Racun nematod: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
Baris 14: Baris 14:


===Hidrokarbon berhalogen===
===Hidrokarbon berhalogen===
Bahan-bahan daripada kumpulan ini selalunya digunakan sebagai pewasap. Bahan-bahan pewasap ini mudah meruap. Wap-wapnya akan memasuki celah butir tanah dan membunuh organisma yang terdapat di dalamnya.

Dikloropropan-dikloropropen (D-D) ialah sebatian yang mula diketahui mempunyai sifat racun nematod iaitu pada tahun 1943. Sebatian ini kemudiannya digunakan dalam sektor perladangan di [[Amerika Syarikat]]. D-D disuntik ke dalam tanah dan akan membunuh nematod serta organisma-organisma lain.

[[Metil bromida]] ([[Karbon|C]][[Hidrogen|H]]<sub>3</sub>[[Bromin|Br]]) merupakan bahan pewasap yang paling berkesan da sangat luas penggunaannya. Bahan ini boleh membunuh biji-biji rumpai, nematod, serangga dan agen-agen penyakit dalam tanah. Oleh itu ia juga dianggap sebagai pensteril. Pada dos yang biasa (50 g/m<sup>2</sup>) ia meninggalkan sisa dalam tanah antara 10-20 [[bahagian per juta|ppm]]. Sisa metil bromida dalam tanah bersifat [[fitotoksik]], oleh itu tanah perlu dibiarkan selama beberapa minggu sebelum boleh digunakan. Kebiasaannya tanah dibiarkan dua minggu selepas diberikan pewasapan dengan metil bromida. Penggunaan metil bromida boleh membasmi [[bakteria]] yang bertanggungjawab dalam proses penitratan yang boleh merencatkan pertumbuhan pokok-pokok yang sensitif kepada [[ammonia]].<ref name='van berkum'>Van Berkum, J.A. and H. Hoestra. (1979) Practical aspects of the chemical control of nematodes in soil. In ''Soil Disinfestation'' (Ed. Mulder, D). 53-134. N. York: Elsevier Scientific Publishing Co.</ref>


===Organofosfat===
===Organofosfat===
Nematod seperti juga serangga mempunyai sistem saraf walaupun bersifat primitif. Oleh itu sebatian-sebatian organofosfat boleh digunakan mengawal nematod dalam tanah iaitu dengan mengganggu sistem saraf. Bagaimanapun, kebanyakan sebatian organofosfat mudah mengalami penguraian semasa berada dalam tanah. Oleh yang demikian, sebatian organofosfat yang mempunyai sifat-sifat sistemuk didapati memberi kesan yang lebih baik terhadap pengawalan nematod berbanding dengan sebatian-sebatian yang tak sistemik.

Terdapat beberapa sebatian organofosfat yang digunakan sebagai racun nematod iaitu diklofention dan disulfoton. Kada diklofention yang digunakan untuk mengawal nematod ialah 280 kg/ha, sementara untuk mengawal serangga kada yang lebih rendah digunakan iaitu 16.7 kg/ha. Walaupun begitu, diklofention tidak berkesan untuk mengawal nematod yang membentuk [[sista]].

Contoh-contoh lain racun nematod daripada sebatian organofosfat ialah [[fensulfotion]], [[profos]] dan [[tionazin]]. Fensulfotion bukan sahaja digunakan untuk mengawal serangga dalam tanah dan pada daun tetapi juga snagat berkesan dalam mengawal nematod [[parasit]] kepada tumbuhan.<ref>Southards, C.J., C.H. Hadden and N.B. Shamiyeh. (1975) The effects of nematicides on sweet potato production. Tenn. Farm Home Sci. 95: 16-17.</ref> Profos pula sesuai untuk mengawal nematod dan serangga yang terdapat dalam tanah. Racun ini bersifat tak sistemik dan ia digunakan sebelum atau semasa penanaman dijalankan. Butir-butir racun ini boleh digaul dengan tanah hingga mencapai kedalaman 10-12 cm. Kesan racun ini berkurangan jika tanah mengandungi bahan organik yang tinggi.


===Isotiosianat===
===Isotiosianat===
Metam-sodium, Volex® dan dazomet ialah tiga jenis racun nematod yang tergolong dalam kumpulan isotiosianat. Tetapi hanya dazomet sahaja yang terdapat dalam pasaran Malaysia. Dos yang digunakan untuk mengawal nematod ialah 20-30 g/m<sub>2</sub> dengan membunuh nematod yang terdapat dalam beberapa sentimeter di bawah tanah.

Dalam tanah, dazomet akan terurai lalu menghasilakn metilisosianat. Di samping dapat mengawal nematod, ia juga dapat mengawal [[kulat]]-kulat tanah tetapi pada kadar yang lebih tinggi iaitu 370-395 kg/ha. Oleh kerana ia bersifat fitotoksik, maka tanah perlu dibiarkan beberapa minggu sebelum digunakan.


