Lebuhraya Damansara–Puchong: Perbezaan antara semakan
Yamahaboy81 (bincang | sumb.) |
Yamahaboy81 (bincang | sumb.) |
||
Baris 51: | Baris 51: | ||
Pembinaan empat persimpangan bertingkat baru serta kerja menaiktaraf dua persimpangan bertingkat dilakukan pada November 2002 dengan jumlah keseluruhan persimpangan bertingkat di lebuhraya berkenaan 18. |
Pembinaan empat persimpangan bertingkat baru serta kerja menaiktaraf dua persimpangan bertingkat dilakukan pada November 2002 dengan jumlah keseluruhan persimpangan bertingkat di lebuhraya berkenaan 18. |
||
==Operasi== |
|||
===Tol=== |
|||
==Rujukan== |
==Rujukan== |
Semakan pada 11:28, 16 Februari 2007
Fail:AutobahnCH.svg | |
Lebuhraya Damansara-Puchong | |
Syarikat Konsesi | Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd |
Tempoh Pembinaan | - 1998 |
Tarikh Beroperasi | Januari 1999 |
Tarikh Perasmian | |
Panjang | 40 kilometer |
Jumlah Tol | 4 |
Arah | Utara → Selatan |
Lebuhraya Penghubung | |
Laman Sawang | www.litrak.com.my |
Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) adalah lebuhraya antarabandar yang menghubungkan Sri Damansara di utara merentasi Petaling Jaya, Puchong dan Putrajaya di selatan Lembah Klang. Sebagai laluan lalulintas utama, ia digunakan oleh lebih 420,000 kenderaan pada setiap hari biasa.
Latar Belakang
Perlaksanaan projek Lebuhraya Damansara-Puchong dikendalikan oleh syarikat konsesi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd adalah sebahagian daripada rancangan pelan induk keseluruhan kerajaan yang merangkumi keperluan Rancangan Struktur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Rancangan Trafik Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Kerja pembinaan melibatkan kerja-kerja menaiktaraf jalan sediada kepada laluan berkembar 3 lorong 2 hala.
Spesifikasi
Jajaran Lebuhraya Damansara-Puchong terbahagi kepada dua pakej iaitu pajek pertama sejauh 23 kilometer bermula dari Sri Damansara dan berakhir di Puchong Jaya. Pakej kedua bermula dari Puchong Jaya dan tamat di Putrajaya. Segala aspek pembangunan Lebuhraya Damansara-Puchong mengikut garis panduan yang ditetapkan Lembaga Lebuhraya Malaysia. Berikut adalah spesifikasi asal Lebuhraya Damansara-Puchong.
- Kos Pembangunan Projek: RM130 juta
- Panjang: 40 kilometer
- Lorong: 4 dan 6
- Persimpangan Bertingkat: 14
- Plaza Tol: 4
- Hentian Sebelah: -
- Kawasan Rehat & Rawat: -
- Terowong: -
Pembinaan empat persimpangan bertingkat baru serta kerja menaiktaraf dua persimpangan bertingkat dilakukan pada November 2002 dengan jumlah keseluruhan persimpangan bertingkat di lebuhraya berkenaan 18.
Operasi
Tol
Rujukan
- (Bahasa Inggeris) - Arup Jururunding Sdn Bhd
- (Bahasa Inggeris) - The Edge Daily
- (Bahasa Melayu) - Kementerian Kerja Raja
Pautan Luar
- (Bahasa Inggeris) - Laman Rasmi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd
- (Bahasa Melayu) - Laman Rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia