Zaman Kegemilangan Islam: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rizius (bincang | sumb.)
Rizius (bincang | sumb.)
Baris 57: Baris 57:
Ketua sesebuah keluarga diberi kuasa dalam pengurusan rumah tangganya tetapi kadi atau hakim boleh membincangkan dan menyelesaikan masalah dalam isu permasalahan sesama keluarga dan dengan keluarga lain. Dua wakil kanan kuasa perbandaran ialah kadi dan muhtasib. Mereka bertanggungjawab atas kebanyakan isu termasuklah kualiti bekalan air, penyelengaraan jalanraya, mengawal peletusan wabak penyakit, mengawasi pasar-pasar, dan pelaksanaan upacara pengebumian.
Ketua sesebuah keluarga diberi kuasa dalam pengurusan rumah tangganya tetapi kadi atau hakim boleh membincangkan dan menyelesaikan masalah dalam isu permasalahan sesama keluarga dan dengan keluarga lain. Dua wakil kanan kuasa perbandaran ialah kadi dan muhtasib. Mereka bertanggungjawab atas kebanyakan isu termasuklah kualiti bekalan air, penyelengaraan jalanraya, mengawal peletusan wabak penyakit, mengawasi pasar-pasar, dan pelaksanaan upacara pengebumian.


Lagi satu aspek kehidupan bandar Islam ialah wakaf, sesuatu amal kebajikan keagamaan yang terus berurusan dengan kadi dan imam. Melalui derma, kebanyakan tempat mandi awam dan kilang dibina dan hasilnya digunakan untuk membiayai pendidikan serta membekalkan pengairan untuk dusun luar bandar. Mengikuti pengembangan,sistem ini diperkenalkan kepada masyarakat Timur Eropah oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah.
Lagi satu aspek kehidupan bandar Islam ialah wakaf, sesuatu amal kebajikan keagamaan yang terus berurusan dengan kadi dan imam. Melalui derma, kebanyakan tempat mandi awam dan kilang dibina dan hasilnya digunakan untuk membiayai pendidikan serta membekalkan pengairan untuk dusun luar bandar. Mengikuti pengembangan,sistem ini diperkenalkan kepada masyarakat Eropah Timur oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah.


{{terjemahan}}
{{terjemahan}}

Semakan pada 05:01, 14 Januari 2007

Rencana kerjasama Rencana ini telah dikenal pasti sebagai satu rencana kerjasama.
Marilah bersama-sama menyunting supaya ia dapat mencapai piawai yang tinggi!


Gambar foto tentang manuskrip zaman pertengahan oleh Qutb al-Din al-Shirazi (1236–1311), seorang ahli falak Parsi. Imej ini menggambarkan model planet kisar.
Rencana ini merupakan rencana kecil Sejarah Islam dan Sains Islam.

Semasa Zaman Keemasan Islam (750 - 1250: zaman Kerajaan Abbasiyah), para ahli falsafah dan ahli sains, serta jurutera-jurutera dari dunia Islam banyak menyumbang kepada teknologi. Mereka melakukan ini dengan dua cara, iaitu dengan mengekalkan tradisi-tradisi yang awal, serta dengan menambahkan rekaan-rekaan dan pembaharuan-pembaharuan mereka sendiri. Pencapaian-pencapaian saintifik dan intelektual mekar pada zaman keemasan itu.

Asas

Kerajaan Islam mewarisi "pengetahuan dan kemahiran Timur Tengah kuno, Greece, Persia dan India. Mereka menambah pembaharuan penting dari luar, contohnya seperti penomboran kedudukan dari India," tulis Bernard Lewis dalam bukunya What Went Wrong? (Apakah Silapnya?).

Satu lagi pembaharuan ialah kertas - asalnya rahsia yang dijaga ketat orang Cina. Seni pembuatan kertas diperolehi daripada dua tawanan di Pertempuran Talas (751), hingga kilang kertas dapat dibina di Samarkand dan Baghdad. Orang Arab memperbaiki teknik orang Cina dengan menggunakan kain linen berbanding kulit pokok mulberi.

