Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox Sekolah Malaysia
{{Infobox Sekolah Malaysia
|Nama Sekolah = Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah
|Nama Sekolah = Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah
|Logo Sekolah =
|Logo Sekolah = [[Fail:maahad.jpg]]
|Moto = Ilmu itu Nur
|Moto = Ilmu itu Nur
|Tarikh = 1977
|Tarikh = 1977

Semakan pada 12:59, 13 Januari 2012

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah
Fail:Maahad.jpg
Lokasi
Jalan Sungai Ramal Luar, 43000, Kajang, Hulu Langat, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan Agama
MotoIlmu itu Nur
Ditubuhkan1977
Nombor sekolah03-87376300
Kod sekolahBRA4001
Pengerusi PIBGProfesor Madya Mohd Fauzi bin Hamat
PengetuaWan Ruhayah binti Wan Yaacob
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Roszita binti Saleh
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Salmah Abdul Rani
Penolong Kanan KokurikulumEncik Zaiazman bin Mohd Zainuddin
Faks03-87376295
Laman sesawang

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah atau nama ringkasnya SMKA Maahad Hamidiah, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sungai Ramal, Kajang, Selangor.

Pada 2010, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 915 orang. Ia mempunyai seramai 74 orang guru dan disokong oleh 13 orang kakitangan sekolah. SMKA Maahad Hamidiah merupakan salah sebuah sekolah yang dipilih sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan bagi Fasa 5.

Sejarah

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah mula ditubuhkan pada tahun 1977. 14 tahun sebelum diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah ini di bawah kelolaan Kerajaan Negeri dan Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri. Pada masa itu, SMKA Maahad Hamidiah dikenali dengan nama Sekolah Menengah Arab Pekan Kajang atau Sekolah Arab Kajang. Para pelajar pada masa itu berjumlah 121 dari tingkatan 1 hingga 4. Manakala kakitangan akademiknya adalah seramai 7 orang iaitu Encik Amir Khatim, Encik Tahar Husin, Puan Jemaah Saadon, Puan Saedah Sani, Puan Salihah Abdul Aziz dan dua orang guru lagi. Pengetuanya yang pertama ialah Tuan Haji Abdul Aziz Andik Achok.

Pengasas sekolah ini ialah Ustaz Haji Abdul Hadi Abdul HAmid, yang berasal dari Sumatera,Indonesia.Beliau menubuhkan sekolah ini pada tahun 1963. Bangunan asal sekolah ini terletak di Batu 14, Cheras bertentangan dengan Masjid Jamek, Kajang. Bermula 16 September 1984, pentadbiran SMKA Maahad Hamidiah telahpun berpindah ke kawasan baru yang bertempat di Jalan Sungai Ramal Luar, Kajang. Prestasi dalam bidang akademik dan kokurikulum pada tiap tahun adalah menggalakan.SMKA Maahad Hamidiah adalah antara Sekolah Asrama Harian yang terbaik dan terunggul di negeri Selangor. Kini, sekolah ini mempunyai seramai 915 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga enam. Tenaga pengajar di sekolah ini pula seramai 74 orang dan disokong oleh 13 orang kakitangan sekolah.

Pencapaian

  1. Bawah-15 dan b-18 bola sepak mendapat johan dalam peringkat zon.
  2. Johan Keseluruhan Memanah Negeri Selangor 2010
  3. Kejohanan Debat Peringkat Kebangsaan
  4. Kejohanan Bola Sepak Peringkat Daerah Hulu Langat 2011
  5. Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Hulu Langat 2011

Alamat

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah
Jalan Sungai Ramal Luar,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Telefon = 03-87376300
Faks = 03-87376295
E-mel = smkamh_kajang@yahoo.com.my

Pautan luar