Twitter: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: ne:ट्विटर
FoxBot (bincang | sumb.)
k r2.6.5) (bot menambah: ga:Twitter
Baris 148: Baris 148:
[[fr:Twitter]]
[[fr:Twitter]]
[[fy:Twitter]]
[[fy:Twitter]]
[[ga:Twitter]]
[[gl:Twitter]]
[[gl:Twitter]]
[[ko:트위터]]
[[ko:트위터]]

Semakan pada 16:07, 5 Februari 2012

Twitter, Inc
Nama asliTwitter Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahPrivate
Industrimobile Perkhidmatan rangkaian sosial, micro-blogging
Ditubuhkan2006
PengasasNoah Glass
Biz Stone
Evan Williams
Jack Dorsey Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatSan Francisco, California, USA
Tokoh pentingJack Dorsey, Pengerusi
Evan Williams, CEO
Biz Stone, Pengarah Kreatif
Hasil $400,000 Q3 (2009) (unjuran)[1]
PemilikX Corp., Twitter, Inc., Obvious Corporation, Odeo Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan74[2]
Tapak webtwitter.com
Facebook: TwitterInc Twitter: X Instagram: twitter Youtube: UCpg-U3_G3ZVck6QO6uhW_OA Youtube: Twitter Pinterest: twitter TikTok: twitter GitHub: twitter Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Twitter ialah perkhidmatan rangkaian sosial dan micro-blogging yang membolehkan pengguna meghantar dan membaca mesej yang dipanggil tweet, iaitu pesanan teks selebih-lebihnya 140 aksara yang dipaparkan dalam halaman profil penulisnya dan diutuskan kepada para pelanggan penulis yang dikenali sebagai "pengikut" (follower). Penghantar boleh mengehadkan utusan kepada lingkungan kawan-kawannya, ataupun membenarkan capaian terbuka kepada semua pengguna web. Pengguna boleh menghantar dan menerima tweet melalui laman web Twitter, SMS atau mana-mana aplikasi luaran. Sungguhpun perkhidmatan Twitter sendiri adalah percuma, namun penggunaaannya melalui SMS boleh dikenakan yuran telekom.

Asalnya, had kepanjangan mesej 140 aksara ditetapkan agar serasi dengan penghantaran SMS, justeru menimbulkan kehadiran bermacam-macam bentuk trengkas dan slanga yang digunakan dalam SMS, di dalam Internet. Had 140 aksara ini juga melahirkan penggunaan khidmat-khidmat peringkasan URL seperti tinyurl, bit.ly dan tr.im, dan juga khidmat pengehosan kandungan seperti Twitpic dan NotePub untuk menampung kandungan multimedia dan teks yang mencecah 140 aksara.

Semenjak dilahirkan pada tahun 2006 oleh Jack Dorsey, Twitter makin hari makin laris digunakan dan tinggi pentingnya bagi para pengguna Internet. Adakalanya, Twitter disifatkan sebagai "SMS untuk Internet"[3] kerana penggunaan antara muka pengaturcaraan aplikasi Twitter bagi menghantar dan menerima pesanan teks ringkas oleh aplikasi lain sering menyelubungi penggunaan Twitter secara terus.

Apa yang perlu kami lakukan adalah menyampaikan maklumat paling relevan yang terbaik dan paling terkini sebaik boleh. Kami berasa bahawa Twitter bukan rangkaian sosial, sebaliknya merupakan rangkaian maklumat yang menerangkan orang ramai hal-ehwal sedunia yang kita prihatini.

Twitter merupakan salah satu daripada 50 laman web paling popular di seluruh dunia, mengikut analisa trafik web Alexa.[5] Biaprun anggaran bilangan pengguna harian berbeza-beza kerana pihak syarikat Twitter tidak mengeluarkan bilangan akaun yang aktif, namun satu masukan blog Compete.com pada bulan Februari 2009 meletakkan Twitter sebagai rangkaian sosial ketiga paling banyak digunakan[6] berdasarkan kiraan 6 juta pengunjung bulanan unik dan 55 juta kunjungan sebulan.[6] Pada Mac 2009, sebuah blog Nielsen.com meletakkan Twitter sebagai laman paling pesat membangun dalam kategori "Member Communities" pada Februari 2009. Twitter mencatat perrtumbuhan bulanan sebanyak 1,382%, diikuti Zimbio (240%), dan Facebook (228%).[7] Walaupun demikian, hanya 40 % pengguna Twitter mampu dikekalkan.[8]

Teknologi

Fail:Twitter-030709.png
Profil pengguna di Twitter.