Kebanyakan pembelajaran dan kemajuan ini dapat dikaitkan dengan geografi. Sebelum kedatangan Islam lagi, bandar Mekah telah menjadi pusat perdagangan di Semenanjung Arab dan Nabi Muhammad juga merupakan saudagar. Tradisi mengerjakan haji ke Mekah menyebabkannya menjadi pusat pertukaran idea dan barangan. Pengaruh yang dimiliki saudagar Muslim ke atas jalan perdagangan Afrika-Arab dan Arab-Asia amat besar. Hasilnya, tamadun Islam tumbuh dan berkembang di atas ekonomi saudagarnya, berbeza dengan tamadun Kristian, China dan India yang masyarakatnya berasaskan kepemilikan tanah pertanian oleh bangsawan. Para saudagar membawa barangan dan kepercayaan mereka ke China (menyebabkan ramai Cina Muslim ~ 37 juta, sebahagian besarnya orang Uyghur Turki yang tanahnya dirampas China), India, Asia Tenggara, dan kerajaan di barat Afrika dan kembali dengan pembaharuan baru. Saudagar-saudagar ini menggunakan kekayaan mereka untuk melabur dalam industri tekstil dan perladangan.

Kesenian Islam

Manuskrip Seljuk dari abad ke-13 yang menggambarkan Socrates (Soqrāt) berbincang dengan murid-muridnya.

Zaman Keemasan kesenian Islam berlangsung dari tahun 750 hingga abad ke-16, apabila seni tembikar, kaca, seni logam, tekstil, manuskrip berhias dan pertukangan kayu berkembang maju. Sepuh berkilat merupakan sumbangan Islam yang terunggul kepada seni tembikar. Manuskrip berhias menjadi suatu seni yang penting dan amat dihormati, dan lukisan potret kenit berkembang maju di Parsi. Seni khat, salah satu aspek tulisan Arab yang penting, berkembang dalam manuskrip dan perhiasan seni bina.

Falsafah

Hanya dalam bidang falsafah para cendekiawan dilarang mengemukakan idea-idea bukan ortodoks. Bagaimanapun, ahli sains Parsi, Ibnu Sina dan Ibnu Rushd memainkan peranan yang utama dalam penyimpanan karya-karya Aristotle yang idea-ideanya menguasai pemikiran bukan agama bagi dunia-dunia Kristian dan Muslim. Mereka juga menyerap idea-idea dari China dan India, dan menambahkannya pada pengetahuan mereka yang luas yang diperoleh daripada kajian-kajian sendiri. Tiga orang pemikir spekulatif, al-Kindi, al-Farabi, dan Ibnu Sina, menggabungkan Aristotelianisme dan Neoplatonisme dengan idea-idea lain yang diperkenalkan melalui Islam.

Di Sepanyol, kesusasteraan falsafah Arab diterjemahkan kepada bahasa Ibrani, Latin, dan Ladino. Penterjemahan falsafah ini telah menyumbang kepada kemajuan falsafah Eropah moden. Tokoh-tokoh utama dalam Zaman Keemasan termasuk:

Sains

Perbezaan antara sikap ahli-ahli sains Byzantine dengan sikap orang-orang Muslim zaman pertengahan yang setara adalah nyata. Byzantium tidak menambah atau hanya menambah sedikit pengetahuan baru kepada sains perubatan Yunani-Rom. Ini mungkin boleh dijelaskan melalui fakta bahawa perkembangan permulaan Islam ke luar Semenanjung Arab telah menawan tiga buah kota Byzantine yang paling produktif: Iskandariah, Carthage dan Antioch. Akibat kehilangan kerajaan pusat yang amat mahir, serta serangan-serangan Arab yang berterusan terhadap Anatolia, kebanyakan kota Byzantine tidak dapat menyokong seni dan sains. Banyak penduduk kembali beramai-ramai ke perladangan sara diri. Kebanyakan ahli sains Islam yang paling terkenal hidup pada Zaman Keemasan Islam. Antara pencapaian-pencapaian cendekiawan Muslim semasa zaman ini ialah rekaan trigonometri sfera, kemajuan dalam bidang optik (lihat Ibnu al-Haitham), serta kemajuan dalam bidang astronomi (termasuklah pembinaan balai cerap pertama serta penciptaan astrolab).

