Universiti Sains Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh Zulhelpme (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Smim90
Smim90 (bincang | sumb.)
perkataan Inggeris tak perlu
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox_University
{{Infobox_University
|name = Universiti Sains Malaysia<br/>'''<big> اونيۏرسيتي ساءين س مليسيا </big><br />'''University of Science Malaysia
|name = Universiti Sains Malaysia<br/>'''<big> اونيۏرسيتي ساءين س مليسيا </big><br />
|image = [[Fail:Universiti Sains Malaysia.svg|200px|Logo Universiti Sains Malaysia]]
|image = [[Fail:Universiti Sains Malaysia.svg|200px|Logo Universiti Sains Malaysia]]
|logo=[[Fail:Unisainslogo4.JPG|Logo Universiti Sains Malaysia]]
|logo=[[Fail:Unisainslogo4.JPG|Logo Universiti Sains Malaysia]]
|motto = ''Kami Memimpin'' <br> "We Lead"
|motto = ''Kami Memimpin''
|established = [[1969]]
|established = [[1969]]
|type = Awam
|type = Awam

Semakan pada 04:38, 24 Julai 2012

Universiti Sains Malaysia
اونيۏرسيتي ساءين س مليسيا
Logo Universiti Sains Malaysia
MotoKami Memimpin
JenisAwam
Ditubuhkan pada1969
CanselorDYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulail
Naib CanselorProfesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak
Lokasi,
KampusKampus Induk (Georgetown, Pulau Pinang),
Kampus Kesihatan (Kubang Kerian, Kelantan),
Kampus Kejuruteraan (Nibong Tebal, Pulau Pinang)
PenggabunganASAIHL
Laman sesawangwww.usm.my
Logo Universiti Sains Malaysia

Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebuah universiti awam di Malaysia. Kampus utamanya terletak di George Town,Pulau Pinang. Terdapat tiga kampus lain iaitu satu di Seberang Perai dan satu lagi di Kelantan dan satu "offshore" kampus yang menawarkan kursus sains perubatan di Uttar Pradesh, India.[1][2] USM mempunyai jumlah pelajar sekitar 29,789 orang pada 2006.[3] Ini menjadikannya ia sebuah universiti terbesar di Malaysia dari segi bilangan pelajar.

Universiti Sains Malaysia merupakan salah sebuah daripada lima universiti yang bertaraf universiti penyelidikan intensif di Malaysia.[4] Ini jelas mencapai misi dan visinya menjadi universiti bertaraf dunia melalui program penyelidikan bertaraf dunia dengan perancangan dan pelaksanaan aktiviti R&D. Universiti ini mendapat sokongan daripada kakitangan akademik dan sumber manusia yang cemerlang untuk menjayakan misinya. Pada 2006, USM mempunyai kira-kira 30,000 pelajar termasuk 7,000 orang bertaraf pascasiswazah.[5] Jumlah pensyarah seramai 1,600 orang. Ini bererti nisbah pensyarah-pelajar ialah 1:23.

Sejarah

Pintu utama di kampus utama USM

USM telah ditubuhkan sebagai universiti kedua di Malaysia pada 1969 dan pertama kali dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang. Pada masa yang sama, ia beroperasi di Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Pada 1971, kampus USM dialihkan ke kawasan yang berkeluasan 239.4 hektar, yang mana ia merupakan bekas kawasan berek tentera.[6]

Dari sudut lain, Universiti Sains Malaysia diberikan mandat untuk menjaga, mempromosi, dan menguruskan pendidikan tinggi dalam bidang yang mencakupi sains tulen, sains aplikasi, sains farmasi, sains bangunan dan teknologi, sains masyarakat, kemanusiaan, dan pendidikan dalam bentuk penyelidikan, kemajuan, dan penyebaran ilmu pengetahuan.

Kampus

Di samping kampus utama terletak di Minden, USM mempunyai dua kampus lain; Kampus Kejuruteraan di Seri Ampangan, Nibong Tebal, Seberang Perai dan Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan.

