Hang Tuah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Master of Books (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Master of Books (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
[[Image:TuahNatlHistoryMuseumKL.jpg|thumb|225px|'''Arca Hang Tuah''' oleh pengarca Malaysia, Heng Eow Lin, dari Kulim, Kedah. ''Gambar oleh: [http://allmalaysia.info/news/story.asp?file=/2005/8/23/arts/11835922&sec=mi_artists The Star Online.]'']]
[[Image:TuahNatlHistoryMuseumKL.jpg|thumb|225px|'''Arca Hang Tuah''' oleh pengarca Malaysia, Heng Eow Lin, dari Kulim, Kedah. ''Gambar oleh: [http://allmalaysia.info/news/story.asp?file=/2005/8/23/arts/11835922&sec=mi_artists The Star Online.]'']]


'''Hang Tuah''' ialah seorang pahlawan legenda berbangsa [[Melayu]] pada masa pemerintahan Sultan [[Melaka]] di [[abad ke-15]](Kerajaan Melaka bermula pada 1400-1511 A.D). Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampong Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Beliau ialah [[Laksamana]] yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.
'''Hang Tuah''' ialah seorang pahlawan legenda berbangsa [[Melayu]] pada masa pemerintahan Sultan [[Melaka]] di [[abad ke-15]](Kerajaan Melaka bermula pada 1400-1511 A.D). Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampong Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah [[Laksamana]] yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.


Sema
Pada masa mudanya, Hang Tuah beserta empat teman seperjuangannya, [[Hang Jebat]], [[Hang Kasturi]], [[Hang Lekir]], dan [[Hang Lekiu]] membunuh sekelompok orang mengamuk di desa yang didiami oleh Bendahara Melaka. Bendahara (sedarjat dengan [[Perdana Menteri]] dalam sistem pemerintahan sekarang) daripada [[Melaka]] mengetahui kehebatan mereka dan mengambil mereka untuk bertugas di [[istana]].
Pada masa mudanya, Hang Tuah beserta empat teman seperjuangannya, [[Hang Jebat]], [[Hang Kasturi]], [[Hang Lekir]], dan [[Hang Lekiu]] membunuh sekelompok orang mengamuk di desa yang didiami oleh Bendahara Melaka. Bendahara (sedarjat dengan [[Perdana Menteri]] dalam sistem pemerintahan sekarang) daripada [[Melaka]] mengetahui kehebatan mereka dan mengambil mereka untuk bertugas di [[istana]].



Semakan pada 04:14, 24 Februari 2007

Arca Hang Tuah oleh pengarca Malaysia, Heng Eow Lin, dari Kulim, Kedah. Gambar oleh: The Star Online.

Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Sultan Melaka di abad ke-15(Kerajaan Melaka bermula pada 1400-1511 A.D). Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampong Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.

Pada masa mudanya, Hang Tuah beserta empat teman seperjuangannya, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, dan Hang Lekiu membunuh sekelompok orang mengamuk di desa yang didiami oleh Bendahara Melaka. Bendahara (sedarjat dengan Perdana Menteri dalam sistem pemerintahan sekarang) daripada Melaka mengetahui kehebatan mereka dan mengambil mereka untuk bertugas di istana.

Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari. Dalam pertarungan itu Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari.

Tidak lama selepas itu Hang Tuah telah difitnah berzina dengan seorang gundik Sultan. Sultan Mahmud Shah secara gopoh memerintahkan hukuman mati ke atas Laksamana Hang Tuah. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.

Fail:Makamht.jpg
Makam Hang Tuah di Tanjung Kling, Melaka

Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat lalu bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya.

Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup.

Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya.

Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Tragedi ini masih menjadi perbalahan orang melayu sampai sekarang. Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang Tuah. Ini kerana Hang Jebat bukan saja derhaka kepada sultan bahkan telah membunuh ramai orang/rakyat Melaka yang tidak berdosa dengan mengamuk di dalam istana dan seluruh Melaka. Tindakan Hang Tuah yang membunuh Hang Jebat mungkin satu tindakan yang berupa hukuman mati terhadap pembunuh.

Sumpah yang terkenal daripada Hang Tuah ialah "Tak Melayu hilang di dunia" yang bererti suku Melayu tidak akan punah di bumi ini.

Hikayat Hang Tuah

"Hikayat Hang Tuah" merupakan sebuah cerita hikayat Melayu yang menggambarkan dengan terperinci keadaan semasa sewaktu tersebut. Hikayat Hang Tuah telah disifatkan oleh pengkaji sebagai menggambarkan tiga zaman yang ditempuhi oleh bangsa Melayu iaitu zaman permulaan, zaman kegemilangan, dan zaman kejatuhannya.

Terdapat pertelingkahan mengenai sama ada Hang Tuah benar-benar wujud, ataupun hanya dongengan semata-mata. Ini disebabkan tempoh yang dirangkumi dalam Hikayat Hang Tuah agak lama. Selain itu terdapat pertelingkahan dalam beberapa kitab lain mengenai jalan cerita hikayat Hang Tuah.

Masalah ini bukannya satu masalah yang besar dan merupakan satu perkara biasa bagi tokoh silam, sama seperti permasalahan tokoh Raja Arthur atau, tokoh Robin Hood dalam legenda Inggeris.

Lihat Juga