seorang ketua tempatan yang telah menandatangani perjanjian penyewaan pulau Singapura dengan Sir Stamford Raffles dari pihak British pada tahun 1819. Sebahagian besar daripada kemakmuran Johor pada hari kini boleh dikesan secara langsung kepada kejayaan Sultan Abu Bakar memujukkan pengusaha-pengusaha British dan Cina untuk melaburkan dalam bidang pertanian di kawasan baginda. Sultan Abu Bakar menunjukkan kecenderungan yang tergiat dalam perancangan bandar kerajaannya. Oleh sebab itu, banyak daripada bandaraya pada hari kini mempunyai nama dan tanda-tanda baginda, seumpamanya Muzium Sultan Abu Bakar dan Masjid Sultan Abu Bakar.

Johor Bahru telah menyaksikan beberapa peristiwa kesejarahan negara terutamanya penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO/PEKEMBAR), sebuah parti politik yang terbesar di Malaysia, pada tahun 1946. Sejak merdeka lagi, Johor Bahru telah mengalami kemajuan yang amat pesat dibawah pemerintahan kerajaan pusat Malaysia. Pada 1 Januari 1994, Johor Bahru diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya, yang mana Dato' Hashim Yahya menjadi Datuk Bandar Johor Bahru yang pertama. Pada bulan April 2008, sebuah daerah baru iaitu Kulaijaya telah diwujudkan dan kawasan pentadbirannya telah diasingkan daripada daerah Johor Bahru. Daerah baru tersebut meliputi kawasan Kulai, Ayer Bemban, Bukit Batu, Kelapa Sawit, Saleng, Sedenak, Seelong, Senai, dan Sengkang.

Kerajaan daerah

Masjid Sultan Abu Bakar
Bangunan Sultan Ibrahim yang terletak di Johor Bahru.

Daerah metropolitan Johor Bahru dibahagikan dan diuruskan oleh majlis-majlis tempatan yang berikut:

Pada September 2005, kerajaan pusat telah mengumumkan penubuhan Iskandar Malaysia untuk menyeleraskan perancangan dan pembangunan kawasan tersebut. Perbadanan ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman. Majlis Perbandaran Kulai tidak lagi berada dalam daerah Johor Bahru setelah daerah Kulaijaya diwujudkan.

Ekonomi

Sebagai salah satu daripada dua pusat bandaraya yang utama di Semenanjung Malaysia (selain daripada Kuala Lumpur dan George Town, Johor Bahru adalah pusat perindustrian, logistik dan perdagangan yang penting. Industri-industri utamanya termasuk kilang-kilang elektronik, kilang-kilang membina kapal, dan juga kilang-kilang penapis bahan sumber semulajadi dan bahan kimia daripada petroleum.

Kehadiran syarikat milik Singapura serta rakyat Singapura adalah ketara. Pusat beli-belah yang banyak di Johor Bahru memenuhi keperluar pelancong Singapura yang melawat bandar raya ini untuk membeli-belah atau berhibur, mengambil kesempatan terhadap mata wang Singapura yang lebih kukuh. Hasilnya, pemandangan aktiviti beli-belah di Johor Bahru adalah sangat pesat bagi sebuah bandar raya yang mempunyai saiz sedemikian. Daerah beli-belah utama terletak di pusat bandar raya, manakala sebilangan pusat beli-belah besar terletak di pinggir bandar raya.[1]

Kawasan perindustrian berat ialah Pasir Gudang dan Tanjung Langsat, yang terletaknya di kawasan metropolitan timur. Ia mengandungi kelompok kilang penapis, kilang memproses kimia, dan kilang membina kapal. Kawasan perindustrian ringan dan sederhana khususnya terletak di Tebrau, Tampoi, Senai, Skudai dan Kulai, iaitu di daerah metropolitan utara dan barat laut.

Johor Bahru menikmati hubungan ekonomi yang rapat dengan Singapura. Ramai penduduk di Johor Bahru bekerja di Singapura berikutan kadar gaji yang lebih tinggi daripada di Malaysia bagi kerja yang sama, sebahagiannya disebabkan nilai Dolar Singapura yang lebih kukuh (secara kasarnya 1 Dolar Singapura bersamaan dengan 2.43 Ringgit Malaysia setakat September 2009). Atas sebab yang sama, ramai warga Singapura melawat Johor Bahru untuk membeli-belah, berhibur dan makan, atau tinggal di sana. Ramai warga Singapura yang memiliki hartanah, perniagaan serta kilang di Johor Bahru.[2][3] Dianggarkan seramai 300,000 warga Malaysia bekerja di republik itu dan seramai 150,000 orang menaiki kenderaan berulang-alik untuk bekerja di Singapura.

Di bawah pelan induk Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor Bahru dijangka akan berkembang menjadi sebuah kawasan metropolitan besar dengan bilangan penduduk melebihi 3 juta orang menjelang tahun 2025,terbesar yang kedua di Malaysia selepas Lembah Klang. Pertumbuhan penduduk dijangka akan melimpah sehingga ke daerah berjiranan iaitu Pontian dan Kota Tinggi, menghasilkan satu kawasan perbandaran yang boleh jadi lebih besar daripada anggaran pelan induk tersebut, berkemungkinan lebih ganda lima kali saiz Singapura.[2]

Pengangkutan

Tambak Johor yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura.

