Anak Pontianak (siri TV): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Codeks (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 115.135.151.33 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Fanatix
Baris 25: Baris 25:
*[[Ida Nerina]]
*[[Ida Nerina]]
*[[Rozie Rashid]]
*[[Rozie Rashid]]
*[[Na'a Murad]]n
*[[Na'a Murad]]


==Penerbitan==
==Penerbitan==

Semakan pada 01:09, 12 Februari 2012

Anak Pontianak
PengarahIbrahim Elias
Dibintangi oleh
Zarina An-Julie
Maya Karin
Nanu Baharuddin
Ida Nerina
Rozie Rashid
Na'a Murad
Negara asal Malaysia
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitShuhaimi Baba
Syarikat penerbitan
Pesona Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal25 Oktober 2007 – 17 Januari 2008

Anak Pontianak ialah sebuah siri televisyen seram Malaysia arahan Shuhaimi Baba untuk TV3, sebagai kesinambungan kepada filem Pontianak Harum Sundal Malam 2. Drama ini dibintangi oleh Zarina An-Julie dan Maya Karin.

Sinopsis

Pada dasarnya, Samira, lebih dikenali sebagai Mia, ialah seorang pelajar sekolah asrama Kolej Tunku Sulun yang segan-silu dan menurut kata, tetapi batinnya mewarisi kuasa luar biasa dari moyangnya. Di awal cerita, Mia acap kali menghilangkan diri pada waktu malam lalu ditemui dalam keadaan tak sedar diri dalam hutan, kemudian sedar tanpa mengingati apa-apa yang berlaku semalaman, sehingga mengganggu perasaan ibu bapa dan pihak sekolah. Walaupun disyorkan agar berpindah ke sekolah lain yang lebih selamat, Mia berkeras untuk terus menelaah ilmu di KTS.

Semenjak itu, perilaku Mia semakin berubah, makin tahun makin yakin dan berseri. Mia gemar menyanyikan sebuah lagu misteri yang tidak dikenali orang lain. Hanya Mia yang tahu dari mana dia mempelajari lagu itu dan mengapa dia kerap mengunjungi hutan, iaitu kerana di hutanlah dia bersiap sedia untuk peranan yang amat penting. Pada hari jadinya yang ke-18, Mia dimaklumkan bahawa dirinya telah mewarisi segala kuasa hebat dari nenek moyangnya. Kini, Mia berdepan dengan semula musuh yang mengejar-ngejar kuasanya, dan satu-satunya cara untuk merampas kuasanya adalah membunuhnya.

Pelakon

Penerbitan

Siri Anak Pontianak ini dirancangkan untuk membuat konsep yang berlainan daripada filem Pontianak Harum Sundal Malam 2. Shuhaimi yang pernah mengarah filem tersebut menjelaskan, "Kelainan yang dimaksudkan adalah dari segi era yang digunakan iaitu pada zaman milenium dan lebih moden berbanding filem 'PHSM 1 dan 2' yang menggunakan pakaian, latar set, bahasa dan lain-lain lagi yang menonjolkan zaman dahulu kala. Namun terdapat sedikit era yang terdapat dalam filem tersebut melalui babak imbas kembali (flash back) dan ketika Mia bertemu dengan keluarga Meriam."[1]

Tambah Shuhaimi lagi, ""Ini merupakan drama pertama Pesona Pictures dengan TV3. Melalui peluang yang diberikan, kami menggunakan pendekatan yang berlainan dengan membuat survei secara rambang untuk mencari apa yang khalayak mahukan. Kekuatan drama ini dari segi muzik dan pelakonnya. Apa yang ingin ditonjolkan dalam 'AP' bukan berlandaskan dendam semata-mata tetapi turut memaparkan kuasa sihir (magic) yang akan diketahui secara tidak disedari dan perlahan-lahan."[1]

Sebagai wajah baru dalam seni lakonan Malaysia ketika pengeluaran siri TV ini, Zarina An-Julie menceritakan pengalaman melakonkan watak utama, "Ini adalah pertama kali saya memegang watak 'besar' dan merasa ada beban yang harus dipikul sebab saya orang baru. Kadangkala saya ada memikirkan samada apa yang dilakukan itu betul atau salah dan akan berasa bimbang kerana berlakon dengan orang yang ada nama."[2]

Rujukan

  1. ^ a b "Kuasa sihir dalam Anak Pontianak". mStar. 24 Okt 2007. Dicapai pada 4 Mei 2010.
  2. ^ Zarina An-Julie sakit-sakit badan jadi 'Anak Pontianak', mStar Online, 25 Okt 2007. Dicapai pada 4 Mei 2010.
TV3: Seram, Khamis, 9.30 malam
Sebelumnya Anak Pontianak
(25 Oktober 2007 – 17 Januari 2008)
Berikutnya
Susuk Saka