Perubatan

Perubatan merupakan sebahagian utama kebudayaan Islam zaman pertengahan. Bergerak balas kepada keadaan masa dan tempat, pakar perubatan dan cendekiawan Islam mengembangkan sebuah kesusasteraan perubatan yang besar dan rumit yang memeriksa dan mensintesiskan teori dan amalan perubatan (dari arkib digital Perpustakaan Perubatan Negara Amerika Syarikat).

Perubatan Islam dikembangkan berdasarkan tradisi, terutamanya pengetahuan teori dan amalan yang dikembangkan di Parsi, Yunani, dan Rom. Bagi cendekiawan-cendekiawan Islam, Galen dan Hippocrates merupakan tokoh-tokoh cemerlang yang berwibawa, diikuti oleh cendekiawan-cendekiawan Yunani di Iskandariah. Para cendekiawan Islam menterjemahkan karya-karya Yunani kepada bahasa Arab dan kemudian menghasilkan pengetahuan perubatan yang baru berdasarkan teks-teks tersebut. Untuk membolehkan tradisi Yunani lebih senang difahami dan diajar, cendekiawan-cendekiawan Islam menyusun pengetahuan perubatan Yunani-Rom yang luas dan kekadang tidak tekal dengan lebih sistematik melalui penulisan ensiklopedia dan ringkasan (dari arkib digital Perpustakaan Perubatan Negara AS).

Melalui terjemahan-terjemahan Arab inilah dunia Barat mendapat tahu tentang perubatan Yunani, termasuk karya-karya Galen dan Hippocrates. Karya-karya menyeluruh seperti Daftar Karya Perubatan yang ditulis oleh Ibnu Sina dan yang diterjemahkan kepada bahasa Latin dan disebar dalam bentuk manuskrip dan bercetak ke seluruh Eropah mendapat pengaruh yang sama, jika bukan lebih besar, di Eropah Barat. Pada abad ke-15 dan ke-16 sahaja, Daftar Karya Perubatan telah diterbitkan melebihi 35 kali (dari arkib digital Perpustakaan Perubatan Negara AS).

Di dalam dunia Islam zaman pertengahan, hospital-hospital telah dibina di semua kota yang utama; umpamanya di Kaherah, Hospital Qalawun mempunyai kakitangan-kakitangan yang termasuk pakar perubatan, ahli farmasi, dan jururawat, yang boleh merawat 8,000 orang pesakit. Terdapat juga dispensari dan kemudahan penyelidikan yang menyebabkan kemajuan-kemajuan dalam pemahaman penyakit berjangkit, serta penyelidikan optik dan mekanisme mata. Malah doktor-doktor Islam telah membuang katarak dengan jarum-jarum geronggang lebih 1,000 tahun sebelum orang-orang Barat berani mencuba tugas ini.

Perdagangan dan kehidupan bandar

Fail:Avicenna2.jpg
Ibnu Sina merupakan pakar perubatan yang teragung di kalangan pakar perubatan Zaman Islam Pertengahan dan Parsi. Kerjanya memberikan kesan langsung kepada Zaman Pembaharuan.

