Institut Pendidikan Guru Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mrzackhangrove (bincang | sumb.)
Mrzackhangrove (bincang | sumb.)
Baris 71: Baris 71:


Terdapat juga beberapa maktab perguruan yang ditutup kerana lokasinya yang berada ditengah bandar, kemudahan infrastruktur yang ketara dan keluasan kawasan maktab yang terhad untuk pembangunan. Berikut merupakan senarai maktab perguruan yang ditutup;
Terdapat juga beberapa maktab perguruan yang ditutup kerana lokasinya yang berada ditengah bandar, kemudahan infrastruktur yang ketara dan keluasan kawasan maktab yang terhad untuk pembangunan. Berikut merupakan senarai maktab perguruan yang ditutup;
# '''Maktab Perguruan Teruntum''' (kini sebahagian menjadi Sekolah Kebangsaan Teruntum)<br>
# '''Maktab Perguruan Teruntum''' (kini diambil alih oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan)<br>
# '''Maktab Perguruan Mohd. Khalid''' kini menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Mohd. Khalid<br>
# '''Maktab Perguruan Mohd. Khalid''' kini menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Mohd. Khalid<br>
# '''Maktab Perguruan Pasir Panjang''' kini menjadi Sekolah Menengah Sains Terengganu (SESTER)<br>
# '''Maktab Perguruan Pasir Panjang''' kini menjadi Sekolah Menengah Sains Terengganu (SESTER)<br>

Semakan pada 12:47, 20 Disember 2011

Institut Pendidikan Guru Malaysia
Institute of Teacher Education Malaysia
Lokasi
Cyberjaya, Malaysia
Maklumat
MotoThe New IPG - A Learner Centered University
Ditubuhkan2009 (selepas perasmian IPGM Kampus Dato' Razali Ismail)
Jumlah penuntutKursus Persediaan, Ijazah Sarjana Muda, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah & Kursus Sijil Perguruan Khas
RektorY. Bhg. Datuk Dr. Haili bin Dolhan
Timbalan RektorDr. Lee Boon Hua free_label3 = Pengarah Sektor Hal Ehwal Pelajar
Laman sesawang

Institut Pendidikan Guru Malaysia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang melatih bakal-bakal guru sekolah rendah dan menengah. Di Malaysia, semua Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) ini dikelolakan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia (IPGM KPM) yang bertempat di Cyberjaya. [1] Institut Pendidikan Guru Malaysia ini bakal mempunyai kampus induk seperti UiTM yang kini masih lagi dalam proses pembinaan. [2]

Pengenalan

Institut Pendidikan Guru yang dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal - bakal guru. Bakal - bakal guru ini terdiri daripada pelajar Kurusus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK), Kursus Dalam Cuti (KDC), Kursus dalam Perkhidmatan (KDP), Program Pensiswazahan Guru (PPG), Open University Malaysia (OUM) dan Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI). Pelajar KPLSPM yang dipilih oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk kemasukan ke IPG ini telah dipilih berdasarkan beberapa temuduga dan ujian.Pelajar KPLSPM yang lulus peringkat persediaan sahaja akan ditawarkan untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG yang telah mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhajaya Perkhidmatan Pelajaran.

Sejarah

Sejarah pendidikan guru di tanah air bermula dengan penubuhan institusi berikut;

