Bahasa-bahasa Austroasia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zorrobot (bincang | sumb.)
k r2.5.2) (bot menambah: nn:Austroasiatiske språk
Dinamik-bot (bincang | sumb.)
k r2.7.3) (bot mengubah: yo:Ositiro-Esiatiiki
Baris 117: Baris 117:
[[vi:Hệ ngôn ngữ Nam Á]]
[[vi:Hệ ngôn ngữ Nam Á]]
[[uk:Австроазійські мови]]
[[uk:Австроазійські мови]]
[[yo:Austro-Asiatic]]
[[yo:Ositiro-Esiatiiki]]
[[zh:南亚语系]]
[[zh:南亚语系]]

Semakan pada 04:16, 30 Julai 2012

Austro-Asia
Austro-Asiatik
Taburan
geografi:
Asia Selatan dan Tenggara
Klasifikasi bahasa:Salah satu rumpun bahasa utama dunia
Pembahagian:
Bahasa Austro-Asia
Bahasa Austro-Asia

Rumpun bahasa Austro-Asia yang secara harafiahnya bererti “Asia Selatan”, adalah sebuah rumpun bahasa-bahasa yang dipertuturkan di Asia Tenggara dan Asia Selatan. Diantara bahasa-bahasa yang termasuk rumpun bahasa ini, hanya bahasa Vietnam, bahasa Khmer, dan bahasa Mon yang mempunyai catatan sejarah yang panjang. Bahasa Vietnam dan bahasa Khmer mempunbyai status bahasa rasmi (masing-masing di Vietnam dan Kamboja), sementara bahasa Santali dan bahasa Khasi masing-masing berstatus bahasa rasmi di tingkat negara bahagian sahaja di India. Bahasa lain dari rumpun ini dipertuturkan oleh sekelompok kecil masyarakat.

Rumpun bahasa Austro-Asiatik mentersebar secara terpisah-pisah di India, Bangladesh, dan Asia Tenggara, dipisahkan oleh daerah dimana bahasa-bahasa lain dituturkan. Secara luas dipercaya bahawa rumpun bahasa Austro-Asiatik merupakan bahasa asli daerah di Asia Tenggara dan bahagian timur anak India dan rumpun bahasa lain di daerah itu termasuk Indo-Eropah, Tai-Kadai, Dravida, dan Sino-Tibet, adalah hasil dari perpindahan manusia yang terjadi. (Sebagai contoh, ada kata-kata bahasa Austro-Asiatik pada rumpun bahasa Tibeto-Burma di Nepal timur.) Beberapa ahli bahasa telah mencuba membuktikan bahawa rumpun bahasa Austro-Asiatik berkeluarga dengan rumpun bahasa Austronesia, sehingga membentuk rumpun besar Austrik.

Cabang utama

Rumpun bahasa ini boleh dibahagikan menjadi dua cabang iaitu: cabang Mon-Khmer dan Munda di India. Dari cabang Mon-Khmer pula, ada dua bahasa yang penting iaitu bahasa Khmer yang dipertuturkan oleh kurang lebih 10 juta orang di Kemboja dan bahasa Vietnam yang dipertuturkan lebih kurang 80 juta orang di Vietnam. Selain itu bahasa Mon dipertuturkan oleh sekelompok kecil sukubangsa Mon di Myanmar berdekatan sempadan Thailand dan bahasa Khmu dipertuturkan di sebelah utara Laos berdekatan sempadan Myanmar. Kemudian bahasa Asli yang dipertuturkan oleh sukubangsa Negrito di Semenanjung Malaysia juga anggota cabang bahasa Mon-Khmer. Diperkirakan bahasa-bahasa Asli sukubangsa Asli ini sebenarnya bukan bahasa mereka, namun bahasa ini mereka ambil dari jiran-jiran mereka.

Di India bahasa Mundari dan bahasa Santali adalah bahasa Austro-Asia yang sudah dipengaruhi oleh bahasa Indo-Eropah cabang Indo-Arya dan bahasa-bahasa Dravida. Penutur asli bahasa Munda adalah orang-orang dari bangsa Mongoloid yang diperkirakan dahulu kala tersebar luas pula di India utara.

Di kepulauan Nicobar juga dipertuturkan bahasa-bahasa Austro-Asia, sebahagian besar oleh orang-orang bangsa Mongoloid pula. Sedangkan penduduk asli kepulauan Nicobar dan Andaman adalah sukubangsa negrito yang masih berkerabat dengan ‘orang asli’ di Malaysia dan sukubangsa Papua. Ada yang berpendapat bahasa mereka juga merupakan kerabat yang sangat jauh dari bahasa Papua.

