Pulau Pinang: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 113.23.138.164 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 203.82.87.106
Tiada ringkasan suntingan
Baris 54: Baris 54:


=== Georgetown ===
=== Georgetown ===
[[Georgetown, Pulau Pinang|George Town]] (Tamil: ஜார்ஜ் டவுன்) adalah [[ibu negeri]] [[Pulau Pinang]], [[Malaysia]]. Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten [[Francis Light]], Georgetown adalah bandaraya yang ketiga terbesar di [[Malaysia]] dengan bilangan penduduk melebihi 700,000 orang. Bandar-bandar [[satelit]] Georgetown adalah seperti [[Air Itam]], [[Gelugor]], [[Jelutong]], [[Sungai Dua]], [[Sungai Nibong]], [[Tanjung Tokong]] dan [[Tanjung Bungah]] . [[Zon Metropolitan Georgetown,Pulau Pinang]] yang merangkumi bandar-bandar satelit di [[Pulau Pinang]] ; [[Butterworth]] ,[[Kepala Batas]] , [[Bukit Mertajam]] , dan [[Batu Kawan]] di [[Seberang Perai]] ; [[Sungai Petani]] dan [[Kulim]] di [[Kedah]], serta bandar-bandar di utara [[negeri Perak]] dengan penduduk melebihi 2,500,000 orang menjadikan meroplitan kedua terbesr di [[Malaysia]] Selepas [[Lembah Klang]].Georgetown pernah menjadi bandaraya terpenting di [[Semenanjung Malaysia]] dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan [[Kuala Lumpur]]. Georgetown adalah bandaraya tertua di [[Malaysia]] selepas [[Ratu Elizabeth II]] memberikan status bandaraya pada 1 Januari 1957.Pihak berkuasa tempatan bagi Bandaraya Georgetown adalah [[Majlis Perbandaran Pulau Pinang]].Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah ditubuhkan pada 15 Disember, 1976, di bawah Akta Kerajaan Tempatan, 1976. Majlis adalah organisasi yang menyediakan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan untuk kawasan Bandaraya Georgetown.Aktiviti dan operasi Majlis mempengaruhi mutu hidup harian orang ramai secara langsung.
[[Georgetown, Pulau Pinang|George Town]] (Tamil: ஜார்ஜ் டவுன்) adalah [[ibu negeri]] [[Pulau Pinang]], [[Malaysia]]. Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten [[Francis Light]], Georgetown adalah bandaraya yang ketiga terbesar di [[Malaysia]] dengan bilangan penduduk melebihi 700,000 orang. Bandar-bandar [[satelit]] Georgetown adalah seperti [[Air Itam]], [[Gelugor]], [[Jelutong]], [[Sungai Dua]], [[Sungai Nibong]], [[Tanjung Tokong]] dan [[Tanjung Bungah]] . [[Zon Metropolitan Georgetown]] yang merangkumi bandar-bandar satelit di [[Pulau Pinang]] ; [[Butterworth]] ,[[Kepala Batas]] , [[Bukit Mertajam]] , dan [[Batu Kawan]] di [[Seberang Perai]] ; [[Sungai Petani]] dan [[Kulim]] di [[Kedah]], serta bandar-bandar di utara [[negeri Perak]] dengan penduduk melebihi 2,500,000 orang menjadikan meroplitan kedua terbesr di [[Malaysia]] Selepas [[Lembah Klang]].Georgetown pernah menjadi bandaraya terpenting di [[Semenanjung Malaysia]] dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan [[Kuala Lumpur]]. Georgetown adalah bandaraya tertua di [[Malaysia]] selepas [[Ratu Elizabeth II]] memberikan status bandaraya pada 1 Januari 1957.Pihak berkuasa tempatan bagi Bandaraya Georgetown adalah [[Majlis Perbandaran Pulau Pinang]].Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah ditubuhkan pada 15 Disember, 1976, di bawah Akta Kerajaan Tempatan, 1976. Majlis adalah organisasi yang menyediakan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan untuk kawasan Bandaraya Georgetown.Aktiviti dan operasi Majlis mempengaruhi mutu hidup harian orang ramai secara langsung.
{{wide image|Pg2.jpg|1000px|Pemandangan Georgetown}}
{{wide image|Pg2.jpg|1000px|Pemandangan Georgetown}}



