Tanah besar Asia Tenggara: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: ml:ഇന്തോ-ചൈന
WikitanvirBot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: be-x-old:Індакітай
Baris 18: Baris 18:
[[bn:ইন্দোচীন]]
[[bn:ইন্দোচীন]]
[[be:Паўвостраў Індакітай]]
[[be:Паўвостраў Індакітай]]
[[be-x-old:Індакітай]]
[[bs:Indokina]]
[[bs:Indokina]]
[[br:Indez-Sina]]
[[br:Indez-Sina]]

Semakan pada 02:21, 4 Januari 2012

Peta menunjukkan Indochina

Indochina, adalah sebuah kawasan di Asia Tenggara di sebelah timur India dan di belah Selatan negeri China. Kawasan ini mempunyai pengaruh budaya peradaban India dan peradaban China, dan hakikat ini membawa kepada penamaan Indochina bagi kawasan ini.

Vietnam lebih dipengaruhi pengaruh China sementara Kemboja, Laos dan Thailand lebih mirip kepada pengaruh India. Kini, istilah Indochina digunakan secara mutlak untuk memerikan kawasan Laos, Kemboja dan Vietnam. Indochina Perancis pula menceritakan kawasan takluk yang menjadi jajahan Perancis sehingga Perang Vietnam.

Kerajaan Khmer gagah bertapak di Indochina sehingga campur tangan Eropah dan kejatuhan Kerajaan Champa dan pengluasan Kerajaan Annam. Kemasukan Eropah bermula dalam kurun Ke-16. Dalam kurun Ke-19, Perancis menjajah Cochin dan mengambil Kemboja (1863), Annam (1884) dan Tonkin (1884) sebagai wilayah di bawah perlindungannya. Dalam tahun 1887, jajahan-jajahan ini digabungkan menjadi jajahan Indochina (bandingan dengan permulaan campur tangan British di negeri-negeri Melayu mulai tahun 1874). Laos ditambah kepada jajahan Perancis dalam tahun 1893.

Sungai Mekong yang merupakan sungai terpanjang di Asia Tenggara menjadi nadi perhubungan yang utama di Indochina selain Tasik Tonle Sap yang menyumbang kepada aktiviti pengangkutan dan perikanan serta pertanian.

Pautan Luar