Zaman Kegemilangan Islam: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tearfate (bincang | sumb.)
Tearfate (bincang | sumb.)
Baris 67: Baris 67:
Teknologi dan perindustrian pada tamadun Islam dibangunkan dengan amat maju sekali. Teknik [[penyulingan]] yang telah membantu meningkatkan mutu industri minyak wangi, terdapat juga bahan [[kimia]] sepuh [[seramik]] juga dibuat dengan giat untuk bersaing dengan seramik-seramik yang diimport daripada China. Pendekatan saintifik dalam bidang kaji logam untuk memudahkan mengadaptasi dan meningkatan mutu teknologi besi daripada [[India]] dan China. Eksport utama terdiri daripada perusahan dan perkilangan barangan mewah, seperti ukiran kayu, logam dan kaca, [[tekstil]], dan seramik.
Teknologi dan perindustrian pada tamadun Islam dibangunkan dengan amat maju sekali. Teknik [[penyulingan]] yang telah membantu meningkatkan mutu industri minyak wangi, terdapat juga bahan [[kimia]] sepuh [[seramik]] juga dibuat dengan giat untuk bersaing dengan seramik-seramik yang diimport daripada China. Pendekatan saintifik dalam bidang kaji logam untuk memudahkan mengadaptasi dan meningkatan mutu teknologi besi daripada [[India]] dan China. Eksport utama terdiri daripada perusahan dan perkilangan barangan mewah, seperti ukiran kayu, logam dan kaca, [[tekstil]], dan seramik.


Sistem kontrak telah digunakan oleh pedagang-pedagang dengan efektif. Pedagang akan membeli dan menjual untuk [[komisen]], dengan wang yang dilaburkan kepada mereka oleh pelabur-pelabur yang kaya, atau perkongsian perlaburan bersama beberapa pedagang, yang terdiri daripada [[Muslim]], [[Nasrani]], dan [[Yahudi]]. Dalam pada itu, dokumen-dokumen telah ditemui dalam tinggalan [[sinagog]] orang mesir yang menyatakan dengan terperinci tentang pedagang-pedagang dan kehidupan manusia yang gemilang pada zaman pertengahan di timur tengah. Perkongsian perniagaan dipupuk untuk tujuan usaha perniagaan [[komersial]], dan ikatan kekeluargaan telah membolehkan rangkaian urusan perniagaan yang luas di tempat-tempat yang jauh. Rangkaian ini dibangunkan semasa wang boleh didebitkan di [[Baghdad]] dan dikreditkan di [[Sepanyol]], daripada hal ini, sistem cek telah wujud sehingga hari ini. Setiap kali barangan melalui bandar, barangan akan dikenakan cukai, hal ini meningkatkan harga barang dengan tinggi sebelum tiba ke destinasi akhir. Walaubagaimanapun, dalam dunia Islam ketika itu, umat Islam mempunyai sumber yang mencukupi tanpa bergantung kepada pasaran luar pada zaman keemasan Islam.
Sistem kontrak telah digunakan oleh pedagang-pedagang dengan efektif. Pedagang akan membeli dan menjual untuk [[komisen]], dengan wang yang dilaburkan kepada mereka oleh pelabur-pelabur yang kaya, atau perkongsian perlaburan bersama beberapa pedagang, yang terdiri daripada [[Muslim]], [[Nasrani]], dan [[Yahudi]]. Dalam pada itu, dokumen-dokumen telah ditemui dalam tinggalan [[sinagog]] orang mesir yang menyatakan dengan terperinci tentang pedagang-pedagang dan kehidupan manusia yang gemilang pada zaman pertengahan di timur tengah. Perkongsian perniagaan dipupuk untuk tujuan usaha perniagaan [[komersial]], dan ikatan yang erat antara pedagang-pedagang telah membolehkan rangkaian urusan perniagaan yang luas di tempat-tempat yang jauh. Rangkaian ini dibangunkan semasa wang boleh didebitkan di [[Baghdad]] dan dikreditkan di [[Sepanyol]], daripada hal ini, sistem cek telah wujud sehingga hari ini. Setiap kali barangan melalui bandar, barangan akan dikenakan cukai, hal ini meningkatkan harga barang dengan tinggi sebelum tiba ke destinasi akhir. Walaubagaimanapun, dalam dunia Islam ketika itu, umat Islam mempunyai sumber yang mencukupi tanpa bergantung kepada pasaran luar pada zaman keemasan Islam.


