Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia: Perbezaan antara semakan
Baris 228: | Baris 228: | ||
{{flag|Singapura}} ialah sebuah negeri di Malaysia sejak pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 sehingga berpisah dari Persekutuan pada 9 Ogos 1965. |
{{flag|Singapura}} ialah sebuah negeri di Malaysia sejak pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 sehingga berpisah dari Persekutuan pada 9 Ogos 1965. |
||
{{flag|Brunei}} pernah dipelawa untuk menyertai Persekutuan tetapi akhirnya menolaknya atas beberapa masalah, seperti taraf [[Sultan Brunei]] dalam Malaysia, pembahagian [[royalti]] minyak Brunei, serta tekanan dari pihak pembangkang yang mencetuskan [[Pemberontakan Brunei]]. |
{{flag|Negara Brunei Darussalam}} pernah dipelawa untuk menyertai Persekutuan tetapi akhirnya menolaknya atas beberapa masalah, seperti taraf [[Sultan Brunei]] dalam Malaysia, pembahagian [[royalti]] minyak Brunei, serta tekanan dari pihak pembangkang yang mencetuskan [[Pemberontakan Brunei]]. |
||
==Lihat juga== |
==Lihat juga== |
Semakan pada 09:07, 17 Mei 2012
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. 11 negeri dan dua wilayah persektuan terletak di Semenanjung Melayu manakala dua negeri dan satu wilayah persekutuan yang lain terletak di pulau Borneo.
Negeri dan wilayah persekutuan
Nama |
Ibu negeri |
Jumlah penduduk[1] |
Keluasan (km²)[2] |
Kepadatan penduduk[3] |
Awalan nombor plat |
Kod kawasan telefon |
Kotaraya terbesar |
Singkatan |
ISO |
FIPS |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | – | 1,627,172 | 243 | 6696 | W | 03 | Lembah Klang | KUL | MY-14 | |
Wilayah Persekutuan Labuan | – | 85,272 | 91 | 937 | L | 087 | – | LBN | MY-15 | MY15 |
Wilayah Persekutuan Putrajaya | – | 67,964 | 49 | 1387 | Putrajaya | 03 | – | PJY | MY-16 | |
Johor Darul Takzim | Johor Bahru | 3,233,434 | 19,210 | 168 | J | 07 06 (Muar & Ledang) |
Johor Bahru | JHR | MY-01 | MY01 |
Kedah Darul Aman | Alor Setar | 1,890,098 | 9,500 | 199 | K | 04 | Alor Setar | KDH | MY-02 | MY02 |
Kelantan Darul Naim | Kota Bharu | 1,459,994 | 15,099 | 97 | D | 09 | Kota Bharu | KTN | MY-03 | MY03 |
Melaka | Bandar Melaka | 788,706 | 1,664 | 474 | M | 06 | Bandar Melaka | MLK | MY-04 | MY04 |
Negeri Sembilan Darul Khusus | Seremban | 997,071 | 6,686 | 149 | N | 06 | Seremban | NSN | MY-05 | MY05 |
Pahang Darul Makmur | Kuantan | 1,443,365 | 36,137 | 40 | C | 09 03 (Genting) 05 (Cameron) |
Kuantan | PHG | MY-06 | MY06 |
Perak Darul Ridzuan | Ipoh | 2,258,428 | 21,035 | 107 | A | 05 | Ipoh | PRK | MY-08 | MY07 |
Perlis Indera Kayangan | Kangar | 227,025 | 821 | 277 | R | 04 | Kangar | PLS | MY-09 | MY08 |
Pulau Pinang | George Town | 1,520,143 | 1,048 | 1451 | P | 04 | Pulau Pinang | PNG | MY-07 | MY09 |
Sabah | Kota Kinabalu | 3,120,040 | 73,631 | 42 | S | 087-089 | Kota Kinabalu | SBH | MY-12 | MY16 |
Sarawak | Kuching | 2,420,009 | 124,450 | 19 | Q | 081-086 | Kuching | SWK | MY-13 | MY11 |
Selangor Darul Ehsan | Shah Alam | 5,411,324 | 8,104 | 668 | B | 03 | Lembah Klang | SGR | MY-10 | MY12 |
Terengganu Darul Iman | Kuala Terengganu | 1,015,776 | 13,035 | 78 | T | 09 | Kuala Terengganu | TRG | MY-11 | MY13 |
Tadbir urus
Sembilan negeri Melayu diketuai oleh seorang Raja turun-temurun selaku ketua negeri diiringi seorang Menteri Besar eksekutif sebagai ketua kerajaan yang bertanggungjawab politik. Raja-raka Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu bergelar Sultan. Ketua negeri terpilih Negeri Sembilan memegang satu-satunya gelaran Melayu Yang di-Pertuan Besar, manakala Raja Perlis sekadar bergelar Raja. Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara persekutuan dipilih (sebenarnya dikitarkan) di kalangan sembilan raja untuk sepenggal lima tahun. Bekas penempatan dan jajahan mahkota British iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak, setiap satunya diketuai seorang Gabenor pada nama lantikan persekutuan, iaitu Yang di-Pertua Negeri, diiringi Ketua Menteri sebagai ketua kerajaan eksekutif.
