Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 118.100.232.53 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Aurora
Baris 197: Baris 197:
* Mewujudkan hubungan erat di kalangan warga sekolah - pelajar, guru, staf sokongan dan pentadbir dengan ibu bapa dan masyarakat bagi mencapai kegemilangan.
* Mewujudkan hubungan erat di kalangan warga sekolah - pelajar, guru, staf sokongan dan pentadbir dengan ibu bapa dan masyarakat bagi mencapai kegemilangan.
* Memantapkan budaya kebesihan, keceriaan, kekemasan, keselamatan, kesihatan dan bermaklumat ( 5K , 1 B ).
* Memantapkan budaya kebesihan, keceriaan, kekemasan, keselamatan, kesihatan dan bermaklumat ( 5K , 1 B ).
* Memberi bimbingan dan perhatian kepada semua pelajar supaya proses pendidikan berjalan secara adil dan berkesan.
* Memberi bimbingan dan perhatian kepada semua pelajar supaya proses pendidikan berjalan secara adil dan berkesan.
* Meningkatkan penghayatan nilai-nilai keagamaan dan nilai-nilai murni di kalangan pelajar SMK Dang Anum sebagai satu cara hidup yang syumul.
* Meningkatkan penghayatan nilai-nilai keagamaan dan nilai-nilai murni di kalangan pelajar SMK Dang Anum sebagai satu cara hidup yang syumul.



Semakan pada 07:54, 24 Julai 2012

Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum
Lokasi
Jalan Jasin, Merlimau, Melaka
 Malaysia Jalan Jasin, 77300, Merlimau,, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Berasrama (Aspuri)
Moto"Kerajinan Tangga Kemajuan"
Ditubuhkan1963
Nombor sekolah6062631205
Kod sekolahMEB1064
Faks6062636759
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum (dikenali sebagai SMKDA / SDA) ialah sebuah sekolah menengah harian yang dibina di sekitar kawasan Merlimau, Jasin dengan kawasan seluas lebih kurang 13 ekar. SMKDA merupakan antara sekolah cemerlang di daerah Jasin, Melaka dan memperoleh pelbagai anugerah dan pencapaian. Kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh pelajar-pelajar telah mengharumkan nama sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan. Sehingga kini, SMK Dang Anum masih giat berusaha untuk menjadi salah sebuah sekolah yang termasyhur di negeri Melaka.

Sejarah sekolah

Nama Dang Anum begitu sinonim dengan masyarakat daerah Jasin masa kini sebagai sebuah insititusi pendidikan yang cukup dominan. Sebagai sebuah sekolah terawal penubuhannya, pelbagai onak dan duri terpaksa diharungi, bagi mencapai visi dan misi sehinggalah berjaya menempa nama antara sekolah yang disegani di daerah ini.

Pada awal tahun 1960-an, keperluan pendidikan peringkat menengah amat mendesak di kawasan Jasin Pantai iaitu kawasan Pekan Merlimau dan kawasan sekitarnya. Atas desakan penduduk setempat akhirnya pada tahun 1963 wujudlah sekolah menengah pertama di Merlimau. Pada tahun 1967, merupakan julung-julung kalinya pelajar sekolah ini mengambil peperiksaan LCE dengan jumlah calonnya hanya 44 orang. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Mohamed Khir Johari, Menteri Pelajaran pada 8 hb Oktober 1965. Sekolah ini telah memulakan bahasa pengantar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kemudian, kelas-kelas dalam pengantar Bahasa Melayu telah dipindahkan ke Sekolah Menengah Dato` Abdul Rahman Yaacob pada tahun 1968.

