Penulis lagu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 18: Baris 18:
==Senarai pasukan penulis lagu==
==Senarai pasukan penulis lagu==
Sebilangan pasukan penulis lagu yang popular termasuk:
Sebilangan pasukan penulis lagu yang popular termasuk:
* Pasukun [Motown]] yang terdiri daripada [[Brian Holland]], [[Lamont Dozier]], dan [[Eddie Holland]] (secara kolektif dikenali sebagai [[Holland-Dozier-Holland]])
* Pasukun [[Motown]] yang terdiri daripada [[Brian Holland]], [[Lamont Dozier]], dan [[Eddie Holland]] (secara kolektif dikenali sebagai [[Holland-Dozier-Holland]])
* [[Jerry Leiber dan Mike Stoller|Leiber dan Stoller]]
* [[Jerry Leiber dan Mike Stoller|Leiber dan Stoller]]
* [[Lennon-McCartney|Lennon dan McCartney]]
* [[Lennon-McCartney|Lennon dan McCartney]]

Semakan pada 13:32, 12 Februari 2007

Penulis lagu ialah seorang yang menulis lirik, gubahan muzik, atau gubahan melodi untuk lagu-lagu, atau kesemuanya. Dengan kata yang lain, seorang penulis lagu ialah penulis lirik atau penggubah, ataupun kedua-duanya. Bagaimanapun, istilah 'penulis lagu' biasa digunakan untuk merujuk kepada seseorang yang menulis lagu popular, berbanding dengan menulis lagu seni.


Sejarah dan latar belakang penulis-penulis lagu

Penulis-penulis lagu mungkin akan menyanyi lagu yang ditulis mereka, atau mereka menulisnya untuk orang lain bernyanyi. Mereka yang menanyi lagu yang ditulisnya kini biasanya dipanggil penyanyi-penulis lagu, walaupun tradisi untuk berbuat demikian telah wujud sejak beberapa ratus tahun yang lalu. Manusia prasejarah sering diagak menggubah dan menyanyi lagu. Lebih baru-baru ini, para troubadour Zaman Pertengahan menyanyi karya mereka sendiri dan demikian juga dengan Minnesinger Jerman.

Kebanyakan penulis lagu seni ditulis untuk orang lain bernyanyi dan bukannya untuk penggubah sendiri, walaupun Franz Schubert diketahui biasa menyanyi lagu sendiri dalam majlis-majlis peribadi.

Banyak pancaragam rock n' roll moden mempunyai satu atau dua penulis lagu yang biasanya merupakan ahli pancaragam.

Banyak penulis lagu juga bertindak sebagai penerbit muzik sendiri, manakala yang lain mempunyai penerbit luar. Lagu-lagu lagu rakyat Amerika biasanya ditulis oleh penulis kakitangan, iaitu penulis lagu yang digaji oleh penerbit muzik.

Dari segi undang-undang, lagu-lagu hanya boleh disalin atau dipersembahkan di khalayak ramai dengan kebenaran penulis. Kuasa sah untuk memberi kebenaran boleh dibeli dan dijual, serta juga dipindahkan. Ini dikawal oleh undang-undang hak cipta. Royalti penulisan dan penerbitan lagu boleh merupakan sumber pendapatan yang besar, khususnya jika lagu itu menjadi rekod kegemaran ramai.

Para penulis lagu dalam genre muzik popular sering juga bekerja sebagai penerbit rekod dan seringnya menggunakan gelaran profesional penerbit-penulis lagu.

Senarai pasukan penulis lagu

Sebilangan pasukan penulis lagu yang popular termasuk:

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Sumber-sumber untuk penulis lagu dan penerbit muzik:



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.