Perbezaan antara semakan "Zaman Kegemilangan Islam"

Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Walaupun berbeza dari segi rupa akibat iklim dan tradisi setempat sebelumnya, bandar-bandar Islam hampir selalu dikuasai kelas pertengahan saudagar. Kesetiaan sesetengah orang terhadap kawasan kejiranan mereka amat kuat, membayangkan etnik dan agama, manakala rasa kewarganegaraan kadang kala bukan sesuatu yang biasa. Keluarga luas menyediakan asas untuk program sosial, urusan perniagaan dan perundingan dengan pihak berkuasa. Sebahagian unit ekonomi dan sosial ini sering kali merupakan penyewa kepada bangsawan kaya.
 
Kuasa negeri biasanya tertumpu di [[Dar al Imara]] iaitu pejabat gabenor di dalam istana. Istana-istana ini mencuar tinggi melampaui kota yang dibina hasil daripada ribuan tahun penempatan manusia. Fungsi utama gabenor kota adalah untuk memberi perlindungan dan mengekalkan keteraturan undang-undang. Sistem ini adalah bertanggunjawab atas berlakunya percampuran pemerintahan autokrasi dengan pemerintahan autonomi di dalam kota. Setiap kawasan perumahan dan kebanyakan blok rumah pangsa besar telah melantik seorang wakil untuk berurusan dengan pihak berkuasa bandaraya. Kawasan-kawasan perumahan ini juga dijangka untuk membentuk pemuda-pemudi mereka menjadi militia untuk melindungi kawasan perumahan mereka sendiri, dan juga sebagai bantuan kepada tentera profesional untuk mempertahankan kota secara menyeluruh.
 
Ketua sesebuah keluarga diberi kuasa dalam pengurusan rumah tangganya tetapi [[kadi]] atau hakim boleh membincangkan dan menyelesaikan masalah dalam isu permasalahan sesama keluarga dan dengan keluarga lain. Dua wakil kanan kuasa perbandaran ialah kadi dan [[muhtasib]]. Mereka bertanggungjawab atas kebanyakan isu termasuklah kualiti bekalan air, penyelengaraan jalanraya, mengawal peletusan wabak penyakit, mengawasi pasar-pasar, dan pelaksanaan upacara pengebumian.
 
Lagi satu aspek kehidupan bandar Islam ialah [[wakaf]], sesuatu amal kebajikan keagamaan yang terus berurusan dengan kadi dan imam. Melalui derma, kebanyakan tempat mandi awam dan kilang dibina dan hasilnya digunakan untuk membiayai pendidikan serta membekalkan pengairan untuk dusun luar bandar. Mengikuti pengembangan,sistem ini diperkenalkan kepada masyarakat [[Eropah Timur]] oleh [[Empayar Turki Uthmaniyyah|Kerajaan Turki Uthmaniyyah]].
 
Apabila semua asas agama kepada semua kepercayaan berasaskan cukai kecuali dalam dunia Islam, rakyat perlu membayar cukai kepada majlis pembandaran, askar kepada pemerintah tertinggi dan tuan tanah kepada bendahari negeri. Cukai juga dikenakan keatas lelaki bujang sehingga dia berkahwin. Berbeza dengan [[zakat]], zakat merupakan derma kebaikan yang wajip terhadap seseorang Muslim kepada golongan-golongan tertentu, manakala orang bukan Islam perlu membayar [[jizya]], seperti cukai kepala.
 
Binatang ternakan yang dibawa ke bandar untuk penyembelihan dihadkan pada kawasan di luar bandar sahaja, kerana industri ini dianggap kotor. Manakala, barang berharga diletakan berdekatan dengan pusat bandar. Hal ini menyebabkan penjual buku dan tukang besi tertumpuh dekat dengan [[masjid]] utama di pusat bandar.
 
[[Persatuan-persatuan]] tidak diiktiraf secara rasmi pada kota Islam zaman pertengahan. Urusan perdagangan dikawal-selia oleh penyelia yang diiktiraf oleh majlis pembandaran. Setiap urusan perdagangan dijalankan dengan identiti tersendiri, ahli-ahlinya akan mengunjungi masjid yang sama, dan berhidmat bersama dalam ketenteraan. Hamba pula kadang-kala diupah dalam perladangan tebu gula dan perlombongan garam, walaubagaimanapun terdapat juga hamba yang diupah lebih kepada menjadi pembantu dirumah atau profesion askar upahan.
 
Teknologi dan perindustrian pada tamadun Islam dibangunkan dengan amat maju sekali. Teknik [[penyulingan]] yang telah membantu meningkatkan mutu industri minyak wangi, terdapat juga bahan [[kimia]] sepuh [[seramik]] juga dibuat dengan giat untuk bersaing dengan seramik-seramik yang diimport daripada China. Pendekatan saintifik dalam bidang kaji logam untuk memudahkan mengadaptasi dan meningkatan mutu teknologi besi daripada [[India]] dan China. Eksport utama terdiri daripada perusahan dan perkilangan barangan mewah, seperti ukiran kayu, logam dan kaca, [[tekstil]], dan seramik.
 
Sistem kontrak telah digunakan oleh pedagang-pedagang dengan efektif. Pedagang akan membeli dan menjual untuk [[komisen]], dengan wang yang dilaburkan kepada mereka oleh pelabur-pelabur yang kaya, atau perkongsian perlaburan bersama beberapa pedagang, yang terdiri daripada [[Muslim]], [[Nasrani]], dan [[Yahudi]]. Dalam pada itu, dokumen-dokumen telah ditemui dalam tinggalan [[sinagog]] orang mesir yang menyatakan dengan terperinci tentang pedagang-pedagang dan kehidupan manusia yang gemilang pada zaman pertengahan di timur tengah. Perkongsian perniagaan dipupuk untuk tujuan usaha perniagaan [[komersial]], dan ikatan kekeluargaan telah membolehkan rangkaian urusan perniagaan yang luas di tempat-tempat yang jauh. Rangkaian ini dibangunkan semasa wang boleh didebitkan di [[Baghdad]] dan dikreditkan di [[Sepanyol]], daripada hal ini, sistem cek telah wujud sehingga hari ini. Setiap kali barangan melalui bandar, barangan akan dikenakan cukai, hal ini meningkatkan harga barang dengan tinggi sebelum tiba ke destinasi akhir. Walaubagaimanapun, dalam dunia Islam ketika itu, umat Islam mempunyai sumber yang mencukupi tanpa bergantung kepada pasaran luar pada zaman keemasan Islam.
 
Pengangkutan adalah mudah tetapi sangat efektif. Setiap bandar terdapat tempat diluar gerbang masuk untuk haiwan dihimpunkan, iaitu tempat pusat membeli-bela atau pasaraya di bandar dengan kemudahan gudang-gudang yang selamat, terdapat juga kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk pedagang-pedagang di bandar, disamping tempat-tempat untuk berurus niaga di sepanjang jalan perdagangan seperti rumah penginapan zaman pertengahan.
86

suntingan

Menu pandu arah