Bahasa Kantonis: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
WikitanvirBot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: pms:Lenga Cinèisa, Yue
Idioma-bot (bincang | sumb.)
k r2.6.3) (bot menambah: kv:Юэ (кыв)
Baris 86: Baris 86:
[[it:Lingua cantonese]]
[[it:Lingua cantonese]]
[[kw:Cantonek]]
[[kw:Cantonek]]
[[kv:Юэ (кыв)]]
[[mg:Fiteny kantoney]]
[[mg:Fiteny kantoney]]
[[nl:Kantonees]]
[[nl:Kantonees]]

Semakan pada 18:58, 3 Mac 2012

Bahasa Kantonis
廣東話 gwong2 dung1 waa2
Jyut6Jyu5
Asli kepadaSelatan China, Hong Kong, Macau, Malaysia Sabah Sandakan, Kuala Lumpur, Kanada, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan negara lain.
Kawasantengah Guangdong; Pearl River Delta; timur dan selatan Guangxi; bahagian Hainan
Penutur bahasa
66 juta [1]
Sino-Tibetan
  • Cina
    • Bahasa Kantonis
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Hong Kong KPK dan Macau KPK dari RRC
Kod bahasa
ISO 639-1zh
ISO 639-2chi (B)
zho (T)
ISO 639-3
yue

Bahasa Kantonis ialah salah satu daripada loghat dalam bahasa Cina. Ia dipertuturkan secara meluas di tenggara tanah besar China iaitu wilayah Guangdong serta bahagian timur wilayah Guangxi, Hong Kong, Macau dan oleh ramai orang Cina seberang laut di seluruh dunia. Khasnya di Malaysia, kebanyakan orang cina yang menuturkan bahasa Kantonis tertumpu di Lembah Klang dan negeri Perak.

Nama bahasa Kantonis diambil daripada Canton, sempena nama lama wilayah Guangdong. Dalam bahasa Cina ia dikenali sebagai 廣東話 (gwong2 dung1 waa2). Dalam bidang akademik "bahasa Kantonis" merujuk kepada kelompok dialek yang dituturkan di wilayah Guangdong. Di antara dialek-dialek tersebut, saling fahaman amat kurang. Dalam penggunaan harian pula, "bahasa Kantonis" pada kebiasaannya merujuk kepada dialek pusat bandar Guangzhou yang dikenali sebagai 廣府話 (gwong2 fu2 waa2) dalam bahasa tempatan. Kerana bandar Guangzhou merupakan pusat perdagangan dan pentadbiran bagi kawasan disekelilingnya, tidak hairan bahawa dialek bandar Guangzhou juga difahami penduduk di luar bandar itu. Memandangkan bahawa dialek bandar Guangzhou dikira sebagai bahasa Kantonis baku, rencana ini membincangkan versi bahasa Kantonis dari bandar Guangzhou.

Pihak kerajaan negara China mengklasifikasikan bahasa Kantonis sebagai dialek/loghat (方言) dan bukan sebagai bahasa sebenar dalam usahanya menggalakkan pengunaan bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan negara itu. Namun, dari segi bidang kaji bahasa, bahasa Kantonis boleh dikira suatu bahasa tulen kerana bahasa Kantonis dan bahasa Mandarin mempunyai jurang yang besar sehingga tidak saling boleh difahami.

Nada

Seperti bahasa/dialek cina yang lain, Kantonis merupakan bahasa berasaskan nada. Penulisan sejarah mengenai Kantonis mencatatkan 9 nada dalam Kantonis. Namun terpulang kepada pandangan individu, angka ini sering dipertikaikan. Jadual di bawah menunjukkan nada-nada bahasa Kantonis

Nama nada Jam1 Ping4
(陰平)
Jam1 Soeng5
(陰上)
Jam Heoi3
(陰去)
Joeng4 Ping4
(陽平)
Joeng4 Soeng5
(陽上)
Joeng4 Heoi3
(陽去)
Jam1 Jap6
(陰入)
Zung1 Jap6
(中入)
Joeng4 Jap6
(陽入)
Nombor Nada 1 2 3 4 5 6 1 (7) 3 (8) 6 (9)
Kontur 55 / 53 35 33 22 / 21 13 22 5 3 2
Contoh
Perumian fan1 fan2 fan3 fan4 fan5 fan6 fat1 faat3 fat6