Sekolah Kebangsaan Kumpulan Ganda: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 70: Baris 70:
== Pautan luar ==
== Pautan luar ==
*
*
www.facebook.com/.../SK-Kumpulan-Ganda

[[Kategori:Sekolah kebangsaan di Perak|Kumpulan Ganda]]
[[Kategori:Sekolah kebangsaan di Perak|Kumpulan Ganda]]
[[Kategori:Sekolah rendah di Perak|Kumpulan Ganda]]
[[Kategori:Sekolah rendah di Perak|Kumpulan Ganda]]

Semakan pada 05:31, 12 April 2012

Sekolah Kebangsaan Kumpulan Ganda
Lokasi
 Malaysia Batu 7 Jalan Changkat Jong, 36000, Teluk Intan,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahABA5001
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Kumpulan Ganda atau nama ringkasnya SK Kumpulan Ganda, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Batu 7 Jalan Changkat Jong.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kumpulan Ganda memiliki 20 pelajar lelaki dan 17 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 37 orang. Ia mempunyai seramai 9 orang guru.2009

Sejarah

Pada tahun 1981, pihak Lembaga Pengarah Syarikat Gabongan mengadakan perbincangan mengenai berbagai masalah dalam lapangan kebajikan dan pendidikan anak pekerja ladang.

Maka, hasil perbincangan itu pihak Lembaga Pengarah Syarikat Gabongan bersetuju menyediakan sebuah sekolah rendah khas untuk kanak-kanak yang tinggal di seluruh kawasan Kumpulan Ganda. Mereka juga sebulat suara bersetuju menghantar permohonan kepada Penyelia Sekolah Kebangsaan Perak Selatan.

Pada tahun 1982, Pengarah Pelajaran Perak bersetuju menubuhkan sebuah sekolah cawangan sekolah cawangan setelah mendapat maklumat hasil tinjauan dan lawatan oleh Penyelia Sekolah Kebangsaan Perak Selatan.

Pada 1 Februari 1982, SKKG bermula dengan bilik pejabat Syarikat Gabongan dijadikan sebagai bilik darjah.

Pada mulanya, SKKG adalah sekolah cawangan kepada SK Changkat Jong (SKCJ) yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Ladang Ganda.

SKKG bermula dengan sebuah bilik darjah Tahun Satu dengan seramai 69 orang dan tiga guru iaitu seorang guru bertindak sebagai wakil guru besar sekolah cawangan SKCJ.

Kemudiannya, pada tahun 1983, seramai 25 murid Tahun Tiga dipindahkan dari SKCJ ke SK Kumpulan Ganda cawangan SK Changkat Jong.

Pada 22 Mei 1983, Menteri Besar Perak, Ramli Ngah Talib merasmikan bangunan baru SK Kumpulan Ganda cawangan SK Changkat Jong.

Pihak ladang menyerahkan tanah seluas empat hektar untuk pembinaan sekolah yang lebih besar lagi pada masa hadapan.

Pada 1 Januari 1985, setelah hampir dua tahun menjadi sekolah cawangan SK Changkat Jong, SK Kumpulan Ganda menjadi sebuah sekolah secara rasminya. Bilangan murid mencecah seramai 143 orang dengan lapan guru dan seorang guru agama serta seorang kerani.

Pada masa sekarang, SKKG mempunyai seramai 28 orang pelajar dengan sebelas guru termasuk guru besar serta seorang kerani.

Walaupun terletak jauh dalam ladang kelapa sawit, sekolah ini mempunyai kemudahan yang lengkap seperti bekalan elektrik generator yang dibekalkan oleh pihak kilang dan bekalan air dari sistem pam dan tapisan air bawah tanah yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selain itu, sekolah ini juga mempunyai akses kepada dunia internet melalui penggunaan Sistem VSAT menggunakan gelombang satelit dan talian telefon tanpa wayar.

Pencapaian

Alamat

Sekolah Kebangsaan Kumpulan Ganda
Batu 7 Dalam, Jalan Changkat Jong
36000, Teluk Intan
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 05-6260498
Fax = 05-6260026

Pautan luar

www.facebook.com/.../SK-Kumpulan-Ganda