Kampus Kesihatan mula beroperasi sebagai Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada Ogos 1983. Kampus ini berkembang setelah Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) dipindahkan dari kampus induk ke lokasi sekarang seluas 72.84 hektar. Keseluruhan PPSP berpindah dari kampus induk pada Jun 1990. Setelah itu, dua buah pusat pengajian baru ditubuhkan iaitu Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK).

Kampus Kejuruteraan yang juga asalnya terletak di kampus induk sebelum dipindahkan ke Tronoh, Negeri Perak, berpindah ke Nibong Tebal pada 1997 secara berperingkat-peringkat.[7] Tapak itu kini digunakan oleh Universiti Teknologi Petronas.

Penyelidikan

Dewan Tuanku Syed Putra.

USM menawarkan kemudahan yang cemerlang bagi menjayakan penyelidikan dan pendidikan sama ada penyelidikan tempatan ataupun luar negeri. Tugas universiti ini mengutamakan pengajaran, penyelidikan, dan pengelolaan, yang mana ia memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusia dan kapasiti bangunan, pengetahuan dan industri yang kompetitif. Tujuan utama R&D ialah memfokuskan kepada minat dalam pencapaian akademik dan kerelevanan latihan. IRPA merupakan sumber penting kepada R&D di USM. Walau bagaimanapun, mengikut tahap penyelidikan, universiti menyediakan sejumlah dana untuk perbelanjaan operasi tahunan seperti latihan insentif dan penyelidikan jangka pendek. Dana tambahan sering merujuk kepada penyelidikan besar, anugerah, dan perundingan yang dimenangi oleh anggota kakitangan akademik.

Kawasan penyelidikan

Kawasan penyelidikan merupakan kekuatan istimewa di USM yang melibatkan sains kaji otak,saraf dan minda(neurosains), persekitaran yang bertemakan sains kehidupan, budaya, perubatan dan farmasi, pemprosesan bahasa semula jadi dan bantuan terjemahan komputer, teknologi maklumat, teknologi makanan, sains polimer dan teknologi, bioteknologi, pendidikan jarak jauh, sistem informasi geografikal, struktur analisis, sains bahan, kejuruteraan, permukaan kimia, dan visi robotik. Pulau Pinang mempunyai kemudahan penyelidikan yang cemerlang untuk pencarian usaha sama, yang meliputi pencemaran pantai, ekosistem bakau, dan pengairan marin.

Pendidikan

Graduan

Pejabat antarabangsa USM

USM menawarkan tiga jenis cara belajar melalui program graduasi, melalui penyelidikan, ataupun kombinasi antara kerja khusus dan penyelidikan, ataupun kerja khusus. Pada 2007, terdapat 6,687 pelajar dari pelbagai program pendidikan pada tahap sarjana dan kedoktoran. Sebanyak 1,424 daripada mereka merupakan penuntut luar negeri daripada lebih 40 buah negara.[5] Majoriti penuntut luar negeri berasal dari Asia Tenggara.

Prasiswazah

Semua pelajar prasiswazah program ijazah di USM memerlukan minimum tempoh belajar sepenuh masa selama tiga tahun. Ijazah kejuruteraan, sains kesihatan, farmasi, perubatan, dan pergigian memerlukan minimum tempoh belajar selama 4-5 tahun. Kebanyakan prasiswazah diajar dalam Bahasa Malaysia tetapi golongan prasiswazah yang baru diajar dalam Bahasa Inggeris, terutama kursus melibatkan sains. Pelajar antarabangsa akan ditunjukkan tahap kemahiran bahasa kebangsaan (bahasa Malaysia) untuk memenuhi kriteria kemasukan pelajar.