Pengangkutan adalah mudah tetapi sangat efektif. Setiap bandar terdapat tempat diluar gerbang masuk untuk haiwan dihimpunkan, iaitu tempat pusat membeli-bela atau pasaraya di bandar dengan kemudahan gudang-gudang yang selamat, terdapat juga kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk pedagang-pedagang di bandar, disamping tempat-tempat untuk berurus niaga di sepanjang jalan perdagangan seperti rumah penginapan zaman pertengahan.
Pengangkutan adalah mudah tetapi sangat efektif. Setiap bandar terdapat tempat diluar gerbang masuk untuk haiwan dihimpunkan, iaitu tempat pusat membeli-bela atau pasaraya di bandar dengan kemudahan gudang-gudang yang selamat, terdapat juga kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk pedagang-pedagang di bandar, disamping tempat-tempat untuk berurus niaga di sepanjang jalan perdagangan seperti rumah penginapan zaman pertengahan.

Semakan pada 11:53, 17 Januari 2007

Rencana kerjasama Rencana ini telah dikenal pasti sebagai satu rencana kerjasama.
Marilah bersama-sama menyunting supaya ia dapat mencapai piawai yang tinggi!


Gambar foto tentang manuskrip zaman pertengahan oleh Qutb al-Din al-Shirazi (1236–1311), seorang ahli falak Parsi. Imej ini menggambarkan model planet kisar.
Rencana ini merupakan rencana kecil Sejarah Islam dan Sains Islam.

Semasa Zaman Keemasan Islam (750 - 1250: zaman Kerajaan Abbasiyah), para ahli falsafah dan ahli sains, serta jurutera-jurutera dari dunia Islam banyak menyumbang kepada teknologi. Mereka melakukan ini dengan dua cara, iaitu dengan mengekalkan tradisi-tradisi yang awal, serta dengan menambahkan rekaan-rekaan dan pembaharuan-pembaharuan mereka sendiri. Pencapaian-pencapaian saintifik dan intelektual mekar pada zaman keemasan itu.

Asas

Kerajaan Islam mewarisi "pengetahuan dan kemahiran Timur Tengah kuno, Greece, Persia dan India. Mereka menambah pembaharuan penting dari luar, contohnya seperti penomboran kedudukan dari India," tulis Bernard Lewis dalam bukunya What Went Wrong? (Apakah Silapnya?).

Satu lagi pembaharuan ialah kertas - asalnya rahsia yang dijaga ketat orang Cina. Seni pembuatan kertas diperolehi daripada dua tawanan di Pertempuran Talas (751), hingga kilang kertas dapat dibina di Samarkand dan Baghdad. Orang Arab memperbaiki teknik orang Cina dengan menggunakan kain linen berbanding kulit pokok mulberi.

Kebanyakan pembelajaran dan kemajuan ini dapat dikaitkan dengan geografi. Sebelum kedatangan Islam lagi, bandar Mekah telah menjadi pusat perdagangan di Semenanjung Arab dan Nabi Muhammad juga merupakan saudagar. Tradisi mengerjakan haji ke Mekah menyebabkannya menjadi pusat pertukaran idea dan barangan. Pengaruh yang dimiliki saudagar Muslim ke atas jalan perdagangan Afrika-Arab dan Arab-Asia amat besar. Hasilnya, tamadun Islam tumbuh dan berkembang di atas ekonomi saudagarnya, berbeza dengan tamadun Kristian, China dan India yang masyarakatnya berasaskan kepemilikan tanah pertanian oleh bangsawan. Para saudagar membawa barangan dan kepercayaan mereka ke China (menyebabkan ramai Cina Muslim ~ 37 juta, sebahagian besarnya orang Uyghur Turki yang tanahnya dirampas China), India, Asia Tenggara, dan kerajaan di barat Afrika dan kembali dengan pembaharuan baru. Saudagar-saudagar ini menggunakan kekayaan mereka untuk melabur dalam industri tekstil dan perladangan.

Kesenian Islam

Manuskrip Seljuk dari abad ke-13 yang menggambarkan Socrates (Soqrāt) berbincang dengan murid-muridnya.

