Asam gelugur: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 10: Baris 10:
| familia = [[Clusiaceae]]
| familia = [[Clusiaceae]]
| genus = ''[[Garcinia]]''
| genus = ''[[Garcinia]]''
| species = '''''G. atroviridis'''''
| species = '''''G. atroviridis''''' Griff
| binomial = ''Garcinia atroviridis''
| binomial = ''Garcinia atroviridis''
| binomial_authority = [[Griff.]] ex [[T.Anderson]]
| binomial_authority = [[Griff.]] ex [[T.Anderson]]
}}
}}
'''Asam gelugur''' atau '''asam keping''' (''Garcinia atroviridis'')<ref>[http://www.seedtest.org/upload/cms/user/BotaniName.pdf INDEX TO SCIENTIFIC NAMES of Tropical Tree Species along with their Vernacular Names]</ref> ialah sejenis pokok [[hutan hujan]] yang besar berkayu dan mempunyai dahan yang tumbuh berpusar pada bahagian batang pokoknya. Buahnya berbentuk bulat dan berwarna hijau. Bunga buah asam gelugur ini keluar di hujung dahan dan bersaiz besar. Asam gelugur yang telah diproses dijadikan bahan tambah atau [[perasa|bahan perisa]] dalam masakan [[Melayu]]. Pokok ini berasal dari tanah besar [[Asia Tenggara]].
'''Asam gelugur''' (''Garcinia atroviridis'' Griff)<ref>{{en}} [http://www.seedtest.org/upload/cms/user/BotaniName.pdf INDEX TO SCIENTIFIC NAMES of Tropical Tree Species along with their Vernacular Names]</ref> atau '''asam keping''' merupakan sejenis [[pokok nadir]] yang dipercayai berasal dari semenanjung [[Malaysia]]. Pokok ini telah disebarkan ke negara-negara jiran seperti di [[Thailand]], [[Indonesia]], [[Filipina]] dan juga [[India]]. Maklumat berkaitan keluasan tanaman asam gelugor tidak ada yang dicatitkan oleh [[Jabatan Pertanian Malaysia]] kerana kebanyakannya di tanam atau tumbuh di kebun secara bercampur dengan tanaman buah-buahan lain. Antara negeri-negeri semenanjung yang didapati mempunyai banyak jumlah pokok ini ialah seperti di [[negeri Perak|Perak]], [[Kelantan]], [[Terengganu]], [[Negeri Sembilan]], [[Pahang]] dan [[Kedah]]. Terdapat juga pokok asam gelugor di kawasan hutan dan buahnya dikutip secara berkala oleh penduduk kampung berhampiran.

==Ciri-ciri morfologi==
Pokok asam gelugor merupakan sejenis pokok saka berbuah yang mempunyai akar tunjang dan mampu mencapai ketinggian sehingga 10-15 meter. Batangnya dari kayu keras dan mempunyai dan daun berwarna hijau gelap dengan permukaan atasnya berkilat. Bunganya mempunyai kelopak dan berwarna merah kekuningan yang berada dihujung dahan. Buah asam gelugor berwarna hijau cerah ketika muda dan akan jingga kekuningan apabila matang. Buahnya mempunyai biji keras dan mempunyai rasa yang sangat masam. Bentuk buah asam gelugor berbeza-beza mengikut [[varieti]] iaitu ada yang bulat, oval dan bentuk oblong serta mempunyai ketak. Berat buah antara 100-700 gram sebiji dan mempunyai garispusat antara 6-11 cm. Buahnya mempunyai 12-16 ketak.

==Penanaman==
Penanaman asam gelugor untuk menghasilkan asam keping perlu dibanyakkan lagi dengan penanaman secara komersil. Penanaman boleh menggunakan bijibenih dari buah yang cukup matang dan disemai dalam nurseri. Benih yang mempunyai ketinggian lebih sekaki ditanam dengan jarak 6m x 6m. Spesis yang ada di Malaysia adalah spesis tempatan yang akan menghasilkan buah selepas 6-7 tahun ditanam.