  1. 1878 - The Malay High School, Singapura
  2. 1922 – Sultan Idris Training College, Tanjung Malim – melatih guru-guru Sekolah Melayu. Kini, maktab perguruan ini telah bertukar kepada Universiti Perguruan Sultan Idris atau lebih dikenali dengan singkatan UPSI.
  3. 1935 – Women Teachers’ Training College, Melaka : maktab ini telah melatih guru-guru perempuan terutamanya dalam bidang Sains Rumah Tangga. Kini, maktab perguruan ini telah ditukar kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
  4. 1951 – Malayan Teachers’ Training College, Kirkby, Liverpool, England : Kerajaan Malaysia (Malaya) telah mengambil alih sebuah pusat latihan guru British untuk melatih guru Tanah Melayu di England dengan hasrat untuk melahirkan tenaga pengajar tempatan yang mantap dari segi latihan guru dan fasih berbahasa Inggeris. Maktab ini telah ditutup pada tahun 1962 apabila kerajaan Britain mengambil semula tapak maktab ini kini ia merupakan kawasan perumahan dan pusat komersial. Maktab ini telah melatih 1500 guru antara 1952 hingga 1962. Salah satu peristiwa bersejarah yang berlaku di tempat ini adalah peristiwa pengisytiharan kemerdekaan Malaya oleh Y.A.M Tuanku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
  5. 1955 – Malaysian Teacher Training College (MTT), Brinsford Lodge,Wolverhampton, England : Bekas sebuah kilang di Britain ini pernah menjadi sebuah kolej latihan untuk guru Malaysia pada 1955 hingga 1964. Pusat latihan perguruan ini telah melatih 300 guru dalam pelbagai matapelajaran.


Perkembangan maktab perguruan di Malaysia berlaku dengan pesat apabila ia mengalami perubahan besar pada abad ke 21 dan melalui peristiwa berikut ;

  1. 2004 - 27 maktab perguruan dan 1 English Language Teaching Centre telah ditubuhkan. Nama maktab perguruan kemudiannya telah ditukar kepada Institut Pendidikan Guru selepas ia dinaik taraf.
  2. 2005 - Jemaah Menteri telah meluluskan 27 Maktab Perguruan dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang boleh menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan dan B.Ed. pada 13 Julai 2005
  3. 2006 - Pengisytiharan naik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru. Pengisytiharan ini memberikan satu perubahan besar kepada institusi keguruan dengan bermulanya Program Pensiswazahan Guru yang dijalankan di IPG seperti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Selain itu, IPG juga mula menjalankan latihan praperkhidmatan yang boleh memberi pengiktirafan ijazah Sarjana Muda kepada guru sekolah rendah melalui Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSM) seperti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan B.Ed TESL.
  4. 2008 - Pindaan Akta Pendidikan 1996, yang membenarkan maktab perguruan dinaik taraf ke Institut Pendidikan Guru Malaysia telah diluluskan oleh Dewan Rakyat 25 Ogos 2008
  5. 2008 - Dewan Negara telah meluluskan pindaan Akta Pendidikan 1996, Bab 9 Seksyen 42- 49 tersebut pada 4 Disember 2008.
  6. 2009 – Y.A.B Menteri Pelajaran, Dato’ Hishamuddin Tun Hussein telah mengisytiharkan secara rasmi semua Institut Perguruan di Malaysia dikenali dengan nama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan IPG Kuala Terengganu ditukar nama kepada IPGM Kampus Dato’ Razali Ismail pada 16 Januari 2009, sempena memperingati mantan Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Razali Ismail yang telah meninggal dunia pada 28 November 2008.
  7. 2010 - Pentadbiran Institut Pendidikan Guru diasingkan daripada Bahagian Pendidikan Guru dan IPG Kampus diselenggara sepenuhnya oleh Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia di Cyberjaya.[3]

Senarai IPG Kampus yang dinaiktaraf

Terdapat 27 Institut Pendidikan Guru Kampus yang dinaiktaraf daripada maktab perguruan. Berikut merupakan senarai maktab perguruan yang dinaik taraf;