Daerah Sentral Johor Bahru di bahagian hujung selatan kawasan metropolitan mempunyai dua lebuhraya utama yang menghubungkannya dengan kawasan luar bandar, iaitu:

Lebuhraya Pasir Gudang dan Lebuhraya Taman Johor Bahru melintas Lebuhraya Tebrau dan Jalan TAR di separuh jalan dan merupakan Jalan Lingkar Pertengahan kawasan metropolitan. Jalan Lingkaran Dalam Johor Bahru membantu dalam pengawalan trafik di Daerah Sentral dan sekelilingnya. Kemasukan ke sistem lebuhraya nasional boleh dibuat melalui Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dengan jalan masuk dan keluar ditempatkan secara strategik di dalam kawasan metropolitan. Tambahan juga, tambak Johor Bahru yang dilengkapkan dengan landasan keretapi dan lebuhraya enam lorong menyambungkan Daerah Sentral dengan negara Singapura. Laluan Kedua Malaysia-Singapura yang terletaknya di bahagian barat kawasan metropolitan telah dibina pada tahun 1997 untuk mengatasi kesesakan tambak. Ia menyambungkan secara langsung dengan Lebuhraya Taman Johor Bahru dan PLUS. Mulai Mac 2008, kerja-kerja pembinaan lebuhraya baru iaitu Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (JB EDL) akan dimulakan. Lebuhraya tersebut akan dapat megurangkan masalah kesesakan lalulintas di Lebuhraya Tebrau.

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ditempatkan di bahagian barat laut kawasan metropolitan dan memberi perkhidmatan kepada sistem penerbangan nasional dan wilayah. Lapangan terbang ini juga merupakan lapangan terbang swasta pertama di Malaysia dan satu-satunya lapangan terbang diluar seliaan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB). Pelabuhan Tanjung Pelepas, yang terletaknya di bahagian barat kawasan metropolitan, ialah pusat pemindahan yang terbesar di Malaysia, sedangkan Pelabuhan Pasir Gudang di bahagian timur merupakan salah satu pelabuhan komoditi yang utama di Malaysia disebabkan Johor Bahru dilingkari ladang-ladang yang besar. Pelabuhan Tanjung Langsat yang terletak di tenggara metropolitan merupakan pelabuhan perdagangan terbaru dan ketiga di Johor, ia digunakan bagi industri petrokimia, gas dan industri berkaitan.

Pemandangan Johor Bahru dari pantai Singapura

Serentak dengan pembangunan pesat dan pertambahan penduduk, Kerajaan Negeri sedang membina sebuah sistem monorel yang dikenali sebagai Monerel JB. Projek fasa satu akan menghubungkan Kompleks Imigresen dan Kastam dengan AEON Tebrau City di Desa Tebrau. Manakala fasa kedua masih dalam perancangan. Selain itu juga kerajaan negeri akan membangunkan sistem keretapi dalam bandar di Nusajaya yang dikenali sebagai Tram. Kerajaan negeri juga bercadang membangunkan sistem transit aliran ringan bagi menghubungkan kawasan Bandaraya Johor Bahru dengan sekitar kawasan metropolitan antaranya Singapura, Senai, Pasir Gudang, Nusajaya, Skudai, Kota Tinggi dan Gelang Patah. Berkaitan dengan kepesatan pembangunan di wilayah Iskandar Malaysia kerajaan Johor bersama kerajaan pusat serta kerajaan Singapura bercadang membina laluan MRT (Mass Rapid Transit) seperti di Singapura bagi menghubungkan Johor Bahru dengan Woodlands dan seterusnya tempat-tempat di sekitar Singapura yang telah sedia ada, bagaimanapun cadangan ini dalam peringkat perbincangan.

Penyiaran

Dari sudut sejarah radio di Johor Bahru satu ketika dahulu stesen RTM Johor Bahru merupakan sebuah stesen peringkat siaran tempatan. Siarannya tidak disiarkan ke seluruh Johor hanya Johor Bahru, Batu Pahat dan Mersing sahaja yang mempunyai stesen pemancar radio. Pada thun 1971 RTM Johor Bahru telah dinaiktaraf menjadi Ibu Pejabat Penyiaran kawasan selatan yang diambil alih dari RTM Melaka. Berikutan dengan ini siaran RTM Johor Bahru dapat diperluaskan sehingga ke Melaka melalui siaran daerah kawasan selatan. Pada tahun 1981 stesen pemancar radio Segamat siap dibina sekali gus siaran RTM Johor bahru diperluaskan sehingga Segamat dan Gemas. Pada tahun 1985 stesen pemancar FM mula beroperasi. Kesannya seluruh daerah Utara Johor, Melaka, sebahagian besar Negeri Sembilan dan Pahang Tenggara dapat menerima siaran dari Johor Bahru. Pada ketika ini pemancar Medium Wave tidak relevan lagi. Stesen pemancar ini ditutup secara berperingkat. Pada hari ini semua siaran RTM menggunakan Pemancar FM Stereo.Johor Bahru mempunyai tiga stesen radio. Best 104 merupakan stesen radio swasta yang pertama di Malaysia. Johor FM ialah stesen radio wilayah hak milik kerajaaan, sedangkan FMJB adalah stesen radio kerajaan bagi kawasan Johor Bahru sahaja.

Bandar kembar

Rujukan

Pautan luar

Templat:Link FA