Zaman Keemasan kesenian Islam berlangsung dari tahun 750 hingga abad ke-16, apabila seni tembikar, kaca, seni logam, tekstil, manuskrip berhias dan pertukangan kayu berkembang maju. Sepuh berkilat merupakan sumbangan Islam yang terunggul kepada seni tembikar. Manuskrip berhias menjadi suatu seni yang penting dan amat dihormati, dan lukisan potret kenit berkembang maju di Parsi. Seni khat, salah satu aspek tulisan Arab yang penting, berkembang dalam manuskrip dan perhiasan seni bina.

Falsafah

Hanya dalam bidang falsafah para cendekiawan dilarang mengemukakan idea-idea bukan ortodoks. Bagaimanapun, ahli sains Parsi, Ibnu Sina dan Ibnu Rushd memainkan peranan yang utama dalam penyimpanan karya-karya Aristotle yang idea-ideanya menguasai pemikiran bukan agama bagi dunia-dunia Kristian dan Muslim. Mereka juga menyerap idea-idea dari China dan India, dan menambahkannya pada pengetahuan mereka yang luas yang diperoleh daripada kajian-kajian sendiri. Tiga orang pemikir spekulatif, al-Kindi, al-Farabi, dan Ibnu Sina, menggabungkan Aristotelianisme dan Neoplatonisme dengan idea-idea lain yang diperkenalkan melalui Islam.

Di Sepanyol, kesusasteraan falsafah Arab diterjemahkan kepada bahasa Ibrani, Latin, dan Ladino. Penterjemahan falsafah ini telah menyumbang kepada kemajuan falsafah Eropah moden. Tokoh-tokoh utama dalam Zaman Keemasan termasuk:

Sains

Perbezaan antara sikap ahli-ahli sains Byzantine dengan sikap orang-orang Muslim zaman pertengahan yang setara adalah nyata. Byzantium tidak menambah atau hanya menambah sedikit pengetahuan baru kepada sains perubatan Yunani-Rom. Ini mungkin boleh dijelaskan melalui fakta bahawa perkembangan permulaan Islam ke luar Semenanjung Arab telah menawan tiga buah kota Byzantine yang paling produktif: Iskandariah, Carthage dan Antioch. Akibat kehilangan kerajaan pusat yang amat mahir, serta serangan-serangan Arab yang berterusan terhadap Anatolia, kebanyakan kota Byzantine tidak dapat menyokong seni dan sains. Banyak penduduk kembali beramai-ramai ke perladangan sara diri. Kebanyakan ahli sains Islam yang paling terkenal hidup pada Zaman Keemasan Islam. Antara pencapaian-pencapaian cendekiawan Muslim semasa zaman ini ialah rekaan trigonometri sfera, kemajuan dalam bidang optik (lihat Ibnu al-Haitham), serta kemajuan dalam bidang astronomi (termasuklah pembinaan balai cerap pertama serta penciptaan astrolab).

Perubatan

Perubatan merupakan sebahagian utama kebudayaan Islam zaman pertengahan. Bergerak balas kepada keadaan masa dan tempat, pakar perubatan dan cendekiawan Islam mengembangkan sebuah kesusasteraan perubatan yang besar dan rumit yang memeriksa dan mensintesiskan teori dan amalan perubatan (dari arkib digital Perpustakaan Perubatan Negara Amerika Syarikat).

Perubatan Islam dikembangkan berdasarkan tradisi, terutamanya pengetahuan teori dan amalan yang dikembangkan di Parsi, Yunani, dan Rom. Bagi cendekiawan-cendekiawan Islam, Galen dan Hippocrates merupakan tokoh-tokoh cemerlang yang berwibawa, diikuti oleh cendekiawan-cendekiawan Yunani di Iskandariah. Para cendekiawan Islam menterjemahkan karya-karya Yunani kepada bahasa Arab dan kemudian menghasilkan pengetahuan perubatan yang baru berdasarkan teks-teks tersebut. Untuk membolehkan tradisi Yunani lebih senang difahami dan diajar, cendekiawan-cendekiawan Islam menyusun pengetahuan perubatan Yunani-Rom yang luas dan kekadang tidak tekal dengan lebih sistematik melalui penulisan ensiklopedia dan ringkasan (dari arkib digital Perpustakaan Perubatan Negara AS).

