Jansher Khan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muro Bot (bincang | sumb.)
k bot menambah: es:Jansher Khan
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: sv:Jansher Khan
Baris 92: Baris 92:
[[fr:Jansher Khan]]
[[fr:Jansher Khan]]
[[it:Jansher Khan]]
[[it:Jansher Khan]]
[[sv:Jansher Khan]]

Semakan pada 21:09, 1 Februari 2012

Jansher Khan (lahir 15 Jun 1969, di Peshawar, Pakistan) ialah bekas pemain No. 1 dunia dalam sukan skuasy. Dia berasal dari Pakistan. Sepanjang kerjayanya, dia memenangi Terbuka Dunia sebanyak lapan kali dan Terbuka British sebanyak enam kali.

Jansher datang daripada keluarga yang mempunyai bakat dalam sukan skuasy. Abangnya Mohibullah Khan ialah salah seorang pemain profesional skuasy dalam era 70-an. Seorang lagi abangnya ialah peneraju dalam pertandingan peringkat amatur.

Jansher memenangi Kejohanan Skuasy Remaja Dunia pada tahun 1986. Dalam masa yang sama, ketika itu dunia skuasy lelaki dikuasai oleh seorang pemain dari Pakistan iaitu Jahangir Khan. Pada Terbuka Dunia tahun 1986, Ross Norman akhirnya berjaya menghalang kemenangan berturut-turut Jahangir Khan dalam kejohanan ini.

Jansher secara rasmi bersara daripada skuasy pada tahun 2001. Dia memenangi 99 gelaran profesional dan menjadi pemain No. 1 dunia selama enam tahun.

Kemunculan di peringkat akhir Terbuka Dunia

Menang (8)
Tahun Lawan Mata
1987 Chris Dittmar 9-5, 9-4, 4-9, 9-6
1989 Chris Dittmar 7-15, 6-15, 15-4, 15-11, 15-10
1990 Chris Dittmar 15-8, 17-15, 13-15, 15-5
1992 Chris Dittmar 15-11, 15-9, 10-15, 15-6
1993 Jahangir Khan 14-15, 15-9, 15-5, 15-5
1994 Peter Marshall 10-15, 15-11, 15-8, 15-4
1995 Del Harris 15-10, 17-14, 16-17, 15-8
1996 Rodney Eyles 15-13, 17-15, 11-15, 15-3
Naib Juara (1)
Tahun Lawan Mata
1988 Jahangir Khan 9-6, 9-2, 9-2


Kemunculan di peringkat akhir Terbuka British

Menang (6)
Tahun Lawan Mata
1992 Chris Robertson 9-7, 10-9, 9-5
1993 Chris Dittmar 9-6, 9-5, 6-9, 9-2
1994 Brett Martin 9-1, 9-0, 9-10, 9-1
1995 Peter Marshall 15-4, 15-4, 15-5
1996 Rodney Eyles 15-13, 15-8, 15-10
1997 Peter Nicol 17-15, 9-15, 15-12, 8-15, 15-8
Naib Juara (3)
Tahun Lawan Mata
1987 Jahangir Khan 9-6, 9-0, 9-5
1991 Jahangir Khan 2-9, 9-4, 9-4, 9-0
1998 Peter Nicol 17-16, 15-4, 15-5


Pautan luar