Semakan pada 17:22, 13 Disember 2011

5°24′N 100°14′E / 5.400°N 100.233°E / 5.400; 100.233

Negeri di Malaysia
نڬري دمليسيا
ڤولاو ڤينڠ
Pulau Pinang Pulau Mutiara
Bendera Pulau Pinang Lambang Pulau Pinang
Bendera Lambang
Cogan kata: Bersatu dan Setia
Lagu negeri: Untuk Negeri Kita
Lokasi Pulau Pinang
Lokasi Pulau Pinang
Ibu negeri George Town
{{coor dm|5|25|N|100|19|E|type:country(1,046.3)}}
Bahasa utama {{{loghat bahasa}}}
Parti memerintah Pakatan Rakyat
 - Yang Di-Pertua Negeri Tuan Yang Terutama Abdul Rahman bin Haji Abbas
 - Ketua Menteri Lim Guan Eng
 - Timbalan Ketua Menteri I Mansor Othman
 - Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy
Sejarah  
 - Penyerahan dari Kedah kepada British 11 Ogos 1786 
 - Penjajahan Jepun 1942 
 - Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 
Keluasan
 - Jumlah 1,046.3 km²
Populasi
 - Anggaran 2010 1,561,383
 - Kepadatan 1404.91/km²
IPM  (2000) 0.828 (tinggi)
Kod panggilan kebangsaan 04
Poskod kebangsaan 10000 - 19500
Huruf pertama plat kenderaan P
Laman sesawang: http://www.penang.gov.my
1 2,031.74 orang per km² di bahagian pulau dan 865.99 orang per km² di Seberang Perai

Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka (lihat peta). Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia.

Nama pulau ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu).

Geografi

Pulau Pinang adalah negeri kedua terkecil di Malaysia selepas Perlis dan mempunyai bilangan penduduk seramai 1.5 juta orang. Dari segi geografi Pulau Pinang terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

  • Pulau Pinang, sebuah pulau dengan keluasan 293 km persegi.
  • Seberang Perai, sejalur tanah seluas 760 km persegi yang bersempadan dengan Kedah di utara serta di timur dan selatan Perak.

Georgetown

George Town (Tamil: ஜார்ஜ் டவுன்) adalah ibu negeri Pulau Pinang, Malaysia. Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light, Georgetown adalah bandaraya yang ketiga terbesar di Malaysia dengan bilangan penduduk melebihi 700,000 orang. Bandar-bandar satelit Georgetown adalah seperti Air Itam, Gelugor, Jelutong, Sungai Dua, Sungai Nibong, Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah . Zon Metropolitan Georgetown yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang ; Butterworth ,Kepala Batas , Bukit Mertajam , dan Batu Kawan di Seberang Perai ; Sungai Petani dan Kulim di Kedah, serta bandar-bandar di utara negeri Perak dengan penduduk melebihi 2,500,000 orang menjadikan meroplitan kedua terbesr di Malaysia Selepas Lembah Klang.Georgetown pernah menjadi bandaraya terpenting di Semenanjung Malaysia dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan Kuala Lumpur. Georgetown adalah bandaraya tertua di Malaysia selepas Ratu Elizabeth II memberikan status bandaraya pada 1 Januari 1957.Pihak berkuasa tempatan bagi Bandaraya Georgetown adalah Majlis Perbandaran Pulau Pinang.Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah ditubuhkan pada 15 Disember, 1976, di bawah Akta Kerajaan Tempatan, 1976. Majlis adalah organisasi yang menyediakan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan untuk kawasan Bandaraya Georgetown.Aktiviti dan operasi Majlis mempengaruhi mutu hidup harian orang ramai secara langsung.

Pemandangan Georgetown


Daerah di Pulau Pinang

  1. Barat Daya Pulau Pinang
  2. Seberang Perai Selatan
  3. Seberang Perai Tengah
  4. Seberang Perai Utara
  5. Timur Laut Pulau Pinang

Bandar utama lain

Iklim

Suhu (siang) 27°C-30°C
Suhu (malam) 22°C-24°C
Curahan hujan 2670 mm
Kelembapan 70%-90%
Data iklim untuk Pulau Pinang
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 31.6
(88.9)
32.2
(90.0)
32.2
(90.0)
31.9
(89.4)
31.6
(88.9)
31.4
(88.5)
31.0
(87.8)
30.9
(87.6)
30.4
(86.7)
30.4
(86.7)
30.4
(86.7)
30.7
(87.3)
31.2
(88.2)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 23.2
(73.8)
23.5
(74.3)
23.7
(74.7)
24.1
(75.4)
24.2
(75.6)
23.8
(74.8)
23.4
(74.1)
23.4
(74.1)
23.2
(73.8)
23.3
(73.9)
23.3
(73.9)
23.4
(74.1)
23.5
(74.3)
Purata curahan hujan, mm (inci) 68.7
(2.70)
71.7
(2.82)
146.4
(5.76)
220.5
(8.68)
203.4
(8.01)
178.0
(7.01)
192.1
(7.56)
242.4
(9.54)
356.1
(14.02)
383.0
(15.08)
231.8
(9.13)
113.5
(4.47)
2,407.6
(94.78)
Purata bilangan hari hujan (≥ 1.0 mm) 5 6 9 14 14 11 12 14 18 19 15 9 146
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 248.0 234.5 235.6 225.0 204.6 201.0 204.6 189.1 162.0 170.5 183.0 207.7 2,465.6
Sumber 1: National Environment Agency
Sumber 2: Hong Kong Observatory[1]
Pemandangan Georgetown dengan berlatarbelakangkan pemandangan Seberang Perai