  1. Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (MPPMM) kini IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
  2. Maktab Perguruan Kota Bharu (MPKB) kini IPG Kampus Kota Bharu
  3. Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (M4P) kini IPG Kampus Pulau Pinang
  4. Maktab Perguruan Kuala Terengganu (MPKTBR) kini IPG Kampus Dato' Razali Ismail
  5. Maktab Perguruan Raja Melewar (MPRM) kini IPG Kampus Raja Melewar
  6. Maktab Perguruan Batu Lintang (MPBL) kini IPG Kampus Batu Lintang
  7. Maktab Perguruan Tuanku Bainun (MPTB) kini IPG Kampus Tuanku Bainun
  8. Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim (MPSAH) kini IPG Kampus Sultan Abdul Halim
  9. Institut Bahasa Melayu Malaysia kini IPG Kampus Bahasa Melayu
  10. Institut Perguruan Bahasa - bahasa Antarabangsa kini IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
  11. Institut Perguruan Darulaman (IPDA) kini IPG Kampus Darulaman
  12. Maktab Perguruan Persekutuan Perlis (MP3P) kini IPG Kampus Perlis
  13. Maktab Perguruan Ipoh (MPIPOH) kini IPG Kampus Ipoh
  14. Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) kini IPG Kampus Ilmu Khas
  15. Maktab Perguruan Sultan Mizan (MPSMB) kini IPG Kampus Sultan Mizan
  16. Maktab Perguruan Islam (MPI) kini IPG Kampus Pendidikan Islam
  17. Maktab Perguruan Teknik (MPT) kini IPG Kampus Pendidikan Teknik
  18. Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (MPTI) kini IPG Kampus Temenggong Ibrahim
  19. Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan (MPTAA) kini IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
  20. Maktab Perguruan Tun Hussien Onn (MPTHO) kini IPG Kampus Tun Hussien Onn
  21. Maktab Perguruan Rajang (MPRAJANG) kini IPG Kampus Rajang
  22. Maktab Perguruan Sarawak, Miri (MPSM) kini IPG Kampus Sarawak
  23. Maktab Perguruan Tun Abdul Razak (MPTAR) kini IPG Kampus Tun Abdul Razak
  24. Maktab Perguruan Tawau (MPTAWAU) kini IPG Kampus Tawau
  25. Maktab Perguruan Gaya (MPGAYA) kini IPG Kampus Gaya
  26. Maktab Perguruan Keningau (MPK) kini IPG Kampus Keningau
  27. Maktab Perguruan Kent (MPKENT) kini IPG Kampus Kent

Terdapat juga beberapa maktab perguruan yang ditutup kerana lokasinya yang berada ditengah bandar, kemudahan infrastruktur yang ketara dan keluasan kawasan maktab yang terhad untuk pembangunan. Berikut merupakan senarai maktab perguruan yang ditutup;

  1. Maktab Perguruan Teruntum (kini diambil alih oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan)
  2. Maktab Perguruan Mohd. Khalid kini menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Mohd. Khalid
  3. Maktab Perguruan Pasir Panjang kini menjadi Sekolah Menengah Sains Terengganu (SESTER)
  4. Maktab Perguruan Seri Pinang kini dibiarkan kosong
  5. Maktab Perguruan Seri Kota (status tidak diketahui)
  6. Maktab Perguruan Kinta, Ipoh kini diambil alih Politeknik Ungku Omar
  7. Maktab Perguruan Sains Bintulu kini diambil kembali oleh UPM Kampus Bintulu

Kampus

Selain kampus utamanya di Nilai, Negeri Sembilan, IPGM mempunyai 28 IPG Kampus cawangan dan sebuah English Language Teaching Centre. Boleh dikatakan IPG Kampus mempunyai cawangan di semua negeri di Malaysia. Kampus-kampus tersebut adalah :-

B

  1. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
  2. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
  3. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

D

  1. Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
  2. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail

G

  1. Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya

I

  1. Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
  2. Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

K

  1. Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
  2. Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
  3. Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

P

  1. Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
  2. Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
  3. Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
  4. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
  5. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

R

  1. Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang
  2. Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

S

  1. Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri
  2. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
  3. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

T

  1. Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
  2. Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim
  3. Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
  4. Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun
  5. Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussien Onn
  6. http://ipgmktar.edu.my/]

Lagu IPG

IPG Malaysia

Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa negara tercinta

Berwibawa berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa

Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi

IPG Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyayang berakhlak mulia
Mendokong visi misi IPG

Visi

IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru [4]

Misi

IPG melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia [5]

