Mutiara Naga: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhaiminkudou (bincang | sumb.)
EmausBot (bincang | sumb.)
Baris 81: Baris 81:
[[gl:Dragon Ball]]
[[gl:Dragon Ball]]
[[ko:드래곤볼]]
[[ko:드래곤볼]]
[[hi:ड्रैगन बाल जी]]
[[hi:ड्रैगन बॉल ज़ी]]
[[is:Dragonball]]
[[is:Dragonball]]
[[it:Dragon Ball (anime)]]
[[it:Dragon Ball (anime)]]

Semakan pada 19:03, 21 Mac 2012

Mutiara Naga
Manga pertama Dragon Ball atau Mutiara Naga yang diterbitkan oleh Jump Comics
GenreShōnen, Pengembaraan, Aksi, Komedi
Diciptakan olehToei Animation
Akira Toriyama
Anime
PengarahDaisuke Nishio
Takao Koyama
StudioToei Animation
Penyiaran AsalJapan Fuji TV
Amerika Syarikat Cartoon Network
Filipina GMA Network , RPN 9, IBC 13
Perancis TF1
Jerman RTL II
Italy\i Italia 1
Mexico Canal 5
United Kingdom Cartoon Network/CNX/Toonami
Portugal SIC
Malaysia RTM 2/TV 9/Astro Ceria
Dikeluarkan pada26 Februari 1986 (Jepun)12 April 1989 (Jepun)
Manga
Mutiara Naga
PengarangAkira Toriyama
PenerbitJepun Shueisha
Penerbit LainAustralia New Zealand Filipina Singapura Chuang Yi
Brazil Conrad Editora
Denmark Carlsen Comics
Finland Sangatsu Manga
Perancis Glénat
Jerman Carlsen Comics
Hong Kong CitiComics, Culturecom
Hungary Semic Interprint
Indonesia Elex Media Komputindo
Itali Star Comics
Malaysia Comics House Production
Mexico Grupo Editorial Vid
Belanda Glénat (Studio de Raaf)
Poland Japonica Polonica Fantastica
Sepanyol Planeta deAgostini
Sweden Bonnier Carlsen
Taiwan Tong Li Comics
Thailand NED comics
United Kingdom Gollancz Manga
Kanada Amerika Syarikat VIZ Media
Korea Selatan Seoul Munhwasa
Portal Anime dan Manga

Dragon Ball (ドラゴンボール) (Doragon Bōru) atau dikenali sebagai Mutiara Naga di Malaysia adalah sebuah manga oleh Akira Toriyama sebanyak 42 jilid novel grafik manakala 43 jidil di Malaysia . Sebelum itu ia diterbitkan dalam majalah mingguan Shūkan Shōnen Janpu atau Mingguan Shonen Jump di Jepun dari 1984 hingga 1995.

Komik ini mengisahkan kehidupan Son Goku, seorang budak berekor monyet dari kecil hinggalah dia dewasa dan mendapat anak serta cucu. Dia mendapat banyak rintangan namun akhirnya menjadi pendekar yang terkuat di seluruh angkasa. Di Malaysia, Dragon Ball @ Mutiara Naga diterbitkan di bawah syarikat Comics House.

Jilid 1 komik Dragon Ball versi bahasa Melayu

Jalan cerita

Secara umumnya, Mutiara Naga mengisahkan pengembaraan Son Goku dan rakan-rakannya untuk mengumpul Mutiara Naga bagi tujuan memohon hajat. Cerita bermula ketika dia masih lagi seorang budak kecil iaitu setelah terserempak dengan Bulma yang sedang mencari Mutiara Naga tersebut. Namun begitu, pengembaraan Goku bukanlah semudah yang disangka kerana sering diganggu oleh musuh-musuh yang ingin menghalangnya. Kisah Mutiara Naga tetap berterusan sehinggalah dia berkahwin dengan Chichi, mempunyai anak dan seterusnya sehingga dia menjadi seorang datuk. Pada mulanya, cerita Mutiara Naga hanyalah sekadar kisah pengembaraan, tetapi lama-kelamaan gaya penceritaan berubah kepada elemen perlawanan.

Jalan cerita bagi episod-episod terawal Mutiara Naga adalah berasaskan karya tradisional Cina, Journey To The West.

Watak utama Mutiara Naga

Templat:Spoiler

Son Goku (Jepun: 孫 悟空, Hepburn: Son Goku)
Watak utama Mutiara Naga. Berketurunan Saiyan dan dilahirkan dengan nama Kakarot, dia dihantar ke bumi dari planet asalnya, Planet Bezita, agar dia boleh membesar dan seterusnya "membersihkan" bumi supaya dapat dijual dengan harga tinggi oleh orang-orang Saiya. Namun demikian, hakikat tersebut tidak berlaku, sebaliknya dia menjadi adiwira yang telah banyak kali menyelamatkan bumi daripada ancaman musuh. Dia mempunyai 2 orang anak bernama Son Gohan dan Son Goten hasil perkahwinannya dengan Chichi.
Son Gohan (Jepun: 孫 悟飯, Hepburn: Son Gohan)
Anak sulung Son Goku. Bakat berlawannya telah terserlah sejak kecil lagi, tetapi dia bercita-cita untuk menjadi seorang ilmuan. Setelah tamat Permainan Cell, dia dihantar belajar di Sekolah Menengah Orange Star, di mana dia mula mengenali anak perempuan Encik Satan, Videl, yang kemudiannya menjadi isterinya. Hasil perkahwinan tersebut, mereka memperoleh seorang anak bernama Pan.
Bezita (Jepun: ベジータ, Hepburn: Bejita)
Seorang putera mahkota bagi Kaum Saiyan dari Planet Bezita. Terkenal kerana memiliki kuasa berlawan yang tinggi sejak kecil lagi, tetapi maruahnya tercalar apabila dikalahkan oleh Son Goku semasa dia mula hendak menyerang bumi. Namun demikian, dia mula bekerjasama dengan Goku dan rakan-rakan bagi menewaskan musuh yang lebih kuat, bermula daripada babak Fliza. Malah dia mula tinggal di bumi dan berkahwin dengan Bulma serta mempunyai 2 orang anak iaitu Trunks dan Bula.
Bulma (Jepun: ブルマ, Hepburn: Buruma)
Watak perempuan utama yang pertama muncul di dalam Mutiara Naga. Dia memainkan peranan penting dalam babak-babak terawal Mutiara Naga kerana dialah yang bertanggungjawab mengajak Goku menyertai pengembaraan mencari Mutiara Naga dan dalam masa yang sama, dia mencipta Radar Mutiara Naga untuk memudahkan kerja mereka. Peranannya semakin berkurangan di dalam babak-babak kemudiannya yang lebih banyak menerapkan unsur pertarungan dan perlawanan.

Untuk senarai penuh, sila rujuk rencara Senarai watak Mutiara Naga.

Lihat juga