Poyo: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 22: Baris 22:


==tafsiran emil==
==tafsiran emil==
beliau menjelaskan 'pondan yang ori
beliau menjelaskan 'pondan yang ori'


==Pautan luar==
==Pautan luar==

Semakan pada 10:36, 23 Disember 2011

Poyo ialah sepatah perkataan Melayu bukan piawai yang boleh dikategorikan sebagai kata sifat. Ia sering digunakan di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya di Semenanjung Malaysia dalam perbualan sehari-hari.

Takrifan

Perkataan poyo tidak terdapat di dalam Kamus Dewan dan setakat ini belum ada sebarang kajian akan asal-usulnya. Poyo juga belum mempunyai takrifan khusus dan tepat. Ia lebih kepada perkataan yang digunakan untuk menunjukkan seseorang itu tidak menyukai sifat tertentu atau kelakuan seseorang individu.

Namun begitu, berdasarkan penggunaannya, ia boleh dikatakan bermaksud berikut:

  • Seorang yang berlagak, merasakan diri bagus, dan suka temberang
  • Seorang yang hodoh dan buruk.

Poyo di dalam budaya popular

Poster filem Poyo

Poyo telah mula meresap masuk di dalam dunia hiburan Malaysia, sama ada majalah, siri TV, filem dan sebagainya. Salah satu siri TV yang menggunakan perkataan ini di dalam skripnya ialah Misi XX-Ray. Di dalam akhbar pula, ia telah digunakan oleh seorang penulis B-Pop iaitu Zubir di dalam penulisannya.[1]

Poyo juga telah digunakan sebagai tajuk bagi sebuah filem yang diterbitkan pada tahun 2002.

Rujukan

  1. ^ Zubir (T.A.) ZUBIR ingatkan artis atau selebriti popular, terkenal saja yang perasan diri sudah hebat, bagus lalu bersikap angkuh atau bahasa pasarnya, ‘poyo’ dengan peminat dan media, rupa-rupanya..., B-pop. Dicapai pada 2008-09-21

Lihat juga

tafsiran emil

beliau menjelaskan 'pondan yang ori'

Pautan luar