Objektif dan Fungsi

  1. Meningkatkan penguasaan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pengajaran pembelajaran pendidik guru;
  2. Memperteguhkan penyelidikan, pembangunan dan inovasi;
  3. Memperkasa program pendidikan guru secara berterusan;
  4. Mengamalkan nilai profesional perguruan melalui domain diri, profesional dan sosial;
  5. Memantapkan pengurusan dam pembangunan sumber manusia;
  6. Memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan yang memenuhi kepuasan pelanggan;
  7. Menyediakan infrastruktur dan infostruktur yang memenuhi standard SOA IPG;
  8. Memperkaya dam mempelbagaikan pengalaman pelajar; dan
  9. Meningkatkan penglibatan pendidik guru dalam aktiviti komuniti

Budaya IPG

Budaya IPG adalah suatu jenama untuk membentuk dan melahirkan guru yang mengamalkan tujuh dimensi budaya berikut [6] :

  • Budaya Ilmu
  1. Pembelajaran sepanjang hayat
  2. Berilmu pengetahuan luas, mendalam dan terkini (syumul)
  3. Menguasai, mengamal, menghayati, dan berkongsi ilmu
  4. Menjana, mencetus, mengembang dan menyumbang ilmu
  5. Mengamalkan penyelidikan
  • Budaya Kepimpinan
  1. Kebolehan membuat keputusan
  2. Pemikiran reflektif
  3. Menghayati Visi dan Misi IPG serta aspirasi negara
  4. Mempunyai idea-idea yang bernas
  5. Bermotivasi tinggi untuk menggerakkan perubahan
  6. Berupaya menyelesaikan masalah
  7. Menjalin kejelekitan di antara warga IPG
  8. Membimbing warga IPG ke arah pengurusan kendiri yang berkesan
  9. Menjadikan pembelajaran sebagai keutamaan
  10. Menetapkan ekspektasi dan pencapaian yang tinggi
  11. Mengorientasikan kurikulum dengan piawai pencapaian
  12. Mewujudkan komuniti belajar sepanjang hayat
  13. Menyediakan pelbagai cara untuk mentafsir dan menilai pembelajaran
  14. Menyediakan sumber dan sistem untuk membantu dan menyokong pembelajaran
  15. Kesetiaan kepada organisasi
  • Budaya Kerja Profesional
  1. Mendokong Visi dan Misi organisasi
  2. Meletakkan kerja sebagai amanah dan ibadah
  3. Bersikap proaktif, kritis, kreatif, dan inovatif
  4. Optimis dan komited dalam pekerjaan
  5. Mementingkan kualiti dan menepati piawaian yang ditentukan
  6. Kepuasan pelanggan sebagai sasaran utama kerja
  7. Menepati masa, cekap, tepat, dan mematuhi prosedur
  8. Menitikberatkan kerja sepasukan dalam menjayakan aktiviti organisasi
  • Budaya Akhlak dan Moral
  1. Sentiasa bersyukur
  2. Merendah diri (tawadhuk)
  3. Redha dengan Qada dan Qadar
  4. Taqwa
  5. Ikhtiar dan Doa
  6. Mematuhi etika
  • Budaya Penyayang
  1. Keprihatinan dengan makhluk
  2. Sayang akan diri, keluarga, dan masyarakat
  3. Sayang akan profesion
  4. Sayang akan warga dan organisasi
  5. Sayang akan alam sekitar
  6. Sayang akan negara
  • Budaya Hidup Sihat
  1. Kesihatan dan kecergasan fizikal
  2. Kematangan emosi
  3. Ketenangan rohani dan bertaqwa
  4. Keterbukaan minda, positif, matang, dan rasional
  5. Persekitaran mesra
  • Budaya Estetika
  1. Kehalusan budi
  2. Keunggulan peribadi
  3. Kesempurnaan kerja
  4. Kecantikan dan keindahan seni dan karya
  5. Keindahan kebudayaan dan bangsa
  6. Keindahan persekitaran

Struktur Organisasi

  1. Sektor HEP dan Hubungan Luar
  2. Sektor Kewangan, Pembangunan dan Aset
  3. Sektor Khidmat Pengurusan
  4. Pusat Pembangunan Akademik
  5. Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi

Alamat Kampus Induk

Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1 Enterprise Building 3 Blok 2200
Jalan Persiaran APEC Cyber 6
63000 Cyberjaya
Nombor telefon: 03-83126600
Nombor faks: 03-83126655

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar