Kimi Räikkönen: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Templat kemaskini dibuang : I have updated the new info
Baris 319: Baris 319:
<span style="font-size: 85%">'''Tebal''' - Petak pertama<br />
<span style="font-size: 85%">'''Tebal''' - Petak pertama<br />
''Condong'' - Pusingan terpantas</span>
''Condong'' - Pusingan terpantas</span>
{| class="wikitable" style="text-align:center; font-size:90%"
{| class="wikitable" style="text-align:center; font-size:89%"
! Tahun
! Tahun
! Kemasukan
! Kemasukan

Semakan pada 11:30, 16 Ogos 2012

Kimi Räikkönen
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
KewarganegaraanFinland Finland
Entri168 (167 permulaan)
Kejuaraan1 (2007)
Kemenangan18
Podium67
Mata kerjaya695
Petak pertama16
Pusingan terpantas37
Perlumbaan pertamaGrand Prix Australia 2001
Kemenangan pertamaGrand Prix Malaysia 2003
Kemenangan terakhirGrand Prix Belgium 2009
Perlumbaan terakhirGrand Prix Abu Dhabi 2023

Kimi Matias Räikkönen (lahir pada 17 Oktober 1979 di Espoo, Finland) ialah seorang pemandu kereta lumba Formula Satu, yang kini memandu untuk Lotus F1. Beliau merupakan Juara Dunia Pemandu Formula Satu 2007 dan bertanding dalam World Rally Championship dari tahun 2010-2011.

Latar belakang

Kimi Räikkönen dilahirkan oleh pasangan Matti dan Paula Räikkönen yang masing-masing merupakan seorang kontraktor jalan raya dan kerani pejabat kerajaan. Kimi mempunyai seorang abang yang tuanya hanya setahun 10 bulan iaitu Rami Räikkönen, pelumba bolak-balik di Finland. Kimi kini berkahwin dengan seorang model iaitu Jenni Maria Dahlmann yang juga merupakan naib-juara Miss Finland 2000 dan juara Miss Scandinavia 2000.

Kimi Räikkönen hanya berpendidikan biasa di Finland dan pernah mengikuti kursus ketenteraan wajib selama 12 bulan.

Kerjaya

Pada mulanya, Kimi Räikkönen menyertai Formula Satu sebagai pemandu tetap pasukan Sauber-Petronas pada 2001 . Kemudian menyertai pasukan McLaren Mercedes pada 2002 dan diberi gelaran Iceman.

Seterusnya beliau beralih ke pasukan Scuderia Ferrari pada 2007 dan menjadi juara keseluruhan dengan mengalahkan Lewis Hamilton dan Fernando Alonso di Formula Satu musim 2007 di Brazil.

Räikkönen terlibat dalam sukan gokart sejak umur 10 tahun lagi. Tahun 1999 menyandang tempat ke-2 dalam Kejohanan Formula Super A Eropah. Beliau turut serta dalam Formula Ford Piala Euro. Ketika umur 20 tahun, beliau adalah juara Kejohanan British Formula Renault. Sejak 2000 hingga kini, beliau menang 13 dari 23 perlumbaan - iaitu 56 % menang.

Sauber Petronas

Bos Kimi, Peter Sauber menjemput Räikkönen menyertai pasukan Sauber pada September 2000. Selepas ujian di Jerez, Barcelona, Sauber setuju menandatangani kontrak perjanjian dengan Räikkönen untuk musim Formula Satu musim 2001.Tetapi ketika itu banyak kritikan terhadapnya termasuk dari presiden FIA, Max Mosley. Ini adalah kerana Räikkönen yang tidak berpengalaman telah diberi lesen super F1. Tetapi setelah menyertai Grand Prix Australia 2001, semua orang dapat menerima kehadirannya dalam F1. Räikkönen dikatakan tertidur selama 20 minit sebelum F1 GP . Berikutan itu, beliau dikatakan tenang dan sejuk dan digelar "ice man". Beliau turut digelar Kimppa, Räikkä and Kimster, Raka, "Häkä" dan Mika Häkkinen. Sejak itu Räikkönen telah berjaya menaikkan nama pasukan Sauber.

