George Town, Pulau Pinang: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 196: Baris 196:
*[[Menara KOMTAR]]
*[[Menara KOMTAR]]
*Prangin Mall
*Prangin Mall
*Ist Avenue Georgetown
*Ist Avenue Georgetown
*Parkson Grand
*Penang Times Square
*Penang Times Square
*Midlands Park Centre
*Midlands Park Centre

Semakan pada 17:36, 13 Disember 2011

Georgetown
Bandar Raya / Tanjong
Cogan kata: "Leading We Serve"
NegaraMalaysia
NegeriPulau Pinang
Diasaskan pada1786
Perbandaran ditubuhkan1857
Status bandar raya1957
Pentadbiran
 • Datuk BandarAr. Hajah Patahiyah bt. Ismail
Keluasan
 • Bandar Raya150 km2 (150.59 batu persegi)
Aras
4 m (13.1 ft)
Penduduk
 (2011)
 • Bandar Raya722 384
 • Kepadatan600/km2 (1,500/batu persegi)
 • Metro
2,500 000
 (metro sekitar 2011)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)-

Georgetown (Tamil: ஜோர்ஜ் டவுன், பினாங்கு) adalah ibu negeri Pulau Pinang, Malaysia. Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light, Georgetown adalah bandaraya yang ketiga terbesar di Malaysia dengan bilangan penduduk melebihi 700,000 orang. Bandar-bandar satelit Georgetown termasuklah Air Itam, Bayan Lepas, Gelugor, Jelutong, Sungai Dua, Sungai Nibong, Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah. Zon Metropolitan Georgetown yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang; Butterworth, Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Batu Kawan di Seberang Perai; Sungai Petani dan Kulim di Kedah, serta bandar-bandar di utara negeri Perak dengan penduduk melebihi 2,500,000 orang merupakan meroplitan kedua terbesar di Malaysia selepas Lembah Klang. Georgetown pernah menjadi bandar raya terpenting di Semenanjung Malaysia dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan Kuala Lumpur. Georgetown adalah bandar raya tertua di Malaysia selepas Ratu Elizabeth II memberikan status bandar raya pada 1 Januari 1957. Pihak berkuasa tempatan bagi Bandaraya Georgetown adalah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah ditubuhkan pada 1976, bagi menggantikan Majlis Bandaraya George Town. Pusat bandar George Town merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Pada asalnya penduduk Melayu yang menjadi penetap awal Georgetown memanggil kawasan ini sebagai "Tanjung Penaga". Dipercayai nama Tanjung Penaga ini berasal dari tumbuhan penaga laut (Calophyllum inophyllum), yang juga dikenali sebagai Alexandrian Laurel. Pokok penaga laut dipercayai pernah tumbuh meliar di kawasan itu suatu ketika dahulu.[1][2]

Geografi

Georgetown merupakan ibu negeri Pulau Pinang, Malaysia. Georgetown terletak di timur laut Pulau Pinang, dan merupakan sebuah tanjung yang dipisahkan dengan Seberang Perai di tanah besar Semenanjung Malaysia oleh Selat Utara. Di bahagian barat Georgetown terdapat kawasan berbukit, di mana terletaknya Bukit Bendera, puncak tertinggi di Pulau Pinang. Di bahagian utara pula terdapat pantai-pantai berpasir seperti Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi.

