Arecaceae: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MerlIwBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: ku:Famîleya palmiyeyan
JAnDbot (bincang | sumb.)
k r2.7.2) (bot membuang: pl:Arekowate
Baris 119: Baris 119:
[[nn:Palmefamilien]]
[[nn:Palmefamilien]]
[[km:ដើមត្នោត]]
[[km:ដើមត្នោត]]
[[pl:Arekowate]]
[[pt:Palmeira]]
[[pt:Palmeira]]
[[ro:Palmier]]
[[ro:Palmier]]

Semakan pada 10:01, 25 Mei 2012

Arecaceae
frames
Pokok kelapa Cocos nucifera
Pengelasan saintifik


Arecaceae (kekadang dikenali sebagai Palmae, satu nama alternatif yang sah, atau sebagai Palmaceae yang merupakan nama tidak sah [1]) atau famili palma ialah satu famili pokok berbunga daripada Arecales, satu susunan monokotiledon.

Terdapat lebih kurang 202 genus yang kini dikenali, dengan lebih kurang 2,600 spesies. Kebanyakan daripada spesiesnya dihadkan ke kawasan iklim tropika dan subtropika. Di kalangan famili tumbuhan, Arecaceae merupakan famili yang paling mudah dikenal pasti oleh kebanyakan orang. Kebanyakan pokok palma dibezakan dengan daun-daun besar, malar hijau, dan majmuk yang diatur di atas batang yang tidak bercabang. Bagaimanapun, banyak pokok palma merupakan kekecualian kenyataan ini, dan pokok palma sebenarnya menunjukkan kepelbagaian yang meluas dari segi ciri fizikal. Selain daripada kepelbagaian morfologi, pokok palma juga hidup di hampir setiap habitat dalam jangkauannya, dari hutan hujan hingga ke gurun.

Pokok palma merupakan salah satu daripada pokok yang paling dikenali dan yang paling ditanam secara meluas. Pokok ini memainkan peranan yang penting untuk manusia dalam kebanyakan sejarah, bermula dengan Mesopotamia kuno. Banyak keluaran dan makanan biasa berasal daripada pokok palma, dan pokok palma juga digunakan secara meluas dalam seni taman disebabkan bentuknya yang eksotik dan oleh itu, telah menyebabkannya menjadi salah satu daripada tumbuhan yang penting dari segi ekonomi. Dalam banyak budaya sejarah, pokok palma merupakan lambang untuk gagasan seperti kemenangan, keamanan, dan kesuburan. Pada hari ini, pokok palma masih merupakan lambang sejagat yang popular untuk kawasan tropika dan percutian. [2].


Genus penting dari segi ekonomi

Sila lihat Senarai genus Arecaceae untuk senarai genus yang lengkap.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Palmaceae" ialah nama tak sah kerana nama Arecaceae (dan nama Palmae yang merupakan nama alternatif yang diterima, ICBN Perkara 18.5) diutamakan berbanding nama-nama lain untuk famili ini.
  2. ^ Seni taman dengan Pokok Palma di Mediterranean

Pautan luar

Templat:Link FA