Euro: Perbezaan antara semakan
k r2.7.3) (bot menambah: lez:Евро |
k r2.7.3) (bot menambah: ilo:Euro |
||
Baris 362: | Baris 362: | ||
[[hr:Euro]] |
[[hr:Euro]] |
||
[[io:Euro]] |
[[io:Euro]] |
||
[[ilo:Euro]] |
|||
[[bpy:ইউরো]] |
[[bpy:ইউরো]] |
||
[[ia:Euro]] |
[[ia:Euro]] |
Semakan pada 01:12, 10 Julai 2012
Euro (simbol: €; kod perbankan: EUR) merupakan mata wang rasmi di negara-negara Eurozone, iaitu Austria, Belgium, Cyprus, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Ireland, Itali, Luxembourg, Malta, Belanda, Portugal, Slovenia dan Sepanyol. Euro merupakan mata wang tunggal untuk 320 juta warga Eropah. Dengan jumlah edaran sebanyak €610 bilion pada Disember 2006, euro merupakan mata wang yang mempunyai nilai tergabung yang tertinggi di dunia, melebihi dolar AS.[1]
Euro diperkenalkan kepada pasaran dunia pada tahun 1999 sebagai mata wang perakaunan dan mula digunakan secara fizikal (iaitu sebagai syiling dan kertas wang) pada 1 Januari 2002. Ia menggantikan Unit Mata Wang Eropah terdahulu pada kadar 1:1.
Euro diurus dan dikawal oleh Bank Pusat Eropah (ECB), yang beribu pejabat di Frankfurt, dan Sistem Bank-bank Pusat Eropah (ESCB) yang terdiri daripada bank pusat setiap negara ahli Eurozone. ECB mempunyai kuasa tunggal menentukan dasar mata wang, manakala ESCB membantu dalam mencetak, mengilang dan mengagihkan kertas wang dan syiling di setiap negara ahli, serta operasi segala sistem pembayaran Eurozone.
Meskipun setiap negara ahli Kesatuan Eropah (EU) layak menyertai Eurozone jika memenuhi beberapa permintaan kewangan, bukan semua ahli EU menggunakan mata wang euro. Setiap negara yang memeterai Perjanjian Maastricht 1993 telah berjanji untuk menggunakan euro pada suatu masa tertentu; namun, United Kingdom dan Denmark enggan menyertai Eurozone.[2] Sweden menolak penggunaan euro dalam sesuatu referendum pada 2003, dan sengaja tidak memenuhi permintaan kewangan supaya tidak layak menyertai Eurozone. Negara Eropah kecil iaitu Kota Vatican, Monaco dan San Marino yang bukan ahli EU menggunakan euro kerana mempunyai kesatuan mata wang dengan negara yang menyertai Eurozone. Andorra, Montenegro dan Kosovo juga menggunakan euro walaupun bukan ahli EU. Liechtenstein, sebuah negara kecil, terus menggunakan franc Switzerland.
Ciri-ciri
Syiling dan kertas wang
Satu euro dibahagikan kepada 100 sen (juga dipanggil eurocent untuk membezakannya daripada cent/sen mata wang lain). Setiap syling euro mempunai sisi sepunya yang menunjukkan nilai, dengan peta Eropah di latar belakang. Sisi negara di setiap syiling menunjukkan imej yang dipilih khusus untuk setiap negara yang mengeluarkan syiling itu. Syiling dari sesebuah negara boleh digunakan di mana-mana negara lain yang juga menggunakan euro.
Syiling euro termasuk €2, €1, €0.50, €0.20, €0.10, €0.05, €0.02 dan €0.01. Di Belanda dan Finland, di mana urus niaga dibulatkan kepada 5 sen terdekat, €0.02 dan €0.01 tidak digunakan, walaupun syiling kedua-dua nilai itu kekal sebagai wang sah.
Syiling peringatan yang bernilai €2 dengan sisi negara yang diubah pernah dikeluarkan - seperti Greece semasa Olimpik Athens 2004. Syiling €2 ini masih merupakan wang sah di setiap negara Eurozone. Syiling peringatan lain juga pernah dikeluarkan, tetapi bukan untuk peredaran, dan hanya merupakan wang sah di negara pengeluar syiling tersebut.