Melalui terjemahan-terjemahan Arab inilah dunia Barat mendapat tahu tentang perubatan Yunani, termasuk karya-karya Galen dan Hippocrates. Karya-karya menyeluruh seperti Daftar Karya Perubatan yang ditulis oleh Ibnu Sina dan yang diterjemahkan kepada bahasa Latin dan disebar dalam bentuk manuskrip dan bercetak ke seluruh Eropah mendapat pengaruh yang sama, jika bukan lebih besar, di Eropah Barat. Pada abad ke-15 dan ke-16 sahaja, Daftar Karya Perubatan telah diterbitkan melebihi 35 kali (dari arkib digital Perpustakaan Perubatan Negara AS).

Di dalam dunia Islam zaman pertengahan, hospital-hospital telah dibina di semua kota yang utama; umpamanya di Kaherah, Hospital Qalawun mempunyai kakitangan-kakitangan yang termasuk pakar perubatan, ahli farmasi, dan jururawat, yang boleh merawat 8,000 orang pesakit. Terdapat juga dispensari dan kemudahan penyelidikan yang menyebabkan kemajuan-kemajuan dalam pemahaman penyakit berjangkit, serta penyelidikan optik dan mekanisme mata. Malah doktor-doktor Islam telah membuang katarak dengan jarum-jarum geronggang lebih 1,000 tahun sebelum orang-orang Barat berani mencuba tugas ini.

Perdagangan dan kehidupan bandar

Fail:Avicenna2.jpg
Ibnu Sina merupakan pakar perubatan yang teragung di kalangan pakar perubatan Zaman Islam Pertengahan dan Parsi. Kerjanya memberikan kesan langsung kepada Zaman Pembaharuan.

Sejak awal-awal lagi, asas tamadun Islam adalah berdasarkan kehidupan bandar dan perdagangan, dan pertambahan penduduknya dan kemajuan pertaniannya dicerminkan melalui rangkaian perdagangan sedunianya. Bandar-bandar Islam yang berkembang secara tidak terkawal menghasilkan jalan-jalan yang sempit serta berliku-liku di bandar dan kawasan-kawasan perumahan dipisahkan oleh perbezaan latar belakang etnik dan hubungan keagamaan. Kualiti-kualiti ini ternyata cekap untuk menghantar barangan ulang-alik dari pusat komersil besar sambil mengekalkan kebersendirian yang dititikberatkan oleh kehidupan keluarga Islam. Subbandar-subbandar yang berada di sebelah luar dinding kota terdiri dari kawasan perumahan komuniti orang-orang kaya hingga ke kawasan separa sesak kelas pekerja. Kawasan pembuangan sampah bandar terletak jauh dari bandar, begitu juga dengan tapak perkuburan yang sering dijadikan kediaman untuk penjenayah dan pelacur. Satu tempat menunaikan solat dapat dijumpai berhampiran salah satu pintu-pintu utama untuk perayaan keagamaan dan pelaksanaan hukuman bunuh awam. Serupa dengannya, tempat latihan tentera juga dapat dijumpai berdekatan satu pintu utama.

Walaupun berbeza dari segi rupa akibat iklim dan tradisi setempat sebelumnya, bandar-bandar Islam hampir selalu dikuasai kelas pertengahan saudagar. Kesetiaan sesetengah orang terhadap kawasan kejiranan mereka amat kuat, membayangkan etnik dan agama, manakala rasa kewarganegaraan kadang kala bukan sesuatu yang biasa. Keluarga luas menyediakan asas untuk program sosial, urusan perniagaan dan perundingan dengan pihak berkuasa. Sebahagian unit ekonomi dan sosial ini sering kali merupakan penyewa kepada bangsawan kaya.

Kuasa negeri biasanya tertumpu di Dar al Imara iaitu pejabat gabenor di dalam istana. Istana-istana ini mencuar tinggi melampaui kota yang dibina hasil daripada ribuan tahun penempatan manusia. Fungsi utama gabenor kota adalah untuk memberi perlindungan dan mengekalkan keteraturan undang-undang. Sistem ini adalah bertanggunjawab atas berlakunya percampuran pemerintahan autokrasi dengan pemerintahan autonomi di dalam kota. Setiap kawasan perumahan dan kebanyakan blok rumah pangsa besar telah melantik seorang wakil untuk berurusan dengan pihak berkuasa bandaraya. Kawasan-kawasan perumahan ini juga dijangka untuk membentuk pemuda-pemudi mereka menjadi militia untuk melindungi kawasan perumahan mereka sendiri, dan juga sebagai bantuan kepada tentera profesional untuk mempertahankan kota secara menyeluruh.