Pemandangan Bandar Raya Georgetown
Kedudukan Georgetown di Pulau Pinang

Sejarah

Georgetown dan Pulau Pinang pada asalnya adalah kepunyaan Kedah tetapi diberikan kepada Syarikat Hindia Timur British pada 1786, setelah Sultan Muhammad Jiwa menandatangani perjanjian yang Syarikat Hindia Timur British akan memberikan perlindungan dari serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786 Kapten Francis Light menaikkan bendera Union Jack di Kota Cornwallis. Pembangunan di Georgetown pada asalnya tertumpu di kawasan Kota Cornwallis, selepas itu jalan-jalan mula dibina. Beach Street (Lebuh Pantai), Light Street (Lebuh Light), Pitt Street (Jalan Masjid Kapitan Kling) dan Chulia Street (Lebuh Chulia) adalah jalan-jalan yang pertama dibina di Georgetown. Jalan-jalan ini membentuk tulang belakang sistem jalanraya yang hendak dibangunkan. Selepas itu Church Street (Lebuh Gereja), Bishop Street (Lebuh Bishop), China Street (Lebuh China) Market Street (Lebuh Pasar), Armenian Street (Lebuh Armenia) dan Acheen Street (Lebuh Acheh) dibina, jalan-jalan ini masih wujud sehingga ke hari ini.

Kapten Francis Light mengiystiharkan Georgetown sebagai pelabuhan bebas dalam usahanya untuk bersaing dengan pelabuhan-pelabuhan yang dibangunkan di koloni-koloni Belanda. Kapten Francis Light meninggal dunia pada tahun 1794 akibat penyakit malaria dan dikebumikan di perkuburan Protestan , Northam Road (Jalan Sultan Ahmad Shah).

Bangunan Bank Standard Charted Di Lebuh Pantai Georgetown
Makhamah Tinggi Georgetown

Demografi

Pembukaan Terusan Suez juga menyumbang kepada pembangunan Georgetown. Pembangunan Georgetown telah menarik pelbagai jenis orang dari serata dunia. Selain Melayu, Cina, India dan British terdapat komuniti Acheh, Arab, Armenia, Burma, Eurasia, Filipina, Jerman, Jepun, Switzerland dan Yahudi. Sungguhpun komuniti-komuniti ini kecil tetapi kehadiran mereka dapat dirasai. Banyak nama jalan yang berkait rapat dengan komuniti-komuniti ini seperti Acheen Street, Siam Road, Armenian Street, Burma Road, Rangoon Road, Gottlieb Road, Katz Street dan Jalan Yahudi (Jalan Zainal Abidin) dimana terdapatnya perkuburan Yahudi. Terdapat juga sinagog orang Yahudi di Jalan Nagore, Georgetown (tetapi ditutup pada tahun 1976).

Yahudi

Orang Yahudi yang pertama datang ke Georgetown ialah Ezekiel Menassah yang berhijrah dari Baghdad pada tahun 1895. Selama 30 tahun Menassah merupakan satu-satunya penganut Yahudi di Pulau Pinang. Selepas Perang Dunia Pertama, ramai orang Yahudi yang berhijrah ke Georgetown. Semasa Perang Dunia II, kebanyakkan orang Yahudi melarikan diri ke Singapura. Mereka yang terus menetap di Georgetown dipaksa memakai lilitan merah dan putih di lengan untuk tujuan pengenalan semasa penaklukan Jepun, tentera Jepun mengesyaki komuniti Yahudi di Georgetown bertindak sebagai pengintip. Pada tahun 1963 terdapat 20 keluarga Yahudi di Georgetown. Hari ini jumlah komuniti Yahudi di Georgetown dianggarkan seramai 100 orang(sumber: The Jewish Virtual Library), kebanyakkanya berketurunan Parsi dan Russia.

Jepun

Komuniti Jepun dipercayai bertapak di Pulau Pinang sejak 1880. Kebanyakkanya adalah kaum wanita, banyak dari wanita-wanita ini terlibat di dalam kegiatan pelacuran. Pada tahun 1910 86% daripada 149 orang wanita Jepun terlibat di dalam kegiatan pelacuran. Mereka dikenali sebagai Karayuki-san, majoritinya berasal dari Kyushu, Jepun. Orang Cina Pulau Pinang memanggil Lebuh Cintra sebagai Jipun Kay (Jalan Jepun) dan Kampung Malabar sebagai Jipun Sin Lo (Jalan Jepun Baru). (sumber: The Star April 22,2002)

Filipina

Komuniti Filipina di Georgetown tertumpu di kawasan-kawasan Roman Katolik seperti Penang Road (Jalan Penang), Argyll Road (Jalan Argyll), Farquhar Street (Lebuh Farquhar) dan di sekitar Gereja Assumption, Jalan Transfer. Orang-orang Filipina di Georgetown kebanyakkanya mempunyai kemahiran bermain muzik.

