Pop yeh-yeh: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 55: Baris 55:
:* [[The Rhythm Boys]]
:* [[The Rhythm Boys]]
:* [[The Singlap Five]]
:* [[The Singlap Five]]
:* [[The Hook]]
:* [[The Hooks]]
:* [[The Swallows]]
:* [[The Swallows]]
:* [[The Terwellos]]
:* [[The Terwellos]]

Semakan pada 03:18, 15 Julai 2012

Pop yeh-yeh merupakan sebuah genre yang popular di Malaysia, Singapura, Brunei dan di Sumatera - terutama di kawasan Riau ketika era 1960-an. Irama pop yeh-yeh menguasai dunia muzik Melayu dari tahun 1965 hingga 1971. Pop yeh-yeh merupakan kesan pengaruh hebat daripada kumpulan British, The Beatles ke atas industri muzik Melayu zaman itu. Malah, istilah pop yeh-yeh diambil daripada judul lagu popular The Beatles, She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh.

Pop yeh-yeh boleh dikatakan sebuah genre gabungan atau fusion genre dalam bahasa Inggeris. Ia merupakan gabungan irama Melayu klasik dengan rock and roll dan juga R&B.

Sejarah

Kulit album The Rhythm Boys, Novel

Lagu tempatan berirama pop yeh-yeh tempatan pertama dihasilkan ialah lagu Suzanna, dendangan M Osman pada tahun 1964. Ketika kemuncak kegilaan irama pop yeh-yeh, banyak kumpulan muzik atau istilah lamanya pancaragam yang ditubuhkan cuba meniru The Beatles dari segi penampilan, corak dan gaya persembahan.

Pada kebiasaannya, kumpulan gitar rancak atau dipendekkan gelarannya menjadi kugiran ini mempunyai empat anggota yang berperanan sebagai penyanyi, selain pengendali empat alat muzik iaitu tiga gitar elektrik dan dram. Ada di antaranya ditubuhkan di Singapura dan tidak kurang juga di Malaysia.

Perkembangan kugiran mendorong kewujudan banyak syarikat rakaman di Singapura sekitar 60-an, banyak lagu yang dirakamkan ke piring hitam dan dikomersilkan.

Antara penyanyi yang mencipta namanya pada ketika itu termasuklah A. Ramlie, Jeffrydin, Roziah Latiff, Adnan Othman, J Kamisah, Ahmad Jais, M Osman, Hussien Ismail, A Halim, S. Jibeng dan L Ramlie.

Ketika itu juga wujud beberapa kumpulan rock dan pop termasuk The Rhythm Boys, The Jayhawkers, The Siglap Five dan The Hook yang menampilkan M Romzi sebagai penyanyi utamanya.

Kegemilangan pop yeh-yeh mula merosot pada 1971. Semenjak kemerosotan irama pop yeh-yeh, pusat perkembangan muzik Melayu mulai beralih dari Singapura ke Kuala Lumpur.

Banyak penggubah lagu, penulis seni kata, penyanyi, penerbit album dan muzik mula bertandang bukan sahaja di Kuala Lumpur, malah beberapa bandar lain termasuk Johor Bahru serta Ipoh untuk mengambil peluang dari perkembangan muzik Melayu yang semakin rancak berubah.

Pop yeh-yeh moden

Pada masa sekarang, sudah tidak ada lagi kelahiran kugiran-kugiran pop yeh-yeh yang baru. Kalau ada pun kugiran pop yeh-yeh yang lama atau pun kugiran yang memainkan lagu-lagu lama. Pop yeh-yeh boleh dikatakan genre yang hampir mati ataupun sudah mati. Cuma ada segelintir kugiran atau penyanyi pop yeh-yeh yang masih lagi aktif. Di arus perdana masa kini, kugiran yang masih lagi dikenali adalah Orkes Nirwana itu pun cuma ada penyanyinya iaitu Dato' A. Rahman Hassan.


Ciri-ciri bunyian

Berikut adalah beberapa ciri-ciri pop yeh-yeh:

  • Vokal yang mendayu-dayu
  • Dram yang mudah atau tidak kompleks
  • Riff gitar yang berulang-ulang dan mudah tetapi rancak
  • Bes yang berbunga

Senarai penggiat

Penyanyi solo

Kugiran

Lihat juga

Pautan luar