Program kursus lain

USM menawarkan program kursus khas untuk pelajar luar negeri, dan mereka boleh mengambil satu atau dua semester. Para pelajar akan ditimbangkan sebagaimana pelajar sepenuh masa dan akan menikmati kelebihan dalam akademik mahupun kemudahan fizikal. Universiti dan komuniti akan memberikan kelebihan yang sama-rata walaupun berbeza budaya untuk menjadikan ia sesuai dalam peringkat antarabangsa.

USM juga mempunyai pelbagai pusat pengajian. Ia ditubuhkan pada 1971 untuk memberi peluang kepada seorang dewasa yang bekerja untuk memperoleh kelayakan daripada universiti ini. Kebanyakan pelajar mampu membahagikan masa antara kursus graduasi dan waktu bekerja. Ia mempunyai empat program graduasi untuk dipelajari seperti Ijazah Sains, Ijazah Sains Sosial, Ijazah Seni, dan Ijazah Pengurusan.

Pusat pengajian

Kampus Matematik dan Sains Komputer USM

Pusat Pengajian Berdasarkan Teknologi

  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan
  • Pusat Pengajian Teknologi Industri
  • Pusat Pengajian Sains Perubatan
  • Pusat Pengajian Sains Pergigian
  • Pusat Pengajian Sains Kesihatan
  • Pusat Pengajian Sains Farmasi

Pusat Pengajian Seni Liberal

  • Pusat Pengajian Seni
  • Pusat Pengajian Komunikasi
  • Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
  • Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
  • Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
  • Pusat Pengajian Pengurusan

Pusat Pengajian Sains Tulen

  • Pusat Pengajian Sains Kajihayat
  • Pusat Pengajian Sains Kimia
  • Pusat Pengajian Sains Matematik
  • Pusat Pengajian Sains Komputer
  • Pusat Pengajian Fizik

Pusat Pengajian Sains Perubatan

  • Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT)

Desasiswa

Kampus Utama:

  • Aman Damai
  • Bakti Permai
  • Cahaya Gemilang
  • Fajar Harapan
  • Indah Kembara
  • Restu
  • Tekun
  • Saujana
  • Rumah Antarabangsa

Kampus Kejuruteraan:

  • Jaya
  • Lembaran
  • Utama

Kampus Kesihatan:

  • Murni
  • Nurani

Aktiviti di USM

Padang bola sepak di kampus utama USM

USM mempunyai kemudahan kepada pelajar seperti perpustakaan, penginapan, sukan, dan aktiviti rekreasi. Universiti ini menawarkan asrama kepada sekurang-kurangnya 75% daripada bilangan keseluruhan pelajar. Tempat penginapan itu dikenali sebagai perkampungan pelajar atau asrama (Desasiswa), dan ia terletak berhampiran kawasan kampus. Kafeteria turut menawarkan harga berpatutan dan boleh ditemui di sekitar kawasan universiti.

USM menyediakan kemudahan sukan seperti padang bola sepak, gelanggang badminton, gelanggang tenis, padang hoki, padang ragbi, padang sofbol, gelanggang skuasy, dan gelanggang bola keranjang. Aktiviti kebudayaan turut dijayakan di universiti ini.

Pada 2010, USM mencatat sejarah apabila pasukan kelab bola sepak kakitangannya, USM FC menjadi pasukan universiti pertama bermain dalam Liga Perdana Malaysia.

Kedudukan

Universiti Sains Malaysia berada pada kedudukan ke-111 mengikut Kedudukan Universiti Dunia 2004 yang diterbitkan oleh the Times Higher Education Supplement.[8] Walau bagaimanapun, ia terus terkeluar daripada senarai 200 universiti terbaik di dunia pada 2005. Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Dzulkifli Abdul Razak berkata terdapat penambahan ukuran baru dalam proses penilaian yang melibatkan sumbangan yang kukuh bagi menentukan kedudukan universiti:

Kedudukan kita yang jauh ketinggalan dianggap berpunca daripada kenyataan bahawa kita adalah universiti yang agak muda dibandingkan dengan UM yang berusia 100 tahun. Mereka telah membina reputasi kukuh pada masa tersebut.