Ketua sesebuah keluarga diberi kuasa dalam pengurusan rumah tangganya tetapi kadi atau hakim boleh membincangkan dan menyelesaikan masalah dalam isu permasalahan sesama keluarga dan dengan keluarga lain. Dua wakil kanan kuasa perbandaran ialah kadi dan muhtasib. Mereka bertanggungjawab atas kebanyakan isu termasuklah kualiti bekalan air, penyelengaraan jalanraya, mengawal peletusan wabak penyakit, mengawasi pasar-pasar, dan pelaksanaan upacara pengebumian.

Lagi satu aspek kehidupan bandar Islam ialah wakaf, sesuatu amal kebajikan keagamaan yang terus berurusan dengan kadi dan imam. Melalui derma, kebanyakan tempat mandi awam dan kilang dibina dan hasilnya digunakan untuk membiayai pendidikan serta membekalkan pengairan untuk dusun luar bandar. Mengikuti pengembangan,sistem ini diperkenalkan kepada masyarakat Eropah Timur oleh Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Apabila semua asas agama kepada semua kepercayaan berasaskan cukai kecuali dalam dunia Islam, rakyat perlu membayar cukai kepada majlis pembandaran, askar kepada pemerintah tertinggi dan tuan tanah kepada bendahari negeri. Cukai juga dikenakan keatas lelaki bujang sehingga dia berkahwin. Berbeza dengan zakat, zakat merupakan derma kebaikan yang wajip terhadap seseorang Muslim kepada golongan-golongan tertentu, manakala orang bukan Islam perlu membayar jizya, seperti cukai kepala.

Binatang ternakan yang dibawa ke bandar untuk penyembelihan dihadkan pada kawasan di luar bandar sahaja, kerana industri ini dianggap kotor. Manakala, barang berharga diletakan berdekatan dengan pusat bandar. Hal ini menyebabkan penjual buku dan tukang emas tertumpuh disekeliling masjid utama di pusat bandar.

Persatuan-persatuan (Seperti Kesatuan pekerja yang melindungi hak pedagang) tidak diiktiraf secara rasmi pada kota Islam zaman pertengahan. Urusan perdagangan dikawal-selia oleh penyelia yang diiktiraf oleh majlis pembandaran. Setiap urusan perdagangan dijalankan dengan identiti tersendiri, ahli-ahlinya akan mengunjungi masjid yang sama, dan berhidmat bersama dalam ketenteraan. Hamba pula kadang-kala diupah dalam perladangan tebu gula dan perlombongan garam, walaubagaimanapun terdapat juga hamba yang diupah lebih kepada menjadi pembantu dirumah atau profesion askar upahan.

Teknologi dan perindustrian pada tamadun Islam dibangunkan dengan amat maju sekali. Teknik penyulingan yang telah membantu meningkatkan mutu industri minyak wangi, terdapat juga bahan kimia sepuh seramik juga dibuat dengan giat untuk bersaing dengan seramik-seramik yang diimport daripada China. Pendekatan saintifik dalam bidang kaji logam untuk memudahkan mengadaptasi dan meningkatan mutu teknologi besi daripada India dan China. Eksport utama terdiri daripada perusahan dan perkilangan barangan mewah, seperti ukiran kayu, logam dan kaca, tekstil, dan seramik.

