Penyapu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MerlIwBot (bincang | sumb.)
MerlIwBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: war:Silhig
Baris 73: Baris 73:
[[tr:Süpürge]]
[[tr:Süpürge]]
[[uk:Мітла]]
[[uk:Мітла]]
[[war:Silhig]]
[[yi:בעזים]]
[[yi:בעזים]]
[[zh:帚]]
[[zh:帚]]

Semakan pada 04:07, 30 Mei 2012

Penyapu

Penyapu ialah sejenis alat untuk membersihkan lantai dan halaman rumah atau bangunan. Sesebuah rumah tidak akan sempurna jika tidak ada penyapu. Biasanya kerja-kerja menyapu dilakukan pada awal pagi atau selepas sesuatu majlis.

Biasanya penyapu dibuat daripada lidi pelepah kelapa. Kini lidi penyapu dibuat daripada pelepah kelapa sawit. Penyapu yang lain pula dibuat daripada batang padi atau jerami gandum. Dengan teknologi moden, penyapu boleh dikilang iaitu penyapu plastik dengan pelbagai rupa, gaya, teknik dan tujuan menyapu.

Adat resam masyarakat Melayu

Penyapu sering dianggap sial dalam pantang-larang masyarakat Melayu. Anak-anak kecil tidak digalakkan dipukul dengan penyapu kerana akan mambawa sial kepada anak. Penyapu akan digantung di pintu belakang rumah dengan tujuan menghindari dari dimasuki pencuri. Memukul dengan penyapu kepada orang yang belum berkahwin juga dipercayai menyebabkan tiada jodoh kepada yang belum berkahwin.

Dalam filem Nasib Si Labu Labi arahan P.Ramlee, Mohd Zain yang melakonkan watak Labu dan Nana dalam persembahan "Aci-aci Buka Pintu", mengancam untuk memukul hantu dengan batang penyapu.

Kontroversi kerajaan Selangor

Pada 12 November 2007, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo telah mencetuskan kontroversi yang serius kerana "menghadiahkan" ketua pegawai PBT Majlis Daerah Hulu Selangor dan Pejabat Tanah Hulu Selangor dengan sebatang penyapu kerana gagal mengutip wang cukai seperti yang diharapkan.

Presiden Majlis Daerah Hulu Selangor, Tukiman Nail yang telah berkhidmat selama 30 tahun sebagai penjawat awam menerimanya dengan redha kerana mereka telah membuat persetujuan bersama setahun lalu, ketika hal ini dicadangkan.

Presiden Cuepacs, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) dan Datuk Seri Rais Yatim tidak senang dengan hukuman seumpama itu [1].

Kebudayaan barat

Dalam masyarakat barat, penyapu telah lama dikaitkan dengan ilmu sihir.

Lihat juga

Rujukan