Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Smim90 (bincang | sumb.)
Baris 32: Baris 32:
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, menerusi agensinya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), telah menyekat dan membekukan pembiayaan pendidikan (berupa dana kewangan) kepada pelajar [[Universiti Selangor]] (UNISEL). Pengakuan pembekuan ini turut diakui kebenarannya oleh Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said yang dihubungi Sinar Harian Online pada 7 Jun 2012.<ref>[http://www.sinarharian.com.my/nasional/ptptn-pelajar-kuis-juga-dibekukan-1.54636 Sinar Harian Online - PTPTN: Pelajar Kuis juga dibekukan]</ref>
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, menerusi agensinya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), telah menyekat dan membekukan pembiayaan pendidikan (berupa dana kewangan) kepada pelajar [[Universiti Selangor]] (UNISEL). Pengakuan pembekuan ini turut diakui kebenarannya oleh Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said yang dihubungi Sinar Harian Online pada 7 Jun 2012.<ref>[http://www.sinarharian.com.my/nasional/ptptn-pelajar-kuis-juga-dibekukan-1.54636 Sinar Harian Online - PTPTN: Pelajar Kuis juga dibekukan]</ref>


Menurut Pengarah Strategi [[PKR]], [[Rafizi Ramli]] meminta [[Menteri Pengajian Tinggi Malaysia]], Datuk Seri [[Mohamed Khaled Nordin]] memberi kenyataan sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar UNISEL adalah merupakan arahan dari beliau. Menurut Rafizi, Laman [[Twitter]] Datuk Seri Khaled Nordin telah mengggambarkan pendirian menteri tersebut. Khaled Nordin memberitahu dalam laman Twitternya: "Unisel boleh hapuskan yuran, dengan sendirinya memenuhi matlamat pendidikan percuma dan penutupan PTPTN yang dilaungkan Anuar (Naib Canselor Unisel) dan Pakatan". dalam pada itu Rafizi juga turut menyoal samada rasional pembekuaan ini adalah sebahagian dari mainan politik dendam Umno-Barisan Nasional (BN). Jika benar, Rafizi meminta Khaled untuk meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.<ref>[http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/06/khaled-nordin-arah-ptptn-sekat-pinjaman-unisel/ FMT News - Khaled Nordin arah PTPTN sekat pinjaman Unisel?]</ref>
Menurut Pengarah Strategi [[PKR]], [[Rafizi Ramli]] meminta [[Menteri Pengajian Tinggi Malaysia]], Datuk Seri [[Mohamed Khaled Nordin]] memberi kenyataan sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar UNISEL adalah merupakan arahan dari beliau. Menurut Rafizi, Laman [[Twitter]] Datuk Seri Khaled Nordin telah mengggambarkan pendirian menteri tersebut. Khaled Nordin memberitahu dalam laman Twitternya: "UNISEL boleh hapuskan yuran, dengan sendirinya memenuhi matlamat pendidikan percuma dan penutupan PTPTN yang dilaungkan Anuar (Naib Canselor UNISEL) dan Pakatan". dalam pada itu Rafizi juga turut menyoal samada rasional pembekuaan ini adalah sebahagian dari mainan politik dendam Umno-Barisan Nasional (BN). Jika benar, Rafizi meminta Khaled untuk meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.<ref>[http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/06/khaled-nordin-arah-ptptn-sekat-pinjaman-unisel/ FMT News - Khaled Nordin arah PTPTN sekat pinjaman Unisel?]</ref>


Dalam perkembangan sama, penuntut-penuntut [[Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor]] (Kuis), juga turut berdepan masalah pembekuan yang sama.<ref>[http://www.sinarharian.com.my/nasional/ptptn-pelajar-kuis-juga-dibekukan-1.54636 Sinar Harian Online - PTPTN: Pelajar Kuis juga dibekukan]</ref>
Dalam perkembangan sama, penuntut-penuntut [[Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor]] (Kuis), juga turut berdepan masalah pembekuan yang sama.<ref>[http://www.sinarharian.com.my/nasional/ptptn-pelajar-kuis-juga-dibekukan-1.54636 Sinar Harian Online - PTPTN: Pelajar Kuis juga dibekukan]</ref>

Semakan pada 02:50, 8 Jun 2012

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau singkatannya (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. Fungsi utama penubuhan perbadanan ini adalah untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. Bertitik tolak dari pinjaman kewangan yang diberikan, PTPTN juga bertanggungjawab untuk memungut kembali bayaran balik dari para peminjam yang telah melakukan pinjaman mereka dengan perbadanan tersebut.

Selain itu, PTPTN juga turut menyediakan skim simpanan pendidikan yang dikenali sebagai "Skim Simpanan Pendidikan Nasional" (SSPN) yang merupakan suatu bentuk produk tambahan, yang membolehkan pendeposit menyimpan wang bagi tujuan khairat pendidikan untuk anak-anak pada masa hadapan. Dalam pada itu juga PTPTN turut melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia.

PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

Kontroversi

Isu pemberhentian pinjaman perbelanjaan

Pada November 2011, media di Malaysia telah melaporkan bahawa Ahli Lembaga Pengarah PTPTN telah membuat cadangan supaya pinjaman perbelanjaan atau sara wang sara diri yang diberikan kepada pelajar yang memohon pinjaman pendidikan dari perbadanan ini diberhentikan pada tahun 2013. Tujuannya untuk mengurangkan bebanan perbadanan itu. Cadangan itu telah mendapat perhatian dan isu sensasi bagi rakyat di negara Malaysia, lantaran dari salah faham tersebut, pihak PTPTN telah mejelaskan bahawa ia merupakan suatu cadangan yang masih belum dimuktamadkan dan ianya masih melalui proses rundingan yang panjang.