McLaren

Enjin kereta Sauber dibekalkan oleh Ferrari tetapi Räikkönen cukup tertarik dengan pasukan McLaren. Räikkönen ditarik menyertai pasukan McLaren pada 2002 setelah dijemput oleh CEO McLaren, Ron Dennis. Dalam Grand Prix Australia 2002, Räikkönen mendapat tempat ke-3. Kemudian enjin kereta McLaren ditukar kepada enjin Räikkönen dan Raikonen mendapat 24 mata dan menewaskan rakan sepasukan, David Coulthard.

Ferrari

Räikkönen memenangi perlumbaan ketiga 2007 di Silverstone.

2007

Selepas Grand Prix Itali 2006, pasukan Ferrari mengumumkan Räikkönen telah menandatangani kontrak 3 tahun bersama Scuderia Ferrari untuk musim 2007-2009. Beliau memenangi perlumbaan pertama musim 2007 di Australia.

Dalam perlumbaan Grand Prix Malaysia 2007, Raikonen berada di tempat ke-3. Di Grand Prix Bahrain 2007, beliau di belakang pemandu McLaren, Fernando Alonso dan menduduki tempat ke-3. Di Grand Prix Sepanyol 2007 pula, Raikonen tidak dapat menamatkan perlumbaan selepas pusingan ke-10 kerana keretanya mengalami masalah elektrik. Di Grand Prix Monaco pula, Raikonen mendapat tempat ke-8. Di Grand Prix Sepanyol, beliau buat pertama kali gagal menghabiskan perlumbaan sejak menyertai Ferrari.

Räikkönen di Spa, dimana dia memenangi perlumbaan keempat musim tersebut.

Hanya empat perlumbaan selepas itu, Räikkönen berjaya memenangi dua lagi perlumbaan berturut-turut di Grand Prix Perancis dan Grand Prix British. Beliau gagal menghabiskan perlumbaan sekali lagi di GP Eropah. Apabila penghujung musim kian dekat, Räikkönen memenangi GP Belgium dan GP China. Ini diikuti oleh Grand Prix Brazil 2007 dramatis yang menyaksikan Räikkönen menang buat kali keenam dalam musim ini lalu meraih gelaran Kejuaraan Dunia Formula Satu musim 2007, sekaligus mengetepikan juara bertahan Alonso dan juga menghancurkan hasrat Hamilton untuk menjadi pelumba pertama untuk menjadi juara keseluruhan Formula Satu dalam musim pertamanya.

2008

Selepas perlumbaan pertama yang di Australia, beliau memenangi perlumbaan pertamanya bagi musim 2008 di Grand Prix Malaysia, di hadapan Robert Kubica dan Heikki Kovalainen. Di Bahrain, Räikkönen bermula dari tempat keempat dan menghabiskan perlumbaan di tempat kedua, di hadapan rakan sepasukan, Felipe Massa.

Räikkönen di Grand Prix Malaysia 2008.

Di Sepanyol, Raikkonen mendapat petak pertama yang ke-15 kerjayanya dan yang pertama untuk musim 2008. Beliau berjaya memenangi perlumbaan tersebut dan menetapkan pusingan terpantas dalam perlumbaan tersebut.

Di Grand Prix Turki, Räikkönen mendapat tempat keempat pada pusingan kelayakan. Walaupun sayap depan keretanya rosak pada peringkat awal perlumbaan, Räikkönen masih mampu untuk menetapkan pusingan terpantas perlumbaan itu dan beliau menghabiskan perlumbaan tersebut di tempat ketiga.

Kembali ke F1

Lotus (2012–)

Räikkönen memandu untuk Lotus di Grand Prix Malaysia 2012.

