Salamiah Hassan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 36: Baris 36:
==Album==
==Album==
===Album EP===
===Album EP===
* [[Surat Terakhir]] (1973)
* [[Surat Terakhir (album)|Surat Terakhir]] (1973)
* [[Hari Jadi]] (1973)
* [[Hari Jadi]] (1973)
* [[Kaseh Tanpa Balas]] (1973)
* [[Kaseh Tanpa Balas]] (1973)

Semakan pada 09:36, 13 April 2012

Salamiah Hassan
Kulit album pring hitam 'Salamiah Hassan'. Susunan Muzik : Ahmad Nawab
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Syarikat rakaman
The Life Records Ltd. / CBS Records

Salamiah Hassan merupakan salah seorang penyanyi wanita di Malaysia. Pada masa dahulu, beliau pernah bercita-cita untuk menjadi seorang jururawat, tetapi akhirnya beliau menceburi bidang seni. Beliau pernah menyertai pertandingan Bakat TV 1971 anjuran RTM. Dalam pertandingan itu, Salamiah yang mendendangkan lagu If You Go Away gagal mendapat tiga tempat teratas. Pertandingan itu dimenangi Razak Rahman (meniup klarinet), Dato’ Jamali Shadat (Naib Johan) (komedi) dan The Natos (tempat ke-3) (vokal berkumpulan).

Penglibatan Awal Dalam Dunia Seni

Namun, kegagalan itu tidak mematahkan semangat beliau. Datuk Ahmad Nawab yang ketika itu pemuzik bersama Orkestra RTM melihat bakat besar Salamiah dan bersetuju untuk menerbitkan album sulungnya bersama Life Records. Ahmad Nawab pada masa itu adalah seorang komposer dan penerbit album yang popular dan banyak menghasilkan lagu hits. Pada 1973, beliau membuat kemunculan pertama dalam dunia rakaman dengan album Surat Terakhir bersama Fina Orkestra. Surat Terakhir ciptaan Ahmad Nawab dan lirik oleh Din Osman benar-benar melonjakkan nama Salmiah Hassan dalam arena seni suara tanah air. lagu itu dirakamkan semula oleh beberapa penyanyi seperti Anita Sarawak, Flora Santos, Khatijah Ibrahim, Syafinaz dan Dia Fadilla. Tiga lagu lain dalam album itu ialah Tetap Menanti, Hanya Sekali dan Terima Kasih. Semua lagu itu adalah saduran daripada lagu Inggeris dan liriknya ditulis sendiri oleh beliau. Populariti Salamiah pada masa itu menambahkan keyakinan Life Records untuk terus menerbitkan albumnya dari tahun 1973 - 1976. Beliau merakamkan 7 EP (4 lagu) yang diterbitkan oleh Ahmad Nawab dan M Daud serta 2 LP (10-12 lagu) dan sebuah album hari raya ketika bersama Life Records.

Penerusan Karier Sebagai Artis Rakaman

Salah satu LP itu adalah album runut bunyi (OST) Cinta Dan Lagu yang dibintangi Noor Azizah dan Hail Amir yang dikeluarkan pada tahun 1976. Pada tahun sama juga beliau muncul dengan satu lagi album runut bunyi iaitu Jiwa Remaja, lakonan Uji Rashid dan Hail Amir serta filem Semalam Di Malaysia yang dibintangi Norzie Nani. Bagaimanapun, album ini dikeluarkan oleh Shaw Brothers iaitu penerbit filem tersebut. Pada 1976, Salamiah beralih angin dengan menyertai Warnada Records bersama nama besar lain ketika itu iaitu Zulkiflee, Sudirman Hj Arshad dan Dahlan Zainuddin. EP beliau bertajuk Masa Berlalu kali ini diterbitkan Ooi Eow Jin dan seorang lagi pemuzik di RTM. Dua tahun kemudian, beliau sekali lagi muncul dengan album runut bunyi iaitu Tiada Esok Bagimu, lakonan Noorkumalasari. Lagu Gelombang merupakan ciptaan komposer veteran, Kassim Masdor dan lirik oleh wartawan terkenal, Bahyah Mahmood terus meletakkan nama beliau kukuh di persada seni tanah air. Kassim Masdor bertindak sebagai penerbit album terbitan Senada Records ini. Pada awal era 1980-an, beliau terus merakamkan suaranya dengan syarikat rakaman antarabangsa yang baru bertapak di Malaysia iaitu CBS Records (kini Sony-BMG). Di bawah label CBS Records yang menaungi artis generasi dan muzik gaya baru, beliau menghasilkan dua album iaitu Suatu Penantian (1982) terbitan Kassim Masdor dan Kembali (1984) yang diterbitkan oleh Ahmad Shariff. Selepas kontraknya dengan CBS Records berakhir, beliau menyepi daripada membuat rakaman album kerana menumpukan perhatian kepada pembikinan lagu iklan. Beliau juga menghiasi iklan produk popular pada zaman 1980-an hingga dia digelar Ratu Jinggles. Pada 1987, beliau kembali merakamkan album iaitu Menghitung Hari bersama Polygram Records (kini Universal Records). Lagu Menghitung Hari ciptaan Freedie Fernandez dan lirik Habsah Hasan menjadi pujaan ramai ketika itu sehingga kini.

Pengakhiran Karier Dalam Dunia Seni

Hampir 18 tahun tidak merakamkam suara, beliau kembali merakamkan suara melalui album Tirai Terakhir pada 2005. Ramai yang menyangka bahawa Tirai Terakhir diterbitkan oleh adiknya. Hadi Hassan, di bawah syarikat rakaman miliknya iaitu Eight Tones. Album ini diedarkan oleh Power Records. Album ini sebenarnya penutup kepada kariernya sebagai artis rakaman. Ironinya, Salamiah membuka lembaran karier rakaman album dengan Surat Terakhir dan melabuhkannya dengan Tirai Terakhir.

Album

Album EP

Album Studio

Album Runut Bunyi

Lagu-lagu

Senarai lagu-lagu nyanyian oleh Salamiah Hassan

Pautan luar