Bawang merah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
mengubah suai struktur agar boleh diisi oleh pembaca kemudiannya
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
→‎Pautan luar: membuang pautan tak berkaitan
Baris 90: Baris 90:
*[http://www.healthinfoforyou.com/an/shallots%20as%20alternative%20medicine.htm Perubatan alternatif dalam makanan: Bawang merah]
*[http://www.healthinfoforyou.com/an/shallots%20as%20alternative%20medicine.htm Perubatan alternatif dalam makanan: Bawang merah]
*[http://petai.my/2010/04/keajaiban-bawang-yang-baru-di-ketahui/ Keajaiban Bawang Yang Baru di Ketahui]
*[http://petai.my/2010/04/keajaiban-bawang-yang-baru-di-ketahui/ Keajaiban Bawang Yang Baru di Ketahui]
*[http://izhamwong.blogspot.com/2011/10/siri-tanam-sendiri-penanaman-bawang.html]


[[Kategori:Asparagales]]
[[Kategori:Asparagales]]

Semakan pada 17:41, 28 Disember 2011

Bawang merah
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
A. cepa
Nama binomial
Allium cepa var. aggregatum

Bawang merah (bahasa Inggeris: Shallot) dikelaskan dalam famili Alliaceae dalam order Asparagales. Nama saintifik adalah Allium cepa var. aggregatum. Bawang merah lebih kecil serta lebih manis rasanya berbanding bawang besar. Bawang merah merupakan tanaman semusim. Ia memiliki umbi yang berlapis (bulb), berakar serabut, dan daun berbentuk silinder berongga. Umbinya terbentuk daripada pangkal daun yang bersatu dan membentuk batang yang kemudian berubah bentuk dan fungsinya yang seakan-akan umbi berlapis. Jadi, umbi bawang merah bukanlan ubi sebenarnya seperti ubi kentang ataupun ubi keledek. Ia terbentuk dari lapisan-lapisan daun yang membesar dan kemudiannya bersatu.

Morfologi

Daun

Batang

Bawang merah membiak dengan mengeluarkan tunas pada umbi, atau dikenali sebagai beranak. Anak-anak bawang merah boleh mencapai berbelas setiap pokok.

Akar

Akar bawang merah adalah jenis akar serabut.

Bunga

Buah

Biji benih

Varieti

Khasiat

Bawang merah mengandungi vitamin C, potassium, serat dan asid folik. Ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi.[perlu rujukan]

Petua

Kegunaan Perubatan

Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang khasiat bawang merah terhadap kesihatan manusia. Dari hasil penyelidikan tersebut, mereka mendapati bahawa bawang merah mengandungi 2 sebatian utama. Sebatian pertama ialah sulfur seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan sebatian kedua pula ialah flavonoids seperti quercetin. Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur anti-kanser, anti-bakteria, anti-viral, anti-allergenic dan anti-inflammatory. Dari penyelidikan terkini, bawang merah di dapati effektif terhadap sel kanser hati. Bawang merah didapati mengandungi 6 kali ganda kandungan phenolic berbanding bawang biasa (bawang besar). Bawang merah boleh menolong hati membuang toksin dari badan dan ia mempunyai saponins untuk menghindar dan membunuh sel kanser.

Bawang merah juga didapati boleh menghindarkan kanser perut. Ia mengeluarkan anti-coagulant yang boleh mencairkan darah dan seterusnya meningkatkan tahap tinggi aktiviti anti-platelet yang baik untuk pesakit symptomatic antherosclerotic, kardiovaskular, serangan jantung dan strok. Ia juga membantu meningkatkan fungsi otak seterusnya mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's. Bawang merah juga boleh mengurangkan tahap gula bagi mereka yang menpunyai kencing manis dengan menghadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukosa.

Memakan bawang merah setiap hari boleh membantu penumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20%. Ia mengandungi Prostaglandin A-1, agen yang kuat untuk mengurangkan tekanan darah (blood pressure). Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda.