Pada awalnya sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah XXX atau Sekolah Menengah Lanjutan. Nama ini tidak kekal lama apabila tidak lama kemudian namanya ditukar kepada Sekolah Inggeris. Seterusnya sekolah ini diberi nama Sekolah Dang Anum .Nama ini diambil sempena nama Lagenda Srikandi Dang Anum, anak kepada Sang RajunaTapa, ( Bendahara Temasik) yang berani mempertahankan hak dan kebenaran..Dang Anum merupakan anak Sang Rajuna Tapa yang telah dibelah perutnya semasa sedang mengandung kerana telah memakan seulas nangka dari buah sulung kepunyaan Sultan tanpa kebenaran. Lagenda inilah yang memberi inspirasi pentadbiran sekolah ketika itu sehingga terpahatny nama SMK Dang Anum.Lagu rasmi SMK Dang Anum serta lencana sekolah adalah hasil ciptaan guru sekolah ini. Lagu dan senikatanya dicipta oleh seorang guru encik Roslan Dol yang berentak `march` manakala lencana sekolah pula hasil ciptaan Mr. John. Ang. Warna hijau sebagai symbol srikandi bangsawan Melayu dan lambang kesegaran dan ketenangan. Warna kuning sebagai symbol srikandi bansawan Melayu dan lambanga kebanggaan. Warna biru pula lambing kejujuran manakala warna merah memberi erti kegigihan pelajar. Simbol harimau dan obor serta bintang dan perisai bermaksud pelajar SMK Dang Anum sentiasa tabah mencipta kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Mulai tahun 1983 Program Kelasa Rancangan Khas mula dilaksanakan manakala Program Kelas Kawalan dimulakan pada tahun 2003.

Pada tanggal 3 Mac 1970, telah dilangsungkan perasmian penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini. YB Datuk Haji Ahmad bin Ithnin telah menjadi pengerusi persatuan ini pada tahun 1973 hingga 1976. Kemudian , teraju kepimpinan PIBG bertukar ganti kepada Tuan Haji Othman bin Abdullah pada tahun 1977 hingga 1979. Pada tahun 1980 hingga 1988, YB Datuk Haji Ahmad bin Ithnin telah menjadi pengerusi persatuan ini buat kali kedua. Selepas itu, pada tahun 1989 hingga 2004, Datuk Haj Abu bin Pit ( kini bergelar YB) pula meneruskan taraju kepimpinan ini. Kini, PIBG SMK Dang Anum telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Ibrahim bin Hj. Ithnin.

Pancaragam Pengakap Sekolah adalah antara persatuan yang popular suatu masa dulu yang telah dibentuk pada awal tahun 1973 dan dirasmikan oleh Dato` Said Hashim bin Haji Abdul, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia pada 18 Ogos 1973. Surau baru Sekolah Menengah Dang Anum telah dimulakan pembinaannya pada 18 April 2001 bagi menggantikan surau lama sejaka tahun1981. YAB Datuk Seri Mohd. Ali bin Rustam, Ketua Menteri Melaka telah merasmikan surau baru ini pada 17hb Mei 2002. Pada tahun 2002 juga sekolah ini telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan menerima Projek Payung bagi membina makmal komputer bernilai RM 500 ribu. Walaupun projek ini telah tergendala selama hampir setahun, namun kini makmal komputer tersebut telahpun siap dibina dan telah mula digunakan sepenuhnya mulai tahun 2005.

Sejarah SMK Dang Anum terus menempa arus kemajuann negara. Pada 21 Jun 1991, sekolah ini merayakan sambutan Jubli Perak setelah menempuh 25 tahun usia penubuhannya. Upacara perasmian penuh warna-warni telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu YAB Encik Ghafar Baba di samping merasmikan bangunan baru (Blok F) . Cabaran demi cabaran telah dilalui dengan tabah. Hari ini. Setelah ditadbir oleh tujuh orang pengetua, SMK Dang Anum masih tetap srikandi. Anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan pada tahun 1999 ( Naib Johan Kedua Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar) dan pelbagai kejayaan serta anugerah yang diperolehi telah mematangkan seluruh warga SMK Dang Anum. Pada tahun 2004 sekolah ini masih menjadi pilihan apabila berjaya mengharumkan nama sekolah sebagai Naib Johan Peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan ( Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar ) serta Naib Johan Anugerah Asrama Seri Gemilang Peringkat Kebangsaan. Pada tahun 2005 SMK Dang Anum dan juga Asrama Puteri SMK Dang Anum telah berjaya menjadi juara berganda dalam Pertandingan Sekolah Patriotik Peringkat Negeri Melaka sempena sambutan bulan kemerdekaan .Pada tahun 2006 SMK Dang Anum sekali lagi telah dipilih mewakili negeri Melaka ke peringkat kebangsaan dalam Pertandingan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran.