Bahasa Austro-Asia secara kesimpulannya

Rumpun bahasa Austro-Asia secara kesimpulannya adalah sebagai berikut:

Austro-Asia

Penyebaran bahasa Austro-Asia

Jika ditelitikan di peta, penyebaran rumpun bahasa Austro-Asia tidak berkesinambungan namun terputus-putus. Selain di Kamboja dan Vietnam, rumpun bahasa ini hanya dipertuturkan dalam kelompok yang kecil, dari India sampai ke Semenanjung Malaysia. Ada kemungkinan besar pada zaman dahulu kala, bahasa-bahasa ini berkesinambungan. Tetapi pada suatu saat dalam sejarah terjadi perubahan kepada para penutur bahasa Indo-Eropah di India, bahasa Tai-Kadai di Thailand dan bahasa Austronesia di Semenanjung Malaysia.

Kepelbagaian bahasa Austronesia di Semenanjung Malaysia juga membawa kepada kesimpulan ini. Bahasa Austronesia yang dipertuturkan di sini hanya bahasa Melayu saja, meskipun wujud beberapa dialek tetapi perbezaan antara dialek ini tidaklah besar. Kepelbagaian bahasa ini menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Melayu masih boleh dikatakan belum begitu lama di sini.

Bahkan di Semenanjung Malaysia wujudnya pertanyaan kerana penduduk ‘asli’ atau aborigin daerah ini iaitu sukubangsa Negrito masih menuturkan bahasa-bahasa Austro-Asia. Padahal bahasa ini sebenarnya mereka ambil dari negara-negara jiran mereka yang termasuk bangsa Mongolia, sudah mengambil alih bahasa Austronesia.

Ada pula yang berpendapat bahawa bahasa-bahasa Austro-Asia pernah dipertuturkan di pulau Sumatera. Menurut para pakar ini, sisa-sisa bahasa Austro-Asia ini masih meninggalkan jejaknya, atau disebut substratum, di dalam bahasa-bahasa Sumatera moden.


Kekerabatan dengan rumpun bahasa lain

Ada beberapa pakar yang menggolongkan rumpun bahasa Austro-Asia dengan rumpun bahasa Austronesia dan menamakannya rumpun bahasa besar atau superfamili Austrik. Mereka berpendapat bahwa semua bahasa di China bagian selatan sebenarnya berkerabat yaitu rumpun bahasa Austro-Asia, bahasa Austronesia, bahasa Tai-Kadai dan bahasa Hmong-Mien (juga disebut Miao-Yao). Secara skematis rumpun bahasa Austrik secara kesimpulannya adalah sebagai berikut:

  • Austrik
    • Austronesia
    • Tai-Kadai
    • Hmong-Mien
    • Austro-Asia

Para penutur keempat rumpun bahasa yang diduga berkerabat ini bermukim di daerah yang sekarang termasuk Republik Rakyat China bahagian selatan sampai kurang lebih pada antara tahun 2000 SM1000 SM. Kala itu kaum Cina, yang merupakan penutur bahasa Sino-Tiber, dari RRC utara menyerbu ke selatan dan para penutur bahasa Austrik tercerai-berai. Hal ini yang diduga sebagai alasan mengapa kaum Tai-Kadai bermigrasi ke selatan dan para penutur bahasa Austro-Asia tercerai berai.

Kemudian ahli linguistik memiliki hujah lain iaitu kewujudann kata-kata dasar yang mirip di mana bahasa Austronesia menyimpan kedua sukukata sedangkan bahasa Austro-Asia menyimpan sukukata pertama dan bahasa Tai-Kadai menyimpan suku kata kedua.

Contoh: Proto-Austronesia / Proto-Mon-Kmer (Austro-Asia) / Proto Thai (Tai-Kadai)

  • mata ‘mata’ / *măt ‘mata / *taa ‘mata’

Rujukan

  • Peck, B. M., Comp. (1988). An Enumerative Bibliography of South Asian Language Dictionaries.
  • Peiros, Ilia. 1998. Comparative Linguistics in Southeast Asia. Pacific Linguistics Series C-142. Canberra, Australian National University.
  • Zide, Norman H., and Milton E. Barker. Studies in Comparative Austroasiatic Linguistics. Indo-Iranian monographs, v. 5. The Hague: Mouton, 1966.
  • Byomkes Chakrabarti,A Comparative Study of Santali and Bengali, 1994

Pautan Luar

  • Mon-Khmer.com: Lectures by Paul Sidwell
  • Ethnologue classification