Lapisan pautan data: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MystBot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot mengubah: en:Data link layer
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: sq:Data Link Layer
Baris 63: Baris 63:
[[pt:Camada de ligação de dados]]
[[pt:Camada de ligação de dados]]
[[ru:Канальный уровень]]
[[ru:Канальный уровень]]
[[sq:Data Link Layer]]
[[sk:Linková vrstva]]
[[sk:Linková vrstva]]
[[sl:Plast podatkovne povezave]]
[[sl:Plast podatkovne povezave]]

Semakan pada 15:22, 11 Januari 2012

Model OSI
7 Lapisan aplikasi
6 Lapisan persembahan
5 Lapisan sesi
4 Lapisan pengangkutan
3 Lapisan rangkaian
2 Lapisan pautan data
1 Lapisan fizikal


Lapisan pautan data adalah lapisan kedua dalam model OSI dan model TCP/IP bagi protokol perhubungan data di dalam rangkaian komputer. Lapisan pautan data memberikan cara kerja dan tatacara untuk menubuhkan, menyelenggarakan, dan melepaskan talian data di antara terminal dengan nod rangkaian.

Lapisan pautan data dibina oleh dua sub lapisan iaitu:

  • Pengawal saringan media (Media Access Control (MAC))
  • Pengawal pautan logik (Logical Link Control (LLC))

Penghantaran unit-unit data yang bebas dari ralat

Unit-unit data diterima dari lapisan rangkaian dan menambahkan bit yang mengandungi alamat dan lain-lain maklumat kawalan dipangkal unit data (header) dan di penghujungnya (trailer). Unit data yang telah mengandungi maklumat tambahan ini dinamakan frame.

Kawalan aliran dan mengesan ralat

Protokol-protokol di lapisan ini akan mengawasi hak peranti untuk membuat penghantaran, bagaimana hendak membetulkan ralat yang terhasil semasa penghantaran, dan bagaimana untuk mengawal supaya penghantaran ini tidak membebankan penerima.

Header dan trailer juga menyimpan maklumat mengenai ke segerakan (synchronize), iaitu apabila satu bit berhenti barulah satu bit lain mula, turutan, iaitu bahagian mana pada utusan yang diwakili oleh frame, dan sama ada frame terakhir telah sampai seluruhnya atau tidak.

Header dan trailer akan ditambah oleh nod penghantar, kemudian disemak dan di terjemah oleh nod penerima. Apabila nod penerima bersetuju menerima frame tersebut, header dan trailernya akan dibuka dan unit datanya akan dihantar kepada lapisan rangkaian.

Kaedah capaian media

Lapisan ini mengawal kaedah capaian media, terdapat tiga kaedah capaian media iaitu:

Contention

Setiap stesen mempunyai peluang yang sama dalam penghantaran data. Jika dua stesen membuat penghantar pada masa yang sama, maka akan berlakulah ralat yang dinamakan sebagai perlagaan (collision). Apabila ralat ini berlaku, stesen-stesen berkenaan akan mencuba lagi.

Polling

Satu peranti utama, pengawal (controller), akan mengumpulkan semua peranti dan meminta maklumat sama ada peranti-peranti tersebut ada data yang hendak dihantar atau tidak. Kaedah capaian media seperti ini boleh mengelakkan perlagaan daripada berlaku.

Token passing

Kaedah capaian media ini menggunakan paket yang dikenali sebagai token. Paket data yang bernama token ini digunakan dalam proses penghantaran maklumat dalam rangkaian. Apabila satu stesen mempunyai token maka ia boleh membuat penghantaran. Jika ia tidak mempunyai token maka ia tidak boleh membuat penghantaran. Teknologi capaian media dengan kaedah ini boleh juga mengatasi masalah perlagaan.

Lihat juga