Pengetua

Sejak penubuhan, SMK Dang Anum telah dipimpin oleh sepuluh orang pengetua. Berikut disenaraikan nama pengetua sekolah ini mulai tahun penubuhannya sehingga kini,

  • Cik Wee Lian Neo (1965 – 1967)
  • Encik Chan Kok Tee (1967 – 1970)
  • Encik Mahpar bin Hj. Manap (1970 – 1973)
  • Encik M.Namasirayam (1973 – 1991)
  • Tuan Hj. Faisal bin Hj. Tamby Chik (1991 – 1995)
  • Puan Hjh. Che’ Gayah binti Ariffin (1995 – 2003)
  • Cik Nazahah binti Mohamad (2003 - 2006)
  • Encik Yusof bin Ahmad (2006 – 2007)
  • Puan Hjh. Maimun Binti Subuh (2007 – 2008)
  • Puan Hjh. Masnah Binti Md. Nor (2008 hingga kini)

Masa kini

Hari ini, SMK Dang Anum terus berusaha mengekal, membuat penambahbaikan dan menempa kejayaan selari dengan visi sekolah SMK Dang Anum memacu ke arah kegemilangan di peringkat kebangsaan.

Lagu rasmi sekolah

Dang Anum
Nama Puteri Melayu
Jadi Lambang Sejati
Semangat Berkobar
Menuntut Ilmu
Itu Sumpahan Kami

Belajar Teruslah Belajar
Sampai ke Medan Jaya
Rajin dan Usaha
Tekun dan Sabar
Tercapai Cita-cita

Dang Anum
Dang Anum
Kemegahan Kami
Nama Baiknya dijagai

Pencapaian sekolah

Tahun 2007:

  • Anugerah Sekolah Cemerlang (ASC) 2007
  • Saguhati Pertandingan Pusat Sumber Sekolah
  • Johan Pertandingan Makmal Komputer Peringkat Negeri
  • Johan Kawasan Merlimau, Tilawah Al-Quran
  • Naib Johan Kawasan Merlimau, Pertandingan Nasyid
  • Johan Daerah Jasin, Public Speaking
  • Tempat Ketiga Kawasan Merlimau, Bola Sepak Bawah 15 Tahun
  • Tempat Ketiga Kawasan Merlimau, Bola Sepak Bawah 18 Tahun
  • Johan Kawasan Merlimau, Sepak Takraw Lelaki Bawah 15 Tahun
  • Naib Johan Kawasan Merlimau, Sepak Takraw Lelaki Bawah 18 Tahun
  • Naib Johan Kawasan Merlimau, Bola Jaring Perempuan Bawah 15 Tahun
  • Menyertai Pertandingan Kaligrafi Cina Peringkat Kebangsaan
  • Tempat Ketiga Kawat Kaki Kadet Polis, Daerah Jasin
  • Tempat Kelima Ronda Pandu Arah Kadet Polis, Daerah Jasin
  • Tempat Keempat Jalan Lasak Kadet Polis, Daerah Jasin
  • Johan MSSNM, Bola Tampar Lelaki 15 Tahun
  • Johan MSSNM, Bola Tampar Lelaki 18 Tahun
  • Tempat Ketiga Kawasan Merlimau, Ping Pong Lelaki 18 Tahun
  • Tempat Keempat Kawasan Merlimau, Ping Pong Lelaki 18 Tahun
  • Tempat Ketiga Kawasan Merlimau, Ping Pong Perempuan 18 Tahun
  • Naib Johan Kawasan Merlimau, Bola Baling Lelaki 15 Tahun
  • Tempat Ketiga Kawasan Merlimau, Bola Baling Lelaki 18 Tahun
  • Johan Kawasan Merlimau, Badminton Perempuan 15 Tahun
  • Naib Johan Kawasan Merlimau, Badminton Perempuan 18 Tahun
  • 23 Emas, 13 Perak, 14 Gangsa, Olahraga Kawasan Merlimau
  • 5 Emas, 3 Perak, 4 Gangsa, Olahraga Pendidikan Khas Merlimau
  • Naib Johan MSSNM, Bola Lisut Lelaki 15 Tahun
  • Naib Johan MSSNM, Lawn Bawl Perempuan 18 Tahun
  • Larian Merdeka Sempena Hari Kemerdekaan Ke-50, Peringkat Kebangsaan
  • Menyertai Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri, Peringkat Negeri
  • Latihan Pusat Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah, Peringkat Kebangsaan
  • Penarafan Pengakap Raja, Peringkat Negeri
  • Perkhemahan Ujian Lencana Pengakap Muda dan Remaja, Peringkat Daerah
  • Jambori Pengakap ke-6, Peringkat Negeri
  • Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam, Peringkat Negeri
  • Pertandingan Kawat Kaki Kadet Pertahanan Awam, Peringkat Negeri
  • Pertandingan Menyelamat Kadet Pertahanan Awam, Peringkat Negeri

