Washington, D.C.: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
k r2.7.3) (bot mengubah: fa:واشینگتن، دی.سی.
Robbot (bincang | sumb.)
k r2.7.2) (bot menambah: ilo:Washington, D.C. mengubah: uz:Vashington shahri
Baris 157: Baris 157:
[[hr:Washington]]
[[hr:Washington]]
[[io:Washington DC]]
[[io:Washington DC]]
[[ilo:Washington, D.C.]]
[[bpy:ডিসটিক্ট অফ কলম্বিয়া, ডিসি]]
[[bpy:ডিসটিক্ট অফ কলম্বিয়া, ডিসি]]
[[ia:Washington, D.C.]]
[[ia:Washington, D.C.]]
Baris 200: Baris 201:
[[nov:Washington D.K.]]
[[nov:Washington D.K.]]
[[oc:Washington, DC]]
[[oc:Washington, DC]]
[[uz:Kolumbiya okrugi]]
[[uz:Vashington shahri]]
[[pnb:واشنگٹن ڈی سی]]
[[pnb:واشنگٹن ڈی سی]]
[[pap:Washington D.C.]]
[[pap:Washington D.C.]]

Semakan pada 22:50, 7 Ogos 2012

Washington, D.C.
Pemandangan Washington, D.C.
Pemandangan Washington, D.C.
Bendera Washington, D.C.
Bendera
Mohor rasmi bagi Washington, D.C.
Mohor
Nama samaran: DC", "The District
Moto: Justitia Omnibus (Keadilan untuk Semua)
Lokasi Washington, D.C. berbanding negeri Maryland dan Virginia
Lokasi Washington, D.C. berbanding negeri Maryland dan Virginia
Lokasi Washington, D.C. berbanding negeri Maryland dan Virginia
Koordinat: 38°53′42.4″N 77°02′12.0″W / 38.895111°N 77.036667°W / 38.895111; -77.036667
Daerah persekutuan Daerah Columbia
Kerajaan
 - Datuk bandar Adrian M. Fenty (D)
 - Dewan bandar raya Pengerusi: Vincent C. Gray (D)

Wad 1: Jim Graham (D)
Wad 2: Jack Evans (D)
Wad 3: Mary Cheh (D)
Wad 4: kosong
Wad 5: Harry Thomas, Jr. (D)
Wad 6: Tommy Wells (D)
Wad 7: kosong
Wad 8: Marion Barry (D)
Bebas: Carol Schwartz (R)
Bebas: David Catania (B)
Bebas: Phil Mendelson (D)

Bebas: Kwame R. Brown (D)
Kepadatan (2005)
 - Bandar 582,049[1]
 - Kaw. perbandaran 5.8 juta
 - Metro 8,026,807
Zon masa EST (UTC-5)
 - Musim panas (DST) EDT (UTC-4)
Laman web: http://www.dc.gov/

Washington, D.C. merupakan ibu negara Amerika Syarikat. "D.C." merupakan singkatan untuk District of Columbia (bahasa Melayu: Daerah Columbia), daerah persekutuan yang yang sama luas dengan bandar raya Washington. Bandar ini dinamakan sempena George Washington, komander tentera semasa Revolusi Amerika dan Presiden Amerika Syarikat yang pertama. Columbia merupakan nama puisi awal Amerika Syarikat, yang diambil sempena Christopher Columbus.

Pusat ketiga-tiga badan pemerintahan persekutuan Amerika Syarikat, iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman terletak di Washington. Pertubuhan antarabangsa seperti Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan Pertubuhan Negara-negara Amerika juga beribu pejabat di Washington. Taman National Mall merupakan tarikan pelancong dari seluruh Amerika Syarikat dan dunia kerana merupakan pusat sejarah dan budaya Amerika Syarikat. Disebabkan statusnya sebagai ibu negara Amerika Syarikat, Washington mempunyai banyak memorial, muzium, tugu peringatan dan galeri.

Sejarah

Washington, D.C. sebenarnya merupakan sebuah bandar terancang. Ia dibina khususnya sebagai ibu negara Amerika Syarikat. Daerah Columbia ditubuhkan pada 16 Julai 1790 sebagai daerah persekutuan seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Amerika Syarikat. Tanahnya diambil daripada negeri Maryland dan Virginia. Bagaimanapun, kawasan di selatan Sungai Potomac (dalam 39 batu persegi) dipulangkan kepada Virginia pada tahun 1847. Tanah Daerah Columbia sekarang adalah kawasan yang diambil dari Maryland termasuk kawasan di Sungai Potomoc.

Destinasi pelancongan

Memorial Jefferson ketika senja
Tugu Smithsonian

Washington, D.C. adalah tempat bagi banyak simbol penting Amerika Syarikat dan merupakan destinasi popular pelancongan. Antaranya adalah taman besar yang di dalamnya terletak monumen penting pemimpin Amerika Syarikat yang juga menghubungkan Rumah Putih dan bangunan Kapitol. Di sini juga terdapat Monumen Washington, Memorial Jefferson, Memorial Lincoln, Memorial Franklin Delano Roosevelt, Memorial Perang Dunia Kedua, Memorial Veteran Perang Korea, Memorial Veteran Vietnam, Memorial Albert Einstein dan sebagainya.

Institut Smithsonian yang merupakan koleksi muzium-muzium percuma juga terletak di Washington, D.C. Selain itu terdapat juga muzium seni seperti Galeri Seni Kebangsaan dan Muzium Kebangsaan Seni Wanita.

Juga terdapat Perpustakaan Kongress dan Arkib Nasional yang menyimpan beribu-ribu dokumen penting dalam sejarah Amerika. Antaranya dokumen-dokumen asal Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat, Perlembagaan Amerika Syarikat dan Undang-Undang Hak Asasi Amerika Syarikat.

Tempat menarik lain adalah National Geographic Society, Chinatown, Teater Ford (tempat Abraham Lincoln ditembak), Muzium Peringatan Holocaust Amerika Syarikat, Memorial Mangsa Komunis dan Gereja Besar Nasional Washington. Washington, D.C. juga merupakan bandar kesenian dengan banyaknya teater yang aktif dengan persembahan dari yang klasik kepada moden.

Universiti

Antara universiti di Washington, D.C adalah:

Plat kereta

Plat kereta yang digunakan di Washington, D.C. tertulis "Taxation Without Representation" (Cukai Tanpa Perwakilan). Ia adalah satu protes kerana penduduk D.C. tidak diwakili di Kongres tetapi mereka masih dikenakan cukai. Mereka mempunyai wakil di Dewan Perwakilan dan wakil mereka boleh mengambil bahagian dalam perbahasan tetapi tidak boleh mengundi. Ironinya, Revolusi Amerika tercetus kerana 13 koloni marah dikenakan cukai tanpa mempunyai hak untuk mengundi.

Rujukan

  1. ^ Washington Post. "Population Revision 'Big Deal' For D.C." Dicapai pada 2006-07-26.

Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link GA