Nanas: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
Escarbot (bincang | sumb.)
k r2.7.3) (bot membuang: el:Ανανάς
Baris 99: Baris 99:
[[dv:އަލަނާސި]]
[[dv:އަލަނާސި]]
[[nv:Bilasáana diwozhí]]
[[nv:Bilasáana diwozhí]]
[[el:Ανανάς]]
[[en:Pineapple]]
[[en:Pineapple]]
[[es:Ananas comosus]]
[[es:Ananas comosus]]

Semakan pada 18:59, 23 April 2012

nanas
Buah nanas, di atas pokok induk
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Spesies:
A. comosus
Nama binomial
Ananas comosus
(L.) Merr.
Sinonim

Ananas sativus

Nanas (nama saintifik: Ananas comosus) ialah sejenis tumbuhan tropikal. Ia dalah tumbuhan asli berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Tumbuhan ini berada dalam kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah saka bak herba (herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. Buah nanas tergolong dalam buah bukan klimakterik iaitu hanya masak di pokok. Buahnya dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana, yang bermakna "buah yang sangat baik".

Kultivar

Kultivar nanas yang ditanam di Malaysia terdiri daripa 3 kumpulan yang besar iaitu Jenisnanas CAYENE, nanas SPANISH  dan nanas QUEEN. Keluasan penanaman nanas di negara terus naik daripada seluas 14,833 hektar (2005) kepada 15,311 (2007) , 15,792 hektar (2009) dan seluas 17,601 (2010) seperti dilaporkan dalam Laporan Agromakanan Kementerian Pertanian 2011.[1] Sebanyak 416,070 metrik tan nanas dihasilkan pada tahun 2010 yang bernilai RM 644.908 juta dengan purata pengeluaran nanas negara sekitar 25.1 metrik tan sehektar. Negeri Johor merupakan pengeluar utana nanas di Malaysia dengan kawasan seluas 9,830 hektar (57% dari keluasan di Malaysia) dan menghasilkan sebanyak 163,830 metrik tan pada tahun 2010. Industri nanas telah lama di usahakan di Johor terutama ditanam di atas tanah gambut untuk di kaleng (ditinkan) atau pun untuk jualan nanas segar.

Kumpulan CAYENE

Kultivar ini mempunyai saiz buah yang besar, mata buah yang rata, isinya berwarna kuning pucat dengan kandungan gula dan asid yang tinggi. Nanas jenis ini menunjukkan pertumbuhan tampang (vegetative growth) yang cepat dengan tepi daunnya halus dan berduri dibahagian hujung sahaja. Nanas jenis ini popular ditanam di banyak lokasi seluruh dunia untuk dikalengkan  dan mempuyai bentuk buah yang tirus. Senang sahaja nak kenal nanas ini iaitu nanas Sarawak dan Smooth Cayene daripada saiznya dan bentuknya.  Kelebihan jenis ini dikatakan rintang terhadap penyakit reput teras dan juga penyakit buah hantu.

Pokok nanas Sarawak (Di Sarawak nanas ini dipanggil sebagai nanas 'Paun'). Ketinggian pokok sekitar 120 cm dengan bilangan daun sekitar 60 -80 helai semasa pokok tersebut berbunga. Daunya berwarna hijau dengan pigmentasi merah ungu di sepanjang bahagian tengah daun dan ianya berduri tajam di bahagian hujung. Kalau terkena durinya boleh luka dan gatal. Nanas ini mempunyai buah paling besar dengan 2-4 kg sebiji bergantung kepada jenis tanah dan kesuburan pokok. Buah nanas Sarawak berbentuk tirus dengan warna kulit hijau gelap. Maklumat dari ramai petani juga mengesahkan nanas ini kurang resposnsif terhadap hormon pil ANA untuk berbuah kerana jenis ini dipengaruhi suhu dan fotokala untuk berbuah. Kajian saintis menunjukan jenis ini perlukan suhu 20 Celsius dengan sinaran siang yang pendek yang tiada di Malaysia.  Jenis nanas ini sentiasa dalam keadaan tampang (Vegetative) sahaja di Malaysia dan sukar untuk di aturkan penghasilan buah nanas Sarawak yang seragam dan komersil.  Sesekali dapat makan nanas Sarawak yang cukup masak dan baru dipetik terasa 'LIDAS'.

Kumpulan SPANISH

Nanas Spanish adalah popular ditanam di Malaysia untuk tujuan pengeluaran bagi nanas kaleng (untuk di tinkan). Antara yang memang terkenal ialah kultivar Masmerah dan Gandul. Kedua-dua kultivar ini telah ditanam di Johor. Pokok ini mempunyai 35 - 70 helai daun dengan ketinggian pokok 100 cm. Daunnya mempunyai duri dibahagian hujung dan yang istimewa ialah kerana ia mempunyai banyak 'Tunas Slip' antara 2-12 tunas yang terbit pada pangkal buah.  Jambulnya (Crown) nanas ini juga besar dan kadang-kadang terjadi berbilang dan juga menjadi pipih bentuknya. Saiz buah jenis ini sederhana besar sekitar 1.3 kg sebiji yang berbentuk silinder, mata agak dalam dan warna buah hijau bertukar ke ungu gelap atau jingga kemerahan apabila masak.  Isinya berwarna kuning keemasan dan berserabut. Buah ini tahan lasak dan tidak mudah lebam walaupun pengendalian lepas tuai yang kasar. 

Buah kumpulan Spanish seperti nanas Gandul mempunyai empulur yang kecil dengan diameter sekitar 1.8 - 2.2 cm serta mengandungi kadar gula agak rendah (sekitar 10 -12 darjah Brix sahaja) dan kandungan Asid Sitrik sebanyak 0.3 -0.6% sahaja. Nanas jenis ini kurang diserang penyakit yang lazim menyerang tanaman nanas dan mudah bertindakbalas dengan Aruhan Pembungaan. Lazimnya pil ANA atau pun Etephon akan dibubuh pada pokok yang telah sedia untuk digalakan pembungaan ( Sekitar 8 bulan ). Pokok nanas ini boleh diprogramkan bila masa menanam dan bila masa untuk menuai dengan kiraan yang betul dan jadual penanaman yang boleh di programkan. 

Kumpulan Queen

Kultivar Queen merupakan antara yang paling popular ditanam di Malaysia. Nanas Moris ini merupakan nanas yang luas ditanam untuk kegunaan segar dan dimasak untuk dibuat pajeri dan sebagainya. Nama lain dalam kumpulan ini seperti nanas Tailung 2 di Taiwan dan nanas Common Rough, nanas Ripley Queen yang ditanam di Australia. Nanas Moris rasanya manis (Gula antara 13-18 darjah brix) dan bentuk buahnya yang tirus. Nanas ini tidak sesuai untuk dikaleng kerana saiznya kecil dengan tekstur isinya rapuh dan warna kuning keemasan yang menarik bila cukup masak.  Pokoknya paling kecil berbanding dengan jenis lain dengan warna daun hijau kebiruan serta ungu dibahagian tengahnya dan mempunyai duri. Buah yang kecil berwarna hijau gelap dan tidak mempunyai slip tetapi mampu menghasilkan sulur (suckers) yang banyak. Kultivar ini mampu menghasilkan buah 1 bulan lebih awal daripada kumpulan Cayene dan Spanish.

Nanas Moris (Nama asal 'Mauritius') merupakan nanas yang ditanam untuk makan segar dengan jangkamasa menuai singkat sekitar 9-10 bulan sahaja. Nanas jenis ini sangat responsif atau bertindakbalas dengan baik terhadap pengaruhan pembungaan menggunakan pil ANA atau bahan hormon yang lain. Penanaman lazim menggunakan bahan tanaman daripada sulur batang yang banyak diperolehi selepas menuai buah dan mencantas daunnya. Varian nanas jenis ini seperti nanas Moris Sungai Balang (16 - 18 Darjah Brix), nanas Moris Slipping (Jenis ini pelik sikit kerana ada slip) dan juga nanas Moris Besar (Buahnya besar sekitar 1.5 - 1.8 kg sebiji).

Penanaman

Di Malaysia, nanas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor, Kelantan, dan Pulau Pinang.[2] Nanas ditanam daripada penunasan bahagian atas buah, anak pada pangkal pokok induk atau pangkal buah dan kultur tisu yang dijadikan benih. Burung Kelicap (Hummingbird) merupakan pendebunga biasa.[3]

Penanaman nanas di ladang kelapa sawit, Johor.

Antara varieti nanas yang disyorkan untuk ditanam di Malaysia ialah Sarawak, Gandol, Mauritius (Moris), N36 dan Josapine. Hanya varieti Josapine dan N36 berjaya menembusi pasaran eksport Malaysia kerana mempunyai daya tahan yang tinggi. Selain daripada mempunyai permintaan yang baik di pasaran, tanaman nanas juga tergolong dalam kumpulan tanaman yang boleh tahan kepada keadaan kemarau. Iklim untuk pertumbuhan optimum bagi tanaman Nanas ialah pada suhu sekitar 30oC dengan taburan hujan sebanyak 1250 mm setahun.[4]

Kadar pertumbuhan nanas bergantung kepada kelembapan tanah dan pokoknya selalunya tumbuh setinggi 50-150 cm. Tanah yang terlalu kering boleh merencatkan pertumbuhan nanas sementara tanah yang terlalu basah boleh menyebabkan jangkitan kulat dan akar dan pangkal pokok yang busuk. Oleh itu, pengawalan dan pengurusan air dan rumpai penting untuk menjamin pertumbuhan yang baik.

Penghasilan komersil nanas boleh didapati di Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand, Afrika Selatan, Brazil, Hawaii, Ivory Coast, Kenya, Mexico, Puerto Rico dan Taipei.

Khasiat

Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Ia juga mengadungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.

Perubatan

Buah nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.

Nanas dipercayai mampu boleh merawat barah. [perlu rujukan] Dua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah. Antara kajian yang sedang giat dilakukan adalah berkenaan dengan kandungan bromelain dalam nanas yang didapati dapat mengelak barah.[5]Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah.[perlu rujukan] Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi.

Kegunaan lain

Buah dan pokok nanas boleh dijadikan sumber komersial asid organik seperti asid askorbik, asid malik dan asid sitrik. Batang dan buahnya pula boleh digunakan untuk melembutkan daging. Serabut nanas pula yang diperoleh dari daun nanas boleh dibuat kain yang berkualiti selalunya boleh didapati di Filipina dan Taipei.

Fail:BBCPineapple.jpg

Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka. Amalan minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. Enzim yang terdapat pada buah nanas dikatakan boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.


Lihat juga

Rujukan

  1. ^ [http://www.doa.gov.my/web/guest/dasar_agromakanan Laporan Dasar Agromakanan.
  2. ^ Asal usul Nanas. Lembaga Nanas Malaysia. Diambil 8 januari 2012.
  3. ^ Nanas di Malaysia
  4. ^ September 2008. Risalah Siri Panduan Kualiti Nanas. FAMA.
  5. ^ Katya, C., A.B Vernallis and A.A. Fadzilah. 2010. Bromelain’s activity and potential as an anti-cancer agent:Current evidence and perspectives. Cancer Letters 290:148–156.

Pautan luar