Tan Cheng Lock: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 118.101.225.50 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Malekhanif
Baris 22: Baris 22:
Dalam tempoh hampir 40 tahun, Tan memberikan pimpinan dan berjuang untuk [[politik]], [[pendidikan]], dan [[kebajikan masyarakat]] orang-orang Cina di Tanah Melayu. Dalam perjuangannya, beliau mempergunakan arena-arena politik dan [[ekonomi]]. Selain daripada menggunakan perdebatan, ucapan, kritikan dan ulasan, beliau juga mempergunakan memorandum dan [[petisyen]] dalam pengemukaan persoalan-persoalan. Seorang [[peranakan]] yang, berbeza dengan pendatang-pendatang Cina di Tanah Melayu, merupakan rakyat [[British]], ini adalah asas untuk kebangkitan pengaruh beliau di bawah pemerintahan British.
Dalam tempoh hampir 40 tahun, Tan memberikan pimpinan dan berjuang untuk [[politik]], [[pendidikan]], dan [[kebajikan masyarakat]] orang-orang Cina di Tanah Melayu. Dalam perjuangannya, beliau mempergunakan arena-arena politik dan [[ekonomi]]. Selain daripada menggunakan perdebatan, ucapan, kritikan dan ulasan, beliau juga mempergunakan memorandum dan [[petisyen]] dalam pengemukaan persoalan-persoalan. Seorang [[peranakan]] yang, berbeza dengan pendatang-pendatang Cina di Tanah Melayu, merupakan rakyat [[British]], ini adalah asas untuk kebangkitan pengaruh beliau di bawah pemerintahan British.


''''''==Kehidupan awal==
==Kehidupan awal==
Dilahirkan di Jalan Heeren, [[Melaka]], Tan ialah anak ketiga dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada tujuh adik beradik. Pada tahun [[1899]], beliau memperoleh pendidikan [[Bahasa Inggeris|Inggeris]] di Sekolah Tinggi Melaka, dan kemudiannya di [[Institusi Raffles]] di [[Singapura]].
Dilahirkan di Jalan Heeren, [[Melaka]], Tan ialah anak ketiga dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada tujuh adik beradik. Pada tahun [[1899]], beliau memperoleh pendidikan [[Bahasa Inggeris|Inggeris]] di Sekolah Tinggi Melaka, dan kemudiannya di [[Institusi Raffles]] di [[Singapura]].



Semakan pada 15:14, 30 April 2012

Tan Cheng Lock

Tun Dato Sri Tan Cheng Lock (Cina Ringkas: 陈祯禄; Cina Tradisional: 陳禎祿; pinyin: Chén Zhēnlù, 5 April 1883-13 Disember 1960) ialah seorang pemimpin politik Cina di Tanah Melayu yang merupakan presiden pertama Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) pada tahun 1949.

Dalam tempoh hampir 40 tahun, Tan memberikan pimpinan dan berjuang untuk politik, pendidikan, dan kebajikan masyarakat orang-orang Cina di Tanah Melayu. Dalam perjuangannya, beliau mempergunakan arena-arena politik dan ekonomi. Selain daripada menggunakan perdebatan, ucapan, kritikan dan ulasan, beliau juga mempergunakan memorandum dan petisyen dalam pengemukaan persoalan-persoalan. Seorang peranakan yang, berbeza dengan pendatang-pendatang Cina di Tanah Melayu, merupakan rakyat British, ini adalah asas untuk kebangkitan pengaruh beliau di bawah pemerintahan British.

Kehidupan awal

Dilahirkan di Jalan Heeren, Melaka, Tan ialah anak ketiga dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada tujuh adik beradik. Pada tahun 1899, beliau memperoleh pendidikan Inggeris di Sekolah Tinggi Melaka, dan kemudiannya di Institusi Raffles di Singapura.

Selepas persekolahan, Tan bertugas sebagai seorang guru selama enam tahun sebelum meletakkan jawatannya untuk menjadi Penolong Pengurus di Ladang Getah Bukit Kajang Berhad, sebuah ladang getah yang dimiliki oleh saudara sepupunya. Pada tahun 1909, beliau memulakan syarikat sendiri yang mula-mulanya digelarkan Ladang Getah Melaka Pindah Berhad dan kemudiannya, Ladang Getah Melaka Bersatu Berhad dan akhirnya Ladang Ayer Molek Berhad.

Pada tahun 1913, Tan berkahwin dengan Yeo Yeok Neo, anak kepada Yeo Tin Thye, Presiden Persatuan Hokkien Melaka. Mereka dikurniakan dengan seorang anak lelaki, Tun Tan Siew Sin (bakal Menteri Kewangan Malaysia) dan empat orang anak perempuan.

Kerjaya politik

Pada tahun 1912, Tan dilantik oleh kerajaan British sebagai Pesuruhjaya Majlis Melaka serta Jaksa Pendamai Melaka. Beberapa bulan kemudian, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Majlis Bandar untuk bandar-bandar dan Pelabuhan Melaka.

Pada tahun 1914, Tan menghidupkan semula pertubuhan Sukarelawan Cina Melaka dan menjadi ahli biasanya sehingga 1919. Pada tahun berikutnya, iaitu 1915, beliau menghidupkan semula Persatuan Orang Cina Peranakan-British (SCBA), sebuah persatuan di Melaka yang bertujuan untuk melindungi kepentingan orang Cina Peranakan di Negeri-negeri Selat, dan dipilih sebagai Presidennya. Pada tahun 1923, Tan dipilih sebagai Ahli Tak Rasmi Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat, satu "jawatan" yang beliau menyandang sehingga 1934.

Ketika Jepun menduduki Tanah Melayu pada tahun 1942, Tan melarikan diri ke India [1] dan tinggal di sana sehingga 1946. Semasa di sana, Tan melahirkan gagasan untuk mencipta sebuah parti politik Cina di Tanah Melayu. Beliau kemudian memulakan Persatuan Cina Perantauan India (OCAI) yang mengirimkan memorandum kepada Pejabat Penjajah untuk memberikan kewarganegaraan kepada mereka yang bukan dilahirkan di Tanah Melayu. Persoalan ini kemudian dimasukkan oleh pihak British sebagai salah satu prinsip dalam penubuhan Malayan Union.

Malayan Union dibentuk secara rasmi pada 1 April 1946. Penentangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union menyebabkan Tan dan Parti Komunis Malaya (CPM) bekerjasama dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk menentang UMNO di bawah pimpinan Datuk Onn Jaafar. Bersama-sama dengan rakan-rakannya, Tan menubuhkan Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (AMCJA) dan bekerjasama dengan Pusat Tindakan Rakyat (PUTERA) di bawah pimpinan PKMM.

Disebabkan penentangan oleh orang-orang Melayu, pihak British membubarkan Malayan Union dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Dasar ini dibantah oleh komuniti-komuniti perniagaan. Parti Komunis Malaya memulakan pemberontakan bersenjata dan memaksakan kerajaan Tanah Melayu mengisytiharkan Keadaan Darurat. Semua pemimpin parti politik sayap kiri ditangkap. Oleh sebab Tan bukan dianggap sebagai seorang sayap kiri, beliau terselamat.

Penubuhan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA)

Pada 27 Februari 1949, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina yang lain seperti Tun Leong Yew Koh dan Kolonel H.S. Lee, Tan mengasaskan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) dan menjadi presidennya yang pertama. Matlamat utama untuk membentuk MCA adalah untuk:

  • menyatukan orang-orang Cina di Tanah Melayu;
  • melindungi hak-hak dan kepentingan orang-orang Cina;
  • bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang komunisme; dan
  • bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain untuk memperoleh kemerdekaan untuk Tanah Melayu.

Sebagai Presiden MCA, Tan mengetuai kempen-kempen di seluruh Tanah Melayu. Kempen-kempen itu menarik hampir 200,000 ahli dan cawangan-cawangan MCA ditubuhkan. Bilangan ahli dan cawangan MCA semakin bertambah. Tan, selaku ketua MCA, menyokong gagasan Dato' Onn Jaafar untuk membentuk Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). IMP dibentuk pada 26 September 1951 di Kuala Lumpur dengan kerjasama berbagai-bagai bangsa. Bagaimanapun dalam tempoh tiga tahun, hubungan antara MCA dan IMP menjadi tegang, disebabkan apa yang dikatakan ketakbekerjasamaan Dato' Onn terhadap persoalan kewarganegaraan.

Pada tahun 1952, Akta Kewarganegaraan diluluskan yang mengenakan sekatan terhadap orang-orang bukan Melayu. Dato' Onn mengemukakan Akta Imigeresen 1952, 1953 dan Akta Perniagaan 1953 yang menjejaskan ahli-ahli Cina dalam IMP. Pemusuhan antara Tan dan Dato' Onn bermula ketika Tan menyokong cadangan H.S. Lee untuk bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952. Dato' Onn terang-terang mengkritik tindakan-tindakan politik orang Cina dan ini menyebabkan Tan dan MCA menyokong UMNO yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.

Tan membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditajai oleh UMNO pada 23 Ogos 1953, dan sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA dengan persefahaman untuk mencapai kemerdekaan melalui cara yang aman. Pembentukan Parti Perikatan antara MCA, UMNO, dan MIC mencepatkan proses kemerdekaan ketika Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam pilihan raya persekutuan pada tahun 1955. Cita-cita Tan untuk memperoleh taraf kewarganegaraan untuk orang-orang Cina di Tanah Melayu dicapai ketika UMNO menerima cadangan itu dan memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid yang ditugasi untuk menulis Perlembagaan Persekutuan.

Memorial Tan Cheng Lock

Pada 24 Mei 2010, Arkib Negara akan mewujudkan Memorial Tun Tan Cheng Lock sebagai memperingati jasa Presiden MCA yang pertama itu. Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Heng Seai Kie memaklumkan bangunan Parlimen pertama di Jalan Dato' Onn di Kuala Lumpur akan dijadikan memorial tersebut. Memorial Tun Tan Cheng Lock itu terletak berdekatan dengan Memorial Tunku Abdul Rahman akan dibaiki dengan kos RM10 juta.[2]

Meninggal Dunia

Beliau meninggal dunia pada 16 Disember 1960 di Hospital Besar Melaka akibat sakit jantung ketika berumur 77 tahun.

Anugerah

Rujukan

  1. www.tourism-melaka.com

Pautan luar


Penyandang Terdahulu Presiden MCA
27 Februari 1949Mac 1958
Penyandang Kemudian
Yang Pertama
Tun Dr. Lim Chong Eu