Cameroon: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
EmausBot (bincang | sumb.)
k r2.7.2+) (bot menambah: sn:Cameroon
EmausBot (bincang | sumb.)
k r2.7.2+) (bot mengubah: kk:Камерун
Baris 197: Baris 197:
[[pam:Cameroon]]
[[pam:Cameroon]]
[[ka:კამერუნი]]
[[ka:კამერუნი]]
[[kk:Кәмерун]]
[[kk:Камерун]]
[[kw:Kameroun]]
[[kw:Kameroun]]
[[rw:Kameruni]]
[[rw:Kameruni]]

Semakan pada 22:22, 9 Jun 2012

Koordinat: 3°52′N 11°31′E / 3.867°N 11.517°E / 3.867; 11.517

République du Cameroun
Republik Cameroon
Bendera Lambang
Cogan kata: Peace - Work - Fatherland
(Paix - Travail - Patrie)
Lagu kebangsaan: O Cameroon, Cradle of Our Forefathers
(Ô Cameroun, Berceau de nos Ancêtres)
Ibu negara
Bandar terbesar
Yaoundé
Douala
Bahasa rasmi Perancis, Inggeris
Kerajaan
 –Presiden
 –Perdana Menteri
Republik
 Paul Biya
 Philémon Yang
Kemerdekaan
 – Tarikh
dari Perancis dan UK
1 Januari, 1960
Kawasan
 – Jumlah

 – Air (%)

 475,442 km² (ke-53)
183,568 b psg
 1.3
Populasi
 – anggaran Julai 2005
 – banci 2003
 – Kepadatan
 

 16,322,000 (ke-58)
 15,746,179
34/km² (ke-167)
 88/b psg
GDP (PPP)
 – Jumlah
 – Per kapita
anggaran 2005
$43.196 billion (ke-84)
$2,421 (ke-130)
HDI (2006) 0.506 (sederhana) (ke-144)
Matawang CFA franc (XAF)
Zon waktu
 – Musim panas (DST)
WAT (UTC+1)
tidak diperhatikan (UTC+1)
Kod panggilan
TLD Internet
+237
.cm

Republik Cameroon merupakan sebuah negara republik unitari di bahagian tengah Afrika yang bersempadan dengan Nigeria di sebelah barat, Chad di timur laut, Republik Afrika Tengah di timur, Republik Congo, Gabon dan Guinea Khatulistiwa di selatan, dan juga Teluk Guinea di barat daya. Negara ini digelar "Afrika kecil" kerana kepelbagaian geologi dan kebudayaannya. Ciri-ciri semulajadi Cameroon termasuk pantai, gurun, gunung, hutan hujan, dan savana. Puncak tertingginya ialah Gunung Cameroon di bahagian barat daya, dan bandar-bandar terbesarnya ialah Douala, Yaoundé, dan Garoua. Cameroon dijadikan tempat tinggal lebih 200 suku etnik dan linguistik yang berlainan. Negara ini dikenali dengan gaya muzik tempatannya, terutamanya makossa dan bikutsi, serta juga pasukan bola sepak negara yang berjaya di pentas dunia. Bahasa Inggeris dan Perancis dijadikan bahasa utamanya.

Penghuni-penghuni terawal tanah Cameroon termasuk tamadun Sao sekitar Tasik Chad serta suku pemburu dan pengumpul Baka di hutan hujan tenggara. Peneroka-peneroka dari Portugal mendarat di pantai Cameroon sekitar abad ke-15 lalu menamakan tanah ini sbeagai Rio dos Camarões ("Sungai Udang"), iaitu asal-usul nama Cameroon. Askar-askar Fulani menubuhkan Emiriah Adamawa di bahagian utata pada abad ke-19, manakala pelbagai suku etnik di bahagian barat dan barat laut menubuhkan kerajaan-kerajaan kecil tetapi berkuasa. Cameroon menjadi jajahan Jerman pada tahun 1884. Setelah Perang Dunia Pertama, wilayah ini dibahagikan antara Perancis dan British sebagai mandat Liga Negara-negara. Parti politik Union des Populations du Cameroun mendukung kemerdekaan tetapi diharamkan pada 1950-an, lalu mencetuskan perang terhadap angkatan tentera Perancis dan jajahan Cameroon sehingga 1971. Pada tahun 1960, Cameroun Perancis menjadi merdeka di bawah nama Republik Cameroun dan pimpinan Presiden Ahmadou Ahidjo. Bahagian selatan British Cameroons pula bergabung dengan Cameroun pada tahun 1961 untuk membentuk Republik Persekutuan Cameroon. Negara ini kemudian dinamakan semula sebagai Republik Bersekutu Cameroon pada tahun 1972 dan kemudiannya Republik Cameroon pada tahun 1984.

Berbanding dengan negara-negara Afrika lain, Cameroon menikmati kestabilan politik dan sosial. Ini membolehkan pembangunan pertanian, jalan raya, jalan kereta api, dan industri-industri petroleum dan balak yang besar. Namun begitu, sebilangan besar rakyat Cameroon masih hidup dalam kemiskinan sebagai petani sara hidup. Kuasa dipegang kuat oleh Presiden Cameroon, Paul Biya, dan parti Gerakan Demokratik Rakyat Cameroon beliau, dan amalan rasuah amat meluas. Komuniti rakyat Cameroon berbahasa Inggeris makin berasa diasingkan daripada kerajaan pusat, sehingga ahli-ahli politik berbahasa Inggeris menuntut pengagihan kuasa yang besar dan juga pengasingan bagi wilayah bekas jajahan British daripada negara itu.

Rujukan


Lihat juga


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link GA