Setiap kertas wang euro mempunyai sisi sepunya bagi setiap nilai di kedua-dua sisi. Kertas wang euro termasuk €500, €200, €100, €50, €20, €10 dan €5. Seni reka bagi setiap kertas wang melakarkan tema seni bina Eropah pada zaman tertentu. Kertas wang nilai tinggi seperti €500 tidak dikeluarkan di beberapa negara, namun masih merupakan wang sah di seluruh Eurozone.
Walaupun dikeluarkan oleh beberapa negara, setiap wang kertas Euro mempunyai rupa yang sama, dan Euro dari satu negara boleh dipakai di negara yang lain.
Nombor siri
Walaupun wang kertas Euro rupanya sama, tetapi ada juga perbezaan kecil, iaitu nombor sirinya, sehingga boleh diketahui asalnya wang itu dihasilkan di mana.
- Di Jerman nombornya dimulai dengan X
- Di Ireland nombornya dimulai dengan T
- Di Belanda nombornya dimulai dengan P
- Di Greece nombornya dimulai dengan Y
- Di Perancis nombornya dimulai dengan U
- Di Luxembourg nombornya dimulai dengan ?
- Di Austria nombornya dimulai dengan N
- Di Finland nombornya dimulai dengan L
- Di Belgium nombornya dimulai dengan Z
- Di Itali nombornya dimulai dengan S
- Di Portugal nombornya dimulai dengan M
- Di Sepanyol nombornya dimulai dengan V
Simbol mata wang
Simbol mata wang euro khas (€) dipilih melalui tinjauan pendangan awam dan pemilihan oleh Suruhanjaya Eropah. Simbol yang menang direka oleh Alain Billiet dari Belgium.
Simbol itu dijelaskan oleh Suruhanjaya eropah sebagai "gabungan huruf epsilon bahasa Greek, iaitu tanda berat tamadun Eropah, serta 'E' untuk Eropah; dan garis-garis selari yang melambangkan kestabilan euro".
Kesatuan ekonomi dan kewangan Eropah
Sejarah (1990-2008)
Mata wang euro dicipta melalui cadangan Perjanjian Masstricht 1992. Bagi menyertai penggunaan mata wang baru ini, negara-negara ahli diwajibkan memenuhi beberapa kriteria tetap seperti defisit belanjawan kurang daripada tiga peratus daripada KDNK negara itu, nisbah hutang kurang daripada 60 peratus daripada KDNK, inflasi rendah, kadar bunga yang hampir sama dengan purata EU. Dalam Perjanjian Maastricht, United Kingdom dan Denmark dikecualikan dalam proses menerima mata wang euro.
Oleh sebab negara-negara ahli mempunyai cara membulatkan jumlah wang yang berbeza, setiap pertukaran antara mata wang tempatan perlu dilakukan menggunakan proses penyegitigaan melalui euro. Nilai euro definitif (iaitu kadar pertukaran apabila negara ahli mula menggunakan euro) ditunjukkan dalam jadual.