Pada minggu sebelum Grand Prix Singapura 2011, beberapa sumber berita melaporkan bahawa Räikkönen akan kembali ke Formula Satu untuk musim 2012 dengan pasukan Williams F1 selepas dia berada di ibu pejabat pasukan tersebut di Grove, Oxfordshire.[1] Beberapa laporan menyatakan bahawa Räikkönen telah memasuki satu perundingan awal dengan pasukan itu.[2][3] Walaubagaimanapun, pasukan tersebut itu enggan mengulas mengenai laporan itu. Pada 29 November 2011, ia telah diumumkan bahawa Räikkönen akan kembali ke Formula Satu pada tahun 2012, dan menandatangani kontrak dua tahun dengan Lotus.[4]

2012

Räikkönen memulakan musim ini dengan mendapat tempat ke-17 pada pusingan kelayakan di Grand Prix Australia. Beliau memulakan perlumbaan tersebut dengan baik dan akhirnya beliau menghabiskan perlumbaan di tempat ketujuh.[5] Di Grand Prix China, beliau tidak begitu cemerlang. Beliau hanya mampu menghabiskan perlumbaan tersebut di tempat ke-14. Namun nasibnya berubah di Grand Prix Bahrain apabila beliau mendapat tempat kedua, selepas bermula dari tempat kesebelas. Ia merupakan podium pertama dan keputusan terbaiknya musim ini. Tiga minggu kemudian, Räikkönen mendapat tempat ketiga di Grand Prix Sepanyol, selepas bermula di tempat kelima, namun beliau dinaikkan kedudukan ke tempat keempat selepas Lewis Hamilton diberikan penalti pada pusingan kelayakan. Di Grand Prix Eropah, beliau mendapat tempat kedua, di belakang Fernando Alonso.[6] Di Grand Prix British, beliau mendapat tempat kelima, selepas bermula dari tempat keenam.

Rekod perlumbaan

Ringkasan kerjaya

Musim Siri Pasukan Perlumbaan Kememangan P/Pertama P/Terpantas Podium Mata Kedudukan
1999 European Formula Ford ? 2 ? ? ? ? ? Ke-5
Formula Ford Festival Continental Racing Van Diemen 1 0 0 ? ? N/A NC
Formula Renault 2000 UK Winter Championship Manor Motorsport 4 4 4 ? ? 40 Pertama
Formula Renault 2000 UK Haywood Racing 4 0 0 ? ? ? ?
2000 Formula Renault 2000 Eurocup ? 2 2 2 ? ? 62 Ke-7
Formula Renault 2000 UK Manor Motorsport 10 7 6 ? ? 316 Pertama
2001 Formula Satu Sauber 17 0 0 0 0 9 Ke-10
2002 Formula Satu McLaren 17 0 0 1 4 24 Ke-6
2003 Formula Satu McLaren 16 1 2 3 10 91 Ke-3
2004 Formula Satu McLaren 18 1 1 2 4 45 Ke-7
2005 Formula Satu McLaren 19 7 5 10 12 112 Ke-2
2006 Formula Satu McLaren 18 0 3 3 6 65 Ke-5
2007 Formula Satu Ferrari 17 6 3 6 12 110 Pertama
2008 Formula Satu Ferrari 18 2 2 10 9 75 Ke-3
2009 Formula Satu Ferrari 17 1 0 0 5 48 Ke-6
World Rally Championship Tommi Mäkinen Racing 1 0 0 - 0 0 NC
2010 World Rally Championship Citroën Junior Team 11 0 0 - 0 25 Ke-10
2011 World Rally Championship Ice 1 Racing 9 0 0 - 0 34 Ke-10
NASCAR Camping World Truck Series Vision Aviation Racing 1 0 0 0 0 N/A NC
NASCAR Nationwide Series NEMCO Motorsports 1 0 0 0 0 N/A NC
2012 Formula Satu Lotus 11 0 0 2 5 116 Ke-5*

* Musim sedang dijalankan.