Sistem kontrak telah digunakan oleh pedagang-pedagang dengan efektif. Pedagang akan membeli dan menjual untuk komisen, dengan wang yang dilaburkan kepada mereka oleh pelabur-pelabur yang kaya, atau perkongsian perlaburan bersama beberapa pedagang, yang terdiri daripada Muslim, Nasrani, dan Yahudi. Dalam pada itu, dokumen-dokumen telah ditemui dalam tinggalan sinagog orang mesir yang menyatakan dengan terperinci tentang pedagang-pedagang dan kehidupan manusia yang gemilang pada zaman pertengahan di timur tengah. Perkongsian perniagaan dipupuk untuk tujuan usaha perniagaan komersial, dan ikatan yang erat antara pedagang-pedagang telah membolehkan rangkaian urusan perniagaan yang luas di tempat-tempat yang jauh. Rangkaian ini dibangunkan semasa wang boleh didebitkan di Baghdad dan dikreditkan di Sepanyol, daripada hal ini, sistem cek telah wujud sehingga hari ini. Setiap kali barangan melalui bandar, barangan akan dikenakan cukai, hal ini meningkatkan harga barang dengan tinggi sebelum tiba ke destinasi akhir. Walaubagaimanapun, dalam dunia Islam ketika itu, umat Islam mempunyai sumber yang mencukupi tanpa bergantung kepada pasaran luar pada zaman keemasan Islam.

Pengangkutan adalah mudah tetapi sangat efektif. Setiap bandar terdapat tempat diluar gerbang masuk untuk haiwan dihimpunkan, iaitu tempat pusat membeli-bela atau pasaraya di bandar dengan kemudahan gudang-gudang yang selamat, terdapat juga kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk pedagang-pedagang di bandar, disamping tempat-tempat untuk berurus niaga di sepanjang jalan perdagangan seperti rumah penginapan zaman pertengahan.

Selain itu daripada sungai Nil, sungai Tigris dan Euphrates, menavigasi sungai adalah susah, maka pengangkutan adalah tertumpu kepada pengangkutan laut. Sains-sains navigasi telah dimajukan untuk sekstan yang asas yang dikenali sebagai kawal untuk mengukur ketinggian bintang dan kompas magnet. Dengan penggunaan semua kelengkapan ini dengan bantuan peta, pelayar dapat melayari lautan berbanding daripada pelayaran sebelum ini yang hanya tertumpu pada persisiran pantai. Pelayar Muslim juga telah perkenalkan kapal layar bertiang tiga kepada penduduk Mediterranean. Menurut fakta, kapal layar (caravel) Christopher Columbus iaitu seorang penjelajah dan pelayar berbangsa Italy sebenarnya direka bentuk mengikut rekaan kapal layar orang Islam Andalusia. Terusan buatan untuk menghubunkan sungai Nil dengan Teluk Suez telah dibina, dan sebaliknya terusan ini juga menghubungkan laut merah dengan Mediterranean walaupun terusan ini naiki lumpur beberapa kali.

Mengikut tradisi, nabi Muhammad s.a.w. telah bernasihat kepada umatnya supaya "menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China". Tidak lama selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w., iaitu ketika zaman keemasan Islam, bahawa telah wujud pengembaraan dan penghijrahan ke tempat yang jauh.

Sebagai contoh, Ala'eddin, telah diberi penghargaan dalam sejarah rasmi dinasti Yuan China, kerana telah membina mesin ketenteraan yang stabil untuk Kubilai. (lihat m.s. 119)

Umat Islam telah mempelajari teknik pembuatan kertas daripada China hasil daripada hubungan yang sedia terjalin ini, tetapi umat Islam telah membuat keputusan untuk menggunakan linen sebagai bahan mentah untuk membuat kertas berbanding daripada penggunaan kulit kayu mulberi, atau bahan organik yang lain. Pemindahan teknologi cina dan inovasi dalam penggunaan linen dalam kertas dapat membuat bahan tulis yang lebih murah dari segi ekonomi daripada penggunaan kayu pokok lontar (papyrus) yang mudah rosak. Daripada Islam juga, dunia mempelajari pembuatan kertas daripada bahan mentah linen. (sumber diambil daripada arkib Perpustakaan Perubatan Kebangsaan)

Seni bina dan kejuruteraan

Menara kembar Kharaghan yang dibina pada tahun 1067 mengandungi kubur putera-putera Seljuk.

Pembinaan Masjid Agung Samarra di Iraq yang disiapkan pada tahun 847 menggabungakan seni bina hipostail yang terdiri daripada baris-baris tiang yang menyangga sebuah tapak datar yang mempunyai menara pilin yang besar di atasnya.

