Bawang putih: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 19: Baris 19:
Bawang putih (''Allium sativum'') merupakan sejenis [[tumbuhan]] dari keluarga Alliaceae sama seperti lain-lain jenis [[bawang]] iaitu [[bawang besar]], [[bawang merah]], [[lik]] , dan [[kucai]]. Bawang putih telah ditanam dan digunakan manusia semenjak beribu tahun dulu dalam [[perubatan]] dan [[masakan]]. Bawang putih seperti juga bawang merah dan bawang besar mempunyai daun dan [[bebawang]] yang berada dalam tanah yang cetek sahaja. Berbeza dengan bawang besar yang mempunyai satu bebawang, bawang putih dibentuk dari pelbagai bebawang yang mebentuk satu rumpun bebawang.
Bawang putih (''Allium sativum'') merupakan sejenis [[tumbuhan]] dari keluarga Alliaceae sama seperti lain-lain jenis [[bawang]] iaitu [[bawang besar]], [[bawang merah]], [[lik]] , dan [[kucai]]. Bawang putih telah ditanam dan digunakan manusia semenjak beribu tahun dulu dalam [[perubatan]] dan [[masakan]]. Bawang putih seperti juga bawang merah dan bawang besar mempunyai daun dan [[bebawang]] yang berada dalam tanah yang cetek sahaja. Berbeza dengan bawang besar yang mempunyai satu bebawang, bawang putih dibentuk dari pelbagai bebawang yang mebentuk satu rumpun bebawang.


Bawang putih dipercayai [[tumbuhan asal|berasal]] dari tengah [[gunung|pergunungan]] Asia iaitu di [[Tajikstan]], [[Turkmenia]], [[Uzbekistan]] dan utara [[Iran]], [[Afghanistan]] dan [[Pakistan]].<ref>{{en}} Brewster, J.L. (2008). Onions and other Vegetable Alliums. 2nd edition. [[Wallingford]]: CABI Publication.</ref> Ia dari [[tumbuhan liar]] yang kemudian dibuat [[pembiakbakaan tumbuhan]] sejak dulu kala. Tanaman ini merupakan tanaman yang mendapat penekanan di negara oirental seperti di [[China]] dan [[Korea]].
Bawang putih dipercayai [[tumbuhan asal|berasal]] dari tengah [[gunung|pergunungan]] Asia iaitu di [[Tajikstan]], [[Turkmenia]], [[Uzbekistan]] dan utara [[Iran]], [[Afghanistan]] dan [[Pakistan]].<ref>{{en}} Brewster, J.L. (2008). Onions and other Vegetable Alliums. 2nd edition. [[Wallingford, Oxfordshire|Wallingford]]: CABI Publication.</ref> Ia dari [[tumbuhan liar]] yang kemudian dibuat [[pembiakbakaan tumbuhan]] sejak dulu kala. Tanaman ini merupakan tanaman yang mendapat penekanan di negara oirental seperti di [[China]] dan [[Korea]].


Belum ada maklumat mengenai tanaman bawang putih dibuat di Malaysia kerana tanaman ini kurang sesuai di Malaysia yang mempunyai iklim lembab dan banyak hujan memudahkan serangan penyakit bawang putih. Negara pengeluar utama bawang putih didunia ialah China dengan 10.5 juta metrik tan setahun atau kira-kira 77% penghasilan dunia. Ini diikuti dengan India (4%), Korea (2%), [[Rusia]] (1.6%) dan [[Amerika Syarikat]] (1.4%). Malaysia merupakan negara pengimpot bersih utama bawang putih.
Belum ada maklumat mengenai tanaman bawang putih dibuat di Malaysia kerana tanaman ini kurang sesuai di Malaysia yang mempunyai iklim lembab dan banyak hujan memudahkan serangan penyakit bawang putih. Negara pengeluar utama bawang putih didunia ialah China dengan 10.5 juta metrik tan setahun atau kira-kira 77% penghasilan dunia. Ini diikuti dengan India (4%), Korea (2%), [[Rusia]] (1.6%) dan [[Amerika Syarikat]] (1.4%). Malaysia merupakan negara pengimpot bersih utama bawang putih.

Semakan pada 10:42, 21 Februari 2012

Bawang putih
Bawang putih
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Allioideae
Tribus:
Allieae
Genus:
Spesies:
A. sativum
Nama binomial
Allium sativum

Bawang putih (Allium sativum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Alliaceae sama seperti lain-lain jenis bawang iaitu bawang besar, bawang merah, lik , dan kucai. Bawang putih telah ditanam dan digunakan manusia semenjak beribu tahun dulu dalam perubatan dan masakan. Bawang putih seperti juga bawang merah dan bawang besar mempunyai daun dan bebawang yang berada dalam tanah yang cetek sahaja. Berbeza dengan bawang besar yang mempunyai satu bebawang, bawang putih dibentuk dari pelbagai bebawang yang mebentuk satu rumpun bebawang.

Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan dan utara Iran, Afghanistan dan Pakistan.[1] Ia dari tumbuhan liar yang kemudian dibuat pembiakbakaan tumbuhan sejak dulu kala. Tanaman ini merupakan tanaman yang mendapat penekanan di negara oirental seperti di China dan Korea.

Belum ada maklumat mengenai tanaman bawang putih dibuat di Malaysia kerana tanaman ini kurang sesuai di Malaysia yang mempunyai iklim lembab dan banyak hujan memudahkan serangan penyakit bawang putih. Negara pengeluar utama bawang putih didunia ialah China dengan 10.5 juta metrik tan setahun atau kira-kira 77% penghasilan dunia. Ini diikuti dengan India (4%), Korea (2%), Rusia (1.6%) dan Amerika Syarikat (1.4%). Malaysia merupakan negara pengimpot bersih utama bawang putih.

Ciri-ciri morfologi

Etimologi

"Sativum" dalam nama botani untuk bawang putih bermaksud ditanam, selari dengan fakta bahawa "A. sativum" liar tidak diketahui asalnya. Nama kuno bawang putih oleh orang Mesir purba ialah khidjana. Bawang putih digelar skórodon dalam bahasa Greek lama, shûm dalam bahasa Hebrew, ajo dalam bahasa Sepanyol, ail dalam bahasa Perancis, aglio dalam bahasa Itali, Knoblauch dalam bahasa Jerman dan suan dalam bahasa Cina. Penggunaan satu sebuatan sahaja dalam bahasa Cina iaitu suan menunjukan betapa lamanya bawang putih itu telah digunakan di China dahulu kala lagi.[2]

Sub-kumpulan

Bawang putih boleh dibahagikan lagi kepada lima sub-kumpulan iaitu:

  1. Sativum
  2. Ophioscorodon
  3. Longicuspis
  4. Subtropika
  5. Pekinense

Khasiat

Bawang Putih digunakan dalam bentuk segar (Untuk masakan dan perubaatan), dikeringkan dan juga diproses dalam bentuk serbuk . Penyimpanan yang sempurna membolehkan bawang putih tahan lama sehinga beberapa bulan. Di Malaysia semua bangsa menggunakan bawang putih dalam masakan harian terutamanya masyarakat Cina dan menjadi satu kemestian.

Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Ia telah digunakan semenjak 510 sSM di China sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan manusia. Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori, karbohidrat (33 g), gula (1 g), serat (2.1 g), lemak (0.5 g), protein (6.39 g), beta karotin ( 5 microgram), thiamine (vitamin B1) (0.2 microgram), riboflavin (vitamin B2) (0.11 microgram), niacin (0.7 mucrogram), asid panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), folate (3 microgram), vitamin C (31.2 mg), kalsium (181 mg), zat besi (1.7 mg), magnesium (25 mg), fosforus (153 mg), kalium (401 mg), natrium (17 mg) dan zink (1.16 mg). Kandungan zat lain ialah seperti mangan (1.672 mg) dan selenium (14 micrograms). Kandungan nutrien ini memberikan bawang putih sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia.[perlu rujukan]

Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser. Menjadi satu budaya di Korea dimana orang-orang tua memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil. Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia. Kajian lain nyatakan ianya dapat kurangkan kandungan gula dalam badan dan mngurangkan batuk.[perlu rujukan]

Penanaman

Bawang putih ditanam sepanjang tahun sama ada musim bunga, musim panas, musim luruh dan juga musim sejuk. Benih tanaman dari bebawang yang telah dipilih dan dimasukkan 2-3 inci (1 cm) di dalam tanah atas batas dengan jarak tanaman 0.30 meter x 0.40 meter. Tidak banyak serangan serangga perosak dan penyakit tanaman bawang putih kecuali serangan cacing nematod dan penyakit akar putih. Serangga lain ialah kutu trip dan hamama. Kawalan menggunakan minyak putih lebih berkesan. Tanaman bawang putih memerlukan baja organik yang tinggi dan jarang-jarang digunakan racun kimia di Korea. Boleh kata tanaman bawang putih macam tanaman organik juga.

Terdapat 2 jenis bawang putih yang popular di Korea iaitu varieti bawang putih tangkai keras dan tangkai lembut. Jenis tangkai keras sesuai ditanam pada musim sejuk sementara jenis tangkai lembut sesuai pada musim panas dan kawasan yang berhampiran dengan khatulistiwa. Bawang putih mengeluarkan bau yang kuat ketika dimasak dan ini memberikan rasa yang sedap pada masakan.

Penuaian

Penuaian dijalankan apabila daun mulai kering dan dicabut menggunakan tangan. Tanah yang tertinggal pada akar akan dibuang dengan tangan dan kemudian setiap rumpun diikat untuk dijemur. Bawang putih akan dibuat penggredan dengan 10 kg satu ikat ikut saiz kecil, sederhana dan besar. Anggaran hasil bawang putih antara 6 – 8 metrik tan satu hektar.

Penyimpanan bawang putih sangat kritikal untuk memastikan bawang dalam keadaan rehat (dorman) beberapa lama dengan pada suhu panas (lebih 18°C [64°F]) di kawasan yang agak kering. Pada masa biasa (musim panas) bawang putih digantung di tepi atap atau rumah petani di Korea secara tradisional. Bawang putih tidak sesuai untuk disimpan dalam peti sejuk kerana akan berlaku penurunan kualiti.

Manfaat

Bawang putih digunakan sebagai bumbu yang digunakan hampir di setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum dipakai sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau (dikeprek) sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng. Bawang putih boleh juga ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.

Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).

Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan.Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.

Bacaan lanjut

  • (Inggeris) Eric, B. (2010). Garlic and Other Alliums: The Lore and the Science. United Kingdom: RSC Publishing

Rujukan

  1. ^ (Inggeris) Brewster, J.L. (2008). Onions and other Vegetable Alliums. 2nd edition. Wallingford: CABI Publication.
  2. ^ (Inggeris) Kiple, K.F. and K.C. Ornelas. (2000). The Cambridge World History of Food. UK: Cambridge University Press.

Lihat juga


Templat:Link GA