Penduduk

Negeri Pulau Pinang mempunyai kepadatan penduduk yang paling tinggi di Malaysia, dengan 2,031.74 penduduk sekilometer persegi di pulau, dan 865.99 penduduk sekilometer persegi di Seberang Perai. Komposisi kaum mengikut bangsa pada 2006 ialah:

  • Cina: 635,500 (42.5%)
  • Melayu: 612,300 (41.0%)
  • India: 148,000 (9%)
  • Lain-Lain:
    • Bumiputra Bukan Melayu: 5,600 (0.38%)
    • Bukan Warganegara: 91,200 (6.1%)

Negeri Pulau Pinang adalah negeri yang mempunyai peratusan etnik Melayu dan penganut Islam terendah di Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang juga mempunyai komuniti Yahudi dan Armenia, tetapi selepas Perang Dunia Kedua dan penubuhan negara Israel, komuniti Yahudi dan Armenia Pulau Pinang hampir lenyap. Terdapat juga komuniti peniaga Arab, Jerman, Inggeris, dan Belanda di Pulau Pinang, selain itu Pulau Pinang mempunyai golongan ekspatriat yang besar, kebanyakkannya berasal dari United Kingdom, Australia, negara-negara Eropah, dan Jepun.

Sejarah

Pulau Pinang yang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, dipajak kepada Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company) pada 1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light, yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales untuk menghormatkan Raja Muda Britain. Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya di hujung timur laut pulau dinamakannya "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain.

Kapten Francis Light: Pengasas atau perampas?

Kedudukan pulau di permulaan Selat Melaka telah membangkit minat Syarikat Hindia-Timur British untuk menggunakannya sebagai sebuah pelabuhan untuk kapal-kapal perdagangannya dan juga sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk menentang cita-cita orang Perancis di wilayah.

Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Light telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British. Apabila syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil kembali pulau pada 1790. Malangnya, pencubaan itu gagal dan Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000 dolar Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian, dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Sehingga hari ini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat pembayaran kepada negeri Kedah.

Pada 1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura, menjadi sebahagian Kawasan Penempatan Selat (Straits Settlements) di bawah pentadbiran British di India. Negeri ini menjadi tanah jajahan pemerintahan British pada tahun 1867. Pada 1946, Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union, sebelum menjadi sebuah negeri di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan Pulau Pinang menjadi salah satu daripada 13 negeri di dalam Persekutuan Malaysia sewaktu penubuhannya pada tahun 1963.

Pulau Pinang ialah sebuah pelabuhan bebas sehingga 1969. Walaupun kehilangan taraf pelabuhan bebas, Zon Perdagangan Bebasnya yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di selatan pulau menjadi salah satu daripada pusat-pusat perkilangan elektronik yang terbesar di wilayah Asia dari 1970-an sehingga akhir 1990-an.

Pada tahun 2004, ketidakpuasan terhadap kemerosotan ekonomi Pulau Pinang telah mengakibatkan kempen media untuk mengembalikannya kepada zaman kegemilangannya.

Kerajaan negeri

Negeri Pulau Pinang mempunyai Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) sendiri, akan tetapi kuasanya terhad apabila dibandingkan dengan pihak berkuasa kerajaan pusat.

Sebagaimana dengan negeri-negeri Malaysia yang lain, Majlis Mesyuarat Kerajaan mengandungi ahli-ahli yang dilantik daripada parti politik yang menjadi kerajaan. Ketua Majlis Mesyuarat Kerajaan ialah Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Sebagai tradisi, Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berbangsa Tionghoa untuk membayangkan kaum majoriti di negeri ini.

Pada Mei 2005, terdapat permintaan daripada ahli-ahli UMNO, parti politik yang terbesar dalam kerajaan campuran, untuk menggilirkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang di antara parti-parti komponen Barisan Nasional, akan tetapi cadangan itu ditolak oleh Perdana Menteri.

Terdapat dua majlis perbandaran di Pulau Pinang, iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai. Ahli majlis tempatan dilantik oleh kerajaan negeri sejak Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dibatalkan dalam tahun 1960-an.

