Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tamizi ts (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
ElphiBot (bincang | sumb.)
k Transfer same cat from En.Wiki. Added--> Kategori:Kematian 1906
Baris 18: Baris 18:
{{end box}}
{{end box}}


[[Kategori:Kematian 1906]]
[[Kategori: Sultan Brunei]]
[[Kategori: Sultan Brunei]]



Semakan pada 21:33, 11 April 2012

Fail:Pic-sultan-hjaa-s.jpg
Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin

Almarhum Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin ialah Sultan Brunei ke-26 yang memerintah dari tahun 1885 hingga 1906. Sebelum naik takhta, baginda dikenali dengan nama Pengiran Temenggung Pengiran Anak Hashim.

Pada 1887, Sultan Hashim menulis surat permohonan kepada Kerajaan British untuk mengadakan seorang Residen British di Limbang, tetapi permohonan itu ditolak kerana memakan perbelanjaan yang tinggi. Pada tahun 1888, Sultan Hashim membuat perjanjian dengan pihak British untuk meletakkan hal ehwal luar negeri Brunei di bawah pentadbiran British.

Pada 1903, Sultan Hashim mengutus surat kepada Sultan Turki, Sultan Abdul Hamid, kerana Limbang (wilayah Brunei ketika itu) telah dirampas oleh Charles Brooke pada tahun 1890.

Pada tahun 1906, Sultan Hashim memeterai Perjanjian Perlindungan British ke atas Brunei dan menerima Sistem Residen di Brunei. Baginda mangkat pada tahun itu juga.

Didahului oleh
Abdul Momin
Sultan Brunei
1885–1906
Diikuti oleh:
Muhammad Jamalul Alam II