Koir: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 175.145.80.149 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh RedBot
MerlIwBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: kk:Хор
Baris 106: Baris 106:
[[he:מקהלה]]
[[he:מקהלה]]
[[ka:გუნდი (მუსიკა)]]
[[ka:გუნდი (მუსიკა)]]
[[kk:Хор]]
[[ky:Хор]]
[[ky:Хор]]
[[lb:Chouer (Musek)]]
[[lb:Chouer (Musek)]]

Semakan pada 01:20, 22 April 2012

Koir (Choir), Chorale (masih tiada terjemahan khas bahasa Melayu), atau Korus (Chorus) adalah kumpulan penyanyi vokal yang membentuk sebuah ensembel muzik.

Kumpulan Koral Melbourne

Apakah perbezaan Koir, Koral, Korus dan Chorale

Diterjemahkan sebagai 3 perkataan untuk bahasa Melayu dari 4 istilah bahasa Inggeris iaitu Choir, Choral, Chorus dan Chorale. Buat masa ini, istilah "Chorale" diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagai "Koral" juga. Oleh kerana "Choral" iaitu "Koral" dan "Chorale" adalah tidak sama, rencana ini mengekalkan penggunaan "Chorale" apabila diperlukan bagi mengelakkan salah tafsir atau kekeliruan.

Koir adalah sebuah ensembel muzik para penyanyi yang menyanyi beramai-ramai. Ia bukan sebuah kumpulan penyanyi solo yang bersaing antara satu sama lain, malah sebagai sekumpulan penyanyi yang membentuk nyanyian berharmoni. Perkataan "ensembel" berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud "bersama-sama."

Korus dan Chorale memberi maksud yang agak sama. Sebenarnya, kedua-dua perkataan ini datang dari kata dasar yang serupa, namun disampaikan dari dua tamadun berlainan iaitu dari Yunani lama dan Rom yang membentuk beberapa corak yang berbeza. Perkataan "koral" (Choral) adalah satu kata sifat yang menggambarkan perbuatan untuk koir, korus dan chorale. Dalam erti kata ringkas, nyanyian beramai-ramai koir, korus dan chorale dipanggil muzik koral. [1]

Secara praktikalnya, ramai orang dapat membuat perbezaan 4 istilah-istilah ini, walaupun hakikatnya tidak terdapat takrif-takrif yang kuat sebenarnya untuk membezakan mereka. "Koir" sering dirujukkan kepada kumpulan “koral” yang berkaitan dengan gereja atau sekolah. "Korus" pula kerap digunakan dalam konteks teater, contohnya opera atau teater muzikal; iaitu merujuk kepada kumpulan penyanyi-penyanyi (dan juga penari-penari) yang menjadi penyanyi latar sesuatu persembahan.

Perbezaan Koral (Choral) dan Chorale

Koral adalah satu makna adjektif atau berkaitan dengan korus atau koir, contohnya "sebuah kumpulan koral" atau "satu susunan koral."

Chorale pula (dengan pelat pada suku kata kedua) adalah satu kata nama melambangkan lagu-lagu zikir (hym) atau melodi suci, hampir sama dengan rujukan khusus untuk muzik gereja-gereja Protestan Jerman, contohnya "the congregation sang a chorale" (jemaah nyanyian koral); atau satu nyanyian harmoni melodi koral, contohnya "koral Johann Sebastian Bach". [2]

Istilah "Chorale" kebiasaannya dirujukkan kepada satu model tertentu dalam muzik gereja, namun ada juga kemungkinan bahawa istilah ini hanyalah sebagai nama yang lain untuk sebuah koir atau korus.

Struktur koir

Posisi penyanyi koir di atas pentas

Nyanyian kumpulan koir kebiasaannya diketuai oleh seorang pemimpin koir atau juga lebih dikenali sebagai konduktor muzik (sama seperti orkestra).

Kebanyakan kumpulan koir mengandungi empat bahagian, namun jumlah bahagian sebenar adalah tidak terhad. Selain daripada empat bahagian, bilangan bahagian kumpulan nyanyian di dalam satu-satu persembahan koir yang paling biasa adalah tiga, lima, enam dan lapan.

Kumpulan-kumpulan koir boleh menyanyi dengan atau tanpa iringan alat-alat muzik. Nyanyikan tanpa iringan alat-alat muzik dipanggil sebagai a cappella yang diambil dari bahasa Itali yang bermaksud "Nyanyian cara gereja".

Kategori mengikut lingkungan suara

Nyanyian koir dikategorikan menurut lingkungan suara seperti berikut:-

  • Koir campuran (mengandungi suara penyanyi lelaki dan wanita) - jenis ini adalah corak kumpulan koir yang paling kerap dibuat, mengandungi penyanyi-penyanyi soprano, alto, tenor dan bes yang dikenali dengan nama singkat sebagai SATB. Jika suara-suara ini dibahagi kepada dua bahagian, nama pendek yang digunakan ialah SSAATTBB, manakala SATBSATB jika kumpulan koir tersebut terbahagi kepada dua separa bebas empat bahagian koir. Sekiranya suara bariton digunakan, istilah pendek yang digunakan adalah SATBarB.
  • Koir lelaki - menggunakan istilah pendek SATB yang serupa dengan koir campuran namun “S” merujuk kepada soprano kanak-kanak lelaki manakala alto dinyanyikan oleh lelaki dewasa dengan penggunaan falseto, kerap juga dipanggil sebagai kauntertenor. Format ini adalah amat biasa digunakan di dalam koir katedral British.
  • Koir wanita - mengandungi suara soprano dan alto sahaja, menggunakan singkatan SSAA atau SSA
  • Koir kanak-kanak - sering dibuat dalam dua bahagian SA (soprano; alto) atau tiga bahagian SSA atau kadang-kala mengandungi lebih banyak suara.

Lihat juga

Rujukan

Pautan Wikipedia bahasa Inggeris

Pautan luar

Rujuk chorus, chorale, choir dalam Wiktionary, untuk maklumat kamus percuma.