===Karbamat===
===Karbamat===
Karbofuran merupakan satu contoh racun nematod yang tergolong dalam kumpulan karbamat. Di samping mengawal nematod, sebatian ini juga boleh mengawal hamama dan serangga pada daun dengan kadar 0.51-1 kg/ha. Bagi kawalan serangga dalam tanah pula, karbofuran dimasukkan dalam lubang semaian pada kadar 0.5-4 kg/ha. Bagi kawalan nematod, kada yang digunakan adalah lebih tinggi iaitu 6-10 kg/ha. Karbofuran bersifat sistemik kerana ia boleh diserap oleh akar dan dibawa ke daun untuk membunuh serangga perosak daun.<ref>Minton, N.A. and L.W. Morgan. (1974) Evaluation of systemic and non systemic pesticides for insect and nematode control in peanuts. Peanut Sci. 1: 91-98.</ref> Di samping itu ia juga boleh digunakan dalam rawatan biji dan akar tumbuhan.<ref name='van berkum'/>


==Rujukan==
==Rujukan==

Semakan pada 05:49, 7 Mei 2012

Racun nematod ialah racun kimia yang digunakan untuk membunuh nematod. Kawalan nematod secara kimia bukanlah satu kaedah baru.[1] Penggunaan karbon disulfida untuk mengawal nematod dalam kawasan tanaman gula bit di Jerman telah bermula sejak abad ke-17 lagi. Kawalan dengan menggunakan racun nematod mula mendapat perhatian apabila kaedah lain tidak memberi kesan yang memuaskan. Menurut Taylor (1975)[2], penggunaan bahan-bahan kimia dalam mengawal nematod lebih ekonomis dan berkesan berbanding dengan cara-cara lain.

Di Malaysia penggunaan racun nematod tidak banyak seperti racun-racun lain. Petani tidak begitu meneydari akan bahaya ancaman nematod. Ini adalah kerana kebanyakan penyakit tumbuhan sering dikaitkan dengan agen-agen penyakit yang lain. Penggunaan racun nematod selalunya terhad di rumah-rumah hijau atau tanaman dalam pasu sahaja. Tambahan pula racun nematod agak merbahaya, oleh itu ia tidak sesuai digunakan oleh para petani yang kurang memahami teknik-teknik penggunaannya.

Penggunaan

Berasaskan kepada cara penggunaan, racun nematod boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu penggunaan secara pewasapan dan bukan pewasapan. Pewasapan merupakan cara yang mula-mula sekali digunakan untuk mengawal nematod dan perosak-perosak lain yang terdapat dalam tanah. Bahan-bahan kimia yang digunakan untuk pewasapan mempunyai sifat mudah meruap dan wap bahan tadi akan mengenai nematod. Contoh-contoh racun yang digunakan secara pewasapan ialah dikloropropan-dikloropropen (D-D), metil-bromida, metili-sosianat (MIT) dan dazomet.

Terdapat juga bahan yang boleh digunakan bukan dengan cara pewasapan. Antara beberapa bahan ini ada yang bersifat sistemik kerana ia boleh diangkut dalam sistem tumbuh-tumbuhan. Sebatian sistemik ini boleh diangkut dalam dua arah iaitu sama ada dari akar ke daun atau sebaliknya. Melalui cara ini ia akan dapat membunuh nematod yang terdapat dalam semua bahagian tumbuhan.

Kebanyakan racun nematod yang bukan digunakan secara pewasapan ialah sebatian daripada kumpulan organofosforus seperti diklofention, fensulfotion, tionazin dan profos. Bagaimanapun, tidak semua sebatian kumpulan ini bersifat sistemik. Racun nematod tersebut didapati mampu mengawal serangga dan kutu tetapi tidak dapat mengawal kulat tanah dan biji-biji rumpai. Kawalan nematod dengan bahan-bahan tersebut perlu dilakukan ssecara berulang-kali.[3]

Jenis racun nematod

Racun nematod boleh dibahagikan kepada empat kumpulan utama iaitu hidrokarbon berhalogen, organofosfat, isotiosianat dan karbamat. Pengelasan ini dibuat berasaskan kepada struktur kimianya.

Hidrokarbon berhalogen

Bahan-bahan daripada kumpulan ini selalunya digunakan sebagai pewasap. Bahan-bahan pewasap ini mudah meruap. Wap-wapnya akan memasuki celah butir tanah dan membunuh organisma yang terdapat di dalamnya.

Dikloropropan-dikloropropen (D-D) ialah sebatian yang mula diketahui mempunyai sifat racun nematod iaitu pada tahun 1943. Sebatian ini kemudiannya digunakan dalam sektor perladangan di Amerika Syarikat. D-D disuntik ke dalam tanah dan akan membunuh nematod serta organisma-organisma lain.