Keputusan lengkap Formula Satu

(Kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - Pusingan terpantas

Tahun Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 WDC Mata
2001 Sauber Petronas Sauber C20 Petronas 01A 3.0 V10 AUS
6
MAL
Ret
BRA
Ret
SMR
Ret
ESP
8
AUT
4
MON
10
CAN
4
EUR
10
FRA
7
GBR
5
GER
Ret
HUN
7
BEL
Ret
ITA
7
USA
Ret
JPN
Ret
Ke-10 9
2002 West McLaren Mercedes McLaren MP4-17 Mercedes FO 110M 3.0 V10 AUS
3
MAL
Ret
BRA
12
SMR
Ret
ESP
Ret
AUT
Ret
MON
Ret
CAN
4
EUR
3
GBR
Ret
FRA
2
GER
Ret
HUN
4
BEL
Ret
ITA
Ret
USA
Ret
JPN
3
Ke-6 24
2003 West McLaren Mercedes McLaren MP4-17D Mercedes FO 110M/P 3.0 V10 AUS
3
MAL
1
BRA
2
SMR
2
ESP
Ret
AUT
2
MON
2
CAN
6
EUR
Ret
FRA
4
GBR
3
GER
Ret
HUN
2
ITA
4
USA
2
JPN
2
Ke-2 91
2004 West McLaren Mercedes McLaren MP4-19 Mercedes FO 110Q 3.0 V10 AUS
Ret
MAL
Ret
BHR
Ret
SMR
8
ESP
11
MON
Ret
EUR
Ret
CAN
5
USA
6
Ke-7 45
McLaren MP4-19B FRA
7
GBR
2
GER
Ret
HUN
Ret
BEL
1
ITA
Ret
CHN
3
JPN
6
BRA
2
2005 McLaren Mercedes McLaren MP4-20 Mercedes FO 110R 3.0 V10 AUS
8
MAL
9
BHR
3
SMR
Ret
ESP
1
MON
1
EUR
11
CAN
1
USA
DNS
FRA
2
GBR
3
GER
Ret
HUN
1
TUR
1
ITA
4
BEL
1
BRA
2
JPN
1
CHN
2
Ke-2 112
2006 Vodafone McLaren Mercedes Vodafone McLaren MP4-21 Mercedes FO 108S 2.4 V8 BHR
3
MAL
Ret
AUS
2
SMR
5
EUR
4
ESP
5
MON
Ret
GBR
3
CAN
3
USA
Ret
FRA
5
GER
3
HUN
Ret
TUR
Ret
ITA
2
CHN
Ret
JPN
5
BRA
5
Ke-5 65
2007 Scuderia Ferrari
Marlboro
Ferrari F2007 Ferrari 056 2.4 V8 AUS
1
MAL
3
BHR
3
ESP
Ret
MON
8
CAN
5
USA
4
FRA
1
GBR
1
EUR
Ret
HUN
2
TUR
2
ITA
3
BEL
1
JPN
3
CHN
1
BRA
1
Pertama 110
2008 Scuderia Ferrari
Marlboro
Scuderia Ferrari F2008 Ferrari 056 2.4 V8 AUS
8†
MAL
1
BHR
2
ESP
1
TUR
3
MON
9
CAN
Ret
FRA
2
GBR
4
GER
6
HUN
3
EUR
Ret
BEL
18
ITA
9
SIN
15
JPN
3
CHN
3
BRA
3
Ke-3 75
2009 Scuderia Ferrari
Marlboro
Ferrari F60 Ferrari 056 2.4 V8 AUS
15
MAL
14
CHN
10
BHR
6
ESP
Ret
MON
3
TUR
9
GBR
8
GER
Ret
HUN
2
EUR
3
BEL
1
ITA
3
SIN
10
JPN
4
BRA
6
ABU
12
Ke-6 48
2012 Lotus F1 Team Lotus E20 Renault RS27-2012 2.4 V8 AUS
7
MAL
5
CHN
14
BHR
2
ESP
3
MON
9
CAN
8
EUR
2
GBR
5
GER
3
HUN
2
BEL ITA SIN JPN KOR IND ABU USA BRA Ke-5* 116*

* Musim sedang berjalan.

Keputusan lengkap WRC

Tahun Kemasukan Kereta 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 WDC Mata
2009 Tommi Mäkinen Racing Fiat Grande Punto S2000 IRE NOR CYP POR ARG ITA GRC POL FIN
Ret
AUS ESP GBR NC 0
2010 Citroën Junior Team Citroën C4 WRC SWE
29
MEX
Ret
JOR
8
TUR
5
NZL POR
10
BUL
11
FIN
25
DEU
7
JPN
Ret
FRA
Ret
ESP
DNS
GBR
8
Ke-10 25
2011 ICE 1 Racing Citroën DS3 WRC SWE
8
MEX POR
7
JOR
6
ITA ARG GRE
7
FIN
9
DEU
6
AUS
WD
FRA
Ret
ESP
Ret
GBR
Ret
Ke-10 34

Rujukan

Pautan luar

Templat:Link FA Templat:Link GA Templat:Link FA