Penyakit dan Perosak

Amalan Perladangan

Iklim

Bawang merah boleh ditanam pada tempat beriklim panas seperti iklim tropika dan subtropika.

Jarak penanaman

Jenis tanah

Tanah yang sesuai untuk bawang merah adalah tanah yang tak menyimpan air.

Penyediaan benih tanaman

Bawang boleh ditanam melalui biji benih dan juga bebawang.

Cara penanaman bawang

Pengairan

Bawang merah memerlukan siraman air hanya dua kali sehari, iaitu di waktu pagi sekali dan petang kemudiannya.

Pembajaan

Penggunaan kompos untuk awal penanaman adalah amat digalakkan. Pembajaan boleh dilakukan dengan menggunakan baja NPK Hijau (15:15:15).

Kawalan penyakit dan perosak

Sama seperti sayur-sayuran yang lain, terdapat dua unsur penting yang diperlukan oleh bawang merah iaitu unsur Nitrogen (N) dan Kalium (K). Nitrogen (N) diperlukan oleh tanaman untuk perkembangan daun, meningkatkan warna hijau daun serta pembentukan cabang. Manakala Kalium (K) berfungsi dalam pembentukan gula, asas penghasilan protein, pemangkin bagi tindakbalas enzim, meneutralkan asid organik serta berperanan dalam pertumbuhan jaringan meristem. Pemberian kedua-dua unsur ini dapat membantu proses pembentukan umbi bawang merah. Kekurangan kalium bagi tanaman bawang merah akan mengurangkan hasil tuaian bawang merah.

Penuaian

Penuaian boleh dilakukan apabila semua daun bawang merah telah rebah iaitu sekitar 6 hingga 8 minggu selepas penanaman. Tuaian hendaklah dilakukan ketika cuaca kering agar bawang boleh disimpan lama. Penuaian perlu dielakkan selepas hujan kerana bawang akan mudah diserang fungus jika basah ketika dituai. Cara menuai bawang adalah dengan mencabut ia dari atas tanah dan kemudian dijemur sehingga semua daun atas kering.

Daun bawang merah boleh digunakan sebagai tambahan rencah dalam masakan sup, sayur-sayuran, salad atau pun sebagai penghias lauk-lauk lain.

Bawang merah.

Kegunaan Masakan

Bawang merah adalah salah satu sayuran yang penting dalam bahan masakan Melayu, baik untuk masakan rumah tangga, dan juga sebagai bahan dalam industri makanan. Pengeluaran bawang merah pada masa ini di Malaysia masih tidak mampu memenuhi permintaan yang ada terutama di saat menjelang hari-hari perayaan seperti hari raya. Oleh itu usaha untuk meningkatkan lagi penanaman bawang merah perlu dipertingkatkan lagi di Malaysia. Kebanyakkan stok bawang merah yang berada di pasaran Malaysia dimport dari negara India, bagi memenuhi permintaan tempatan di negara tersebut.[1][2]. Di Malaysia, masalah kekurangan stok bawang merah sering berlaku saban tahun khususnya di Sarawak,[3] ini kerana sektor pertanian bawang merah dijalankan secara kecil-kecilan di negara tersebut, tidak mampu menampung lambakan permintaan yang melebihi bekalan. Pengeluar utama bawang merah iaitu India pula sering mengalami masalah banjir yang menenggelamkan kebanyakkan ladang penanaman bawang merahnya, ini sekali gus mengakibatkan pengeluaran bawang merah di negara itu turut terjejas. Selain itu, harga siling bahan mentah makanan tersebut juga turut tidak menentu. Ini mendesak kerajaan Malaysia, untuk memikirkan langkah alternatif untuk menangani masalah ini antaranya mengesyorkan pengguna membeli bawang merah yang diimport dari Belanda atau China.[4]


Rujukan

Pautan luar