Twitter disifatkan serupa dengan klien IRC berasaskan Web.[9] Antara muka Web Twitter menggunakan kerangka Ruby on Rails[10] yang disediakan pada Ruby Enterprise Edition dan bukannya pelaksanaan Ruby vanila atas sebab-sebab prestasi[11].

Dari musim bunga tahun 2007 hingga 2008, mesej-mesej sebenar diuruskan oleh pelayan baris gilir gigih Ruby yang dipanggil Starling[12], tetapi mulai tahun 2009, kaedah ini beransur-ansur digantikan oleh perisian yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan Scala.[13] APInya membolehkan perkhidmatan web dan aplikasi lain bersepadu dengan Twitter.[14] Fungsi gelintaran dalam sistem menggunakan hashtag, iaitu perkataan atau ungkapan yang berawalan #. Contohnya, apabila "beer" dicari, hasilnya ialah semua mesej yang termasuk #beer.[15] Begitu juga, lambang @ diikuti nama pengguna membolehkan pengguna menghantar mesej terus ke satu sama lain. Misalnya, mesej yang tertera @example akan ditujukan ke pengguna "example", tetapi masih boleh dibaca oleh sesiapa sahaja.[16]

Melalui SMS, pengguna boleh berhubung dengan Twitter melalui lima nombor get laluan, iaitu kod ringkas untuk Amerika Syarikat, Kanada, India, New Zealand, dan nombor berasaskan Isle of Man untuk kegunaan antarabangsa. Terdapat juga kod di United Kingdom yang hanya boleh dicapai oleh pengguna rangkaian Vodafone dan O2.[17]

Antara muka

Pengarang teknologi Steven Johnson menyifatkan mekanik-mekanik asas Twitter sebagai "luar biasa mudahnya:"[18]

Sebagai rangkaian sosial, Twitter berkisarkan prinsip para pengikut. Apabila anda memilih untuk mengikuti seorang lagi pengguna Twitter, maka tweet-tweet pengguna itu terpapar dalam urutan kronologi terbalik pada halaman Twitter utama anda. Jika anda mengikuti 20 orang, maka anda akan melihat beraneka tweet ketika menatal ke bawah halaman: berita terkini bijiran sarapan, pautan baru yang menarik, cadangan muzik, juga lamunan mengenai masa depan pendidikan.

Pada 30 April 2009, Twitter memperhalusi antara mukanya dengan menambah bar gelintar dan bar sisi Trending Topics, iaitu ungkapan-ungkapan yang plaing banyak terdapat dalam semua mesej-mesej terbaru. "Setiap kemaskini umum yang dihantar ke Twitter dari mana-mana di seluruh dunia 24 jam sehari, 7 hari seminggu, boleh diindekskan dengan segera lalu dimudahkan penemuannya melalui enjin gelintar masa nyata terbaru kami," jelas Biz Stone. "Dengan ciri-ciri yang baru dilancarkan ini, Twitter telah menjadi penting di luar jangkaan—sebuah enjin penemuan untuk mengetahui apa yang berlaku sekarang."[19]

Kandungan mesej

Firma penyelidikan pasaran yang bertapak di [[San Antonio, iaitu Pear Analytics mengupas 2,000 tweet (yang berasal dari AS dan berbahasa Inggeris) sepanjang tempoh dua minggu dari 11:00 pagi hingga 5:00 petang (CST) lalu mengasingkannya kepada enam kategori:[20]

  • Berita (News)
  • Spam
  • Promosi diri (Self-promotion)
  • Raban tanpa faedah (Pointless babble)
  • Perbualan (Conversational)
  • Hantaran semula (Pass-along value)

Firma ini mendapati bahawa "raban tanpa faedah" merupakan kategori terbesar di kalangan kandungan Twitter, iaitu sehingga 811 tweet atau 40.55% jumlah mesej dalam sampel.