Prof. Dzulkifli menyatakan mengenai pemberian nisbah di universiti Malaysia:

Lebih setahun yang lalu kita telah menggandakan penuntut kita. Kini, USM mempunyai 35,000 penuntut termasuklah 28,000 siswa tetapi bilangan pensyarah kira-kira 1,400 tidak tidak bertambah beriringan.

Di Malaysia, USM mendapat tempat terakhir dalam Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Awam (Setara) 2007 bagi kategori universiti penyelidikan.[9] Secara keseluruhan pula, USM memperoleh skor 3 (baik).[10] Bagaimanapun pada 2008, USM telah dinaikkan taraf ke Universiti APEX yang menjadi peneraju utama ke arah kecemerlangan pendidikan di Malaysia.[11] Namun demikian, USM menjadi satu-satunya universiti di Malaysia yang kedudukannya merosot dalam Times Higher Education-QS World University Rankings 2008 apabila jatuh dari tangga 307 kepada 313.[12] Pada tahun 2009, setelah USM berusaha dengan tekun, ia diletakkan di nombor 114 mengikut THES-QS World University Rankings 2009 di dalam bidang Life Sciences & Biomedicine. Kedudukan ini adalah yang paling tinggi untuk sebuah universiti di Malaysia di bidang Sains Kehidupan dan Bioperubatan. Kedudukan pada tahun 2010 di antara universiti negara-negara Asia di bawah kategori yang sama meletakkan universiti ini di tahap nombor 20 iaitu yang paling tinggi di Malaysia mengikut kedudukan 2010.[13]

Jadual berikut menunjukkan kedudukan Universiti Sains Malaysia mengikut THES - QS World University Rankings yang diterbitkan oleh Times Higher Education Supplement (THES) dan Quacquarelli Symonds (QS).

Tahun Kedudukan
2011 335[14]
2010 309[15]
2009 314[16]
2008 313 (APEX U)
2007 307 (Terakhir dalam RU)
2006 -
2005 >200
2004 111

Filem dan televisyen

Terdapat beberapa filem yang difilemkan di atau sekitar kampus USM, termasuk:

Terdapat rancangan televisyen yang menggunakan kampus USM sebagai lokasi penggambaran, termasuk:

  • Layang-layang Terputus Talinya

Rujukan

  1. ^ USAHA USM MEMARTABATKAN PENGAJIAN TINGGI NEGARA Berita USM. 22 Februari 2010
  2. ^ IPTA pertama buka cawangan di luar negara Jabatan Pendaftar Kampus Kesihatan
  3. ^ Current Information 2006 (Petunjuk Semasa 2006 USM) BPLK USM.
  4. ^ Boost for research TheStar. 19 Ogos 2007.
  5. ^ a b Institute of Graduate Sudies USM
  6. ^ Sejarah Universiti Sains Malaysia USM.
  7. ^ "Kampus Kejuruteraan USM Tronoh dipindah". Utusan Malaysia. 26 Mei 2001. Diarkibkan daripada yang asal |archive-url= requires |url= (bantuan) pada 2001. |access-date= requires |url= (bantuan)
  8. ^ World University Rankings Times Higher Education Supplement 2004.
  9. ^ UM Diiktiraf Universiti Cemerlang Bernama.com. 16 Mei 2008.
  10. ^ Only one varsity rated excellent NST Online. 17 Mei 2008.
  11. ^ USM terpilih pikul Apex Berita USM. 9 September 2008.
  12. ^ Choi Tuck Wo (10 Oktober 2008). "Varsities improve on rankings". TheStar. Dicapai pada 2008-10-13.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  13. ^ Asian University Rankings life-sciences-biomedicine - Top 200 | Top Universities
  14. ^ QS World University Rankings 2011/12
  15. ^ QS World University Rankings 2010
  16. ^ QS World University Rankings 2009

Pautan luar