Gamet: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MerlIwBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: tl:Gameto
MerlIwBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: be:Гамета
Baris 8: Baris 8:
[[az:Qamet]]
[[az:Qamet]]
[[id:Sel gamet]]
[[id:Sel gamet]]
[[be:Гамета]]
[[ca:Gàmeta]]
[[ca:Gàmeta]]
[[cs:Pohlavní buňka]]
[[cs:Pohlavní buňka]]

Semakan pada 03:09, 14 Mei 2012

Gamet (daripada Yunani Kuno γαμέτης gametes "suami" / γαμετή gamete "isteri") ialah sel yang melakur dengan sel lain semasa pensenyawaan (penghamilan) dalam organisma yang membiak secara seks. Dalam spesies yang menghasilkan dua jenis gamet berbeza secara morfologi, di mana setiap individu menghasilkan satu jenis sahaja, betina ialah individu yang menghasilkan gamet lebih besar—dipanggil ovum (atau telur)—dan jantan menghasilkan jenis lebih kecil seakan berudu—dipanggil sperma. Ini merupakan contoh anisogami atau heterogami, keadaan di mana betina dan jantan menghasilkan gamet yang berbeza saiz (termasuklah manusia; ovum manusia kira-kira 20 kali lebih besar daripada sel spermanya). Sebagai perbandingan, isogami ialah keadaan di mana gamet daripada kedua-dua jantina sama saiz dan bentuknya, dan diberi penanda sembarangan untuk jenis mengawan. Nama gamet (gamete) diperkenalkan oleh ahli biologi Austria Gregor Mendel. Gamet membawa separuh maklumat genetik seorang individu, 1n setiap jenis.