Orang-orang Moor memulakan pembinaan Masjid Agung Cordoba pada tahun 785 dan menandakan permulaan seni bina Islam di Sepanyol dan Afrika Utara (lihat Orang-orang Moor). Masjid ini terkenal untuk gerbang-gerbang dalaman yang ketara. Seni bina Moor mencapai puncaknya dengan pembinaan Alhambra yang merupakan istana/kubu Granada yang indah dan mengagumkan, dengan ruang-ruang dalaman yang terbuka dan berangin dan yang dihias dengan warna merah, biru, dan emas. Dinding-dindingnya dihias dengan motif-motif dedaun, inskripsi-inskripsi Arab, dan reka-reka bentuk awan larat, dengan dinding-dindingnya dilitupi oleh jubin-jubin berkaca.

Lagi satu subgaya yang tersendiri ialah seni bina Empayar Mughal di India pada abad ke-16. Menyepadukan unsur-unsur Islam dan Hindu, maharaja Akbar membina sebuah kota diraja di Fatehpur Sikri yang terletak 26 batu (42 km) di barat Agra pada lewat 1500-an.

Serangan Mongolia dan kemerosotan beransur-ansur

Pada tahun 1206, Genghis Khan mengasaskan sebuah dinasti yang kuat di kalangan orang-orang Mongol di Asia Tengah. Semasa abad ke-13, Empayar Mongol ini menaklukkan kebanyakan tanah Eurasia, termasuk kedua-dua negara China di timur dan kebanyakan kekalifahan Islam lama (termasuk juga Rusia) di barat selepas serangan Baghdad oleh Hulagu Khan pada tahun 1258. Kemudian, pemimpin-pemimpin Mongol seperti Timur memusnahkan banyak kota, membunuh beratus-ratus ribu orang, dan melakukan kemusnahan yang tidak dapat dipulihkan terhadap sistem-sistem pengairan kuno di Mesopotamia. Tanah-tanah Muslim yang ditaklukkan oleh orang-orang Mongol kini menghadapi timur laut ke laluan daratan ke China, dan tidak lagi menghadapi Mekah.

Akhirnya, kebanyakan orang Mongol yang menetap di Asia barat memeluk Islam dan banyaknya diasimilasikan oleh berbagai-bagai orang Muslim Iran atau Turki. (Umpamanya, Ulugh Beg, salah seorang ahli astronomi awal yang terunggul, ialah cucu lelaki kepada Timur.) Kerajaan Turki Uthmaniyyah bangkit dari abu-abu tetapi secara teori, Zaman Keemasan sudah tamat.

Sudut pandangan bertentangan

Sesetengah pengulas telah mengurangkan kepentingan Zaman Keemasan sehingga memanggilnya sebagai mitos yang bertujuan untuk mengalih perhatian daripada Islam moden. Buku Srdja Trifkovic, Pedang Nabi, adalah amat kritis terhadap Zaman Keemasan Islam. Adalah tidak dapat dipertikaikan bahawa rejim-rejim Islam, seperti Kekalifahan Abbasid Baghdad di bawah Harun ar-Rashid atau al-Andalus, adalah amat kaya berbanding dengan jiran-jiran mereka, serta mengekalkan banyak falsafah Yunani dan menyampaikan idea-idea Timur seperti konsep sifar ('0') yang dipercayai berasal dari India. (Lihat juga: Angka Arab). Bagaimanapun, sesetengah pengkritik memperdebatkan bahawa kesemua ini berkembang maju walaupun terdapat agama Islam, dan bukan disebabkannya.

Mereka mendakwa bahawa kekalifahan dan kerajaan-kerajaan Islam yang lain menekankan tafsiran tegar terhadap kepercayaan ortodoks al-Quran dan menggunakan falsafah dan sains Yunani semata-mata untuk menyokong kuasa mereka. Salah satu contoh ialah pengolahan Ibn Rushd (Averroës) yang mencuba menyeleraskan penulisan-penulisan Aristotle dengan Islam (walaupun Ibn Rushd masih dianggap sebagai seorang tokoh yang berwibawa dalam salah satu daripada empat aliran fikiran klasik hukum Islam) dan yang diusir buat suatu tempoh yang singkat.

Rujukan

  • Donald R. Hill, Islamic Science And Engineering, Percetakan Universiti Edinburgh (1993), ISBN 0-7486-0455-3

Lihat juga

Templat:Pengajian Islam

Pautan luar