Mesej perbulaan pula menjelaskan 751 mesej atau 37.55%, "hantaran semula" atau retweet merangkumi 174 mesej atau 8.70%, promosi diri oleh syarikat ada 117 mesej atau 5.85%, spam ada 75 mesej atau 3.75%, dan mesej-mesej dari penerbit media arus perdana pula mengisi 72 mesej atau 3.60%.[20]

Penyelidik rangkaian sosial, Danah Boyd membalas pantauan Pear Analytics dengan hujah bahawa apa yang dilabelkan oleh para penyelidik Pear sebagai "meraban tanpa faedah" sewajarnya disifatkan sebagai "kesedaran remeh-temeh" atau "latihan sosial" semata-mata.[21]

Demografi

Kebnayakan pengguna Twitter merupakan golongan dewasa berusia yang mungkin idak pernah menggunakan laman sosial yang lain sebelum Twitter, mengikut Jeremiah Owyang, seorang penganalisa industri yang mengkaji media sosial. "Golongan dewasa cuma mengejar apa yang dilakukan oleh golongan remaja kebelakangan ini," he said.[22]

Cuma 11% pengguna Twitter berusia antara 12 hingga 17 tahun, mengikut comScore[22], dikatakan berpunca daripada masa awal penerimaan Twitter ketika rangkaian sosial ini mula-mula menjadi popular di kalangan sektor perniagaan dan berita, maka menyebabkan penggunaannya cenderung kepada golongan lebih berusia. Bagaimanapun, baru-baru ini comScore mendapati apabila Twitter mula "mendalami arus perdana, wujudnya juga budaya selebriti sejak Shaq, Britney Spears dan Ashton Kutcher menyertai golongan 'Twitterati'."[23]

Gangguan

Fail:Failwhale.png
Mesej ralat fail whale Twitter.

Sekiranya Twitter mengalami gangguan, para pengguna melihat imej mesej ralat "fail whale" (ikan paus gagal) lukisan Yiying Lu,[24] iaitu ilustrai sekawan burung merah menggonggong jaring untuk mengangkut seekor ikan paus dari lautan beserta teks [25] "Too many tweets! Please wait a moment and try again." (Terlalu banyak tweet! Sila tunggu sebentar dan cuba lagi.)[25]

Twitter mengalami kira-kira 98% masa hidup pada tahun 2007, atau kira-kira enam hari penuh masa henti.[26] Masa henti Twitter amat ketara terutamanya ketika berlangsungnya acara-acara yang digemari oleh industri teknologi seperti ucap utama Macworld Conference & Expo 2008.[27][28] Pada Mei 2008, pasukan kejuruteraan baru Twitter melakukan perubahan seni bina untuk menangani pertumbuhan mendadak. Isu-isu kestabilan telah menyebabkan Twitter mengalami masa henti atau ciri-cirinya dihentikan sementara.

Pada tahun 2008, Twitter memberhentikan khidmat SMS percuma kepada pengguna di United Kingdom,[29] dan juga selama kira-kira lima bulan, khidmat pesanan percuma melalui bot XMPP disenaraikan "tiada buat sementara waktu".[30] Pada 10 Oktober 2008, blog status Twitter mengumumkan bahawa khidmat pesanan segera (IM) bukan lagi mengalami gangguan sementara, sebaliknya perlu diubah suai. Twitter ingin mengembalikan khidmat IM-nya tidak lama lagi, cuma memerlukan banyak kerja.[31]

Pada 12 Jun 2009, dalam kejadian yang hampir menimbulkan "Twitpocalypse", pengenal unik yang dihubungkan dengan setiap tweet mencecah had integer bertanda 32-bit.[32] Walaupun Twitter sendiri tidak terjejas, namun sebilangan kilen pihak ketiga mendapati bahawa mereka tidak dapat mencapai tweet terkini lagi. Maka keluarnya khidmat tampung dengan segera, namun sesetengah aplikasi iPhone terpaksa menunggu kelulusan dari App Store.[33] Pada 22 September, pengenal tersebut mencecah had integer tanpa tanda 32-bit sekali lagi mengganggu klien pihak ketiga.[34]

Pada 6 Ogos 2009, Twitter dan Facebook mengalami serangan khidmat ditolak yang menyebabkan laman web Twitter terputus selama beberapa jam.[35] Tidak lama kemudian, disahkan bahawa serangan tersebut diajukan kepada seorang pengguna pro-Georgia sempena ulang tahun perang Ossetia Selatan 2008, dan bukannya laman-laman yang terjejas itu.[36]

Privasi dan keselamatan

Twitter mengumpul maklumat kenal pasti peribadi mengenai para penggunanya, serta mengongsikannya dengan pihak ketiga. Perkhidmatan ini bertegas bahawa maklumat berkenaan adalah asetnya, dan memelihara hak untuk menjualnya jika milikan syarikat bertukar tangan.[37] Biarpun Twitter tidak memaparkan apa-apa iklan, namun pengiklan boleh menyasarkan pengguna berdasarkan sejarah tweet mereka, dan sesekali memetik tweet tersebut dalam iklan.[38]