Sejak awal-awal lagi, asas tamadun Islam adalah berdasarkan kehidupan bandar dan perdagangan, dan pertambahan penduduknya dan kemajuan pertaniannya dicerminkan melalui rangkaian perdagangan sedunianya. Bandar-bandar Islam yang berkembang secara tidak terkawal menghasilkan jalan-jalan yang sempit serta berliku-liku di bandar dan kawasan-kawasan perumahan dipisahkan oleh perbezaan latar belakang etnik dan hubungan keagamaan. Kualiti-kualiti ini ternyata cekap untuk menghantar barangan ulang-alik dari pusat komersil besar sambil mengekalkan kebersendirian yang dititikberatkan oleh kehidupan keluarga Islam. Subbandar-subbandar yang berada di sebelah luar dinding kota terdiri dari kawasan perumahan komuniti orang-orang kaya hingga ke kawasan separa sesak kelas pekerja. Kawasan pembuangan sampah bandar terletak jauh dari bandar, begitu juga dengan tapak perkuburan yang sering dijadikan kediaman untuk penjenayah dan pelacur. Satu tempat menunaikan solat dapat dijumpai berhampiran salah satu pintu-pintu utama untuk perayaan keagamaan dan pelaksanaan hukuman bunuh awam. Serupa dengannya, tempat latihan tentera juga dapat dijumpai berdekatan satu pintu utama.

Walaupun berbeza dari segi rupa akibat iklim dan tradisi setempat sebelumnya, bandar-bandar Islam hampir selalu dikuasai kelas pertengahan saudagar. Kesetiaan sesetengah orang terhadap kawasan kejiranan mereka amat kuat, membayangkan etnik dan agama, manakala rasa kewarganegaraan kadang kala bukan sesuatu yang biasa. Keluarga luas menyediakan asas untuk program sosial, urusan perniagaan dan perundingan dengan pihak berkuasa. Sebahagian unit ekonomi dan sosial ini sering kali merupakan penyewa kepada bangsawan kaya.

Kuasa negeri biasanya tertumpu di Dar al Imara iaitu pejabat gabenor di dalam istana. Istana-istana ini mencuar tinggi melampaui kota yang dibina hasil daripada ribuan tahun penempatan manusia. Fungsi utama gabenor kota adalah untuk memberi perlindungan dan mengekalkan keteraturan undang-undang. Sistem ini adalah bertanggunjawab atas berlakunya percampuran pemerintahan autokrasi dengan pemerintahan autonomi di dalam kota. Setiap kawasan perumahan dan kebanyakan blok rumah pangsa besar telah melantik seorang wakil untuk berurusan dengan pihak berkuasa bandaraya. Kawasan-kawasan perumahan ini juga dijangka untuk membentuk pemuda-pemudi mereka menjadi militia untuk melindungi kawasan perumahan mereka sendiri, dan juga sebagai bantuan kepada tentera profesional untuk mempertahankan kota secara menyeluruh.

Ketua sesebuah keluarga diberi kuasa dalam pengurusan rumah tangganya tetapi kadi atau hakim boleh membincangkan dan menyelesaikan masalah dalam isu permasalahan sesama keluarga dan dengan keluarga lain. Dua wakil kanan kuasa perbandaran ialah kadi dan muhtasib. Mereka bertanggungjawab atas kebanyakan isu termasuklah kualiti bekalan air, penyelengaraan jalanraya, mengawal peletusan wabak penyakit, mengawasi pasar-pasar, dan pelaksanaan upacara pengebumian.

Lagi satu aspek kehidupan bandar Islam ialah wakaf, sesuatu amal kebajikan keagamaan yang terus berurusan dengan kadi dan imam. Melalui derma, kebanyakan tempat mandi awam dan kilang dibina dan hasilnya digunakan untuk membiayai pendidikan serta membekalkan pengairan untuk dusun luar bandar. Mengikuti pengembangan,sistem ini diperkenalkan kepada masyarakat Eropah Timur oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah.

While religious foundations of all faiths were tax exempt in the Muslim world, civilians paid their taxes to the urban authorities, soldiers to the superior officer, and landowners to the state treasury. Taxes were also levied on an unmarried man until he was wed. Instead of zakat, the mandatory charity required of Muslims, non-Muslims were required to pay the jizya, a kind of poll tax.

Animals brought to the city for slaughter were restricted to areas outside the city, as were any other industries seen as unclean. The more valuable a good was, the closer its market was to the center of town. Because of this, booksellers and goldsmiths clustered around the main mosque at the heart of the city.