Setiap negeri bersistem perundangan ekadewan iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN). Ahli-ahli DUN diundi dari kawasan pengundian satu ahli yang ditetapkan berasaskan kependudukan. Ketua Menteri lantikan Ketua Negeri biasanya merupakan pemimpin parti majoriti peringkat negeri. Satu penggal di DUN adalah lima tahun, melainkan perhimpunan dibubarkan awal oleh ketua negeri atas nasihat Ketua Menteri. Biasanya, DUN di Semenanjung Malaysia dibubarkan sempena pembubaran parlimen persekutuan, agar pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya parlimen. Namun demikian, ketua negeri memegang kuasa budi bicara bagi membubarkan DUN.
Setiap negeri menghantar dua wakil ke Dewan Negara, iaitu dewan pertuanan parlimen persekutuan.
Sebagai sebuah negara persekutuan, kerja tadbir urus Malaysia diagih-agihkan antara kerajaan persekutuan dan negeri. Tanggungjawab tertentu kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri disenaraikan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Malaysia. Secara teori, mana-mana perihal yang tidak ditentukan dalam Jadual Kesembilan boleh digubal undang-undang di peringkat negeri. Namun, pakar undang-undang mengibaratkan hal sebegini sebagai (pauper's bequest) skop perihal yang begitu luas dalam Jadual Kesembilan. Mahkamah secara amnya mengutamakan tafsiran luas mengenai isi kandungan Jadual Kesembilan, maka mengurangkan bilangan hal-hal yang mungkin belum diliputi. Jadual Kesembilan jelas menyenaraikan hal-hal berikut yang boleh digubal oleh undang-undang negeri: pegangan tanah, agama Islam dan kerajaan tempatan.[4] Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa tambahan sebagai sebahagian terma-terma penyertaan Malaysia, seperti kawalan imigrasi.
Parlimen Malaysia dibenarkan menggubal undang-undang tanah, agama Islam dan kerajaan tempatan untuk memastikan keseragaman undang-undang antara semua negeri, ataupun atas permintaan DUN berkenaan. Undang-undang yang dipersoalkan juga mesti diluluskan oleh DUN, kecuali bagi perihal berkenaan undang-undang tanah tertentu. Perihal bukan Islam yang berada dalam skop negeri boleh juga digubal undang-undang di peringkat persektuan untuk tujuan mematuhi kewajipan perjanjian Malaysia.[5]
Singapura dan Negara Brunei Darussalam
Singapura ialah sebuah negeri di Malaysia sejak pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 sehingga berpisah dari Persekutuan pada 9 Ogos 1965.
Templat:Country data Negara Brunei Darussalam pernah dipelawa untuk menyertai Persekutuan tetapi akhirnya menolaknya atas beberapa masalah, seperti taraf Sultan Brunei dalam Malaysia, pembahagian royalti minyak Brunei, serta tekanan dari pihak pembangkang yang mencetuskan Pemberontakan Brunei.
Lihat juga
Catatan
Rujukan
- ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. iv. Dicapai pada 2011-01-24.
- ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 27. Dicapai pada 2011-01-24.
- ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 27. Dicapai pada 2011-01-24.
- ^ Wu, Min Aun & Hickling, R. H. (2003). Hickling's Malaysian Public Law, pp. 64–65. Petaling Jaya: Pearson Malaysia. ISBN 983-74-2518-0.
- ^ Wu & Hickling, pp. 65–66.
- ^ USAid Geocode
- ^ MaxMind GeoIP