Matawang | Kod | Kadar | Ditetapkan pada | Berkuatkuasa |
---|---|---|---|---|
Schilling | ATS | 13.7603 | 31 Disember 1998 | 2002 |
Franc | BEF | 40.3399 | 31 Disember 1998 | 2002 |
Guilder | NLG | 2.20371 | 31 Disember 1998 | 2002 |
Markka | FIM | 5.94573 | 31 Disember 1998 | 2002 |
Franc | FRF | 6.55957 | 31 Disember 1998 | 2002 |
Mark | DEM | 1.95583 | 31 Disember 1998 | 2002 |
Irish pound | IEP | 0.787564 | 31 Disember 1998 | 2002 |
Lira | ITL | 1,936.27 | 31 Disember 1998 | 2002 |
Franc | LUF | 40.3399 | 31 Disember 1998 | 2002 |
Franc | MCF | 6.55957 | 31 Disember 1998 | 2002 |
Portuguese escudo | PTE | 200.482 | 31 Disember 1998 | 2002 |
Lira | SML | 1,936.27 | 31 Disember 1998 | 2002 |
Peseta | ESP | 166.386 | 31 Disember 1998 | 2002 |
Lira | VAL | 1,936.27 | 31 Disember 1998 | 2002 |
Drachma | GRD | 340.75 | 19 Jun 2000 | 2002 |
Slovenian tolar | SIT | 239.64 | 11 Julai 2006 | 2007 |
Paun | CYP | 0.585274 | 10 Julai 2007 | 2008 |
Lira | MTL | 0.4293 | 10 Julai 2007 | 2008 |
Koruna | SKK | 30.126 | 8 Julai 2008 | 2009 |
Kroon | EEK | 15.6466 | 13 Julai 2010 | 2011 |
Kadar-kadar tersebut ditentukan oleh Majlis Kesatuan Eropah, berdasarkan cadangan Suruhanjaya Eropah berdasarkan kadar pasaran pada31 Disember 1998, supaya satu Unit Mata Wang Eropah (ECU) sama dengan satu euro. Kadar tersebut tidak boleh ditentukan pada masa lebih awal, kerana ECU bergantung kepada kadar pertukaran tutupan untuk mata wang bukan euro (utamanya Pound Sterling) hari itu.
Prosedur yang digunakan untuk menentukan kadar pertukaran antara drachma Greece dan euro berbeza. Kadar pertukaran euro dengan mata wang lain ditentukan hanya beberapa jam sebelum euro digunakan, manakala kadar pertukaran antara euro dan drachma sudah ditetapkan beberapa bulan sebelum euro diperkenalkan di Greece, pada 9 Jun 2000.
Mata wang euro diperkenalkan dalam bentuk bukan fizikal (iaitu dalam bentuk cek pengunjung, pemindahan elektronik, perbankan dan lain-lain) pada tengah malam 1 Januari 1999. Pada masa itu, kadar pertukaran antara mata wang tempatan negara-negara ahli dengan euro mula ditetapkan secara kekal. Kertas wang dan syiling mata wang lama itu terus menjadi wang sah, sehingga kertas wang dan syiling euro baru diperkenalkan pada 1 Januari 2002.
Eurozone
- Rencana utama: Eurozone
Euro merupakan mata wang tunggal di Austria, Belgium, Cyprus, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Ireland, Itali, Luxembourg, Malta, Belanda, Portugal, Slovenia and Sepanyol. 15 negara ini dikenali sebagai "Eurozone". Di luar benua Eropah, euro merupakan wang sah di jajahan Perancis, iaitu Guiana Perancis, Réunion, Saint-Pierre et Miquelon, Guadeloupe, Martinique, Saint-Barthélemy, Saint Martin, Mayotte, Pulau Clipperton dan Tanah Selatan dan Antartika Perancis; wilayah autonomi Portugal Azores dan Madeira; dan Kepulaun Canary Sepanyol.
- Melalui perjanjian dua hala, Monaco, San Marino dan Kota Vatican mengilang syiling sendiri untuk Bank Pusat Eropah. Namun, jumlah syiling yang dikilang bagi negara-negara tersebut terhad.
- Andorra, Montenegro, Kosovo, dan Akrotiri dan Dhekelia menggunakan euro untuk pergerakan modal serta pembayaran tanpa menyertai ESCB. Mereka tidak berhak mengilang syiling sendiri.
- Jajahan dan bekas jajahan negara EU mempunyai mata wang yang dipautkan dengan euro. Ini termasuk CFP franc untuk Polynesia Perancis, New Caledonia, Wallis dan Futuna; Tanjung Verde; CFA franc untuk 14 negara Afrika barat dan tengah.
- Meskipun United Kingdom dan Denmark tidak menggunakan euro, mata wang itu turut diterima di negara-negara tersebut. Switzerland juga menerima euro.
Rujukan
- ^ Atkins, Ralph (2006-12-27). "Euro notes cash in to overtake dollar". Financial Times. Dicapai pada 2007-05-04.
- ^ "The €uro: Our Currency". Economic and Financial Affairs. Dicapai pada 2007-05-04.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Euro. |
Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link GA Templat:Link GA