Kebanyakan pokok yang ada di keliling rumah adalah bercampur dengan buah-buahan lain di ladang dan menerima baja serta amalan agronomi yang diberi adalah sama untuk pokok buah-buahan. Kebanyakan pokok sedia ada dianggap sebagai tanaman organik kerana boleh dikatakan jarang menggunakan bahan kimia. Pembajaan menggunakan baja NPK 12:12:17:2 dengan kadar 30-50 gram boleh dijalankan sebanyak 3 kali setahun. Perosak dan penyakit tanaman ini masih belum di buat kajian secara saintifik. Kesan [[kemarau]] dan [[hujan]] yang berlebihan kadang-kala menyebabkan kejadian buah gugur.

==Penuaian==
Buah Asam Gelugor yang matang dituai dengan menggunakan [[galah]] [[buluh]] atau [[aluminium]] yang mempunyai [[pisau]] dan kantung. Ada juga yang memanjat pokok untuk kerja-kerja penuaian. Buah yang di kutip dikumpulkan dan dibersihkan. Untuk dijadikan asam keping, buah asam gelugor di hiris halus antara 3-8 mm ketebalan dengan pisau tajam. Hirisan akan disusun untuk dikeringkan menggunakan [[cahaya matahari]] atau alatan mesin pengering. Jika potongan asam keping dijemur perlu antara 7-12 hari sebelum cukup kering untuk dijual. Di [[Gemenceh]], Negeri Sembilan didapati asam gelugur segar (digelar asam keping) dijual dengan harga RM 4.00 - RM 5.00 setiap 100 gram.


== Kegunaan asam gelugur ==
== Kegunaan asam gelugur ==
Buah asam gelugur yang telah siap diproses sering dijadikan bahan perisa dalam masakan melayu serta dijadikan bahan untuk menghilangkan rasa atau bau [[hanyir]] yang terdapat pada ikan atau daging. Asam gelugur ini mempunyai rasa yang sangat masam.
Buah asam gelugur yang telah siap diproses sering dijadikan bahan perisa dalam masakan melayu serta dijadikan bahan untuk menghilangkan rasa atau bau [[hanyir]] yang terdapat pada ikan atau daging. Asam gelugur ini mempunyai rasa yang sangat masam.

Asam gelugor kering digelar asam keping digunakan kebanyakannya untuk bahan [[masakan]] sebagai penambah rasa kemasaman dalam masakan. Antara masakan popular perlukan asam keping seperti masakan asam pedas, masak lemak cili api, masak singgang dan segala jenis masakan lain. Asam keping ini mengandungi bahan [[asid hidrositrik]] boleh menggantikan [[asam jawa]]. Pada masa ini ada yang menggunakan asam gelugur untuk jus minuman dan membantu mengurangkan kolesterol dalam badan serta berfungsi sebagai [[antioksidan]] yang baik.{{fakta}}


== Nama lain bagi asam gelugur ==
== Nama lain bagi asam gelugur ==

Semakan pada 08:08, 19 Februari 2012

Asam gelugur
Pokok asam gelugur berbunga
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
Kelas:
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
G. atroviridis Griff
Nama binomial
Garcinia atroviridis

Asam gelugur (Garcinia atroviridis Griff)[1] atau asam keping merupakan sejenis pokok nadir yang dipercayai berasal dari semenanjung Malaysia. Pokok ini telah disebarkan ke negara-negara jiran seperti di Thailand, Indonesia, Filipina dan juga India. Maklumat berkaitan keluasan tanaman asam gelugor tidak ada yang dicatitkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia kerana kebanyakannya di tanam atau tumbuh di kebun secara bercampur dengan tanaman buah-buahan lain. Antara negeri-negeri semenanjung yang didapati mempunyai banyak jumlah pokok ini ialah seperti di Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang dan Kedah. Terdapat juga pokok asam gelugor di kawasan hutan dan buahnya dikutip secara berkala oleh penduduk kampung berhampiran.

