Lajim Ukin: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Kurosagi7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 23: Baris 23:
| predecessor2 = Datuk [[Azizah Mohd Dun]] ([[BN]])
| predecessor2 = Datuk [[Azizah Mohd Dun]] ([[BN]])
| successor2 =
| successor2 =
| party =
| party = [[Image:BN-100px.jpg|border|25px|]] [[UMNO]]
| religion =
| religion =
| occupation = Ahli Parlimen
| occupation = Ahli Parlimen
Baris 34: Baris 34:
}}
}}


'''Datuk Lajim Ukim''' merupakan Ahli Parlimen [[Beaufort, Sabah]] dari [[Barisan Nasional]] - [[UMNO]].
'''Datuk Lajim Ukim''' merupakan Ahli Parlimen [[Beaufort, Sabah]].


==Pilihan raya Malaysia 2008==
==Pilihan raya Malaysia 2008==

Semakan pada 12:47, 30 Julai 2012

Yang Berhormat Datuk

Lajim Ukim
Anggota Parlimen
untuk P177 Beaufort, Sabah
Memegang jawatan
8 Mac 2008
Didahului olehDatuk Azizah Mohd Dun (BN)
Majoriti10,914
Butiran peribadi
PekerjaanAhli Parlimen

Datuk Lajim Ukim merupakan Ahli Parlimen Beaufort, Sabah.

Pilihan raya Malaysia 2008

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari PKR, Lajim Md. Yusof dengan majoriti sebanyak 10,914 undi. Beliau memperolehi 14,780 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 3,866 undi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Lajim Ukim tersenarai sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2009-2011 dalam Perhimpunan Agung UMNO 2009 pada 28 Mac 2009. Wakil dari Sabah seperti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,Datuk Bung Mokhtar Radin,Datuk Seri Musa Aman dan Rosnah Rashid Shirlin terpilih dan menjadi kejutan dalam Perhimpunan itu.

Beralih parti

Pada 23 Julai 2012, beliau dan rombongan 25 orang bertemu dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu.Pertemuan itu berhubung pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sisa pepejal.[1][2]

Pada 27 Julai 2012,Ketua UMNO Cheras,Datuk Syed Ali menuntut supaya MP Beaufort Datuk Lajim Ukin meletak jawatan di dalam kabinet serta-merta.Jika beliau benar-benar ingin keluar daripada parti UMNO, tindakannya ibarat gunting dalam lipatan. Beliau sengaja menggunakan kemudahan di pejabat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk meneruskan siri kempen politik beliau untuk menjatuhkan BN di Sabah.

Sebelum ini Sabah Times melaporkan Lajim Ukin meletak jawatan sebagai Ketua Umno cawangan Kerambai Kebatu selepas beliau menyatakan hasratnya untuk tidak lagi mempertahankan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort.Beliau masih kekal dalam UMNO.Ramai membuat spekulasi bahawa Lajim akan melompat parti untuk menyertai PKR sempena lawatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah.[3] Anwar Ibrahim membatalkan lawatan ke Kota Kinabalu kerana cuaca buruk . Malah sebuah helikopter milik orang kuat PKR, Datuk Sng Chee Hua jatuh terhempas.[4] Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan-Dusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Bumburing dikatakan akan menyertai PKR sekali gus menyertai pembangkang [5].Sementara bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam menafikan akan melompat ke PKR . Tokoh lain ialah bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Osu Sukam, bekas Timbalan Ketua Menteri dan Adun Banggi Datuk Amir Kahar Mustapha, dan naib presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Senator Datuk Maijol Mahap.[6]

Pada 28 Julai 2012, beliau mengumumkan masih lagi ahli parti UMNO. Beliau mengisytiharkan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) di kediamannya di Likas,Sabah. Beliau turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta.Namun kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno sehingga Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menentukan kewajarannya. Keahlian UMNO akan ditentukan oleh Majlis Tertinggi Umno dan Perlembagaan UMNO.Nama-nama 17 perwakilan PPS parlimen Sabah turut disenaraikan. [7]

Alamat

YB. Dato Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin
Pejabat UMNO Bahagian Beaufort
Peti Surat Bil. 172
89808 Beaufort, Sabah
Tel : 087-214758 / 088-251112
Fax : 087-213951

Jawatan

  • AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO 2000-2003

Pautan Luar

Rujukan