Bangunan Komtar

Negeri Pulau Pinang dibahagikan kepada lima pembahagian pentadbiran:

  • Seberang Perai
    • Seberang Perai Tengah;
    • Seberang Perai Utara;
    • Seberang Perai Selatan.
  • Pulau Pinang
    • Daerah Timur Laut;
    • Daerah Barat Daya.



Kebudayaan dan ekonomi

Pulau Pinang, yang juga digelarkan sebagai "Mutiara Timur" (Pearl of the Orient), merupakan sebuah syurga bagi pencinta-pencinta makanan yang datang dari seluruh Malaysia dan Singapura untuk menikmati gaya masakan yang istimewa. Makanan Pulau Pinang yang membayangkan pergaulan di antara kaum Cina, Melayu dan India, juga dipengaruhi kuat oleh makanan Thailand. Pulau Pinang adalah termashyur dalam makanan penjaja yang dijual dan dimakan di tepi jalan, terutamanya makanan mi dan makanan laut.

Gambar ini menunjukkan seorang pembawa beca bersama pelancong menaiki beca

Batu Ferringhi, yang terletaknya di pantai utara Pulau Pinang, mempunyai banyak hotel yang moden dan merupakan pantai peranginan yang amat popular. Ramai pelancong juga melawati Georgetown, sebuah bandar yang bersejarah dan yang mengandungi rumah-rumah pelbagai kaum, termasuk orang Cina Selat, Melayu dan India, yang dibina pada abad kesembilan belas. Bangunan-bangunan kolonial British boleh juga didapati diantara kuil-kuil Cina dan India, dan masjid orang Melayu Islam. Kuil Kek Lok Si di Air Itam, Rumah Besar Cheong Fatt Tze di bandar, dan Kuil Ular di Bayan Lepas merupakan destinasi pelancong yang masyhur. Salah satu daripada mercu tanda yang utama ialah bangunan KOMTAR, bangunan yang tertinggi di Pulau Pinang.

Kegiatan perdagangan di negeri Pulau Pinang telah merosot dengan hebat bukan sahaja disebabkan oleh kehilangan taraf pelabuhan bebas, tetapi juga kerana kemajuan yang aktif di Pelabuhan Klang berdekatan ibu negara Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, masih terdapatnya sebuah terminal kontena di Butterworth yang meneruskan perkhidmatannya disebelah utara.

Pada hari kini, negeri Pulau Pinang merupakan ekonomi yang ketiga terbesar di antara negeri-negeri Malaysia, iaitu selepas Selangor dan Johor. Sektor pengeluaran merupakan sektor terutama dalam ekonomi negeri dengan sumbangan sebanyak 45.9% kepada keluaran negeri kasar pada tahun 2000. Perkembangan industrialisasi di bahagian selatan pulau amat pesat, dengan banyak kilang elektronik teknologi tinggi (seperti Intel, AMD, Motorola, Agilent, Hitachi, Osram, Bosch dan Seagate) yang terletaknya di Zon Perindustrian Bebas Bayan Baru.

Sektor-sektor utama yang lain dalam ekonomi Pulau Pinang termasuk sektor pelancongan, kewangan dan lain-lain perkhidmatan.

Pengangkutan

Pulau Pinang dikaitkan dengan tanah besar Semenanjung Malaysia melalui Jambatan Pulau Pinang yang disiapkan pada tahun 1985. Dengan panjangnya sebanyak 13.5 kilometer, jambatan ini merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di wilayah Asia. Perkhidmatan feri masih disediakan di antara:

  • Georgetown dan Butterworth (yang mana stesen keretapi yang terdekat ditempatkan) di tanah besar; dan
  • Georgetown dan Pulau Langkawi, sebuah pulau peranginan di utara.
Gambar Jambatan Pulau Pinang

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ditempatkan di selatan pulau dan memberi kemudahan penerbangan antarabangsa ke London, Hong Kong, Singapura, Medan, Taipei, Bangkok, Seoul, Riau, Xiamen, dan Guangzhou.

Beca masih lagi boleh didapati dibeberapa tempat di Georgetown. Walau bagaimanapun, dengan ketibaan pengangkutan moden, beca semakin menjadi daya tarikan utama kepada pelancong. Malangnya, pengangkutan moden telah membawa masalah kesesakan trafik kepada lebuhraya Pulau Pinang, disebabkan kebanyakan jalan di pusat bandaraya terlalu sempit kerana ketiadaan perancangan yang baik.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Climatological Information for Penang, Malaysia". Hong Kong Observatory. Dicapai pada 2010-10-30.
  • The Penang Tourism Action Council. "The 'Light' Years and Beyond" (2005).

Pautan luar