Hanyutan (lumba kereta): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yosri (bincang | sumb.)
Keosintal (bincang | sumb.)
k Keosintal mengalihkan laman Drift (sukan motor) ke Drift pada lencongan
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 01:14, 22 Mac 2012

Sebuah Toyota Supra dalam pertunjukan drifting di Commerce, Georgia, A.S. pada 2005

Drift merujuk pada sejenis teknik memandu dan sukan bermotor di mana pemandunya sengaja melakukan belok lebih (oversteer), menyebabkan kehilangan cengkaman pada roda belakang semasa membelok, sambil mengekalkan kawalan kereta dan kelajuan output yang tinggi. Sebuah kereta dikatakan akan drift apabila sudut gelincir pada bahagian belakang lebih besar daripada sudut gelincir hadapan, sebelum apeks selekoh, dan roda hadapan menunjuk kepada arah yang bertentangan dengan arah belokan (misalnya jika kereta membelok ke kiri, tayar akan menunjuk ke arah kanan dan sebaliknya), dan pemandu mengawal faktor-faktor ini. Sebagai sejenis sukan bermotor, pertandingan drift profesional diadakan di seluruh dunia.

Sejarah

Fail:Tengku Djan, Raja drift Malaysia.jpg
Tengku Djan, digelar sebagai Raja drift Malaysia[perlu rujukan]

Drift moden sebagai sejenis sukan bermula sebagai sejenis teknik berlumba yang terkenal dalam perlumbaan All Japan Touring Car Championship lebih 30 tahun yang lalu. Kunimitsu Takahashi merupakan pengasas teknik drift yang utama pada 1970-an. Beliau menyedari bahawa mengenai puncak (titik dimana kereta paling dekat dengan bahagian dalam selekoh) pada kelajuan tinggi dan kemudian melakukan drift sepanjang selekoh mengekalkan kelajuan keluar yang tinggi. Ini membuatkannya beroleh kemenangan dalam beberapa kejuaraan dan peminat yang sangat banyak.

Masa kini

Drift telah berkembang sebagai sebuah sukan kompetitif dimana kebanyakan pemandu bersaing menggunakan kereta pacuan belakang, kadang-kala dengan kereta pacuan empat roda, untuk mendapatkan mata daripada juri berdasarkan faktor-faktor yang berbeza. Pada tahap pertandingan yang lebih tinggi, D1 Grand Prix dari Jepun dan kini dengan sebuah siri penuh di Amerika Syarikat telah mempelopori sukan ini. Lain di Malaysia, Australia, Pro-Drift di Eropah, BDC di United Kingdom, URC (United Racers Club) di Bangladesh, SUPERDRIFT di Itali, Formula Drift di Amerika Syarikat, King of Europe Drift Series di Eropah, Drift Mania di Kanada dan NZ Drift Series di New Zealand juga telah muncul untuk mengembangkan lagi sukan ini kepada sukan motor yang sah di seluruh dunia. Pemandu-pemandu dalam siri-siri ini pada asalnya dipengaruhi oleh para perintis daripada D1 Japan dan mampu mengekalkan kereta mereka menggelongsor untuk tempoh masa yang dipanjangkan, sering menghubungkan beberapa selekoh.

Pertandingan drift

Pertandingan-pertandingan drift dihakimi berdasarkan pada garis, sudut, kelajuan, dan faktor-faktor yang ditunjukkan. Garis melibatkan pengambilan garisan yang tepat, yang mana biasanya diumumkan dahulu oleh juri. Faktor-faktor yang ditunjukkan berdasarkan pada beberapa perkara, seperti jumlah asap, betapa dekat kereta dengan dinding, dan reaksi orang ramai. Sudut ialah sudut kereta ketika drift. Kelajuan ialah kelajuan memasuki selekoh, kelajuan melalui selekoh, dan kelajuan keluar selekoh; lebih laju lebih bagus.

Pertandingan drift berpasukan di Melbourne.

Penghakiman hanya terjadi di sebahagian kecil litar sahaja, beberapa jalinan selekoh yang mempunyai perspektif yang baik dan peluang untuk melakukan drift. Bahagian lain litar tidak terlibat, melainkan seperti yang berkaitan dengan kawalan suhu tayar dan tetapan untuk hakim selekoh pertama.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.