Tembakau: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: fo:Tubbak
EmausBot (bincang | sumb.)
k r2.6.4) (bot menambah: ur:تمباکو
Baris 153: Baris 153:
[[tr:Tütün]]
[[tr:Tütün]]
[[uk:Тютюн]]
[[uk:Тютюн]]
[[ur:تمباکو]]
[[fiu-vro:Tubak]]
[[fiu-vro:Tubak]]
[[vls:Toebak]]
[[vls:Toebak]]

Semakan pada 22:42, 21 Februari 2012

Rencana ini adalah mengenai keluaran yang dikilangkan daripada tumbuhan-tumbuhan tembakau (Nicotiana spp.)
Daun tembakau parut untuk hisap paip.
Tembakau juga boleh ditekan menjadi songel dan dihiris menjadi emping.

Tembakau ialah hasil pertanian yang diproses daripada daun tumbuh-tumbuhan genus Nicotiana yang segar. Ia mempunyai sejarah penggunaan yang panjang dalam kebudayaan orang asli Amerika dan telah memainkan peranan yang penting dalam pengasasan Amerika Syarikat sejauh zaman penjajah. Tembakau boleh didapati secara komersil dalam bentuk-bentuk kering mahupun awet dan sering dihisap (sila lihat merokok) dalam bentuk cerut, dan rokok, atau dengan menggunakan paip, paip air atau hookah. Tembakau juga boleh dikunyah, "dicelup" (diletakkan antara pipi dengan gusi), atau dihidu ke dalam hidung sebagai bahan sedutan dalam bentuk serbuk halus.

Kesemua cara menggunakan tembakau menyebabkan penyerapan nikotin dalam jumlah yang berbeza-beza ke dalam aliran darah pengguna dan melalui perjalanan masa, mengakibatkan perkembangan tolerans dan kebergantungan. Jumlah penyerapan, kekerapan, dan kecepatannya kelihatan mempunyai hubungan yang langsung dengan betapa kuatnya kebergantungan dan tolerans, jika ada. Dos maut nikotin adalah serendah setengah batang cerut atau tiga batang rokok; bagaimanapun, hanya sebahagian kecil nikotin yang terdapat dalam produk-produk ini dibebaskan ke dalam asap, dengan kebanyakan kes klinikal peracunan nikotin diakibatkan oleh bentuk pekat sebatian ini yang digunakan dalam racun serangga. Walaupun demikian, kematian boleh berlaku jika seseorang kanak-kanak makan jumlah yang serendah sebatang rokok (tidak termasuk penapis). Alkaloid-alkaloid aktif yang lain dalam tembakau termasuk alkaloid harmala.

Penggunaan tembakau jangka panjang mengakibatkan risiko yang ketara terhadap berbagai-bagai jenis kanser serta juga angin ahmar dan penyakit-penyakit kardiovaskular serta respirasi. [1] Jangka hayat yang jelas lebih pendek dikaitkan dengan merokok. [2] Tembakau telah ditunjukkan sebagai boleh mengakibatkan perubahan otak yang kekal seperti dengan morfina atau kokaina. [3] Banyak bidang kuasa telah mengharamkan merokok dalam usaha untuk mengurangkan kemungkinan kerosakan kesihatan awam yang diakibatkan oleh merokok. Risiko menghidap kanser yang dinaikkan dengan ketara, akibat penggunaan tembakau, kelihatan disebabkan oleh terlalu banyak sebatian nitrosamina dan karsinogen yang lain yang didapati dalam tembakau dan sisanya. Sebatian-sebatian racun tersebut dihasilkan oleh pemanasan anaerob, baik oleh merokok mahupun oleh pengawetan melalui serombong atau api. Penggunaan tembakau awet tanpa asap yang dihasilkan, baik melalui serombong mahupun melalui api, sebagai ganti untuk tembakau berasap mengurangkan risiko kanser respirasi tetapi masih mengakibatkan risiko kanser mulut. [4]

Sebagai perbandingan, penggunaan tembakau kunyah yang diawet melalui wap (snus) boleh mengelakkan kekarsinogenan kerana nitrasamina tidak dihasilkan, tetapi kesan-kesan negatif pada sistem kardiovaskular dan pankreas tidak dikurangkan. [5] Sekitar 440,000 orang di Amerika Syarikat mati setiap tahun kerana merokok, dengan 3,000 orang kerana 'merokok' secara pasif (asap terpakai) dan 1,000 orang bayi belum lahir maut, akibat ibu-ibu yang merokok, selain daripada mereka yang dilahirkan dengan kecacatan.


Lihat juga

Nota

Rujukan

  • Breen, T. H. (1985). Tobacco Culture. Percetakan Universiti Princeton. ISBN 0-691-00596-6. Sumber mengenai budaya tembakau pada abad ke-18 di Virginia (m.s. 46-55)
  • W.K. Collins dan S.N. Hawks. "Principles of Flue-Cured Tobacco Production." Edisi Pertama, 1993
  • Fuller, R. Reese (Musim Bunga 2003). Perique, the Native Crop. Louisiana Life.
  • Gately, Iain. Tobacco: A Cultural History of How an Exotic Plant Seduced Civilization. Percetakan Grove, 2003. ISBN 0-8021-3960-4.
  • Graves, John. "Tobacco that is not Smoked" dalam From a Limestone Ledge (bahagian-bahagian mengenai bahan sedutan dan pengunyahan tembakau). ISBN 0-394-51238-3
  • Killebrew, J. B. dan Myrick, Herbert (1909). Tobacco Leaf: Its Culture and Cure, Marketing and Manufacture. Syarikat Orange Judd. Sumber untuk tipologi kumbng pinjal (m.s. 243)
  • Poche, L. Aristee (2002). Perique tobacco: Mystery and history.
  • Tilley, Nannie May. The Bright Tobacco Industry 1860-1929 ISBN 0-405-04728-2. Sumber mengenai pencegahan kumbang pinjal (m.s. 39-43), dan sejarah tembakau yang diawet melalui serombong

Pautan luar

Templat:Link FA Templat:Link FA