Eurasia

Pada tahun 2000 terdapat hampir 1500 orang Eurasia atau dikenali sebagai Serani di Pulau Pinang , majoritinya di Georgetown. Georgetown dipercayai mempunyai komuniti Eurasia yang terbesar di Malaysia , bancian yang dijalankan pada tahun 2000 menunjukkan hampir 13% golongan Eurasia di Malaysia menetap di Pulau Pinang, majoritinya di sekitar Georgetown. Hampir 90% golongan Eurasia ini beragama Kristian, hampir 4% Islam, 3% lain-lain dan selebihnya beragama Buddha atau Hindu. Di Pulau Tikus, Georgetown terdapat Kampung Serani.

Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

P.048 Bukit Bendera dimenangi oleh Liew Chin Tong (DAP)

P.049 Tanjong dimenangi oleh Chow Kon Yeow (DAP)

P.050 Jelutong dimenangi oleh Ooi Chuan Aun (DAP)

P.051 Bukit Gelugor dimenangi oleh Karpal Singh A/L Ram Singh (DAP)

Bangunan Dewan Undangan Negeri di Georgetown

Pengangkutan

Udara

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ,16 km dari selatan bandaraya Georgetown memberi kemudahan penerbangan antarabangsa ke London, Hong Kong, Singapura, Medan, Taipei, Bangkok, Seoul, Riau, Xiamen, dan Guangzhou.Kemudahan-kemudahan yang di disediakan adalah :

  • Kaunter Daftar Masuk (32)
  • 14 Pintu Berlepas
  • 8 Titi Udara
  • 3 Kaunter Tuntutan Bagasi
  • 808 lot letak kereta
  • Travel Agensi
  • Kaunter Penerangan
  • Ruang Istirehat VIP
  • Mesin ATM
  • Pertukaran Wang Asing
  • Penempahan Hotel
  • Khidmat teksi
  • Kuarantin haiwan

Syarikat penerbangan dan destinasi

PenerbanganDestinasi
AirAsia Hong Kong, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuching, Macau, Singapura
Cathay Pacific Hong Kong1
China Airlines Taipei-Taoyuan
China Southern Airlines Guangzhou, Xiamen
Firefly Banda Aceh, Langkawi, Medan, Phuket, Subang
Indonesia AirAsia Jakarta, Medan, Surabaya
Jetstar Asia Singapura
Kartika Airlines Medan, Banda Aceh
Lion Air Medan
Malaysia Airlines Kuala Lumpur, Langkawi, Singapura
Silkair Singapore
Sriwijaya Air Batam, Medan
Thai AirAsia Bangkok-Suvarnabhumi
Thai Airways International Bangkok-Suvarnabhumi
Tiger Airways Singapura
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang


Darat

  • Bandaraya Georgetown dihubungkan dengan dengan tanah besar Semenanjung Malaysia melalui Jambatan Pulau Pinang yang disiapkan pada tahun 1985. Dengan panjangnya sebanyak 13.5 kilometer, jambatan ini merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di wilayah Asia.
  • Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menghubungkan bandar raya George Town dengan Batu Maung. Lebuh raya sepanjang 17.84 km (11.09 batu) ini terletak di sepanjang pantai timur Pulau Pinang, terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Lebuh raya ini dinamakan semula pada 7 Disember 2010 [1] sempena menghormati bekas Ketua Menteri kedua Pulau Pinang yang juga merupakan 'Arkitek Pulau Pinang Moden', Tun Dr Lim Chong Eu yang meninggal dunia pada 24 November 2010.
  • Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara Exit 161 Persimpangan Georgetown
  • Jambatan Kedua Pulau Pinang dalam pembinaan
  • Lingkaran Luar Pulau Pinang dalam perancnagan