Ciri-ciri morfologi

Pokok asam gelugor merupakan sejenis pokok saka berbuah yang mempunyai akar tunjang dan mampu mencapai ketinggian sehingga 10-15 meter. Batangnya dari kayu keras dan mempunyai dan daun berwarna hijau gelap dengan permukaan atasnya berkilat. Bunganya mempunyai kelopak dan berwarna merah kekuningan yang berada dihujung dahan. Buah asam gelugor berwarna hijau cerah ketika muda dan akan jingga kekuningan apabila matang. Buahnya mempunyai biji keras dan mempunyai rasa yang sangat masam. Bentuk buah asam gelugor berbeza-beza mengikut varieti iaitu ada yang bulat, oval dan bentuk oblong serta mempunyai ketak. Berat buah antara 100-700 gram sebiji dan mempunyai garispusat antara 6-11 cm. Buahnya mempunyai 12-16 ketak.

Penanaman

Penanaman asam gelugor untuk menghasilkan asam keping perlu dibanyakkan lagi dengan penanaman secara komersil. Penanaman boleh menggunakan bijibenih dari buah yang cukup matang dan disemai dalam nurseri. Benih yang mempunyai ketinggian lebih sekaki ditanam dengan jarak 6m x 6m. Spesis yang ada di Malaysia adalah spesis tempatan yang akan menghasilkan buah selepas 6-7 tahun ditanam.

Kebanyakan pokok yang ada di keliling rumah adalah bercampur dengan buah-buahan lain di ladang dan menerima baja serta amalan agronomi yang diberi adalah sama untuk pokok buah-buahan. Kebanyakan pokok sedia ada dianggap sebagai tanaman organik kerana boleh dikatakan jarang menggunakan bahan kimia. Pembajaan menggunakan baja NPK 12:12:17:2 dengan kadar 30-50 gram boleh dijalankan sebanyak 3 kali setahun. Perosak dan penyakit tanaman ini masih belum di buat kajian secara saintifik. Kesan kemarau dan hujan yang berlebihan kadang-kala menyebabkan kejadian buah gugur.

Penuaian

Buah Asam Gelugor yang matang dituai dengan menggunakan galah buluh atau aluminium yang mempunyai pisau dan kantung. Ada juga yang memanjat pokok untuk kerja-kerja penuaian. Buah yang di kutip dikumpulkan dan dibersihkan. Untuk dijadikan asam keping, buah asam gelugor di hiris halus antara 3-8 mm ketebalan dengan pisau tajam. Hirisan akan disusun untuk dikeringkan menggunakan cahaya matahari atau alatan mesin pengering. Jika potongan asam keping dijemur perlu antara 7-12 hari sebelum cukup kering untuk dijual. Di Gemenceh, Negeri Sembilan didapati asam gelugur segar (digelar asam keping) dijual dengan harga RM 4.00 - RM 5.00 setiap 100 gram.

Kegunaan asam gelugur

Buah asam gelugur yang telah siap diproses sering dijadikan bahan perisa dalam masakan melayu serta dijadikan bahan untuk menghilangkan rasa atau bau hanyir yang terdapat pada ikan atau daging. Asam gelugur ini mempunyai rasa yang sangat masam.

Asam gelugor kering digelar asam keping digunakan kebanyakannya untuk bahan masakan sebagai penambah rasa kemasaman dalam masakan. Antara masakan popular perlukan asam keping seperti masakan asam pedas, masak lemak cili api, masak singgang dan segala jenis masakan lain. Asam keping ini mengandungi bahan asid hidrositrik boleh menggantikan asam jawa. Pada masa ini ada yang menggunakan asam gelugur untuk jus minuman dan membantu mengurangkan kolesterol dalam badan serta berfungsi sebagai antioksidan yang baik.[perlu rujukan]

Nama lain bagi asam gelugur

  • Asam gelugur, kayu gelugor, asam keping (Melayu).
  • Gandarusa (Inggeris).
  • Asam gelugor (Indonesia)
  • Cha muang, cha muang chang, ma kham khaek (Thailand).
  • 驳骨丹 , 小驳骨 , 枥骨草 (Mandarin).

Rujukan

Pautan luar


Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z