Tahun 2008:

  • Naib Johan Daerah Jasin, Pertandingan Sayembara Puisi
  • Johan Daerah Jasin, Pertandingan Public Speaking
  • Tempat Ketiga Peringkat Negeri, Pertandingan Tilawah Al-Quran
  • Naib Johan Peringkat Negeri, Pertandinga Sahibba
  • Johan daerah Jasin, Pertandingan Kuiz Pelancongan
  • Johan Kawasan Merlimau, Pertandingan Bola Sepak Lelaki 15 Tahun
  • Naib Johan Kawasan Merlimau, Pertandingan Bola Sepak Lelaki 18 Tahun
  • Naib Johan Kawasan Merlimau, Sepak Takraw Lelaki Bawah 15 Tahun
  • Tempat ketiga Kawasan Merlimau, Sepak Takraw Lelaki Bawah 18 Tahun
  • Tempat ketiga MSSNM, Bola Tampar Lelaki 15 Tahun
  • Johan MSSNM, Bola Tampar Lelaki 18 Tahun
  • Naib Johan MSSM, Bola Tampar Lelaki 18 Tahun
  • Tempat ketiga MSSNM, Bola Tampar Perempuan 18 Tahun
  • Tempat keenam MSSM, Bola Tampar Perempuan 18 Tahun
  • Johan MSSNM, Bola Tampar Perempuan 15 Tahun
  • Naib Johan Kawasan Merlimau, Bola Jaring Perempuan 15 Tahun
  • Naib Johan Kawasan Merlimau, Bola Jaring Perempuan 18 Tahun
  • Johan Pasukan Kawasan Merlimau, Ping Pong Perempuan 18 Tahun
  • Johan Individu Kawasan Merlimau, Ping Pong Perempuan 18 Tahun
  • Naib Johan Individu Kawasan Merlimau, Ping Pong Perempuan 18 Tahun
  • Tempat Ketiga Pasukan Kawasan Merlimau, Ping Pong Lelaki 18 Tahun
  • Johan Individu MSSNM, Ping Pong Perempuan 18 Tahun
  • Johan Berpasukan MSSNM, Ping Pong Perempuan 18 Tahun
  • Tempat Ketiga Individu MSSNM, Ping Pong Perempuan 18 Tahun
  • Tempat Keempat Individu MSSM, Ping Pong Perempuan 18 Tahun
  • Johan Berpasukan SUKMA XII, Ping Pong Perempuan Bawah 21 Tahun
  • Johan Kawasan Merlimau, Bola Baling Lelaki 15 Tahun
  • Naib Johan Kawasan Merlimau, Bola Baling Lelaki 18 Tahun
  • Johan Kawasan Merlimau, Badminton Lelaki 15 Tahun
  • Johan Kawasan Merlimau, Badminton Perempuan 15 Tahun
  • Johan Kawasan Merlimau, Badminton Perempuan 18 Tahun
  • Naib Johan MSSNM, Badminton Perempuan 15 Tahun
  • Tempat Ketiga Beregu MSSNM, Badminton Perempuan 18 Tahun
  • 14 Emas, 11 Perak, 10 Gangsa, Olahraga Kawasan Merlimau
  • Naib Johan MSSNM, Jalan Kaki 3000m Lelaki 15 Tahun
  • Naib Johan MSSNM, Jalan Kaki 3000m Perempuan 15 Tahun dan 5000m Terbuka
  • Tempat Ketiga MSSNM, Lempar Cakera Perempuan 18 Tahun
  • 3 Emas, 1 Perak, 1 Gangsa, Olahraga Pendidikan Khas Kawasan Merlimau
  • Naib Johan MSSNM, Bola Lisut Lelaki 15 Tahun
  • Johan Kawasan Merlimau, Bola Baling Perempuan 15 Tahun
  • Naib Johan Kawasan Merlimau, Bola Baling Perempuan 18 Tahun
  • Pingat Perak Danga International 2008, Lawn Bawl Perempuan
  • Pingat Perak SUKMA XII, Lawn Bawl Perempuan
  • Menyertai Perkhemahan Kor Kadet Polis, Peringkat Negeri
  • Menyertai Perkhemahan Tahunan Bulan Sabit Merah, Peringkat Negeri
  • Menyertai Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri, Peringkat Negeri
  • Menyertai Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah, Peringkat Negeri
  • Perkhemahan KRS Perempuan, Peringkat Kebangsaan
  • Perkhemahan KRS Lelaki, Peringkat Kebangsaan
  • Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja, Peringkat Negeri