Metil bromida (CH3Br) merupakan bahan pewasap yang paling berkesan da sangat luas penggunaannya. Bahan ini boleh membunuh biji-biji rumpai, nematod, serangga dan agen-agen penyakit dalam tanah. Oleh itu ia juga dianggap sebagai pensteril. Pada dos yang biasa (50 g/m2) ia meninggalkan sisa dalam tanah antara 10-20 ppm. Sisa metil bromida dalam tanah bersifat fitotoksik, oleh itu tanah perlu dibiarkan selama beberapa minggu sebelum boleh digunakan. Kebiasaannya tanah dibiarkan dua minggu selepas diberikan pewasapan dengan metil bromida. Penggunaan metil bromida boleh membasmi bakteria yang bertanggungjawab dalam proses penitratan yang boleh merencatkan pertumbuhan pokok-pokok yang sensitif kepada ammonia.[4]

Organofosfat

Nematod seperti juga serangga mempunyai sistem saraf walaupun bersifat primitif. Oleh itu sebatian-sebatian organofosfat boleh digunakan mengawal nematod dalam tanah iaitu dengan mengganggu sistem saraf. Bagaimanapun, kebanyakan sebatian organofosfat mudah mengalami penguraian semasa berada dalam tanah. Oleh yang demikian, sebatian organofosfat yang mempunyai sifat-sifat sistemuk didapati memberi kesan yang lebih baik terhadap pengawalan nematod berbanding dengan sebatian-sebatian yang tak sistemik.

Terdapat beberapa sebatian organofosfat yang digunakan sebagai racun nematod iaitu diklofention dan disulfoton. Kada diklofention yang digunakan untuk mengawal nematod ialah 280 kg/ha, sementara untuk mengawal serangga kada yang lebih rendah digunakan iaitu 16.7 kg/ha. Walaupun begitu, diklofention tidak berkesan untuk mengawal nematod yang membentuk sista.

Contoh-contoh lain racun nematod daripada sebatian organofosfat ialah fensulfotion, profos dan tionazin. Fensulfotion bukan sahaja digunakan untuk mengawal serangga dalam tanah dan pada daun tetapi juga snagat berkesan dalam mengawal nematod parasit kepada tumbuhan.[5] Profos pula sesuai untuk mengawal nematod dan serangga yang terdapat dalam tanah. Racun ini bersifat tak sistemik dan ia digunakan sebelum atau semasa penanaman dijalankan. Butir-butir racun ini boleh digaul dengan tanah hingga mencapai kedalaman 10-12 cm. Kesan racun ini berkurangan jika tanah mengandungi bahan organik yang tinggi.

Isotiosianat

Metam-sodium, Volex® dan dazomet ialah tiga jenis racun nematod yang tergolong dalam kumpulan isotiosianat. Tetapi hanya dazomet sahaja yang terdapat dalam pasaran Malaysia. Dos yang digunakan untuk mengawal nematod ialah 20-30 g/m2 dengan membunuh nematod yang terdapat dalam beberapa sentimeter di bawah tanah.

Dalam tanah, dazomet akan terurai lalu menghasilakn metilisosianat. Di samping dapat mengawal nematod, ia juga dapat mengawal kulat-kulat tanah tetapi pada kadar yang lebih tinggi iaitu 370-395 kg/ha. Oleh kerana ia bersifat fitotoksik, maka tanah perlu dibiarkan beberapa minggu sebelum digunakan.

Karbamat

Karbofuran merupakan satu contoh racun nematod yang tergolong dalam kumpulan karbamat. Di samping mengawal nematod, sebatian ini juga boleh mengawal hamama dan serangga pada daun dengan kadar 0.51-1 kg/ha. Bagi kawalan serangga dalam tanah pula, karbofuran dimasukkan dalam lubang semaian pada kadar 0.5-4 kg/ha. Bagi kawalan nematod, kada yang digunakan adalah lebih tinggi iaitu 6-10 kg/ha. Karbofuran bersifat sistemik kerana ia boleh diserap oleh akar dan dibawa ke daun untuk membunuh serangga perosak daun.[6] Di samping itu ia juga boleh digunakan dalam rawatan biji dan akar tumbuhan.[4]

Rujukan

  1. ^ Wilherm, S. (1966) Chemical treatments and inoculum potential of soil. Ann. Rev. Phytopathol. 4: 53-78.
  2. ^ Taylor, C.R. (1975) A brief analysis of the statistics of publication on nematode control. Proc. 8th Brit. Insecticide Fungicide Conf. 177-1193
  3. ^ Velardebo, A. and J. Robin (1969) Nematicidal treatment of banana planting material. In Nematodes of Tropical Crops (ed. Peachey, J.E.) Commonw. Bur. Helminthol., Tech. Commun., 40: 133-141.
  4. ^ a b Van Berkum, J.A. and H. Hoestra. (1979) Practical aspects of the chemical control of nematodes in soil. In Soil Disinfestation (Ed. Mulder, D). 53-134. N. York: Elsevier Scientific Publishing Co.
  5. ^ Southards, C.J., C.H. Hadden and N.B. Shamiyeh. (1975) The effects of nematicides on sweet potato production. Tenn. Farm Home Sci. 95: 16-17.
  6. ^ Minton, N.A. and L.W. Morgan. (1974) Evaluation of systemic and non systemic pesticides for insect and nematode control in peanuts. Peanut Sci. 1: 91-98.