Guilds were officially unrecognized by the medieval Islamic city, but trades were supervised by an official recognized by the city. Each trade developed its own identity, whose members would attend the same mosque, and serve together in the militia. Slaves were often employed on sugar plantations and salt mines, but more likely as domestic house servants or professional soldiers.

Technology and Industry of Islamic civilization was highly developed. Distillation techniques supported a flourishing perfume industry, while chemical ceramic glazes were developed constantly to compete with ceramics imported from China. A scientific approach to metallurgy made it easier to adopt and improve steel technologies from India and China. Primary exports included manufactured luxuries, such as wood carving, metal and glass, textiles, and ceramics.

The systems of contract relied upon by merchants was very effective. Merchants would buy and sell on commission, with money loaned to them by wealthy investors, or a joint investment of several merchants, who were Muslim, Christian and Jewish. Recently a collection of documents were found in an Egyptian synagogue shedding a very detailed and human light on the life of medieval middle eastern merchants. Business partnerships would be made for many commercial ventures, and bonds of kinship enabled trade networks to form over huge distances. Networks developed during this time enabled a world in which money could be promised by a bank in Baghdad and cashed in Spain, creating the check system of today. Each time items passed through the cities along this extraordinary network, the city imposed a tax, resulting in high prices once reaching the final destination. Regardless, the Muslim world never completely relied on foreign markets, remaining completely self sufficient throughout this period.

Transport was simple yet highly effective. Each city had an area outside its gates where pack animals were assembled, found in the cities markets were large secure warehouses, while accommodations were provided for merchants in cities and along trade routes by a sort of medieval motel.

Apart from the Nile, Tigris and Euphrates, navigable rivers were uncommon, so transport by sea was very important. Navigational sciences were highly developed making use of a rudimentary sextant known as a kamal to altitudes of stars, and a magnetic compass. When combined with detailed maps of the period, sailors were able to sail across oceans rather than skirt along the coast. Muslim sailors were also responsible for reintroducing large three masted merchant vessels to the Mediterranean. The caravels used by Italian explorer Christopher Columbus were in fact, based on designs by earlier Muslim Andalusian vessels. An artificial canal linking the Nile with the Gulf of Suez was constructed, conversely linking the Red Sea with the Mediterranean although it silted up several times.

A tradition from Muhammad advises his followers to "even travel to China if it means obtaining knowledge." And not long after Muhammad's death, during the Islamic Golden Age, one can observe such travel and exchange with far away lands taking place.

For example, Ala'eddin, is honoured in the official history of China's Yuan Dynasty, for having constructed the Counterweight Trebuchet for Kubilai. (see p119)

And we now know that in fact Islam learned paper making from China as a result of this contact, but made the crucial decision to use linen as the raw material for paper, rather than mulberry bark, or other organic matter. The transfer of Chinese technology and the innovation in the use of linen provided a writing material more economical than parchment and more durable than papyrus. It was from Islam that the rest of the world learned to make paper from linen. (from the digital archives of The National Library of Medicine)

Seni bina dan kejuruteraan

Menara kembar Kharaghan yang dibina pada tahun 1067 mengandungi kubur putera-putera Seljuk.

Pembinaan Masjid Agung Samarra di Iraq yang disiapkan pada tahun 847 menggabungakan seni bina hipostail yang terdiri daripada baris-baris tiang yang menyangga sebuah tapak datar yang mempunyai menara pilin yang besar di atasnya.

Orang-orang Moor memulakan pembinaan Masjid Agung Cordoba pada tahun 785 dan menandakan permulaan seni bina Islam di Sepanyol dan Afrika Utara (lihat Orang-orang Moor). Masjid ini terkenal untuk gerbang-gerbang dalaman yang ketara. Seni bina Moor mencapai puncaknya dengan pembinaan Alhambra yang merupakan istana/kubu Granada yang indah dan mengagumkan, dengan ruang-ruang dalaman yang terbuka dan berangin dan yang dihias dengan warna merah, biru, dan emas. Dinding-dindingnya dihias dengan motif-motif dedaun, inskripsi-inskripsi Arab, dan reka-reka bentuk awan larat, dengan dinding-dindingnya dilitupi oleh jubin-jubin berkaca.

Lagi satu subgaya yang tersendiri ialah seni bina Empayar Mughal di India pada abad ke-16. Menyepadukan unsur-unsur Islam dan Hindu, maharaja Akbar membina sebuah kota diraja di Fatehpur Sikri yang terletak 26 batu (42 km) di barat Agra pada lewat 1500-an.

Serangan Mongolia dan kemerosotan beransur-ansur

Pada tahun 1206, Genghis Khan mengasaskan sebuah dinasti yang kuat di kalangan orang-orang Mongol di Asia Tengah. Semasa abad ke-13, Empayar Mongol ini menaklukkan kebanyakan tanah Eurasia, termasuk kedua-dua negara China di timur dan kebanyakan kekalifahan Islam lama (termasuk juga Rusia) di barat selepas serangan Baghdad oleh Hulagu Khan pada tahun 1258. Kemudian, pemimpin-pemimpin Mongol seperti Timur memusnahkan banyak kota, membunuh beratus-ratus ribu orang, dan melakukan kemusnahan yang tidak dapat dipulihkan terhadap sistem-sistem pengairan kuno di Mesopotamia. Tanah-tanah Muslim yang ditaklukkan oleh orang-orang Mongol kini menghadapi timur laut ke laluan daratan ke China, dan tidak lagi menghadapi Mekah.

Akhirnya, kebanyakan orang Mongol yang menetap di Asia barat memeluk Islam dan banyaknya diasimilasikan oleh berbagai-bagai orang Muslim Iran atau Turki. (Umpamanya, Ulugh Beg, salah seorang ahli astronomi awal yang terunggul, ialah cucu lelaki kepada Timur.) Kerajaan Turki Uthmaniyah bangkit dari abu-abu tetapi secara teori, Zaman Keemasan sudah tamat.

Sudut pandangan bertentangan

Sesetengah pengulas telah mengurangkan kepentingan Zaman Keemasan sehingga memanggilnya sebagai mitos yang bertujuan untuk mengalih perhatian daripada Islam moden. Buku Srdja Trifkovic, Pedang Nabi, adalah amat kritis terhadap Zaman Keemasan Islam. Adalah tidak dapat dipertikaikan bahawa rejim-rejim Islam, seperti Kekalifahan Abbasid Baghdad di bawah Harun ar-Rashid atau al-Andalus, adalah amat kaya berbanding dengan jiran-jiran mereka, serta mengekalkan banyak falsafah Yunani dan menyampaikan idea-idea Timur seperti konsep sifar ('0') yang dipercayai berasal dari India. (Lihat juga: Angka Arab). Bagaimanapun, sesetengah pengkritik memperdebatkan bahawa kesemua ini berkembang maju walaupun terdapat agama Islam, dan bukan disebabkannya.

Mereka mendakwa bahawa kekalifahan dan kerajaan-kerajaan Islam yang lain menekankan tafsiran tegar terhadap kepercayaan ortodoks al-Quran dan menggunakan falsafah dan sains Yunani semata-mata untuk menyokong kuasa mereka. Salah satu contoh ialah pengolahan Ibn Rushd (Averroës) yang mencuba menyeleraskan penulisan-penulisan Aristotle dengan Islam (walaupun Ibn Rushd masih dianggap sebagai seorang tokoh yang berwibawa dalam salah satu daripada empat aliran fikiran klasik hukum Islam) dan yang diusir buat suatu tempoh yang singkat.

Rujukan

  • Donald R. Hill, Islamic Science And Engineering, Percetakan Universiti Edinburgh (1993), ISBN 0-7486-0455-3

Lihat juga

Templat:Pengajian Islam

Pautan luar