Maklumat sekolah

Alamat surat menyurat:

Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum
Jalan Jasin, 77000
Merlimau, Melaka

No. telefon / faksimili:

  • No. telefon: (+6)06-2631205
  • No. faksimili: (+6)06-2636759

Informasi ICT : Alamat e-mel: meb1064@ppdjasin.edu.my

Visi dan misi sekolah

Visi :

SMK Dang Anum terus mengekalkan kegemilangan di peringkat kebangsaan.

Misi :

  • Memberi pendidikan berkualiti bagi melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berakhlak mulia.
  • Meningkatkan budaya ilmu dan menanamkan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan ilmu dalam meningkatkan martabat insan.
  • Meningkatkan kesedaran tentang pengisian masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
  • Menanam semangat bekerja tinggi di kalangan warga sekolah.
  • Mewujudkan hubungan erat di kalangan warga sekolah - pelajar, guru, staf sokongan dan pentadbir dengan ibu bapa dan masyarakat bagi mencapai kegemilangan.
  • Memantapkan budaya kebesihan, keceriaan, kekemasan, keselamatan, kesihatan dan bermaklumat ( 5K , 1 B ).
  • Memberi bimbingan dan perhatian kepada semua pelajar supaya proses pendidikan berjalan secara adil dan berkesan.
  • Meningkatkan penghayatan nilai-nilai keagamaan dan nilai-nilai murni di kalangan pelajar SMK Dang Anum sebagai satu cara hidup yang syumul.

Maklumat sekolah

Etos :

  • Dikelilingi dengan pokok-pokok bunga yang beraneka warna dan jenis, memberikan satu persekitaran yang harmoni dan tenteram bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sekolah dalam taman menjadi etos SMK Dang Anum.
  • Sekolah Ceria Harmoni – Pelajar dan guru sentiasa dalam keadaan ceria serta persekitaran sekolah , bilik darjah sentiasa dalam suasana yang kondusif dan harmoni.

Falsafah :

Menginsafi bahawa Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha mengubahnya.

Menyedari hakikat itu maka seluruh warga SMK Dang Anum mesti digembeling dengan sebaik cara dan seberkesan mungkin dan bahawa kunci kepada kejayaan ialah perancangan penyusunan, pengamatan ilmu, penilaian kendiri, sains dan teknologi.

Meyakini bahawa manusia tidak dapat hidup dengan kemajuan kebendaan semata-mata tanpa perikemanusiaan, peradaban dan keimanan, maka ke arah itu SMK Dang Anum akan membudayakan sekalian pelajar dan kakitangan sekolah.

Pautan luar