Kerentanan keselamatan dilaporkan pada 7 April 2007, oleh Nitesh Dhanjani dan Rujith. Memandangkan Twitter menggunakan nombor telefon penghantar pesanan SMS sebagai pengesahan, maka pengguna-pengguna berniat jahat boleh mengemas kini halaman status orang lain dengan SMS olok-olokan.[39] Kerentanan ini berguna hanya jika pengolok mengetahui nombor telefon yang didaftarkan dalam akaun mangsanya. Beberapa minggu selepas penemuan kerentanan tersebut, Twitter memperkenalkan pilihan nombor pengenalan peribadi (PIN) yang mana penggunanya boleh menentukan agar mesej-mesej yang berasal dari SMS diberikan pengesahan.[40]

Pada 5 Januari 2009, 33 akaun Twitter berprofil terjejas setelah kata laluan seorang pentadbir Twitter berjaya diteka oleh serangan kamus.[41] Dari akaun-akaun terlibat dihantarnya tweet palsu, termasuk sekali mesej-mesej yang berunsur seks dan dadah.[42]

Pada 11 Jun 2009, Twitter melancarkan versi beta bagi khidmat Verified Accounts (Akaun Sahih), membolehkan tokoh-tokoh terkenal memperjelaskan akaun Twitter yang mana milik mereka. Laman-laman akaun sahih ini memaparkan lencana yang menandakan status istimewa ini.[43]

