Ismail Hutson: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan |
Reverted to revision 2278347 by Aurora. (TW) |
||
Baris 10: | Baris 10: | ||
==Meninggal dunia== |
==Meninggal dunia== |
||
Ismail Hutson meninggal dunia pada 21 Julai 2012 di Pusat Perubatan Sime Darby, [[Subang Jaya]], [Selangor] pada usia 73 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara, Seksyen 9. Isteri keduanya, Hafidzah Khasbullah memaklumkan bahawa Ismail Hutson demam panas yang agak teruk dan komplikasi penyakit jantung dan dimasukkan ke Unit Rawatan Kritikan. Isteri pertamanya Zaiton Osman mempunyai 7 orang anak.<ref>[http://www.theborneopost.com/2012/07/22/ismail-hutson-dies-of-heart-complication/ Ismail Hutson dies of heart complication]</ref> Mereka menetap di Taman Nusa Subang Bistari, [[Shah Alam]]. |
Ismail Hutson meninggal dunia pada 21 Julai 2012 di Pusat Perubatan Sime Darby, [[Subang Jaya]], [[Selangor] pada usia 73 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara, Seksyen 9. Isteri keduanya, Hafidzah Khasbullah memaklumkan bahawa Ismail Hutson demam panas yang agak teruk dan komplikasi penyakit jantung dan dimasukkan ke Unit Rawatan Kritikan. Isteri pertamanya Zaiton Osman mempunyai 7 orang anak.<ref>[http://www.theborneopost.com/2012/07/22/ismail-hutson-dies-of-heart-complication/ Ismail Hutson dies of heart complication]</ref> Mereka menetap di Taman Nusa Subang Bistari, [[Shah Alam]]. |
||
Semakan pada 10:16, 29 Julai 2012
Dato' Ismail Bin Hj Omar atau lebih dikenali sebagai Ismail Hutson merupakan seorang pelakon filem Melayu di Malaysia. Dato' Ismail Bin Haji Omar dilahirkan di Selangor. Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia yang sering berusaha untuk memulihkan imej Zoo Negara yang terletak di Hulu Kelang, Kuala Lumpur.
Beliau dianugerahkan pingat DPMS, KMN , PJK dan JP daripada kerajaan.
Presiden Persatuan Zoologi Malaysia
Selaku Presiden , beliau berjuang memperjuangkan lokasi Zoo Negara agar tidak dipindahkan ke lokasi lain.Usaha mendapatkan geran tapak Zoo Negara telah diusahakan sejak 40 tahun lalu tetapi masih tidak berhasil. Luas Zoo Negara itu hanya 48.5 hektar. Sebenarnya tapak itu dimiliki oleh syarikat HSBC (Malaysia) Trustee Berhad yang tersenarai di Bursa Malaysia dan kerajaan negeri Selangor. Zoo Negara perlu dikekalkan kerana ia cetusan Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman. [1] Geran tanah masih tidak diperolehi kerana nilai tanah di situ begitu tinggi. Perjanjian kerjasama telah diadakan pada 9 Disember 1977.
Perfileman
Beliau terlibat dalam dunia lakonan lebih 2o tahun , sejak 1970-an. Filem terakhirnya ialah Mr Cinderella (2003) yang dibintangi oleh Yusry Abdul Halim dan Erra Fazira. Filem lain ialah Layar Lara (1997), Cinta Kita (1995), Hantu Siang (1986) dan Dayang Suhana (1978).[2] Beliau adalah Presiden Persatuan Artis Veteran yang memperjuangkan nasib dan kebajikan artis tempatan .
Meninggal dunia
Ismail Hutson meninggal dunia pada 21 Julai 2012 di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, [[Selangor] pada usia 73 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara, Seksyen 9. Isteri keduanya, Hafidzah Khasbullah memaklumkan bahawa Ismail Hutson demam panas yang agak teruk dan komplikasi penyakit jantung dan dimasukkan ke Unit Rawatan Kritikan. Isteri pertamanya Zaiton Osman mempunyai 7 orang anak.[3] Mereka menetap di Taman Nusa Subang Bistari, Shah Alam.
Filem lakonan
- Mr. Cinderella 2 (2003)
- Layar Lara (1997)
- Cinta Kita (1995)
- Hantu Siang (1986)
- Tujuh Biang Keladi (1984)
- Dayang Suhana (1978)