Laut

Perkhidmatan feri masih disediakan di antara:

Fail:RapidPenangScania.jpg
Bas Rapid Penang
Jambatan Pulau Pinang
Feri

Pengangkutan awam

  • Terminal Bas Ekspres Utama George Town,Pulau Pinang terletak di Sungai Nibong
  • Kiosk Bas Ekspress di Menara Komtar,Georgetown
  • Terminal Bas Weld Quay,Georgetown Rapid Penang CAT, 11,201,202,203,204,206,301,302,303,307,401,401E & 502
  • Terminal Bas 2 Weld Quay,Georgetown 10,101,103 & 104
  • Terminal Bas Komtar,Georgetown Rapid Penang CAT, 10,11,101,102,103,104,201,202,203,204,206,301,302,303,304,307,401,401E & 502
  • Penang Monorail dalam perancangan

Pendidikan

Bangunan Universiti Terbuka Wawasan

Pusat membeli-belah

  • Gurney Plaza
  • Queensbay Mall 7km dari Pusat bandar raya
  • Island Plaza
  • Menara KOMTAR
  • Prangin Mall
  • Ist Avenue Georgetown
  • Parkson Grand
  • Penang Times Square
  • Midlands Park Centre
  • Tesco Seaview
  • Kamdar
  • Mydin
  • Sunshine Jelutong
  • Gama
Menara KOMTAR
Quensbay Mall

Kesihatan

  • Hospital Besar Pulau Pinang
  • Hospital Pakar Loh Guan Lye
  • Island Hospital
  • Hospital Pakar Gleneagles
  • Hospital Pakar Lam wah Yee
  • Hospital Pakar Adventist
Hospital Pakar Loh Guan Lye

Kawasan perumahan

  • Pusat Bandaraya
  • Tanjung Bungah
  • Tanjung Tokong
  • Tanjong Pinang
  • Seri Tanjong
  • Pulau Tikus
  • Desa Baiduri‎
  • Kampung Batu Lanchang‎
  • Kampung Belachan‎
  • Kampung Dodol‎
  • Kampung Hijau‎
  • Kampung Makam‎
  • Kampung Masjid‎
  • Kampung Masjid Bagan‎
  • Kampung Rawa‎
  • Kampung Raya Baharu‎
  • Kampung Syed‎
  • Pengkalan Weld‎
  • Jelutong
  • Taman Abidin‎
  • Taman Ara‎
  • Air Itam
  • Bandar Baru Air Itam Farlim
  • Taman Barat‎
  • Taman Cemerlang‎
  • Taman Cheeseman‎
  • Taman Continental‎
  • Taman Dega Green‎
  • Taman Dhoby Ghaut‎
  • Taman Free School‎
  • Taman Green Lane‎
  • Taman Greenview‎
  • Taman Guan Joo Seng‎
  • Taman Islands Glades‎
  • Taman Jeliemas‎
  • Taman Jelutong‎
  • Taman Jesselton Height‎
  • Taman Kampar‎
  • Taman Kennedy‎
  • Taman Koperasi Jelutong‎
  • Taman Lalulintas‎
  • Taman Lembah Sungai‎
  • Taman Lita‎
  • Taman P. Ramlee‎
  • Taman Penang‎
  • Taman Perak‎
  • Taman Pulau Pinang‎
  • Taman Rampas‎
  • Taman Scotland‎
  • Taman Selamat‎
  • Taman Sri Husin‎
  • Taman Windmill
  • Changkat Miden
  • Gelugor
  • Sungai Dua
  • Sungai Nibong
  • Batu Uban
Persiaran Gurney di Georgetown
Pemandangan Tanjung Tokong di luar Bandarraya Georgetown

Tempat-tempat menarik

Bandar kembar

Lokasi

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar