Pulau Banggi: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 10: Baris 10:
Cara pergi ke sana: Anda boleh menyewa [[bot laju]] atau [[bot pancung]] dari [[Teluk Marudu]] atau dari [[Kudat]].
Cara pergi ke sana: Anda boleh menyewa [[bot laju]] atau [[bot pancung]] dari [[Teluk Marudu]] atau dari [[Kudat]].


==External link==
==Pautan luar==
*[http://pulau.com.my Liputan Pulau Pulau di Malaysia]
*[http://pulau.com.my Liputan Pulau Pulau di Malaysia]
* [http://islands.unep.ch/IHC.htm UN Systemwide Earthwatch].
* [http://islands.unep.ch/IHC.htm UN Systemwide Earthwatch].

Semakan pada 13:12, 29 Februari 2012

Peta pelancongan Sabah

Pulau Banggi merupakan sebuah pulau yang terletak di timur laut Kudat, Sabah, Malaysia. Pulau ini berkeluasan kira-kira 440.7 kilometer persegi, merupakan pulau yang terbesar di Malaysia, diikuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.

Pulau Banggi terletak di utara Sabah dan berdekatan dengan Teluk Marudu. Puncak tertinggi bagi pulau ini adalah sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Sibumbung dengan ketinggian 529 meter. Pusat pentadbiran Pulau Banggi ialah pekan Karakit dan pekan ini menempatkan Pejabat Daerah Kecil Banggi, Rest House (Rumah Rehat), Klinik Kesihatan, Balai Polis, jabatan-jabatan kerajaan, SMK Banggi, Pangkalan Polis PGA, dan rumah-rumah para penduduk kampung. Penduduk pekan ini dianggarkan seramai 1000 orang. Penduduk utama Pulau Banggi ialah daripada suku kaum Ubian dan Dusun Bonggi. Terdapat juga kaum-kaum lain iaitu orang Βajau, Kagayan, dan Ѕuluk.

Dalam tahun 2003 anggaran penduduknya ialah 20,000. Pulau Sebogoh yang merupakan sebahagian pulau-pulau kecil Pulau Banggi merupakan pulau yang paling hampir dengan sempadan Malaysia-Filipina.

Sebahagian mereka menjadi nelayan dan membina rumah air iaitu rumah bertiang kayu yang dibina di pantai landai lagi cetek.

Cara pergi ke sana: Anda boleh menyewa bot laju atau bot pancung dari Teluk Marudu atau dari Kudat.

Pautan luar