Rujukan

  1. ^ "Hacker Exposes Private Twitter Documents". The New York Times. 2009-07-15. Dicapai pada 2009-07-15. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ Dorsey, Jack (2009-09-18). "2009 Person of the Year ceremony and presentation". Webster University.
  3. ^ D'Monte, Leslie (2009-04-29). "Swine flu's tweet tweet causes online flutter". Business Standard. Dicapai pada 2009-05-28. Also known as the 'SMS of the internet', Twitter is a free social networking and micro-blogging service
  4. ^ Web 2.0 Summit 2009: Evan Williams and John Battelle "A Conversation with Evan Williams", O'Reilly Media, October 21, 2009, dicapai pada 2009-11-01
  5. ^ "twitter.com - Traffic Details from Alexa". Alexa Internet. 2009-07-13. Dicapai pada 2009-07-13. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  6. ^ a b Kazeniac, Andy (2009-02-09). "Social Networks: Facebook Takes Over Top Spot, Twitter Climbs". Compete.com. Dicapai pada 2009-02-17.
  7. ^ McGiboney, Michelle (2009-03-18). "Twitter's Tweet Smell of Success". Nielsen. Dicapai pada 2009-04-05.
  8. ^ Hoffman, Stefanie (April 29, 2009). "Twitter Quitters Outnumber Those Who Stay, Report Finds". United Business Media. Dicapai pada 2009-04-29.
  9. ^ Stutzman, Fred (2007-04-11). "The 12-Minute Definitive Guide to Twitter". AOL Developer Network. Dicapai pada 2008-11-12.
  10. ^ Gomes, Lee (2009-06-22). "The Pied Piper of Pay". Forbes. Dicapai pada 2009-06-16.
  11. ^ ryan king (2009-09-25). "Twitter on Ruby". Dicapai pada 2009-10-31. We recently migrated Twitter from a custom Ruby 1.8.6 build to a Ruby Enterprise Edition release candidate, courtesy of Phusion. Our primary motivation was the integration of Brent's MBARI patches, which increase memory stability. Check date values in: |date= (bantuan)
  12. ^ Payne, Alex (2008-01-16). "Announcing Starling". Twitter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-20. Dicapai pada 2009-01-11.
  13. ^ Venners, Bill (2009-04-03). "Twitter on Scala". Artima Developer. Dicapai pada 2009-06-17.
  14. ^ "API Documentation". Google Groups. Dicapai pada 2008-05-08.
  15. ^ Flynn, Montana (2009-04-08). "How To: #Hashtags on twitter (#quote, #followfriday, etc..)". Complimedia. Dicapai pada 2009-06-17.
  16. ^ Strachan, Donald (2009-02-19). "Twitter: how to set up your account". The Daily Telegraph. Dicapai pada 2009-06-14.
  17. ^ Andrews, Robert (2009-03-27). "Twitter brings back UK SMS; Vodafone first, others to follows". The Guardian. Dicapai pada 2009-06-07.
  18. ^ "How Twitter Will Change the Way We Live". Time. 2009-06-05. Dicapai pada 2009-08-21. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  19. ^ Stone, Biz (2009-04-30). "Twitter Search for Everyone!". Twitter. Dicapai pada 2008-05-07.
  20. ^ a b Kelly, Ryan, penyunting (2009-08-12), "Twitter Study - August 2009" (PDF), Twitter Study Reveals Interesting Results About Usage (PDF) |format= requires |url= (bantuan), San Antonio, Texas: Pear Analytics, dicapai pada 2009-08-18 Cite has empty unknown parameters: |coeditors= dan |coauthors= (bantuan)
  21. ^ boyd, danah (2009-08-16), "Twitter: "pointless babble" or peripheral awareness + social grooming?", dicapai pada 2009-09-19 Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)
  22. ^ a b Miller, Claire Cain (2009-08-25). "Who's Driving Twitter's Popularity? Not Teens". The New York Times. Dicapai pada 2009-09-18. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  23. ^ Lipsman, Andrew (2009-09-02). "What Ashton vs. CNN Foretold About the Changing Demographics of Twitter". comScore. Dicapai pada 2009-09-18. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  24. ^ Walker, Rob (2009-02-15). "Fail Whale". Consumed. New York Times Magazine. m/s. 17. Dicapai pada 2009-02-15. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  25. ^ a b Whyte, Murray (2008-06-01). "Tweet, tweet there's been an earthquake; How an online social network chirpily called Twitter is becoming anything but trivial". Toronto Star. Dicapai pada 2008-06-01.
  26. ^ "Twitter growing pains cause lots of downtime in 2007". Pingdom. 2007-12-19. Dicapai pada 2009-06-17.
  27. ^ Dorsey, Jack (2008-01-15). "MacWorld". Twitter. Dicapai pada 2008-05-07.
  28. ^ Kuramoto, Jake (2008-01-15). "MacWorld Brings Twitter to its Knees". Oracle AppsLab. Dicapai pada 2008-05-07.
  29. ^ "Changes for Some SMS Users—Good and Bad News". Twitter (blog). 2008-08-13. Dicapai pada 2009-06-14.
  30. ^ Dorsey, Jack (2008-05-23). "Twitter IM down May 23rd–May 24th". Get Satisfaction. Dicapai pada 2008-07-29.
  31. ^ Williams, Evan (2008-10-10). "IM: Not coming soon". Twitter status blog. Dicapai pada 2008-12-31.
  32. ^ Siegler, MG (2009-06-12). "Twitter Moves Up The Twitpocalypse. All Hell May Break Loose Today". TechCrunch. Dicapai pada 2009-07-18.
  33. ^ O'Brien, John (2009-06-24). "The age of the Twitpocalypse". news.com.au. News Limited. Dicapai pada 2009-07-13.
  34. ^ Parr, Ben (2009-09-21). "Twitpocalypse II: Twitter Apps Might Break Tomorrow". Dicapai pada 2009-09-23.
  35. ^ Claburn, Thomas (2009-08-06). "Twitter Downed By Denial Of Service Attack". InformationWeek. Dicapai pada 2009-08-06.
  36. ^ "Web attack 'aimed at one blogger'". BBC News. 2009-08-07. Dicapai pada 2009-08-07.
  37. ^ "Twitter Privacy Policy". Twitter. 2007-05-14. Dicapai pada 2009-03-11.
  38. ^ Hansell, Saul (July 16, 2009). "Advertisers Are Watching Your Every Tweet". The New York Times. Dicapai pada 2009-07-17.
  39. ^ Gilbertson, Scott (2007-06-11). "Twitter Vulnerability: Spoof Caller ID To Take Over Any Account". Webmonkey. Dicapai pada 2009-04-06.
  40. ^ Leyden, John (2009-03-06). "Twitter SMS spoofing still undead". The Register. Dicapai pada 2009-06-17.
  41. ^ Stone, Biz (2009-01-05). "Monday Morning Madness". Dicapai pada 2009-06-17.
  42. ^ Bellantoni, Christina (2009-01-05). "Obama's Twitter site hacked?". The Washington Times. Dicapai pada 2009-01-05. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  43. ^ "Twitter power players get shiny 'verified' badges". 2009-06-12. Dicapai pada 2009-07-01. Missing pipe in: |first= (bantuan); |first= missing |last= (bantuan)

Pautan luar

Templat:Twitter Navigation

Templat:Social network Templat:Link GA