Nanas: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 15: Baris 15:

'''Nanas''' (nama saintifik: ''Ananas comosus'') ialah sejenis tumbuhan tropikal. Ia dalah tumbuhan asli berasal dari [[Brazil]], [[Bolivia]], dan [[Paraguay]]. Tumbuhan ini berada dalam kumpulan bromeliad (Famili ''Bromeliaceae''), tumbuhan yang rendah saka bak herba (''herbaceous perennial'') dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. Buah nanas tergolong dalam buah [[bukan klimakterik]] iaitu hanya masak di pokok. Buahnya dikenali sebagai ''pineapple'' dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah ''anana'', yang bermakna "buah yang sangat baik".

== Penanaman ==
== Penanaman ==
Di Malaysia, nanas banyak ditanam di negeri [[Johor]], [[Selangor]], [[Kelantan]], dan [[Pulau Pinang]].<ref>[http://www.mpib.gov.my/web/guest/asal_usul_nanas;jsessionid=C20A78C1C4E58D0244291715B036D280 Asal usul Nanas]. Lembaga Nanas Malaysia. Diambil 8 januari 2012.</ref> Nanas ditanam daripada penunasan bahagian atas buah, anak pada pangkal pokok induk atau pangkal buah dan kultur tisu yang dijadikan benih. [[Burung Kelicap]] (''Hummingbird'') merupakan pendebunga biasa.<ref>[http://www.google.com/search?hl=en&gl=GB&source=android-browser&q=Burung+madu+ihiimniingbirdl+merupakan+pendebunga+biasa.+Kadar&oq=Burung+madu+ihiimniingbirdl+merupakan+pendebunga+biasa.+Kadar&aq=f&aqi=&aql=&gs_sm=s&gs_upl=37630l37641l0l39708l2l1l0l0l0l0l0l0ll0l0&mvs=0 Nanas di Malaysia]</ref>

[[Fail:Intergrasi antara nanas dan kelapa sawit.JPG|thumb|right]]

Antara [[varieti]] nanas yang disyorkan untuk ditanam di Malaysia ialah Sarawak, Gandol, Mauritius (Moris), N36 dan Josapine. Hanya varieti Josapine dan N36 berjaya menembusi pasaran eksport Malaysia kerana mempunyai daya tahan yang tinggi. Selain daripada mempunyai permintaan yang baik di pasaran, tanaman nanas juga tergolong dalam kumpulan tanaman yang boleh tahan kepada keadaan kemarau. Iklim untuk pertumbuhan optimum bagi tanaman Nanas ialah pada suhu sekitar 30oC dengan [[taburan hujan]] sebanyak 1250 mm setahun.<ref>September 2008. Risalah Siri Panduan Kualiti Nanas. FAMA.</ref>

Semakan pada 15:40, 8 Januari 2012

Nanas
frames
Pengelasan saintifik

Nanas (nama saintifik: Ananas comosus) ialah sejenis tumbuhan tropikal. Ia dalah tumbuhan asli berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Tumbuhan ini berada dalam kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah saka bak herba (herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. Buah nanas tergolong dalam buah bukan klimakterik iaitu hanya masak di pokok. Buahnya dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana, yang bermakna "buah yang sangat baik".

Penanaman

Di Malaysia, nanas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor, Kelantan, dan Pulau Pinang.[1] Nanas ditanam daripada penunasan bahagian atas buah, anak pada pangkal pokok induk atau pangkal buah dan kultur tisu yang dijadikan benih. Burung Kelicap (Hummingbird) merupakan pendebunga biasa.[2]

Antara varieti nanas yang disyorkan untuk ditanam di Malaysia ialah Sarawak, Gandol, Mauritius (Moris), N36 dan Josapine. Hanya varieti Josapine dan N36 berjaya menembusi pasaran eksport Malaysia kerana mempunyai daya tahan yang tinggi. Selain daripada mempunyai permintaan yang baik di pasaran, tanaman nanas juga tergolong dalam kumpulan tanaman yang boleh tahan kepada keadaan kemarau. Iklim untuk pertumbuhan optimum bagi tanaman Nanas ialah pada suhu sekitar 30oC dengan taburan hujan sebanyak 1250 mm setahun.[3]

Kadar pertumbuhan nanas bergantung kepada kelembapan tanah dan pokoknya selalunya tumbuh setinggi 50-150 cm. Tanah yang terlalu kering boleh merencatkan pertumbuhan nanas sementara tanah yang terlalu basah boleh menyebabkan jangkitan kulat dan akar dan pangkal pokok yang busuk. Oleh itu, pengawalan dan pengurusan air dan rumapi penting untuk menjamin pertumbuhan yang baik.

Penghasilan komersil nanas boleh didapati di Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand, Afrika Selatan, Brazil, Hawaii, Ivory Coast, Kenya, Mexico, Puerto Rico dan Taipei.

Khasiat

Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Ia juga mengadungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.

Perubatan

Buah nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.

Nanas dipercayai mampu boleh merawat barah. [perlu rujukan] Dua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah. Antara kajian yang sedang giat dilakukan adalah berkenaan dengan kandungan bromelain dalam nanas yang didapati dapat mengelak barah.[4]Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah.[perlu rujukan] Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi.

Kegunaan lain

Buah dan pokok nanas boleh dijadikan sumber komersial asid organik seperti asid askorbik, asid malik dan asid sitrik. Batang dan buahnya pula boleh digunakan untuk melembutkan daging. Serabut nanas pula yang diperoleh dari daun nanas boleh dibuat kain yang berkualiti selalunya boleh didapati di Filipina dan Taipei.

Fail:BBCPineapple.jpg

Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka. Amalan minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. Enzim yang terdapat pada buah nanas dikatakan boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Asal usul Nanas. Lembaga Nanas Malaysia. Diambil 8 januari 2012.
  2. ^ Nanas di Malaysia
  3. ^ September 2008. Risalah Siri Panduan Kualiti Nanas. FAMA.
  4. ^ Katya, C., A.B Vernallis and A.A. Fadzilah. 2010. Bromelain’s activity and potential as an anti-cancer agent:Current evidence and perspectives. Cancer Letters 290:148–156.

Pautan luar