Tokek: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Amirobot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: fa:مارمولک توکای
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: uk:Токей
Baris 56: Baris 56:
[[th:ตุ๊กแกบ้าน]]
[[th:ตุ๊กแกบ้าน]]
[[vi:Tắc kè]]
[[vi:Tắc kè]]
[[uk:Токей]]
[[zh-yue:蛤蚧]]
[[zh-yue:蛤蚧]]
[[zh:大壁虎]]
[[zh:大壁虎]]

Semakan pada 12:59, 13 Disember 2011

Tokek
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
G. gecko
Nama binomial
Gekko gecko
(Linnaeus, 1758)
Tokek di Thailand

Tokek adalah sejenis cicak yang terdapat di timur laut India dan Bangladesh, seluruh Asia Tenggara, Filipina hingga Indonesia dan New Guinea Barat.

Habitat asal cicak ini adalah di dalam Hutan hujan Tropika, ia lebih sesuai hidup pada pokok-pokok tinggi dan tebing. Cicik tokek juga mudah untuk mengadaptasi suasana persekitaran kawasan perkampungan, dinding, siling rumah khususnya rumah papan kampung, serta ia aktif pada waktu malam untuk menangkap serangga sebagai makanannya. Namun berikutan kebanyakan kawasan hutan sudah terokai untuk dijadikan kawasan perbandaran, maka cicak tokek semaakin terancam dan sukar untuk mendapat habitatnya yang semulajadi menyebabkan populasi cicak ini semakin berkurangan. Pada akhirtahun 1980 hingga akhir tahun 1990, tokek mula diperkenalkan di Hawaii, Florida, Texas, Belize, dan sebahagian kepulauan Caribbean, kini ia merupakan spesies terancam.

Dalam bahasa Inggeris ia lebih dikenali sebagai 'Tokay Gecko, juga dikenali sebagai Tuko atau Toko di Filipina, Tokek di Malaysia, Indonesia, dan Jawa. Orang Vietnam pula memanggilnya tắc kè. Cicak ini dapat dikenalpasti dari alunan vokalnya. Kebanyakan orang berasa takut pada cicak ini keraa saiz yang agak besar, kulitnya yang pelik walaupun unik serta jarinya dianggap boleh menyirat kulit orang terkena pada cakarannya. Di Filipina, kebayakkan orang menganggapnya sebagai haiwan yang dihormati kerana cicak ini memakan haiwan berbahaya seperti kala jengking dan lipan.

Panggilan

Tokek terkenal dengan nada bunyinya yang kuat, seakan-akan bunyi burung gagak, tetapi nadanya lebih kepada berbentuk seperti menyebut perkataan token, gekk-gekk atau Poo-Kay, dimana secara saintifiknya dalam bidang Onomatopoiea diambil dari perkataan bahasa Melayu, bahasa Sunda, bahasa Thai, Tagalog dan bahasa Jawa. Cicak ini adalah dari famili Gekkonidae dan dari sinilah istilah generik gecko berasal.