Lantaran dari cadangan pemberhentian pinjaman perbelanjaan itu, suatu makanisme baru telah dirancang oleh pihak PTPTN bagi membantu pengagihan sumbangan kewangan kepada pelajar yang kurang berkemampuan. Antara mekanisma gantian yang dicadangkan adalah (PTPTN) merancang penubuhan dana baharu hasil sumbangan sektor korporat dan individu untuk disalurkan kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang kurang berkemampuan.

Penubuhan dana itu adalah sebahagian daripada cadangan PTPTN untuk mengehadkan pembiayaan mereka kepada hanya menampung yuran pengajian dan bukan lagi turut melibatkan kos sara hidup pelajar mulai 2013.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, cadangan penubuhan dana itu bersama pelan pembiayaan terhad sedang diperhalusi dan bakal dikemukakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan seterusnya dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi.

Ismail Mohammed Said berkata:

"Untuk menggalakkan sumbangan swasta, PTPTN akan mencadangkan kepada kerajaan untuk memberi pelepasan cukai kepada sektor korporat atau individu yang membantu,"

Tanpa mendedahkan saiz dana itu, Ismail berkata, sektor korporat boleh menyalurkan sumbangan melalui tiga kaedah iaitu menyalurkan secara terus kepada pelajar, institusi pengajian tinggi awam dan swasta atau melalui PTPTN yang akan mengagihkannya kepada pelajar yang layak.

Walaubagaimanapun, jika cadangan itu tidak diterima oleh kerajaan, PTPTN hanya meneruskan sahaja dasar pinjaman yang sedia ada.

Dalam menghadapi spekulasi cadangan ini, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin berkeyakinan bahawa cadangan tersebut mampu menyulitkan kehidupan pelajar miskin, walaubagaimanapun pihaknya akan meneliti cadangan PTPTN itu kelak dengan mengambil kira keperluan pelajar daripada semua golongan.

Sehingga November 2011, seramai 1.87 juta pelajar telah mendapat pinjaman PTPTN membabitkan peruntukan sebanyak RM41.60 bilion.

Pada tahun 2011 pula dijangka seramai 2.5 juta lagi pelajar akan memohon pinjaman PTPTN dan sehingga 31 September 2011, sebanyak RM2.74 bilion pinjaman telah dibayar balik oleh peminjam berbanding pembayaran balik yang sepatutnya iaitu RM6.2 bilion.[1]

Isu pembekuan pembiayaan pendidikan kepada pelajar UNISEL

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, menerusi agensinya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), telah menyekat dan membekukan pembiayaan pendidikan (berupa dana kewangan) kepada pelajar Universiti Selangor (UNISEL). Pengakuan pembekuan ini turut diakui kebenarannya oleh Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said yang dihubungi Sinar Harian Online pada 7 Jun 2012.[2]

Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli meminta Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi kenyataan sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar UNISEL adalah merupakan arahan dari beliau. Menurut Rafizi, Laman Twitter Datuk Seri Khaled Nordin telah mengggambarkan pendirian menteri tersebut. Khaled Nordin memberitahu dalam laman Twitternya: "UNISEL boleh hapuskan yuran, dengan sendirinya memenuhi matlamat pendidikan percuma dan penutupan PTPTN yang dilaungkan Anuar (Naib Canselor UNISEL) dan Pakatan". dalam pada itu Rafizi juga turut menyoal samada rasional pembekuaan ini adalah sebahagian dari mainan politik dendam Umno-Barisan Nasional (BN). Jika benar, Rafizi meminta Khaled untuk meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.[3]

Dalam perkembangan sama, penuntut-penuntut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), juga turut berdepan masalah pembekuan yang sama.[4]

Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tindakan menyekat kemudahan pinjaman ke pelajar Universiti Selangor (UNISEL) ekoran pendirian Pakatan Rakyat (PR) yang mahu ia dimansuhkan dan ia hanya bersifat sementara. Muhyiddin berkata, pembekuan diadakan untuk menyemak samaada Kerajaan Negeri Selangor dan Pakatan Rakyat masih memerlukan pinjaman pendidikan buat pelajar UNISEL atau tidak.[5]

Berikutan timbulnya isu ini, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) membantah dan mengecam tindakan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tersebut kerana perbuatan menyekat menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan Malaysia dan bercanggah dengan moto “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.[6] Ketidaksetujuan dalam isu pembekuan PTPTN juga turut disuarakan oleh Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ketua Pemuda Umno menegaskan, para penuntut tidak seharusnya menjadi mangsa dalam perbalahan antara PTPTN dan Kerajaan Selangor. Menurut Khairy, "Walaupun terbukti Kerajaan Selangor gagal untuk memberikan pendidikan percuma kepada negeri yang ditadbir oleh mereka, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana keutamaan harus diberi kepada pelajar. Mereka ini (Pelajar) datang daripada pelbagai kelompok, bukan semua berkemampuan untuk membayar yuran pengajian. Oleh itu PTPTN harus mengambil kira perkara tersebut sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pembekuan itu."[7]

Rujukan

Pautan luar